Saturday, September 29, 2012

Roti kaya, roti canai

Betapa nostalgianya bila dapat bersarapan dengan roti kaya yang ditabur hirisan mentega diiringi dengan hirupan Kopi O panas :) di pagi Isnin minggu lepas.


Terima kasihlah pakcik Aik Cheong dan cik Yeos yang memasarkan kopi dan serikaya mereka ke OZ ;).

Pada keesokan harinya kita menikmati roti canai pula. Oh! No. Not as brekky but as late lunch hehehhe........

Roti canai jenama Kawan berserta lebihan sambal tumis dan juga lebihan inti murtabak yang ditambah santan, garam dan hirisan kacang peas........

Itulah foodies pengubat rindu, pengubat stress or I might say it as my Phd food hehehhe........

Psst...sudah dengar pasal bonus 1 1/2 bulan gaji.
Bila semak slip gaji pulak, tamatlah sudah ansuran si Wira bermula september
Alhamdulillah, dalam kesulitan pasti ada jalan :)...Jangan sesekali disia-siakan.

Oklah makcik nak bersiap ke Taman Larangan ni ;).

update at 9.33pm:
case 1
I met malaysian while I was on the bus.
She: Bila balik
Me: tak tahu lagi
She: kenapa tak tahu lagi? Dah habis writing?
Me: Of course tak habis lagi

 Case 2
While I was eating oporto burger at home, kanda asked me "Is the burger halal?"

Thursday, September 27, 2012

Misteri menjejak baju raya

Walaupun syawal telah berlalu, pastinya saya ingin coretkan kisah misteri baju raya ;). Dalam entri yang lepas2 ada saya bebelkan mengenai baju raya yang tidak sampai-sampai. Kawan beritahu dia akan poskan baju saya pada 3 Ogos 2012, namun pada minggu terakhir Ramadhan saya tidak menerima kiriman baju itu. Biasanya parcel boleh sampai dalam masa 7 hari waalupun dalam website tertulis 14 hari. Takpelah jika lambat sampai kerana musim raya. Sudah bukan rezeki saya untuk berbaju baru di pagi raya 19 Ogos 2012.

Tapi sangat terkilan apabila rakan tidak boleh dihubungi dari minggu terakhir Ramadhan sehinggalah minggu pertama Syawal-tidak membalas sms dan menjawab panggilan telefon. Bersangka baik bahawa dia terlalu sibuk ataupun telefonnya rosak. Bila, kesabaran saya menipis, maka saya menghantar email pada 28/8/2012. Ok, fine...telefonnya ada masalah. So, saya meminta parcel number untuk tracking purposes coz I was really worried that the parcel might lose somewhere. Owh, salinan kiriman tertinggal di rumah saudaranya di Selangor. Begitukah? Hmm..bersangka baiklah kirim dari utara tapi slip tertinggal si Selangor, takpun dia kirimkan terus dari Selangor . Ok, kita tunggu sehingga  31/8. Penantian yang sia-sia...............

Terlalu serabut dengan kerja, visa dan perlanjutan, saya sudah tidak larat untuk check pigeon hole hari-hari dan memikirkan baju raya lagi. Tiba-tiba pada 6/9/2012 saya terlihat miss card atas dining table. That is actually the second card, but I never received the first card :(. Guess what if I didn't take the parcel, the Australia post will send it back to sender on 7/9/2012 grrrrrrrrrrrrr............Maka saya pun kalut menyiapkan kerja dan hampir 4pm, saya bergegas ke post office. I complained that I never received the first card, the officer said that is the first card. Macamlah I am that stupid huh. Bila dia letak parcel atas counter...korang tengok tuh............


Such a liar. Bila I told him about that, boleh pulak dia tanya mana saya pi on both date. Manalah saya ingat. Lagipun rasanya ada je saya or housemate kat rumah. Tak kisahlah kami ada or tiada. soalannya mana pi first card tuh dan kenapa saya dapat second card on 6/9 walaupun ditulis 31/8. Katalah I lansung tak dapat second card ataupun dapat lambat dari 7/9, tak ke baju tu terbang semula ke Malaya.............He just said, I'll take note of that without apologising or giving the explanation. As for my friend she didn't give me that so call bukti pos sehinggalah hari ini. Adakah kerana ini?


