Friday, April 30, 2010

Talam labu pun mendap gak...isk..isk...

Semalam punya lah semangat nak berblogging tapi internet kong. Actually, memang dari pagi ada problem..tapi ingatkan malam ok lah. Rupanya tak jugak. Bila tanya housemate, dia kata internet dia ok je...hah????Penatlah godek network set up, cabut n cucuk internet cabel sampai nak terputus dari 10.45pm-12.30....hampeh. So, tido jelah..internet punya pasal, terus takde mood nak writing my proposal huhuhu. Alhamdulillah, dah ok bila tukar new cabel tadi...saja je nak membazir duit ku...aud13~RM39.

So...disebabkan maleh nak transfer gambar dari camera, den pun nyelongkar apa yg ada lam lappy ni je....Here's my kueh talam labu,

...sumbangan pada our club to introduce our Malaysian food to other students last 2 weeks. Tak tau nak masak apa, kebetulan ada labu sikit...maka carilah resipi kat internet hehehe. First time mengukus kuih hehehe...

Den ambik resepi dari rumah hanieliza dan Mat gebu. Timo kasih banyak lah kek diaorang ni coz share this recipe. As usual den suka menokok tambah, mengubahsuai resepi, n menggabung resipi. Nasihat den, ikut jo la resepi asal..jangan la tergedik2 ubahsuai...melainkan portion/kuantiti eh jo.

Atas kesilapan diri sendiri...bahagian tengah warna kuning tu kureng masak.

Ingatkan bila letak adunan putih dan kukus lama sikit, dia akan masak...rupanya tak jugak...mendap pulak huhuhu. Dahlah buek sikit jo, nak memotong cari bahagian yang ok pun susah...Maklumlah nak bagi kat orang, mestilah bagi part yg ok. Tapi mendap mendap pun..habih gak. Rupanya klu kita masukkan kuih ni dalam fridge, bahagian lembik tu jadi keras jugak hehehe...

Psst..maso hari tulah..yg kawan den menegur den berisi tuh. So atas keinsafan dan keseganan ditegur gitu, mako den malam tu den makan ayam bakar n rakan-rakannya....ala-ala menu sihat...baru perasan macam tak masak pulak ayam tuh...tapi habis jo den ngapppp...

Maklumlah...duo hari sobolum tu yo yo den makan nasi banyak +melantak pajeri nenas.

Yolah, ingatkan haritu ado stok perencah tu. Bila nak masak penat lah selongkar kabinet dapur sampailah ke rak dalam bilik tak jumpo pun..yg ado perencah asam pedas ngan rendang je. Memang terkilan sangat..tu yang that weekend I went to buy this pajeri sauce hehehe...Tu yang makan tak hingat tu.

Tuesday, April 27, 2010

Tenggelamnya kek lapis menjadi marble cake...

Orang melapis, den pun nak melapis.
Orang membakar kek, den pun nak membakar...hangus hangit
Orang mengukus, den pun nak mengukus...tonggolam karam bahagian tongah
lapisan bawah pulak berebut-rebut naik ke atas huhuhu....

Tonggolam coz bahagian tongah tak berapa masak lagi walaupun dah lobih 30 minit tu.
hmm agak... eh pengukus tu tak cukup bagus, hehehe..yolah penutup eh pun dah bengot.
Yang kelakarnye dah masukkan adunan dalam loyang, tetiba loyang tak muat lak nak masukkan dalam pengukus den yg comel lote tuh. Takde pilihan just masukkan dalam plastic container, walaupun tau tak baik untuk kesihatan. Gambar bawah ni cam ok sikit kan...

Kek lapis menjadi kek marble ke kek berbatik ke....yg pastinya tatap sodap gak.

Resipi ni diambil dari rumah Maz , tapi berasal dari myresipi sumbangan dayang jack. Terima kasih bebanyak ya. Rasanya kak Aidah pun ada resipi tersendiri, nanti nak cuba jugak. As usual den suko na mengkhianati resipi asal. Tulah salahkan diri sendiri kalau kek tak jadi...jangan sesekali salahkan resipi atau pengukus hahaha.

