http://fairylilly-journey.blogspot.com.au/2010/09/rumah-lama-pun-menarik-juga-kan.html
saya berselisih dengan seorang lelaki OZ yang asyik tertoleh-toleh ke belakang. Kira-kira 15m dari situ kelihatan seorang wanita aborigine yang agak berumur (seiras wanita yang berdiri di tengah di dalam gambar di bawah)
source:http://www.australiangeographic.com.au/assets/images/article/journal/7357/noonkanbah-aboriginal-people-kimberley-nt.jpg
sedang menjerit-jerit seperti memarahi lelaki tersebut. Setiap kali kaki melangkah, semakin hampir saya dengan wanita tersebut. Terdetik di hati untuk menjauhkan diri, manalah tahu tiba-tiba wanita itu menyerang saya pula. Tetapi bila memikirkan wanita itu barangkali ada masalah rumah tangga ataupun berang dengan suami yang meninggalkannya, tanggapan buruk itu terus terpadam. Ketika jarak antara kami kira-kira 3m sahaja, baru saya dapat menangkap apa yang dikatakannya. "I am an aborigines. You people get out from this country....". Saya terkesima dengan kata-kata itu dan tidak sempat berfikir untuk berbuat apa. Ketika kami berselisih di hadapan rumah ini,
tiba- tiba satu tumbukan hinggap di pangkal lengan kanan saya. Memang pada mulanya saya sangat terkejut dan terpinga-pinga. Tidak disangka, detik hati saya menjadi realiti. Bila saya kembali 'sedar', rasa risau dan takut menjelma pula. Manalah tahu saya akan dihentam bertubi-tubi, lagi teruk lansung dikeronyok. Apa yang pasti saya berasa sangat lega apabila perempuan tersebut terus berlalu sambil marah-marah. Memang tumbukan tersebut tidak kuat, tapi tangan saya tetap sakit sehingga hari Sabtu. Sakit-sakit pun, bila balik ke rumah saya sempat merakamkan pakaian yang saya pakai di hari kejadian sebagai panduan dan kenangan hehehheh.....hmm...maybe should not wear pink shirt anymore ;)..........
Nampaknya, dalam tahun ini sudah 2 kali saya mengalami peristiwa yang menakutkan. Semasa bulan Julai, tiba-tiba ada seorang lelaki muda mendekati saya dan rakan sambil berkata "You are dead". Apapun ia pengajaran dan peringatan yang sangat berguna kepada saya supaya cuba mengelakkan berjalan berseorangan pada siang hari dan balik atau keluar di waktu malam walaupun berteman. Memang majoriti warga Australia baik, bertimbang rasa dan peramah. Tetapi, tidak dinafikan terdapat segolongan kecil terutamanya remaja yang bencikan orang asing. There were cases such as physical abuse, verbal assault and egg throwing to foreigner. Pernah juga saya tonton dalam berita yang pelajar asing dipukul di city di waktu malam, selain kejadian di dalam keretapi. Beberapa rakan juga pernah dibaling telur. Verbal assault itu perkara biasa bagi saya. Pada tahun 2009, ketika saya berjalan pulang, kelihatan seorang lelaki dewasa dan dua orang perempuannya dihadapan kediaman saya. Salah seorang anak perempuannya yang berusia lebih kurang 10 tahun memegang ranting kayu yang berukuran lebih kurang 1m. Apabila saya semakin menghampiri mereka, tiba-tiba si anak melemparkan ranting kayu tersebut ke arah kaki saya dan tertawa melihat saya terkejut. Apa yang mengejutkan, si bapa turut ketawa bersama.
Adakalanya ia bukanlah perbuatan remaja nakal, terdapat juga golongon dewasa yang sedemikian. Teringat pula kejadian yang juga berlaku pada tahun 2009, saya dan teman serumah begitu risau jika bertemu dengan seorang wanita yang selalunya bertopi putih dan membawa beg dan payung. Dia memang bencikan orang Asia dan muslim. Selain suka merenung kami dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalau kami pulang, dia pernah juga mengejar orang lain dan menghentaknya dengan payung. Kami sedaya upaya cuba mengelakkan diri dari bertembung dengannya. Adakalanya sanggup berjalan jauh atau menunggu bas di arah yang bertentangan. Tapi dalam pada takut ada juga lawaknya. Biasanya kami nampak dia di laluan sebelah kiri pada waktu tertentu. Jadi kami elakkan menunggu bas pada waktu tersebut. Malangnya, dia muncul juga di waktu lain hehehe. Selain itu, apabila kami menunggu bas di laluan kanan, tiba-tiba dia di sebelah kami hahhahaha. Wanita tersebut mungkin ada masalah mental. Terdapat juga kes yang tidak hanya tertumpu pada pelajar asing, misalnya di kawasan berhampiran universiti pun terdapat kes pelajar diserang dan dompet mereka dilarikan selain kes 'flasher'.
Apa yang penting sentiasa mohon perlindungan Allah selain berhati-hati di mana jua kita berada.