Takperlulah kita nak sakit hati lagikan, baju pun dah selamat diterima...Alhamdulillah. Hargailah jasa baik kawan yang telah bersusah payah menolong untuk poskan baju tu kan ;). Balik tu........I nampak ni...........


I suka sangat...............


 terubat hati sikit.......


Tapi bila try baju tu huhuhu.....kurong pahang japanese cotton dan kasa rubia, cuttingnya tak cantik untuk I yang pendek ni. Pinggang baju tu ke bawah sangat n baju tu pun labuh :(. Apalah my favourite tailor ni, selalu ok je, kali ni sayang je kain mahal hasil hampehhhhhhhhhhh. Sabar..sabar....I lagi suka kain cotton Tok cap Nilai Square hahhahah.......Kenapa tah haritu pi beli corak2 munger yang macam sesuai buat kurong kedah tokwan. Tulah bila rambang mata, terus pilih yang ntah apa2 kan ;).

Jom kita posing baju baru dan rantai baru nak. Nak pakai rantai mana ya......


Serabut ek......

Try lain.......


Macam sweet je kan.........Boleh juga pakai pi shopping ;)................rantai tulah, bukannya baju tu :P.


 

Entri basi...belek2 folder jumpa dalam draft hahhaha. Nak tidolah...awal lagi baru 11.23pm kan. Tapi sakit kapara..tak tahulah pasal sinus ke, peod or stress.....

Tuesday, September 25, 2012

Cendol in OZ spring.........

Awal sept buat cendol. Tiada tepung beras dan air kapur, so guna tepung jagung je. Tapi saya tak jumpa pula link recipe tu huhuhu, tak larat nak cari dah.


Walaupun rupa kejadian tak semenggah, cukuplah untuk tekak orang mengidam in OZ spring hehhehe.........


Bunga pelbagai warna,


maka makanan harus juga pelbagai kan hehehhe...................


Penuh sepinggan dengan leftover food, ada nasi goreng, gulai ayam, satay goreng dan sambal belacan berbawang ;).......

Then leftover food lagi heheheh kecuali lettuce lah..........


Suhun goreng pun ada, masak ala2 bihun kicap


Leftover suhun kita jodohkan dengan sosej ;)


Makanan in september maksudnya makanan thesis ;)..............

Actually sekarang ni memang sedang serabut, banyak perkara nak fikir-tesis writing,visa, study extension n accomodation. tu tak termasuk dengan perangai housemate kesayangan dan juga pelbagai problem di Malaysia. Antara yg remeh tapi perlu juga diuruskan ialah unknown bill. Manalah tau kot ada orang pandai2 guna my name. Hari Ahad call my sis, katanya ada bil dari Telekom Malaysia. Saya hairanlah, saya dah lama tak menggunakan khidmat Telekom ni. Bila call customer care pun problem, ada ke patut kita di suruh masukkan kod kawasan, satu lagi pilihan apatah dial up ke. I bantai je la. Bila dapat bercakap dgn officer tu, dia pun tak tahu. So, call pulak nombor yang dia bagi. Nombor yg dia bagi pun silap dibahagian depan tuh.  Camnalah nak call 0060.... dari OZ, lainlah +60....Hmm, bila dapat call pun ada dua pilihan tu, I biar je, dah beberapa kali baru disambungkan ke officer. Then, yang geramnya si officer tu asyik tak dengar apa yang I cakap. Tak larat nak ulang banyak kali. Lagi2 bila 'masa' tu, memanglah moody and bad tempered. Bila saya bertegas kata line dia tak clear (coz macam terputus-putus dan ada desiran), boleh pulak dia  betulkan hehehhe. Barulah clear. Lama menunggu dia buat semakan, akhirnya barulah saya tahu bahawa bill tersebut adalah tuntutan TMNet yang saya telah tamatkan akaunnya pada tahun Dis 2002. Seingat saya dah bayar semua, tapi tak larat nak fikirla. Bayar je la nanti. Lawak of the day kan. Setelah hampir 10 tahun barulah, perkhidmatan mereka yang CEKAP tu nak tuntut bayaran.