Bahan-bahan Kek Lapis alwani ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )
  • 1 cawan tepung gandum ( ......den guno 3/4 cawan)
  • 1/3 cawan horlicks (original) ( ......den guno 3/4 cawan)
  • 5 biji telur gred A ( ......den guno 2 biji telur 800gm n 1 biji telur 600gm)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin ( ......den guno butter, tapi rasanya Hasue cadangkan kalau guna butter, elok kurangkan telur)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam ( ......den guno hawflakes)
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit pewarna oren, hijau dan merah

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  6. Masukkan esen vanilla. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, oren dan hijau.
  7. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  8. Ulangi langkah 7 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  9. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sedikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak. Setelah masak, sejukkan sebelum dipotong.
  10. ***pastikan air di dlm pengukus diperiksa semasa proses mengukus. Jika hampir kering, tambah dgn air panas.
Jom nengok kek ni dalam pose tenggelam timbul dan tersenget terherot hehehe..

Actually nak gak bagi kek ni pada my co-spv. Dia tak datang pulak. Maka kek ni + teh cameron highland menjadi habuan my group mate la. And for lunch today...vegies wrap-mushroom,carrot, zucchini, egg plant with bolognese sauce n cheese.

melted cheese..yum..yum....

Oklah nak ngadap adobe illustrator..to modify my figure. Nite....

Monday, April 26, 2010

Cuti lagi...

Hah cuti lagi??? Bukan ponteng tau...but today is public holiday due to Anzac Day yesterday.
Apo ko bondo eh Anzac Day tu. Mengikut cik wiki :

Anzac Day is a national day of remembrance in Australia and New Zealand, and is commemorated by both countries on 25 April every year to honour members of the Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) who fought at Gallipoli in Turkey during World War I. It now more broadly commemorates all those who died and served in military operations for their countries.

Ni gambar last year parade.

I suka nengok baju navy gi hehehe..

Bagpipes...best best

Kenangan si pejuang...

Tak sedar dirikan...Hari pahlawan kat Malaysia tak pi. Kat sini boleh pi pulak...yolah dokek bona ngan umah tak sampai 15min jalan pun. Mako atas dasar keinsafan itu...this year parade atas katil je hahaha. Kuar nak cari ayam pun, kodai tutup huhuhu...alhamdulillah supermarket woolies n coles n fruit market bukak.

Semalam tengok berita, depa pun buat Dawn service kat Sandakan. Tak tau apa kisahnya. So, bila surf internet kat sini :

In 1945 a group of over 2000 Australian and British prisoners of the Japanese in Borneo were taken from Sandakan to Ranau. Of the 2345 men, only six survived. Of those who died, most were never found.

Masa tengah mengupload gambar tadi, tetiba sakit perut ...sangat sakit, tak tau camna nak describe tapi macam kejang je perut tuh...memang nak jalan pun terbongkok. Terlebih gas kot hmm...Sapu losyen pati halia n tido bergulung dalam quilt, dah ok...alhamdulillah. Tu lah, makan ntah apa2 kan...

Korang tau tak hasrat aku tak mau makan nasi seminggu asyik kantoi je since last friday asyik kantoi je. Lunch dua kali tu hahaha...veggies wrap at 11am and tomyam at 1pm.

Tetiba bila pi city, teringin nak makan ini

Tambahan bila petang dia jadi separuh harga...apalagi ngap je lah. Sushi tu pun ada nasi jugak kan..hish. Nampak tak tu...katak merah n ular..Allen's brand.

Hari sabtu, banyak makan junk food and for dinner I have that grilled chicken yg ala2 satay tu.

Tak sangka pulak semalam, 'kakak' bagi aku makan satay daging pepagi...rezeki jangan ditolak. Dia pi Sydney on saturday, tu yg dia beli satay kat kedai apatah "Abang Sam", Malaysian restaurant. Apa2 pun kantoi gak la makan nasi impit huhuhu...
Bila lah nak betul-betul start ni ?????

Pulak tu lunch semalam pi makan spinach pie...memanglah bunyi macam ok. Rupanya ada cheese kat dalam...terlebih lemak pulak kan. Malam, pi makan kari telur je..leftover 2 minggu lepas kot...operasi ngosongkan fridge menjadi operasi penuhkan perut huhuhu.
Camno lah nak kempiskan perut kan..malah perut pun sakit....

Saturday, April 24, 2010

Grilled chicken ala2 satay.....

