Thursday, December 31, 2009

Fenin-fenin la ngan bil-bil itew...

Minggu ketigo den kek sini, plan eh nak poie buek kojo kek Perak. Tapi cam tak larat jo. Almaklumlah baru balik coti2 Cameron. So, hari senin tu dah pueh berehat, den ngomeh rumah dari serambi, rumah tengah, dapur n kek luar…ala2 cleaner gitu. Psst..laman den maleh sapu !!!

Lopeh tu den membuka/menyusun segalo bil2 dan surat2 peringatan opps ....dan cukai. Banyak bil nak kono bayar ni. Ya Allah murahkan rezeki ku…Memang murah rezeki coz dapat cheque for tax refund, tapi….Cis, it’s already expired. So, I have to return it to lhdn with the letter too…

Sesambil ngomeh tu ingat nak bertenet guna celcom broadband yang rm20/weekly. Ntah apo masalah eh tak my lappy tak boleh detect my handphone as modem. Takkan pasal hp den dah habis credit. Padahal pakej broadband lain. Nak torus bertenet guno hp, haluih bona…

Credit hp pun copek habih bukan apo, pasal call si Astro tulah. Den nak nukar pakej bayaran 3 bulan sekali ke setiap bulan. Cam terkezut gak nengok bil yang datang rm215.85 untuk program yang ntah apa2 and diulang siaran untuk ntah keberapa kali. Kok rm71.95 kureng sikit melopong eh kan. Ni pasal sport package dah naik hargo la tuh. Dedulu raso eh complete package for rm49.95/month, la ni rm71.95 tak termasuk movie channel pun. Untung bona si Ananda Krishnan tuh…eh! Dio masih dalam senarai orang terkayo Malaysia ko??? Sobab tu den dah meninggalkan maxis, nak bagi peluang orang lain jadi jutawan gak hehe.

Potang tuh, barulah den poie meng’top up’ credit. Dah boli majalah, mako eh kureng larat untuk bertenet….

TO ALL FRIENDS...HAPPY NEW YEAR WITH NEW RESOLUTION....HARAPNYA TERTUNAILAH SEGALA HASRAT DI HATI...opps terguna kata2 hikmah kak ina...lari!!!! sebelum kena bayar royalti hehe...

Minggu keduo kek kampung

Minggu kedua den poie Secret recipe untuk melantak set stewed aussie beef


n my nephew having his tomyam kung.


hehe, macam nak pocah porut...sesudah heh kami tapau je si tomyam itew. Then, poie urut kaki/refleksologi.

http://khalifah.forum.st/forum-sembang-f1/urut-tapak-kaki-t58.htm

Point pada tapak kaki ni mewakili organ pada tubuh kita ni. So, sesape yang sakit di point tertentu di tapak kaki anda boleh mengagak sendiri apa masalah anda. Menurut si tukang urut tu den prob kat leher/tengkuk n banyak angin, patutlah selalu kapla angin n naik angin hehe…Banyak toksin tuh, hish kena jaga makan n bersenam n amalkan gaya hidup sihat ni.
Ha, bilo nak start tuh ????

Konon nak buat kerja di Perak Hari Selasa tu, nak dijadikan cerita diarea lak…lomah gilo. Agak eh pasal makan banyak, pulak tu makan joruk Penang. Bilo dah urut, sistem penghadaman pun ok...so lancar jolah membuang segala racun dalam badan hehe. Memang minggu tu berat den turun 2 kilo.