Sunday, September 23, 2012

Kuah rojak, kuah yong taufu

Ok kita jangan sedih-sedih tau lagi ;).

Wah! Wah! Wah!....Kuah rojak OZ  in the house on last Sunday. Mouth watering talking about it hehhehe........Ada mangga muda, nenas, timun...sedap jugak tambah carrot


Hmm..that picture doesn't represent how good the taste is...puji diri nampak. Recipe taken from blog Dayang. Terlebih guna belacan, bersudu-sudu gula ku leburkan. Terlebih juga tepung, baru lepas masak idoklah likat sangat. Tu yang hairan bila kanda kata pekatnya. I just kata memang kuah rojak macam tuh. Dia kata biasa tak pekat. I balas balik kuah yang kuah makbee yang popular tu lagi pekat dari tuh. Bila ku jenguk owh pekat jugak hehhe,




tapi idoklah pekat yang macam kuah makbee yang I biasa beli di hentian Tapah. As usual, adalah jugak komen sidia seperti gula tak hancur properly. Padahal aku masak lama tau, selain tambah air dan sentiasa kacau :P.

Macam biasa juga bila I masak, the first sip tu manis, towards the end terasa kepedasan hahhaha. Philipino suka, katanya it's so good, mintak recipe jugak hahhaha. Tapi kami sesame had runny nose hahhaha. Tetiba American turun pulak. So offer je la, suruh dia ambil sikit dulu in case she didn't like the smell and the taste. Katanya it's not that bad dan dia pun kata recipe nya senang je hahhaha.

Berulang-ulang kali mengadap kuah rojak tanpa jemu sambil melayan thesis dan pulun mengadap Secret Garden dari 19-20/9 heheheh......


EH! recipe kuah rojak macam ala2 yong taufu kan. Kita ambil kuah rojak 3 sudu, kita tambah air dah didihkan.......Then kita curahkan ke dalam hirisan tauhu goreng, sosej dan segenggam taugeh yang telah dicelur...


Jadilah Yong Taufu OZ  hehheheh...........

Menangis kerana dia

 Ketika ini saya sangat geram dengan dia. Hati saya sakit sangat, sedih sampai bergenang air mata. Saya turun ke living room dan menyapa dia yang sedang menonton dokumentari Bee Gees.

Saya: Tadi ingat nak ajak pi beach
Dia: Bila?
Saya: Tengahri tadilah dalam pukul 12pm, tapi untuk jalan petanglah. Tapi senyap je.
(sambil berlalu pergi ke dapur)
Dia: I takde.
Saya: La keluar ke, ingatkan tidur
Dia: Baik I pi uni, daripada bertengkar dengan orang.

Terkejut sangat dengan kata-kata dia, memang terasa menyirap darah dan hati ni terasa perit sangat dengan kata-kata dia. Siapa yang tidak terasa, jika kita berniat baik untuk berbaik, tiba-tiba diserang dengan kata-kata begitu. Lagipun bukannya kami bergaduh, hanya berbeza pendapat. Saya cuba buang perasaan tuh. Sambil membasuh pinggan saya cuba mengawal perasaan, tiba-tiba ada bisikan supaya saya  pergi berterus terang yang saya sangat terasa hati dengan kata-katanya, selain bertanyakan kenapa suka cakap benda-benda yang menyakitkan hati. Bisikan jahat muncul pula,  tiada gunanya dia pergi ke kelas meditasi sekian lama jika sikapnya masih tidak berubah. Tapi bila memikirkan kesan jangka panjangnya, biarlah saya memendam rasa dan hanya luahkan di sini :(. Bersabarlah duhai hati menghadapi perkara remeh sebegini. I know I'm being overly sensitive.Remeh pun kalau dihadap hari-hari pagi dan petang, siapa yang tahan? Luka kecil pun boleh jadi barah. Ya Allah berilah kekuatan kepada hambaMu ini, tidak mudah terasa hati dan tidak menyakitkan hati sesiapa.