I didn't have proper breakfast and lunch today. So for my dinner tonight, I grilled this chicken

which is marinated with ginger, galangal, garlic, onion, turmeric and honey...ala-ala satay la kononnya. Seems dry huh. It would be better if I eat it with sauce...how about peanut sauce???

Hehehe, satay tanpa lidi ngan kuah kacang segera pemberian my housemate.

Last week nengok kat tv, mat salleh masak satay ngan kuah kacang dan mee goreng...Chef tu siap buat lawak tuh, it's me goreng, not you goreng. Guess what? He made this kuah kacang using peanut butter...boleh eden torai ni.

Sudah tukar ka....

Semalam pi jenguk rumah yana. Macam best pulak rumah dia dah dihias serba baru. Den pun teringin jugaklah nak hias rumah. Kebotulan den payah nak tidor malam tadi. Mako eh, bilo dah topu study...den pun sajo godek2 rumah den niha. Dah pukul 7.30 pagi tadi barulah den dapek tido. 3 jam lopeh tu den sambung ngomeh lagi rumah den niha.

Tapi cam polik pulak.
Rumah den bukannyo makin bersinar dan berseri...
tapi makin pudar dan malap pulak kan
hehehe...penangan kelabu asap..latest trend tau hahaha...
sapo cakap...den lah yang cakap :P

Psst...yang dedulu punyo post tu, mesti ado tulisan eh yang tak jelas kan. Tak koso den nak check n ubah satu-satu....
yang lepas biarlah ia berlalu....let bygones be bygones....
Eh ado kaitan ko ngan ayat di ateh ???
Teringat lak kek iklan bygon spray hahaha....

Friday, April 23, 2010

Penangan katak merah LG-salam dua benua

Katak oh katak
kenapa ko panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku
ular nak makan aku

ular oh ular
kenapa ko makan katak,
macam mana aku tak makan
itu memang makanan aku
katak merah lak tuh...

tak kisah la, ular ke katak ke
dua-dua aku ngap...
macam mana aku tak makan,
itu penangan tayangan katak merah LG-salam dua benua hahaha....

hahaha..cam bebudak je kan pi makan benda ni.
Biasalah teringin coz selalu nampak bebudak makan.....

Wednesday, April 21, 2010

Diam2 ubi berisi..kecoh2 den berisi ???

Kawan : Berisi ya
Den : Ha ah, kat pipi kan
Kawan : Bukan. Tu ha...(sambil tunjuk kat porut den)
Den : ????( terkedu...)


Oh no !!!!!!!...alamak kak ina oi...., bukannya kang bulat, memang dah bulat huhuhu...

maka kena
-stop/kurangkan makan nasi dan kuncu-kuncunya..karbohidrat.
-stop minum fresh milk...skim milk only huhuhu..tawar hebeh.
-lebihkan sayuran n buahan....
-kerap jogging
-buat sit up/push up hari-hari
-join aerobik class

Monday, April 19, 2010

Makan dan makan dan makan lagi .....

Hmm....den ni makan ke menketedarah melantak ha ?????

Hari Selaso lopeh, kalut masak pepagi untuk boka tongahari den...spicy scrambled egg.

Hari Rabu lak, teringin bona nak makan beef kebab.

Apo lak kan, ni bukan eh kebab....hehe..beef lasagna. Daripado tahun lopeh den ngidam...at last dapek gak. Tapi rupo eh diorang guna sliced beef instead of minced beef

Malam tu den masak tomyam pacat pucat niha....

kurang la kehijauan eh. Tomyam ni jugak menjadi lunch n dinner for thursday.

Jumaat lak iyo iyo lah den nak buek omelete utk boka lunch...agak eh banyak bona aksesori eh, maso proses balikkan..toruih terbarai, mako jadilah vegies scrambled egg hehehe...

Sesudah eh...tak poie uni pun hmm....

Malam tuh, den conpius...kojap nak masak ayam madu berompah, kojap nak buek ayam goreng madu petaling cam kek blog umie. At last masak gak lak ayam madu berompah ni konon nak ado kuah.