Sompek gak den buek facial treatment di Holis%#*. Tapi bilo pikir balik rugi gak, bayar RM125, tapi orang tu buat sekejap je tak buat betul2 pun untuk buang white/black head. Malah tak guna steam pun. Yang paling mengejutkan, air basuhan untuk span yang diguna jarang diganti dan tiada kain khas bagi setiap pelanggan. Maksudnya, kain yang saya telah guna, akan diguna oleh pelanggan lain. Silap2 hanya dibasuh seminggu sekali. Yang bengangnya, staf di situ tidak professional apabila ketawakan debu2 kuning yg terbentuk di muka saya selepas rawatan resdung. Sangat berbeza jika buat facial treatment di Dermalog#* yang mana dengan harga yang hampir sama, pakej tu lengkap dengan urutan muka dan belakang badan, steam sejuk untuk muka pori besar, kain khas bagi setiap pelanggan dan sinki di dalam setiap bilik rawatan.
Lopeh ber'facial' tu apo laie..sesi makan2 la...double cheese burger McD lak.
Hari Khamis lak, den turun soromban nak cari beg bosar + ngepos barang kengkawan. Hehe...makan g, this time I had Chicken Rice Shop-bbq chic.
Hari Jumaat, sajo nak surprise kan mak den bawak poie Cameron Highland. Ponuh mencabar boto…dahlah highway banyak keto, berhonti sarapan kek rawang pun susah nak parking n cari mejo nak makan. Pulak tu, jam gilo di Cameron Highland..ado ko patut biaso boleh 10-15min dari Brinchang ke Tanah Rata, ni maun eh 1 jam. Longuh kaki den….Dahlah tak booking hotel, jonuh gak cari hotel ..kalau tak mahal, fully booked. Padan la muko kenapo poie tak plan boto2, main terjah jo. Sesudah heh kami menginap di Inn yang hampeh bilik air diluar, takde Tv, towel, sabun, etc dengan harga rm150 for two double deck bed. Apa2pun bangunan n persekitarannya cantik. Kami pi Rose valley , Cameron Bharat Valley menikmati tea n scones n Mardi Agro Park.

Psst..gambar ateh kek Cameron, yg kek bawah nun kek Melako.
Kek Cameron Bharat Plantation tu saujana mato memandang ladang teh eh.

Den suko boto boli teh pelbagai perisa tuh. Raso eh si green tea tu produk terbaru, last year takdo pun.
Kami juga sempat singgah di pasar mlm Brinchang membeli dried strawberry. Hati2...there are two types of dried strawberry yang disalut ngan madu je, tapi ada gak yang disalut ngan madu+gula.
Setelah sekali lagi menahan sabar dan lenguh kaki, destinasi terakhir kami adalah Kea Farm utk membeli sayuran n fresh strawberry n of course dried fruits such as bitter melon, roselle, pessimon n cherry tomato.
Di sini juga, akhirnya aku menemui kimchan goreng...yg sungguh yummy!!!
Psst..ok gak guno scheduled post ni kan.
So now, masa untuk mendobi/jadi cleaner/organiser/surfer and back to work....


Kojo-kojo ke cuti-cuti ni ???

Sobona eh den sampai msia hari sabtu tigo minggu lopeh. Hari Ahad tu den awal2 gi dah poie sarapan poie cari roti bom my fevret.

Lopeh tu poie Giant saja survey makanan/brg yg boleh di hantar ke Oz. Esok eh tu, poie renew license for 5 years..senang cito kan, tak yah pikir. At last dapat gak makan kfc, tapi tak cukup ruang lak utk cheezy wedges.

Selasa lak, urusan kerja di Melaka . Sesat jugaklah nak mencari hotel gara2 terlepas simpang . Pulak tu ada yg jalan sehala je, camna nak pusing. Tengok peta pun tak guna..Alhamdulillah…akhirnya sampai juga ke hotel di Bandar Melaka ni.

Selama 3 hari di sana, sempat jugak den bawak mak n anak buah jenjalan waktu potang. Dapat gak makan asam pedas Melaka, kebab kukus, Nasi Lemak Antarabangsa, posperity burger, selain hotel buffet. Best Melaka ni, selain banyak tempat bersejarah seperti kota A Famosa n bangunan merah, ia juga mempunyai pelbagai muzium antara yang menarik adalah muzium samudera yang berbentuk kapal tu. Tarikan terbaru semestinya menara taming sari, aktiviti cruise di sungai Melaka dan ‘duck tours’ –amphibian vehicle yang bergerak di atas darat n air menyusuri pinggir selat Melaka sambil menyaksikan masjid terapung n Eye on Malaysia. Psst…gambar eh dalam the next post.