Actually pagi tadi saya dah buat entri di bawah ni dengan tajuk "Ikut Prosedur",cuma tak publish je...
_______________________________________________________________________________

 Perang meletus lagi pada hari Ahad the 23th  heheheh. Idoklah perang nuklear, manja-manja gitu je ;). Menambah perisa pahit manis masam masin kehidupan di OZ ;). Masing-masing ada pendapat sendiri. Ketika saya sedang enak menikmati roti, mentega dan sekaya dan kopi O Aik Cheong......cerita pun bermula. Lebihkurang begini bicaranya ;)............

 Dia : I don't understand, kenapa mamat (yang dah submit thesis) tuh nak call jabatan dot dot tanya psl kebenaran jalankan kajian
I: Dah peraturan macam tuh. Boleh ke tak nak buat kajian, buatnya confidential.
Dia : I dulu call Encik dot dot, dia kata tak payah pun.
I: Tapi dulu client saya pun minta kebenaran jabatan tertentu
Dia: Tak perlu pun.
I: Habis tu kalau tak mintak kebenaran, camna dia pi buat kajian. Kenalah tunjuk surat.
Dia : tu you all yang tak faham
I: Tak faham apa nye? dah dapat surat kebenaran pun.
..............
............
Dia : Direct je la. Apsal you all tak buat camtu je.
I: you all tu siapa?
Dia: Pegawai tempat you yang handle benda ginilah. Masing-masing dah selalu jumpa dan kenal. Sesama merekalah deal. Buat apa nak go thru jabatan tuh.
I: Kalau takde keperluan untuk mintak kebenaran tak wujudlah jabatan tuh
Dia: Terpulanglah masing2 nak minta kebenaran ke tidak. I tak mau mintak
I: Dah kalau kerja diorganisasi tuh, kenalah ikut procedure dan melalui birokrasi tuh.
Dia: Hah nanti jangan pulak complaint dah 6 bulan tak dapat kebenaran
I: Tu bukan pasal procedure, tu orang yang lambat buat kerja
Dia: I memang tak suka procedure nih
I: dah kerja organisasi tuh, macam tulah.

Beginilah, patutnya jangan dilayan orang yang degilkan macam tuh. Saya pun degil kan heheheh. Lantak dialah nak cakap dan buat apakan. Tapi kalau tak suka peraturan, jangan pertikaikan orang yang nak ikut peraturan. Saya pun tak suka peraturan, tapi jika ada saya hanya mengikut sahaja hehhehe. Actually, my current research tak perlu pun minta kebenaran. Yelah hanya deal with articles, books, formulas and computer. But there are certain research that we have to ask for approval to perform the research. Memanglah anda berpeluang tak ikut prosedur kerana anda ada network. Tapi, jangan lupa dalam kontrak perjanjian kita kena patuh ;). Memanglah tu peraturan manusia. Setiap peraturan tuh bersebab. Biarlah bersusah dahulu, berlapang kemudian.  Kelak, jika ada perkara berbangkit di masa hadapan jangan pulak anda gelabah dan bising2 kononnya anda mangsa seperti kes perlanjutan anda ya ;).

Saturday, September 22, 2012

Terkedu dengan Max Brenner

Actually sebelum perang meletus dengan kanda, kami pi melegakan tekak di Max Brenner. Semestinya menu berasaskan chocolate :). Kalau dulu saya pernah cuba Mexican hot choc(choc+cayenne pepper) dan whipped dark choc frappe,

 pls click image for source

kali ini saya mencuba coconut dark choc .


Hug mug ni kira macam icon di sinilah. Meh tengok camna nak guna...cute kan.

 source :beautifulnara

Mahal mug tuh AUD22 walaupun Made in China ;).

Kalau dulu kami pernah makan tutti fruitti waffle macam dalam gambar ni

 Please click image for source

kali ini kanda teringin choc dip


and banana paraline crepes...yumms.


Tetiba nampak ada atuk dan nenek beserta their parent order aiskrim dalam glas berkaki tu hehehhe........

Source:beautifulnara

Tu next time ya hehhehe. Owh ni gambar dulu.


Si minah tu yg jaga choc shop sound kami tak boleh ambil gambar dalam tu. Tapi, bila kami tanya waiter dia kata boleh je. So we just assumed that we can take our picture and our food picture but not the surrounding hehhehe. Tadi ambil gambar food takde sape pun yang bising. Ada pompuan Oz ni dok ngambil gambar anak dia pun tiada yang kisah heheheh.