Hahaha...cam biaso lah den kalau masak, tak tahu poie mano kuah eh. Selero boto den makan lauk ni, tambah lak ado kailan sos tiram....slurp....
Psstt...sobona eh ayam ni semuo tinggal tulang jo. Kiro eh si kopak nilah yang plg banyak daging. Daging ayam ni semuo dah dikikis buek tomyam haritu hehehe...Sayur kailan tu lak..ihsan kawan kami yg balik Malaysia hari kamis lepas....
Actually ayam madu berompah ni memulo den makan dulu kek Penang. Kek kodai mamak nearby roundabout tak jauh dari kompleks bukit jambul tu. Agak eh dah tak wujud dah kodai tu sekarang ni hehehe...Den ngan kengkawan memang makan jilat pinggan jari la. Punyolah sodap..sampai kami tergilo bayang. Tu yg kawan den Puan S ni, cari resepi eh. Simple sesangat....Goreng ayam dulu. Then, tumis daun kari dan rempah+cili, campak bawang bosa, lotak madu. Last, baru lotak ayam. Tapi kali ni den sajo lotak sos tomat sikit n lotak bawang goreng. Dulu ponah tengok rancangan masakan kek TV, mami Penang habaq kalu mau kasi kari sedap, letak la bawang goreng....

Hari Sabtu, menu yang sama gak ler utk dinner. Actually pagi tu pi asean groceries store...dari kedai china membeli perencah brahim, ke kedai vietnam membeli santan kara + bawang goreng, ke kedai bangla membeli ayam...sedih tak do daging huhuhu. Bukan apo haritu nampak kawan buek steak...den hanyo mampu pandang2 joling2 jolah...dah dio tak pelawo kan. Den nak cito apo tadi sobona eh....Ha, maso kek kodai vietnam ni, maso den mencarik2 bawang goreng, tetibo ado sorang pompuan ni ronung muko den n cakap ...$#@....Osah boto, sekali lagi orang ingat den sedaro maro eh dari vietnam ....kali ke berapo tah...ke ompek ko limo ????

Ni lak lunch den hari ahad n harini.... masak kicap ikan, as usual kuah dah hilang :)

Psst..pepagi dapek makan raisin toast ngan melting butter+sprinkled cinnamon..so yummy....

Konyang..sampai tongahari tuh...

Logo logo pun...gabra la pulak

Harini baru dapek menghapdate blog niha. Bukan apo semalam, internet kong seharian.
Sib baiklah malam tadi kek tv ada program best...biggest loser australia finale. Tapi tak suko lak si Lisa ni monang...

Click image for source

Tapi tu lah she got the highest percentage of weight lose. Niha gambar asal dio 3 months earlier

Click image for source

kami suko si Joe niha..comel kan

Click image for source
menjadi gini...

Click image for source

takdo joki dio la tu kan. Psst...Joe ni ado kombar tau, si Rick which have been eliminated previously. Tu ar confident sangat..tetiba borek bertambah. But he look stunning with flat abdomen....

Udah udah le cite gini.....so what about my study hmmmmmmmmmmm
I discussed with my spv about my paper this afternoon. I have to change the title as well as use bombastic words in the abstract to make my paper more interesting and easily capture the reviewer attention. Of course I have to make correction on the grammar mistakes and word structure, alter the subtitle using simple word and suggest the potential application of my research.
What a relief when my spv said that " It's good" ....logo bona den walaupun kena buat pembetulan n penambahbaikan.

We also discussed that I may present my research proposal in mid next month and she will arrange it with the coordinator. So..kono pulun lah nyiapkan proposal tu around 60-80 pages and of course the presentation slide too...Maybe early next month I can practise for that presentation...just in my group la hehehe. Mulo la den gabra ni...relax..bawak bertendang haha....Take a deep breath.....Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini. Sesungguhnya yang sukar bagiku adalah yang mudah bagiMu....

Monday, April 12, 2010

Si cili api yang berapi-api....mulut pun berapi

At first, I just thought to have my breakie only but I happenend to cook this sambal ikan early in the morning, yesterday...

Rasanya ikan black head ni = ikan talapia kot.
Tengok tuh buntang-buntang cili eh..bak kato mak den lah. Tak larat nak numbuk eh.
Punyolah podeh gilo kak Jah woi....Padahal den lotak sebiji cili bosar hijau, sebijik cili merah n duo bijik cili api. Memang berapi-api lah, walaupun raso eh den dah lotak duo sudu gulo ngan secawan air asam. Selamo ni tak ponah lak den buek samba ikan lotak gulo. Yang ini, paneh ngan podih porut di buek eh. Dahlah tongahari tuh den makan laju gilo, sobab nak ngoja shopping shuttle...maklumlah dah lamo tak boli barang dapur.