Hari Sabtu tu, barulah den turun Mid Valley. Umang ai, bersosak boto naik komuter n kek MidValley semato2 nak cari kasut. Kek Oz susah nak cari saiz kasut yg sesuai, pulak tu design tak menarik. Kalau ado yang den pokonan pun kalau tak mahal, alas/lapik dalam eh ponoh ngan kulit binatang yang ado 3 titik tu.

3 bintik kulit babi

http://pustakaalghazali.wordpress.com/2009/05/31/cara-mengenal-pasti-barang-dari-kulit-babi/

Malah brand Hush P#$* pun ada 3 titik tu. Memang kono hati2, penat membelek..elok bawak kanta gitu. Sometimes, the sales girl don’t even know the material of the shoes. As a conclusion…MALAYSIA TETAP DIHATIKU….Kek situ den makan kek domino's pizza.

Hari Ahad lak, pi Jusco Soromban, sajo nak survey baju n beg. Apo laie tang makan mosti...kenny rogers la.

Harap rakan-rakan pueh hati yo...

Salam everyone...lama gak den tak hapdate blog ni. Maklumlah bz kojo2 n cuti2 mesia, shopping n tido2 etc.

Akhirnya, pada hari khamis barulah den sompek mengepos barang2 utk rakan2. Sorrylah takde kotak, hehe...guna sok kabar ngan envelope jo.



Disobabkan banyak parcels, den poning2 lalat nak nulis info kek borang poslaju sampai tak perasan kono nulih senarai item ngan tandatangan.

Apo2 pun sebarang kekurangan n kecacatan barangan harap dimaafkan

Untuk semua kengkawan blog yang terlibat, den malu boto bilo korang poie publish dalam blog korang pasal barang yang tak seberapa tu.

Kak Ina, tak banyak lah, dah memang satu set nak bagi akak+2 set yg akak dapat dari dua nombor tu. Naz Ilyn, sorrylah saya ingatkan saya dah masukkan beg kecik utk anak dara awak n keychains utk your boys…mesti kes pening lagi ni, lain kali lah ya. Kaklia, saya dapat mesej tu hehe..tu nombor oz, tapi dah habis credit. Yana, cepat gak awak dapat ya. Ena, mungkin awak dapat minggu depan kot. Sha, harap awak puas hati ye dik, wpun beg je. Daela, baik betul ko bagi mak ye…takpe lah, insya allah kalau den balik lagi tahun dopan, den bolikan utk ko lak.

Thursday, December 10, 2009

Apo dah jadi ni...kono halau????


Ko tak bayar sewa umah ko sampai kono halau ni ? Tu yang bilik lintang pukang cam mengomeh tergoso-goso...

Tolong sikit yo kak jah woi...bukan nak tolong den packing, ngutuk laie ado. Den nak pindah niha.

Apo kelas pindah pakai plastic bag tu...lain lah I..sentiaso ngan oh my gucci ! Oh my prada ! Ko nak pindah mano ni???

Beg plastik pun..buatan overseas kak...made in china haha...Den nak pindah bilik dopan tu jo haha. Tapi penghuni eh ado laie. Tu yang kono packing dulu barang, kiro cam tumpang barang kek bilik tu.

Habis tuh, apo banyak na barang ko ? Ni mesti takdo lain ni...asyik shopping lah tu barang setimbun.

Memanglah den suko shopping...tapi takdolah camni. Tv ngan 3 plastik bosa ni dan 2 beg kocik barang hmate den, dio balik malaysia...


Habih kalo ko tompang barang, ekau nak poie mano..tu duo beg tu cam lain macam jo tuh...


Huish...ado la hehe. Balik kg...ho ho balik kg...hati girang...jom nyanyi lagu allahyarham sudirman.samo2...ulang lagi...Psst..lihatlah bilik ku dari tongkang pocah menjadi kemas berkilat haha...