Setelah minuman hampir habis I ada suruh kanda tengok vontot hug mug. Ianya direka oleh somebody with unique name. I teringin nak tahu jugak dari negara manakah designer tuh. Setelah kekenyangan, kami saja meninjau-nijau choc yang dijual. Hanya nak jamu mata, tetapi bila merasa sample terus jatuh cinta. The shop assistant is so nice and patience too melayan kanda yang ketika membayar choc, baru sibuk nak tanya pasal hugmug. Then, terpaksa dia tunjuk. Then, sibuk lagi kanda tanya benda lain. Dia senyum je sambil pandang I yang menanti dengan bengang begitu juga customer yang lain. Owh depa siap ada paper bag tu heheheh........


Mari kita tinjau isi dalam. Ada paper wrap tuh.........


Keluarkan apa yang ada


 Lagi

Hahhahah 4 ketul je.


Setiap flavour ada corak tersendiri. Kalau lupa boleh rujuk catalogue ni

Menarikkan ;).


Sebiji ni harganya $1.95 kot. Walaupun mahal, teringinkan ;). How to say it the first and the last hahahhaah. Bak kata kanda kita kena meraikan pencapaian kita. Misalnya dia dah selesai dengan her chapter 2 hehehhe...Sebaik keluar dari tempat tu, i tanya kanda Max brenner ni dari mana. Dia kata US. Hmm...walaupun i tak percaya, i malaslah nak pertikaikan tanpa rujukan. So, lepas i publish the previous entri, i pun google siapalah pengasasnya. Alamak !!!!!! Nak terjojol biji mata sambil rasa nak hantuk kapla kat dinding. Korang silalah google sendiri ya. Astaghfirullah...........

Lantas ku segera berlari turun memberitahu kanda yang sedang menumbuk sambal. Kanda kata nak buat guano, Starbuck pun sama kaumnya. Hmm....yang coke aku dok selalu ngidam tuh apa cerita pulak ya........... Eh! tiba-tiba aku pun berdamai dengan kanda hehehhe.............


Deal dengan tuhan

While I was having sticky grilled chicken wings and leftover chips for my late lunch today


I was having an argument with kanda as well ;). For some reason, I have thought that this thing would happen :(. That's why at first I preferred to ship my things individually.

Me : Haritu mamat tu cakap kalau dia beli 'brg besar', dia nak terus hantar ke rumah dia di pantai timur. Tak perlu susah-susah nak ambil barang.
Dia: Habih tu you camna?
Me: Saya memang nak terus hantar barang ke rumah saya. Siapa yang nak ambil nanti?(kalau guna address lain) famili saya mesti tak mau jemput barang2 tu. Susah nak cari lori bagai.
Dia : Apasal you tak cakap awal, I dah beli barang banyak.
Me: Saya pun baru fikir minggu ni. Dia baru je cakap.
Dia: Haritu u cakap nak hantar ke rumah I.
Me: I never said that
dia; Yes, you said that....
 Me: I never said that
Dia: Haritu u dah kata......
Me: Why u keep on stating that? I never said that. (I dah mula hangin)
Dia: Tu deal dengan tuhan. Dah kata nak hantar sekali.
Me: Kita hanya discuss untuk share hantar barang.
Dia: Haritu u cakap kalau alamat KL lagi murah. So, alamat Bangi lah.
Me: Yalah, tapi kita tak pernah discuss pun nak hantar ke mana.

See how ridiculous it was. She was the one who made wrong assumption and how dare she kinda accused me for breaking the promise. Her word "deal dengan tuhan" was so annoying. I know that I am such forgetful person, but never forgot about thing like this. Yes! she has asked me several times whether I want to ship my things, whether I wanna share, but we never discuss anything about the delivery address. I called that mamat after that argument, he confirmed that we never discuss to where we will deliver our things. Of course, it would be cheaper if we sent our things to Selangor. But last time she had problem storing her things in her sister house in Bangi before transferring it to her apartment, her brother in law didn't like to see boxes in his house even though for few days only. If her BIL made fuss about her few boxes, let alone additional boxes from outsider. Moreover, if everything were to deliver directly to her apartment, who will deal with the delivery guys  since we are all still here. Hmm..her niece may help but of course with payment. In addition, who will pick up my things from her apartment? How can I get bigger transport to send that things home? How am I going to take my things down since her apartment has no elevator. Why should I face all that troubles when somebody's always in my kampung house, my family do not mind about the boxes and we had enough space to store the things ? If everyone wants the easier way and suit oneself, then it is better not to share in shipping our stuff ;). Hmm.. I would rather pay more than burden myself with this sharing issue.