Untuk dinner malam tadi ngan lunch tadi, dah den tambah air ngan tambah n lenyek banyak tomato pun podeh gak.
Podeh-podeh pun i likeeeeeee.....hahaha, sodap gak.

Before 3pm today, I managed to submit my second draft paper to my spv....alhamdulillah. Hope she's satisfied with it and up to her expectation and really really hope this paper will be accepted to one of the high impact journals. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Fatah, Ya Razak, Ya Wahab.....

For dinner tonite, I just reheat french fries n calamari, leftover from saturday...Kalau kat kampung, jangan harap nak perangat french fries sejuk...terbiar je yg akhirnya jadi santapan ayam. Kat sini, baru sedar diri huhuhu...

Hopefully, I don't think about food before sleeping tonite. Malam tadi, den jumpo belimbing buluh kek sini...dalam mimpi jolah huhuhu. Yolah, nilah akibat ek kalau teringin nak makan gulai tolur+belimbing buluh sojak hujung tahun 2008, tapi tak dapek2. Kobotulan semalam, housemate masak gulai tolo. Tu yang bilo nampak gulai dio ..buek den teringat kek belimbing buluh tuh. Nampak eh esok masak jolah guloi tolo+timun+tomat....

Saturday, April 10, 2010

Mari..mari....makan calamari hehehe...

Punyalah semangat nak jogging pagi tadi, tetiba pepaham je la...hmm...
Tapi dah 8.30am tu ingat nak kuar jogging gak, then boleh terus pi beli ikan....tapi end up sarapan kepingan terakhir biskut cap ping pong lah pulak. Dah pukul 10++, dah baca newspaper n cari artikel...kejap rasa nak masak, kejap rasa nak pi city, kejap nak pi fish market...tak tetap pendirian sungguh la. At last pi gak fish market, nak cari yellow tail or sardine takde lak...beli je lah ikan apatah, blackhead kot. Then on the way back beli this fried calamari...oklah, lama tak makan kan hehehe.

Banyak giler ni, boleh buat dinner sekali. Biasalah sambil lunch sambil bertenet, then ngantuk pulak hehe. Pulak tu sambil typing, saje bukak tv3..la..cite hindi, bukak tv2 pun cite hindi...tak pasal2 kena layan gak...setelah bertahun kot tak menengoknyer hahaha.

Biasalah, kalau nak writing/typing ni kena ada selingan. Macam haritu, selasa kot..biasalah kalau nak writing, I prefer to be at home..cari ilham tepi tingkap haha. Kalau kat opis kan ngadap tembok, tu ar...mental block selalu jadik kot, ilham pun sukar nak tembus hmmm...Tapi haritu, bila kat umah pun, dah hari mendung, then hujan...aku pun ala2 mandom le. Bila dah confuse n makin pening reading/writing, pi lah mendobi...tak suka hand wash, but I have to ..sayang baju n 'anak-anak' punya pasal. Bila dah agak stress tuh, malas nak masak lauk lain, so for lunch n dinner I just ate lauk the previous day, terung sambal n goreng je telur. Oklah janji kenyang...

On wednesday, I have to go to uni. Nak bawak bekal apa??? Nasi goreng? sayur hijau dah habis. Teringat lak I got this frozen vegies...So, here's my nasi goreng hailam segera.

Disebabkan nasi sikit je, taburlah frozen corn+beans bebanyak.

Sampai uni, ofismate takde...rasa cam tenang sikit. Aku pulun buat kerja, baiki my typing error, baiki figure, compare my result with others. Sempat jugak buat maintenance online report regarding the rain water leaking/seeking thru the window frame and dripping to the carpet and also about the broken drawer guide for my chest drawer. Pukul 6 balik, memang dah gelap. Sejuk gak, sib baik pakai baju 3 lapis..haha sape suruh pakai baju nipis...

Malam masak yg sangat sempoi..tak sampai 20 minit untuk prepare n masak. My grilled vegies+chicken.