Patutlah duo tigo monjak ni entri ko lain macam bona..sikit2 sobut pasal kg...rupo2 eh dah ado plan bosa yo

Ha..ah, bz gak, bukan cuti sesajo. Minggu portamo tak lokek umah. Ado kojo di Melako then Perak. Tapi haritu sebelum balik ni...barang banyak, takut excess baggage. Luggage allowance 25 kg, beg bosa tu pun dah 30kg. Beg kocik tu consider hand carry pun sepatut eh limit 5kg tapi dah dokek 10kg. Sebelum and sesampai di airport pelbagai doa den baco. Bilo timbang, staf kek kaunter check in said " it's already 30kg"..haha padahal dah 31kg. "Your baggage allowance is 2okg, I can only give you up to 25kg". I said," but my luggage limit is 25kg". Dalam hati kata kalau syarat 25kg boleh lah dapat 30kg. Tapi tak tercakap pun hehe. Coz si minah tu cakap kat tiket 20kg. Tapi aku cakap dekat bawah ada tulis 20+5kg. Actually tiket asal memang ada 25kg. Tapi tiket baru ni ngong sikit dia tulis 20kg je. Cuma tulisan kat bawah tulis 20+5kg.masa tu memang dah bengang n gabra gak, hehe sambil baca doa nabi yunus minta dipermudahkan semasa dalam kesulitan dan mengulangi ya aziz ya jabbar al-mutakkabir supaya staf tu tak banyak cakap. Tetiba tercakap "Can you please consider up to 30kg coz I'm a student". Dia nak tengok kad pelajar, tetiba dia cakap kad tu 6 tahun dulu...tahun 2003. I terkejut la, I cakap I baru start belajar tahun ni. Bila tengok balik kad tu I cakap 03 tu bukan tahun, nombor je.siap I tunjuk barcode yang ada tahun 2009 lagi. Dalam hati berkata kenapalah aku tak belek betul2 kad aku sebelum ni. Haha..bila minah tu tengok belakang kad, dia kata ada. Padahal ada tandatangan aku je and statement uni. Ntahlah ...apa2 jelah..janji barang2 den lopeh..alhamdulillah.

Mako eh..terjawablah sudah misteri kesonyapan den selamo ni. Psst..mintak ampun atas sebab2 yang akan dinyatakan kemudian, den masih tak berkosompatan nak ngepos barang2 korang. Den cubo minggu ni yo...


Wednesday, December 9, 2009

Aku mahu pulang !!!

Di musim panas yg pelik di Oz ni, kan best kalau dapat balik kampung

http://www.travelmath.com/flight-distance/from/Malaysia/to/Australia

dengan menaiki Cik Mas

http://www.malaysiaairlines.com/

Tapi memang lama giler 8 jam dari Sydney ke Malaysia, cam naik keta dari NS ke Ganu.
Patut bersyukurkan, camnolah org pi Uk/NZ sampai 13 jam. Pi US lagi lah...24jam ???Kuat daya tahan tu. Kalau sesapa nak mai sini boleh la survey. Harga tiket ekonomi pegi balik antara aud700-aud1600 ~RM2100-RM4800.

Klu nak naik Mr Ai* Asia.

http://www.picsearch.com

takde lak in Sydney. We have to go to either Gold Coast, Melbourne or Perth, then take flight to Msia. So nak pi sana bole naik Virgin Blue/Jet Star dari Sydney. Jimat, tapi lambat sikit nak sampai Msia. Harga tiket mungkin plg murah aud60+aud200=aud260~RM780 sehala. So, pegi balik ~RM1560.

http://www.iusb.edu/~sbglobal/images/Australia_map_picture.jpg

Ramai yg kata nak travel dalam Oz ni let say from Sydney to Melbourne, better naik flight coz cheaper and faster. Tak tau la bila nak pi 5 negeri lain in OZ ni-Western Australia, Northern Territory, Queensland, Victoria and South Australia. He he..ni New South Wales pun tak habis jalan g...luas sgt. Tengok je peta tu, negeri ni je luas lebih dua kali ganda dari negara Malaysia...hehe kalau satu Oz lebih kurang 23 kali. Apa2 pun datang sini bukan nak melancong, tujuan utama nk belajar. Cuma jika berkesempatan teringin nak tengok negara org...byk berjalan, luas pengalaman...tak gitu Kak Jah? Oklah...dah 4.11am, subuh pun dah masuk 3.53 tadi...

Tuesday, December 8, 2009

Diam tak diam, rupo eh dah 11 bulan den kek sini

Tulah cam tak cayo jo, den dah 11 bulan di sini.
Copek bona maso berlalu. Time flies really fast...
How I miss my family n kampung...Eden nak balik !!!!