Moral of the story :
I should stick to my plan and follow my instinct :).

Thursday, September 20, 2012

Hantu mak limah ringan kepala.

Tak tahu nak cerita macam mana. Haritu tak sabar-sabar nak tengok gambar dari camera. Tetiba macam ada sesuatu. Bila zoommm.....


Pastinya, tak cukup tanah nak lari kalau terserempakkan.

Teringat masa kecil dulu, takut je malam2 balik mengaji. Memanglah kami ramai dalam 5, 6 orang lelaki dan perempuan. Saya, kakak, mak dan pak sedara(anak-anak wan=nenek saudara) yang lebih kurang umur kami.  Tidaklah jauh pun, tak sampai pun 1 km rumah guru ngaji tuh dari rumah kami. Adakalanya abah jemput kami balik naik vespa dia tuh. Tapi biasanya kena balik jalan kaki la. Memang gelap gelita la, mana ada lampu jalan. Manalah tau ada yang menunggu  di atas pokok kelapa sawit, di celah pokok pisang, takpun dekat jambatan.....scary nya kalau dikenang dulu. Ada satu malam tu, tetiba kami nampak something yang berkelubung di jambatan. Takut giler. Tapi ada pak sedara yang berani pi dekat. Tau apa? Korang tau apa bendanya? Abah pi bercangkung sambil berselubung dengan kain pelikat. Memanglah sekarang boleh gelak2, tapi cuba bayangkan masa kita masih kanak2, nasib baik saya tak cabut lari masuk sawah padi jiran hahhaha.

Tapikan, ada satu malam tu saya nak ikut parents gi pekan, tapi depa tak benarkan, depa hantar saya pi ngaji. Punyalah saya bengang sampai takde mood nak ngaji. Sebagai tanda protes saya balik rumah sorang2 di malam yang gelap. Tapi saya tetiba terfikir, kalau saya balik rumah, nanti kalau parents balik awal dari pekan macam mana pulakkan. Lagi2 nampak pulak saya ada kat rumah sorang2. Tau apa saya buat, saya nyorok bawah pokok rambutan di kebun dekat jambatan tuh. Beranikan. Memang seriau kalau diingat semula. Actually, masa tu takut jugak, dah la gelap. Takut ular atau serangga berbisa satu hal, takut hantu pun ya jugak. Lagi2 tiba-tiba je ada kucing lalu kat situ. Terbayang pulak kucing hitam yang langkah mayat yang bertutup kain batik lepas, tetiba mayat bangun. Tapi sebab degil kan, maka bertahan dalam seramlah. Ada gak terfikir camna kalau parents balik awal dan jemput kami terus kat tempat ngaji. Memang harap sangat my sis and relatives balik cepat. Memang penantian satu penyiksaan. Lega sangat bila, dengar suara depa kat jalan. Saya tak berani nak keluar dari tempat persembunyian. Kakak ikut depa balik of course ke rumah wan. So lepas tu baru saya pi rumah Wan. Nasib baiklah depa tak banyak tanya.

Bila nampak cahaya kereta abah, kami pun berlari balik rumah. Semput tau, dahlah debab nak lumba lari dengan kakak ku yang kurus n kaki panjang tuh. Kena tinggal belakanglah...sempat lagi gaduh dan nangis sambil berlari tuh hehehe. Memanglah rumah kami berdepan je, but still takut gak coz kena lalu kebun kelapa sawit yang pokoknya memang tinggi belaka. Bila saya berlari, terasa-rasa pokok kelapa sawit pun berlari beserta ada makhluk di belakang yang mengejar. Lagipun kan banyak tumbuhan menumpang di batang kelapa sawit tuh, terutamanya paku langsuyar/langsuir tu kan. So, bila ditiup angin, tak ke macam ada tangan besar yang melambai-lambai. Buatnya tetiba langsuir pun mengilai, tak ke haru. Dah la antara rumah kami tu ada rumah tinggal yang dikatakan berhantu. Memang tak berani toleh kiri la.........Seram je bila lalu.