First, I grilled slices of pumpkin+carot on the pan only...letak minyak sikit n tabur garam+black pepper+dried basil.
Then I grilled chicken+long beans which are marinated with master food honey mustard+herbs.
Having my simple dinner while watching so you think you can dance. Sedar2 dah habis atas pinggan hahaha...

Thursday, I didn't go to uni...
I start my day with this
as my breakfast...muesli+fresh milk. Sedap tau..

Then, for lunch I had the leftover food...fried rice+sambal terung.

Biasalah masih lagi dalam proses writing. Kena ada abstrak, kena ada intro, literature review, my metodology n my calculation, my result, discussion, conclusion, references n appendices. Rasanya bab literature review tu payah gak, bukan senang nak tulis ayat sendiri. hehehe takut tercopy paste ayat orang lain je. Bila cerita bab writing/typing ni memanglah problemo sikit...kejap buang kejap tambah ayat. Selalu rasa my writing tak cukup. So, bila baca banyak artikel lagi confuse haha..orang ni cakap lain, orang tu cakap lain. Dahlah susah nak faham, coz too technical. Sesudahnya, satu hari nak dapat satu paragraph pun payoh huhuhu..

Dahlah result kena gempak jugakkan. Nak diskus..kena gak compare ngan result orang lain ataupun cari fakta2 yang boleh menyokong result kita .....Huhuhu...nak balik kerja, tapi bila kerja pun stress gak...kerja susah, belajar pun susah.

Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada, masalah takkan selesai jika kita mengeluh, merungut, membebel, marah n menangis.......cuba dan buatlah yang terbaik. You go girl....keep goin !!!!!

Tetiba dapat mesej dari my friend...

"arini kita teringat kat awak ...apa kabar... bila balik sini bg tau ...nak jemput dtg umah...dan nak peluk kuat-kuat....jaga diri ...awak slalu dlm doa kita..."

sayu pulak...lama sangat tak jumpa dia, rasanya dah 8 tahun. She's one of my best friends, tapi memang selalu gaduh gak hehehe...Really really miss her huhuhu...Tu ar bila depan mata, gaduh..bila dah jauh terindu-rindu...

Ingatkan tak mau dinner yg berat, tetiba termasak pula tuna fettucine. Menu ini jugaklah yg menjadi santapan lunch

n dinner hari jumaat....

Untuk sos tuna tu -cairkan marjerin, tumis garlic, masukkan tuna+vegies, fresh milk n cheese. You can add more milk to make it creamy.

Hari jumaat tu..tetiba rasa nak pi uni awal. Pukul 8 lebih dah kuar..haha, patutlah ada balak menanti rupanya hahaha. Masa aku nak seberang jalan besar, aku ternampak mamat filipina tu nak lintas jalan gak tapi jauh sikit lah dari tempat aku (last year aku pernah cerita pasal dia). Bila aku dah selamat melintas, alamak he's waiting for me...so we walked together to the bus stop. He's nice guy, we can talk about everything..in fact he gave me some tips on how to write a paper. Kalau dia takde awek, aku boleh jatuh hati ni hahaha...

At uni, i tried my best to continue with my writing, browsing the online journal etc. Actually I planned to submit my second draft to my spv, unfortunately I still didn't manage to finish my writing....luckily she's not around. So, once again...I have more time to add more spices and splendour to my writing this weekend :)))...just I as what my spv wants...hopefully. Terharu pulak, bila my group mate from hongkong gave the copy of his research proposal. He asked me not to worry and also pointed out what I should do and focus. He's writing his thesis now...and will finish his studies and will be leaving this july huhuhu...no more a very helpful friend.