Masih den ingat mulo2 den datang dulu bawak satu bekas makanan, mug, maggi and kicap jo...kelakarkan. baju mesti adolah..barang amat terhad coz luggage limit 20kg, beg je dah 7 kg, dengan baki 13 kg apa je aku boleh bawak...huhu..cadar pun tak bawak. Dahlah bilo sampai sini mug den tangkai eh patah. Sodih na..hari pertamo mkn maggi. Hari keduo pi city boli rice cooker, pot, pan, plate, bowl, mug...rice, onion, eggs, salt. Sakit satu bdn ngangkat semua benda tu. Dah la jln kaki huhu. Tapi klu tokak melayu, mesti nak nasi gak...wpun sekadar telur dadar+kicap.

Seronok gak tinggal di sini. Dokek ngan laut wei..jakuns sikitlah mula2.. Best apa, pepagi bangun boleh dengar ombak menghempas pantai. Wpun nak pi uni klu nak jalan kaki 40min...tapi release stress bila tengok pemandangan camni...laut, langit, awan, bunga dll


So far, ada gak pi Canberra -War memorial & Parliment house wpun about 3 hour to get there.


Blue Mountain pun best ada lagenda 3 sisters-3 puncak gunung, botanic garden, zig zag railway yg ada thomas & friends n boleh juga p petik epal.


Sydney semestinya lah...well known for its opera house, harbour bridge n tower.


Rugilah, datang sini kalau tak jumpa Datuk K...

Opps kangaroo and koala le...:P

Then, ada gak pi floriade festival. Mmg cam giler tengok bunga...jadi tak tentu arah, tak tahu nak amik gambar bunga mana dulu

Apo kak jah..den bukannya jalan jo. Jenjalan during weekend. Belajar tetap belajar..nilah workstation den.
Jangan tertipu, biaso eh...tikus pun tak larat nak masuk...

Bz bz...tapi adakalanya rasa cam kek kg lak.

Buek-buek bz lah tu. Maso byk, tapi ko tak ghoti nak bagi maso...yolah tu. Tapi memang bz pun. Kan rabu lopeh den ada practise presentation. Hari Jumaat-Sabtu den poie Batemans Bay to perform the real presentation.
sapolah yang tongah bercakap tu...selekehkan.
tapi ado yg selebet..pakai bermuda jo.
psst...abaikan jelah mentol tu yo.

Tapi bilo poie sinun cam balik kg...balik kg??? balik kg...o..o balik kg.....

On the way balik, kami singgah di Murramong Park yg berada dlm kawasan marine bawah ni.


Konon nak tengok kangaroo, tp agaknya kangaroo main nyorok2 kat bawah pohon ini

atau this bush..

Hampeh, sekor pun tak kuar. Membazir duit kami jo bayar parking aud7~RM21.
Apapun, I really enjoy to see all the view hehe...wpun ngantuks giler. Takkan nak tido kat belakang masa spv kita yg dok penat memandu...

pokok2 yang mula menghijau setelah mengalami "bush fire" jan lepas.

Monday, December 7, 2009

Senarai idaman

Berikut adalah senarai makanan yang den teringin nak melantak

Buek/boli
1. Ikan keli sambal
2. Asam pedas ikan parang+sawi jeruk.
3. Sambal tempoyak daun kayu+ikan pekasam
4. Sambal petai
5. Gulai nenas ikan masin
6. Gulai pucuk ubi.
7. Masak lemak cili api telur+belimbing buluh (dah setahun ngidam huhu..)
8. Roti nan+ayam tandoori
9. Soto
10. Gado2/Pasembor
11. Ikan 3 rasa+kailan ikan masin

Fast Food
1. McD-Double Cheese Burger+Posperity
2. Secret Recipe-Tomyam Kung+Cheeze Choc Cake
3. Chicken Rice Shop-bbq chicken
4. KFC
5. Kenny Rogers
6. Manhattan Fish Market-Deep fried platter
7. Sri Mas/ Rasa Gourmet Ayamas

Oh No..camno nak kurus ni. Selera besar, perut kecik.
Takpe makan biar kerap, tapi dengan hidangan yg kecil..hehe boleh ke????