Korang boleh bayangkan ke?
Bukan hantu la, maksudnya rumah, pokok rambutan dan jambatan tuh ......Kalau tak boleh ni saya tunjuk......penat nak lukis haritu

 
Bukanlah nak tunjuk sangat pun. Tapi seronok jugak recall kisah dan suasana dulu-dulu yang mana sekarang memang dah jauh berubah :(. Lagipun macam tiada gambar kenangan masa kecil pun. Kalau ada pun mungkin dah rosak masa banjir dulu, bukan sekali tapi banyak kali :(.

Oklah kenapa ya kapla ringan?

Hari Ahad lepas pi Asian groceries stores, terpandang ini

 Apa ya?????

Semestinya bukan kerana tin-tin dan botol2 tu, tapi nun dihujung tuh. Nampak ke, nantilah sat gi, bagak punya gambar i tunjuk ;). Niat dihati nak tanya berapa harga, tetiba dia suruh duduk. I ni biasalah rasa kesian, terus je duduk hahhaha......Tau lepas tu dia tanya apa. Where are you from? Vietnam? Kan..untuk sekian kalinya kan. Awatlah tak tanya Filipina ke, orang Swiss ke, takpun English hahhahah.

Anyway sebelum, menjadi sejarah, haruslah kita abadikannya sebagai kenangan........


Sebijik macam kedai nyonya kat Malaysiakan. Cuma sebelum dia potong rambut I, dia sapu dulu lah rambut yang bersepah tu. Tukang gunting tu chinese lady, but Indonesian born. Idoklah potong pendek, tapi only 12cm hehhehe.................Wah! dalam gambar bukan main nampak silky and shining, padahal biasanya macam rambut kak limah hehhee.......

Tulahkan, when will I cover that crown....Korang doakan ya. Pada hari yang sama, lepas solat, ketika masih memakai anak tudung biru (sebenarnya winter head band hehheh) sambil mengdap cermin, tiba-tiba teringatkan my winter scarf yg biasa lilit kat leher tu. Apakata kali ini kita cuba2 lilit di kepala pulak hehhehe............


Main lilit je ya, tanpa semat pin pun..........

Masa nak bukak scarf tu, tetiba terfikir gaya lain pulak......ok jugak kan


Tapi jangan ditanya camna nak lilit ya, che' tak ingat dah hahhahah.............Rasanya yang ini, yang bahagian dalam scarf di tarik keluar. Faham ke? I pun tak faham hahahha.......

Whatever it is jangan dihina orang macam saya. Saya tahu saya berdosa. Bukan saya tak pernah menggayakan di depan cermin, bukan saya tak pernah memakai ketika menghadiri majlis tertentu, tapi saya masih tak kuat. Last time the indian hmate told me that kanda said something about me "She called herself a muslim, but she didn't cover herself". That Indian also questioned that what kind of friend who said something like that. Sangat sedih bila rakan seagama berkata begitu. Teringat kata-kata di dalam FB suatu ketika dulu

"LEBIH BAIK MENJADI BEKAS ORANG JAHAT DPD MENJADI BEKAS ORANG BAIK"


p/s: Tak ke tegak bulu roma, masa baru upload gambar di atas sekali tu, sekali imbas seperti ada kilauan cahaya. Then, sebaik sahaja saya publish entri ni, tiba-tiba je keluar lagu di laptop entah dari masa. Memang ada banyak windows, tapi tiada satu pun ada yang ada music player ke apa.....Huhuhu takut pulak nak turun pi bilik air.....Padan muka I.

update at 12.37am 21/09/2012:
Psst lupa nak cerita. Semalam kot tengok Adam n Hawa online, adik si Ain sebut Uni Murdoch, tetiba tadi tengok episod 15 Ain kat Uni Curtin pulak....Come on lah pembikin filem, silalah jaga "konti"  ya ;)..............