Thursday, April 8, 2010

Mato den mato ekau...

source: click here

Pepagi...malas nak buka mata
Cuci muka...segar mata
Bila studi...terkebil-kebil mata
Bila nak pakai...kaca mata
Bukannya...rabun mata
Bila tengok coding...pinar mata
Nak bertahan...gosok mata
Tengahari...makan telur mata
Dah kenyang...berat mata
Bila jumpa spv...ada kalanya keluar air mata
Dia pun...merah mata

Musim cuti...buat taik mata
Main game...dapat banyak mata
Lagi baik...pergi cuci mata
Sambil shopping juga...ala2 serampang dua mata
Banyak yang hati berkenan...sampai.rambang mata
Oh ada juga...yg menjolok mata
Penat tau...nak jaga mata
Bila lihat si seksis n si seksas...sampai juling mata
Opps hati-hati...sila buka mata
anda dalam perhatian ... si mata-mata

Siapakah itu...rambut hitam, galak mata
sukar dialih...dari pandangan mata
hati terpana...bila bertentang mata.
Si dia datang...bersinar mata
Si dia pergi...huhuhu putih mata
Sukar dilupa ...renungan mata
Layan je lah lagu wings....biru mata (hitamku ahaks...)
jgn terus bersedih...sampai buta mata
nanti ada yg melihat...dengan redup mata

Tengok rumah bersepah...sakit mata
Orang perli...senyum sambil jeling mata
Bila malam...kuyu mata
Tahan sekejap... pedih mata
Semakin lama...semakin perit mata.
Apalagi...ayuh tutup mata.
Lewat tidur...lebam mata
Sebelum subuh...woi, bangun bukak mata
takut tak sempat kalau selama-lamanya terus tutup mata.

Awatlah susah sangat nak bangun ya,
kadang tak ngantuk dah, tapi tak leh gak bukak mata
huhuu...banyak na yg bertenggek atas mata...

Cepat2...sapo nak sambung, ayat2 bermata itu...

Monday, April 5, 2010

cuti2 good friday+easter .....

Sebelum cite aktiviti cecuti ni..tengok dulu apa dah jadi selasa lepas.....

Pelik betulla my sliding windows, camna air hujan boleh masuk ni waktu tengah malam ni.
Tu baru hujan lebat yg sekejap tuh, kalau lama mau basah lencun karpet....lengkap lak peta dunia nanti kat karpet tuh. hehe bebel kat blog je kan, pi lah report kan accomodation department kan....

Hari Rabu lepas, once again I ordered nasi lemak yg sungguh yummy


Punyalah banyak, but I managed to finish it except the sambal of course. Memang senak giler perut haha...Pulak tu ngan tak sedar dirinya, petang tuh pi makan coklat pulak.


sukalah cekelat ni , ada kelapa hehe...tulah bounty yg berkelapa pun i likeeeeeeeeeeeee!!!!

Malam tuh pi masak mee goreng pulak. Lately, memang asyik nak makan je. Selain stress...dah mula masuk autumn, selalu hujan pulak tu ada dingin sikitlah. Tu yg perut asyik berdisko je hahaha...Bila sejuk ni, tidur pun dah pakai stokin ngan quilt. Tapi tulah quilt tuh last year tersalah beli cover, suppose beli yang size double tapi terbeli queen...sesudahnya besarlah sarungnya, terpaksalah staple kan hahaha...dasar pemalaskan, bukannya nak jahitkan. Mana larat nak jahit tangan, panjang wo...Tapi cam tak best pulakkan, so on thursday I went to buy the new quilt cover and cushion cover
hehe baru tau namanya european pillow case. Actually the big throw cushion/european pillow adalah hasil peninggalan kengkawan yg dah balik malaysia for good. Togel je cushion tu, tu yg kena cari cover tuh hehe. Inilah hasil shopping itew ...


Macam matching pulakkan...stripes n more stripes. Susah nak cari yang paling berkenan di hati n paling murah. So, at last beli la color yang buruk dull
ni. Tu lah yg cantik, mahal giler. Tak tau nape, sometimes my taste of color kinda weirdkan.. suka warna2 kusam/perang/coklat cair/kelabu cam ni. Agaknya orang low profile cam ni kot. Kena kaji pulak ni personaliti ngan warna, nanti2 lah ya. Tapi kadang boleh gak tolerate ngan warna menonjol cam merah terang menyala tuh...so i guess i don't really have favourite color. Ye ke?...tapi suka gak tengok warna hijau. Masa kekecik dulu memang obses ngan pink, then peach pulak. Bila kerja, suka warna coklat kot. Lately selalu beli baju warna kelabu. Hish, tak tetap pendirian kan. Tak kisahlah, yg penting sedap mata memandang kot hehe...my eyes only okay hahaha.

On friday we have good friday holiday...so, I tried to clear up the mess on the desk.