Thursday, December 3, 2009

Ko takdo kojo ko...asyik melantak yo

Amboi kan main lagi yo...buek kojo mengoloh, tang makan tak tahu nak boronti.
Boka utk tongohari nasi goreng...
(mengoloh=mengeluh, boronti=berhenti, boka=bekal)


Ni baki dinner...porut kocik, ado hati boli ayam duo koto, sesudah he...tapau bawak balik
(koto=ketul)

Dinner lum turun ke bawah, dah melantak desert baklava...umang aii..manih bona


Apo kak Jah, ingat tangki den godang gajah ko...nak melantak coklat lak buek supper.
(godang=besar, buek=buat)


Ni boka eden esoklah...pi out station.

Well, itu lah tanda2 orang yg sedang stress...kan best klu aku jenis yang tak selera makan bila stress..boleh slim melim.

Wednesday, December 2, 2009

Ku lihat bintang-bintang

Setelah 4 jam berlalu..bintang-bintang masih berkelipan di atas kepalaku. Luka di hati agak parah.
Don't worry it's only a practice presentation. Do your best when the day come...

Ha, jgn sibuk berblog n berfesbuk...poie copek baiki ko punya slide n cari extra info...


p/s: TQVM pada kengkawan yang bagi dorongan. Really appreaciate it...

Tuesday, December 1, 2009

Gud Lak untuk den..chaiyok2

Good Luck...Do your best for your presentation tomorow

Camno ni, slide power point tak siap g...tapi ngantuk sudah.

Apa2 pun, semoga dipermudahkan, dilapangkan dada, diterangkan hati, semoga dilancarkan lisan dan dicerdaskan minda dan fikiran.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Ya Aliy, Ya Hakim
Ya Wahab, Ya Fatah, Ya Razak, ....

Ya Aziz, Ya Jabbar, Al Mutakabbir...supaya dipermudahkan menjawab soalan.

Monday, November 30, 2009

Ya Ampun, Kok bisa jadi begini...Kejam kah aku

Korang sedih tak bila baca mesej di bawah

Wa'alaikumsalam warokhmatullohiwabarokaatuh, Maaf sekali Kak kalau apa yang saya lakukan membuat Kak Marah. Dan trimakasih banyak atas masukannya, hanya Alloh SWT yang tahu apa yang ada dalam benak saya dan insyaAlloh tidak ada sedikit pun niat jelek saya untuk menyakiti orang lain, apalagi mengusik barang orang lain. Saya disini sendir dan tidak punya Familii, tidak akan ada gunanya bagi saya memiliki niat jelek sedikitpun pada orang lain, apalagi pada orang-orang di rumah ini. Nanti, besuk atau lusa saya meninggal pun, saya tidak tahu. Yang saya maksud kotor, tempat biru yang disibelah pojok, tadi banyak lalat yang disana dan maaf sekali saya tidak tahu sama sekali kalau brg itu milik Kak . Yang saya tahu itu belum sempat dibuang saja, jadi saya ereskan. Sekali lagi saya mohon maaf dan saya berjanji mulai saat ini tidak akan menanyakan apapun lagi (hal-hal sekecil apapun) dirumah ini pada teman-teman di sini termasuk kak . Sekali lagi saya mohon maaf yang sebesar-besarnya jika selama ini apa yang saya lakukan salah bagi teman-teman semua. Sekali lagi saya mohon maaf yang sebesar-besarnya. Astaghfirullohal'adziim 33X Wassalamu'alaikum ww

Kesimpulannya

Dia salah sebab buang barang aku tanpa bertanya dulu.
Aku salah sebab pi letak barang kat situ.
Dia salah sebab tak minta maaf
Aku salah sebab cepat terasa hati.
Dia salah sebab tidak ambil peduli perasaanku dan tidak rasa bersalah
Aku salah faham apa yang dia cakap dan cara dia menyampaikannya

Aku salah sebab terburu-buru meluah perasan.
Dia pulak salah faham apa yang aku maksudkan.