Sunday, September 16, 2012

Bila stress jom makan opps melantak

Hari jumaat lepas setelah sekian lama baru saya pi uni. Konon nak pi awal tapi masih terkial2 dengan one section in chapter2 and to link it with chapter 5. At last at 12pm baru smpai uni. Lega! bila tinjau bilik spv pintu bertutup haha. Pelik jugak wpun hari rabu saya email beritahu that I wanna talk with her. So msuk opis, sempat check semula chapter 1. Rupanya ada lagi correction saya tak buat. Tetiba tang thesis structure in c1, saya tak sempt baiki. Ingat nak ikut cara senior, tapi his digital thesis tiada in my pendrive. Nak download dari online library ada problem loading page. Pi print, tinjau2 bilik spv pintu bilik dia dah terbuka :). So hntar je kat dia c1,c2,c3 and c5 and c6. Chapter 4, 7 and 8 lepas ni bru pulun. Coz kena check semula everything from calculation, simulation...........tulah masalah klu rekod tak ntah apa2. Jumpa je spv bagitau tak suka c2 yg menempatkan all formulas dalam tu.  So I told her if I were a reader I don't like to flip thru to c2 just to understand the equation in subsequent chapter. Dia macam biasalah. mesti kata cara dia better. Satu lagi I just told her the truth about how I feel bad since none of my work in c2. All refering to my senior or her colleague work. I'm afraid that examiner will notice that kinda like no originality or novelty. Just a slight changes in model and in term of structure and configuration etc. But she said it's normal and she gave example like everybody knows 1+1=2 without doubting the founder. It has been used repetitively. She asked me to quickly finish my work and send abstract and c1 to my x-spv in Adelaide. She noticed the thesis structure and she still wants me to write each chapter in point form. When I asked her to lend me the hardcopy of my senior thesis coz I couldn't get thru to get online digital thesis, she asked me to do my own way and don't copy. Huhuhu..I just want to see how he write it.........

Balik opis, tenet....ingat lepas asar nk pi fruit mkt n aldi. entah camna bersemangat nak siapkan thesis structure. Tapi takde idea. Luckily my officemate ada pinjam thesis senior dia. Tapi tak boleh ikut cara dia sangat coz seems too detail and takut redundant dengan abstract nanti. Masa kat toiltet blh dpt idea pulak hehe....Copy paste je la previous writing. Dulu saya ada buat brief intro for each chapter, tp spv tak suka. Cari2 file tu tak jumpa.....rupanya folder bln julai hehe. Ok siap, pi print semua chapter yang nampak ok. Belek2 still tak puashati...so ubah suai lagi. Teringin nak makan creamy potato. 5.20pm baru pi tunggu bus. Yeay creamy potato mestilah dengan set seafood pasta salad and grilled chicken...yummy


Nilah akibat philipino hmate tayang her leftover food in the morning. Tu yang ngidam tuh............Ayam tu ada sijil halal ya puan2.

Sebelum tu pi kedai Asian. First time masuk. Penat cari snack seaweed yang biasa beli.Why not cuba yang ini even though made In Thailand. Ada logo halal tau

 

Pusing-pusing. Nampak pulak si Aik cheong. Seronok ada kopi o....Biasa ada kopi 3 in 1 je kat kedai lain...
 

Then I must grab coke, tapi Fanta pun best gak hehhehe


Tapi teringin pulak baklava, so pi turkish shop hehe


Tapikan kurang sedap pun seewed tu, I lebih suka yg macam ini, crispy and lebih berperisa


Hari apatah,  buka my my food locker ada benda ni,  Mesti philipino housemate bagi hehhe. Dia ni idoklah kedekut bab makanan hehehhe. Walaupun nipis dan makan tak kenyang, memang suka yang gini. Ni perisa baru..kimchi hehhehe


Last Monday I bought 3 cans of this,

koreaan seasoned seaweed

dan ini

dan ini yang masam pedas


 Habih ku telan dlm masa 5 hari. Teruk kan, tak baik utk kesihatan, selain menambh kalori............tapi salahkan my stress n salahkan thesis ;). Oklah ngantuks..............