Tapi sampai hari ini, masih banyak lagi kertas2 yg perlu di sort. Banyak nak susun, file projek 1 and 2, file berkaitan uni, file bank, file credit card, file resipi opss....And for dinner I had this masak lemak labu+ikan masin+sambal ikan bilis


Psst, sambal tu lebihan sambal nasi lemak tulah, jimatkan. Malam tu, I watched this one movie..kinda interesting about finding the old historic paper that have certain code which can affect this new generation. Unfortunately, suddenly the screen just went black...wonder why, the other channel was ok. Really annoying that I ended up baking this

Hahaha, walaupun my bluberry+rasberry muffin tak gebu n merekah cantik cam dalam this recipe. Tu ar, mana nak cari buttermilk memalam buta. Nak perah lemon kat fresh milk pun malas lak. Ok what...First time in my life baking muffin.


On saturday, i supposed to go to sydney with my friend but due to my hp yg bengong tuh, my friend didn't get my sms...so we ended up watching movie "alice in the wonderland" instead at the nearby city.
source:please click image

Best jugak layan cerita camni...kalau 3d lagi best kot. harga tiketnye pun best jugaklah kan..;).

For lunch I had this turkish dish...chicken+mushroom pide. Besar gile, memang simpan dua hari ini...

source:please click image

Dinner of course lah..lauk semalam hehe. Sambil pegang journal sambil nengok The other Boleyn girl.
source:please click image

I really looking forward to watch this movie since last year..I have the novel about this story...interesting... how people willing to do everything just to get power. Really bad huh !!!

On easter sunday, I still have to clear up my room..from this

to this.
Psst...kalau lipat kain mesti nak sama saiz lipatannya, dan menara kena tegak 90 degree hehe. Tapi menara kat atas ni ala2 pisa itali lak hehehe. Inilah akibat tinggal di asrama dedulu kan, kecut perut masa inspection. Tapi I taklah obses sangat pasal lipatan ni. Lagi teruk, ada orang siap ukur ngan pembaris tu haha...

Apalagi ya, ha kena susun semua resit n catat my spending.

Senang kan later for budget purposes. Lagipun, rasa serabut lah, kalau barang/kertas2 tak tersusun ditempat yg sepatutnya. Kalau dah susun, bukan saja hati senang nak study, malah senang je nak capai/cari barang/kertas yg berkaitan hehe...

Sambil ngemas tuh, kena gak basuh baju jugak kan..guna machine lah. Ni yang kena guna tangan ni, tak tau bila nak buat huhu. For lunch I had this ayam berempah n ha!...not again labu masak lemak.
Sesuka hati je letak bahan perapnye:
garlic, bawang merah, ginger, cumin, fennel, black pepper, oyster sauce n soy sauce.

Dinner pun makan lauk yg sama tanpa nasi. Bukan diet, tapi malas nak masak nasi hehe.

Then, sambil tengok Devil wears prada+study...boleh la, cuba fahamkan pengiraan dalam journal. Lepas tu layan abpbh yg kureng tuh...macam bosan je siti menang. Bagi can la kan, yelah anugerah terakhir kan hehehe...Ada yg cakap, patutnya umumkan tak mau bertanding lepas menang bukannya sebelum acara kemuncak, macam ala2 nak raih undi la kiranya...lantak la kan, yg pastinya dia dah menang.

Opps, the end of day light saving on sunday too. So, we have to turn the clock one hour back. Hehe..now masa beza masa kita only 2 hours la. Actually day light saving begins on October at ends at april. Ye la..tujuannya supaya people can do more activities on the day with more daylight in afternoon during summer. Please refer Tok wiki, for more info ya kak jah.

Today also holiday hehe..easter monday, konon plan nak pi jogging pepagi...tapi jogging exercise atas katil je la. Apa kak jah golak2 tuh..serius, memang saya buat exercise utk kempiskan perut atas katil..buat sit up, baring sambil kaki tegak 90 degree, n kayuh basikal. Then saya saja buat facial treatment sendiri, sementara tunggu mask kering saya pi basuh periuk nasi, tetiba terpikir nak terus masak nasi. Dah alang kepalang maka saya terus masak sambal terung pepagi. So, here's my lunch today....sambal terung tak bewarna+ayam berempah sejuk hehe