Aku salah sebab menulis ayat yang mungkin mengelirukan
Dia salah sebab tidak boleh menerima kritikan.
Aku salah sebab menulis tanpa memikir perasaannya dan akibatnya
Dia salah sebab melibatkan orang lain

Kami berdua memang saling salah faham dan salah. Cara kami tak sesuai, walaupun niat kami baik...kami hanya insan biasa.

Moral of the story

FIKIR DULU SEBELUM BERBUAT SESUATU.
PERLU PERTIMBANGKAN BURUK BAIKNYA KESAN DARI TINDAKAN KITA.
PERASAAN DAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA PERLU DIJAGA, WALAUPUN ADAKALANYA IA MENYAKITKAN BILA TERPAKSA MEMENDAM RASA MENANGGUNGNYA. ITULAH KESABARAN, KETABAHAN DAN PENGORBANAN.
MAAFKANLAH MEREKA...SUPAYA HATI KITA BERSIH DAN MENDAPAT HIDAYAH DAN KEBERKATAN.
LUPAKAN APA YANG TELAH BERLAKU, TAPI....
We can forgive what people have said and done to us, but it's hard to forget what people made us feel.
THEN WE SHOULD LEARN HOW TO FORGIVE AND FORGET.
REMEMBER ALL THE SWEET MEMORIES, THEIR KINDNESS. DON'T LET IT BE SPOILED BY JUST ONE SMALL MISTAKE....THIS IS FOR BOTH OF US.

YA ALLAH, bukalah dan lembutkanlah hatinya untuk maafkanku. Berilah kami kesabaran, kesejahteraan dan keharmonian. Amin...




Sunday, November 29, 2009

Aku memang jahat ....

Salam hmate ind,
I'm really sorry if the way I speak to u just now hurt your feeling.
But, you hurt my feeling too...
I don't mind if people want to touch or use my thing without my permission, but I do mind n care if people throw away my things without my permission.
Not only that, if that people don't even feel guilty.
And don't even say sorry for doing so.
In fact, it's really annoying if the same people ask what i'm going to do with my things just to cover their mistake.
Why must i keep the things if I don't have intention to do something with it.
What most hurt is if people don't want to hear my explanation?
It seems that this people look down on other people and think that they better than other people.
Do you think that you are the only one who care about the cleanliness and tidiness of the house.
Of course i want to clear my things there before going home.
You said that the things dirty in my plastic case, but yet you said it's not dirty when you took it from the bin (and put it back in my plastic case). Which one is dirtier?
I know your intention is good but the way is not right.
I'm really sorry if whatever i write here, hurt your feeling. But, I don't want to talk behind your back or just keep it in my heart until it burst. It's for our own good as housemate and friend.

Funny, tetiba bila sesi luah rasa...tetiba tercakap omputih. Walaupun, amat ketaranya betapa teruknya my English haha...Well, sometimes it's better to say it in english to express our feeling. DBP tolong jangan gam saya. Yolah, kok cakap melayu kan..terbabas-babas, sorang cakap lain, sorang faham lain. Lagipun ayat di bawah cam pelik je kan. nak kata formal, tak jugak, nak kata ayat buku tak jugak...minta maaflah, aku bab menulis ni ada kureng...
Salam hmate,
Saya minta maaf jika saya menyakitkan hati awak tadi.
Tapi awak menyakitkan hati saya juga...
Saya tak kisah kalau orang nak usik atau guna barang saya tanpa kebenaran, tapi saya memang kisah dan ambil peduli jika orang buang barang saya tanpa kebenaran.
Bukan itu sahaja, jika orang itu tidak rasa bersalah pun.
Dan tidak meminta maaf .
Malah, amat mengjengkelkan jika orang itu bertanyakan apa saya nak buat dengan benda itu untuk menutup kesalahannya.
Kenapa saya simpan barang itu, jika saya tidak saya tiada niat untuk berbuat sesuatu dengan benda tersebut.
Apa yang paling menyedihkan adalah bila orang tidak mahu mendengar penjelasan saya.
Rasanya orang sebegini memandang rendah pada orang lain dan fikir mereka lebih baik dari orang lain.
Adakah awak fikir awak seorang sahaja yang mengambil berat tentang kebersihan dan kekemasan rumah?
Memang saya mahu mengemaskan barang saya di situ sebelum saya pulang.
Kamu kata benda dalam bekas plastik saya kotor, tapi sebaliknya kamu kata benda itu tidak kotor bila kamu mengambilnya dalam tong sampah dan meletakkannya kembali ke bekas saya. Yang manakah lebih kotor?
Saya tahu niat awak baik, tapi caranya tidak betul.
Saya mohon maaf jika apa yang saya tulis, menyakitkan hati awak. Saya tidak mahu bercakap di belakang dan simpan dalam hati sehingga akhirnya "meletup'. Ia untuk kebaikan kita bersama sebagai teman serumah dan rakan.

Yolah sorang msian, sorang indon...kenkadang cakap bahasa melayu tak paham, cakap english bru paham. Memang banyak perkataan kita tidak sama maksudnya dalam bahasa mereka, selain memang tiada dalam vocab bahasa mereka.

Ringkasnya, cerita harini :
Actually it's not about the things, but about attitude and how do you deal with something.
Aku memang emosional. Aku patut bersabar dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata. Terlajak perahu boleh diundur...

Tapi kenapa sampai jadi begini...esok jelah

Saturday, November 28, 2009

Aktiviti masak-masak, bercanda n beli belah...salam aidil adha


Malam raya
Pulun membuat dua puding, resipi dari blog noorana (thanks noorana). Akibat menderhaka sikit dan mungkin agar2 serbuknya tak sama ngan di malaysia, maka hasilnya agak keras...pudingnya lansung tak bergoyang, tekstur sgt kasar coz telur putih timbul...sehingga terpaksa ditapis . Rasanya tetap sedap, cuma kureng ummph mungkin coz segala telurnya tinggal dlm tapisan, rasanya masa memuda dulu buat lagi menjadi. Moralnya, ikut je resipi yg diberi, jgn pepandai ubahsuai melainkan ko mmg selalu n pandai masak mcm noorana tu. Anyway, hikmahnya puding tu senang dipotong n tak berubah bentuk bila dibawa jln jauh.


Hari raya Aidil Adha
Pi uni, return buku library dulu. Then, jalan kaki pi umah pelajar malaysia untuk jamuan raya potluck. Pelbagai hidangan, ada rendang pelbagai warna n cara masak, ada lemang, nasi lemak, nasi tomat, ada laksam, mee n bihun goreng, popia n kek coklat opps..my puding too. Balik pun jalan kaki...susut ke???Ingat nak pi opis, tpi cam tak, larat balik umah...tido. Petang, pi tangkap ikan dan picnic....Tangkap ikan??? saja je....umpannya maruku hehe. Best main air sambil menikmati keindahan alam ni.
saja tepek gambar haritu...tp tempat main harini takde rumpai

Sehari selepas raya-pagi
Pi mandi manda di laut. Konon nk mandi di rock pool, pesisir laut yg disekat menjadi kolam. Tp ombak jahat..opps ombak kuat dengan air pun dlm. At last mandi je tepi rock pool..which is kawasan berbatu semulajadi yg kedalamannya tak lebih 1m. Konon nak belajar float...tp penakut n nafas pun pendek. Anyway, akhirnya tertunailah hasrat dihati nak mandi laut setelah 9 bulan mengidam..sorry kak ina guna keyword akak hehe.

Tengahari-petang
Saja pi shoping complex yg jauh sikit, naik bas. Byk sale...rmbg mata. Pekenan satu baju tanpa lengan, suitable for summer. Cam comel je klu pkai. Bila dah try, tp menurut adik hmt, kakak hmt pun bru pi cuba...terkilan nya. Padahal, i yg cuba dulu. Rasanya utk seorang kakak mmg tak sesuai pakai and in fact she never wear that type of blouse before. Nak ubah style kot. Lantaklah, ada hikmah aku tak beli, lagipun a bit large for me, especially at the armpit part. Best lagi beli ni...

Biasa kt msia fererro roche je. Here, we got fererro rondnoir-dark choc and fererro garden-coconut...it's good...