Selepas dinner on 12/12/12, tiba-tiba aku sakit perut. Mungkin juga kerana angin dalam badan disebabkan late lunch iaitu selepas 2pm begitu juga dinner selepas 9.30pm. Terasa banyak gelembung udara yang meletus-letus di dalam perut seperti buih-buih sabun yang berterbangan dan pecah.
Malam itu aku tidur awal iaitu sebelum 12pm.
Tiba-tiba aku terkejut apabila ternampak satu tangan besar seperti TANGAN HARIMAU bergerak perlahan di tepi pipi kananku. Tangan itu tidak menyentuh mahupun mengusap pipi, tapi ianya sudah cukup buat jantungku berdegup kencang dan tidak semena-mena badanku jadi seram sejuk. Tidak tahu nak terangkan bagaimana. Macam2 yang aku rasa ....sakit perut, sakit kepala, sakit sendi, panas badan tapi sejuk tangan dan kaki walaupun aku memakai stokin dan dua lapis comforter. Kulihat jam sudah menunjukkan 1 pagi. Aku cuba tidur semula, tetapi memang sukar dengan jantung yang masih berdegup kencang, badan yang mengerekot sekejap panas sekejap menggigil kesejukan. Sekali sekala aku terdengar suara sendiri mengerang-ngerang. Akhirnya aku bangun memakai jumper, tapi masih sukar tidur. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap ke kanan. Hati risau, fikiran berkecamuk, bagaimana tiba-tiba aku sakit teruk, perlukah ke hospital? Bagaimana jika aku terus sakit, dan pergi pada pagi itu juga. Siapa yang tahu? Cukupkah bekalanku?
Esoknya, memang terasa badanku panas dan sakit kepala dibahagian depan pula. Sedih sangat apabila melihat semua ubat-ubatan telah expired. Disebabkan saya ada kenangan silam panadol tablet tersekat di anak tekak, maka saya prefer soluble panadol. Tapi rupanya dah expired Oct12.
Codral pemberian Indo housemate telah expired on May12.
Manakala Panadol dan Adem Sari pemberian rakan Malaysia telah expired pada april12 dan jan12.
Sakit2 pun sempat pulak ambil gambarkan, blogger tegar kononnya ;). Dah tiada ubat, mengadaplah lappy. Pulak dah serabut tengok desktop. Pelik, selepas automatically update, ada beberapa files muncul diluar foldernya. Dah satu kerja pulak nak check satu-satu file dan masukkan in the correct folder. Then, saya tidur dari 10.30am sehingga 1pm. Memang tidak larat nak bangun, tapi saya gagahkan diri juga mandi dan solat zohor. Bila rasa badan kuat sikit, saya turun memasak suhun. Beraskan dah habis :(. Perlu juga makan, takut perut masuk angin lagi. Saya menyiapkan sikit kerja iaitu membaiki command citation in the caption of the figures. Kali ini sakit perut datang kembali. Badan pun makin panas dan lesu. Ingin menelefon kanda untuk membelikan panadol di uni, tapi risau pula dia busy lagipun takut nak minta tolong. Lepas asar saya tidur semula. Then, saya bangun dan sambung lagi kerja. Bila semak my thesis ada caption for Figure tak sama dengan its label. Pulak dah...kena cari semula the file that contain that figure and modify the label. Benda dah lamakan, susahlah nak cari dan open from one folder to one folder. Akhirnya jumpa juga. Sibuk buat kerja sampai lupa nak minum air. Dah tiada ubat, perlulah minum banyak air. Tapi terasa sukar untuk menelan air, malah terasa mual. Lepas maghrib saya tidur semula.
Bila kanda balik, saya tanyakan jika dia ada panadol. Rupanya katanya dia tak pernah ada panadol. Dia tanya kenapa, sakit ke? Macam concern pulak bunyinya. Tiba-tiba rasa sebak sangat. Salah satu dugaan hidup di rantau orang, sakit pening tanggung sendiri. Bukan soal tiada yang ambil tahu atau tiada yang mahu membantu, tetapi kita harus pandai menjaga diri dan berdikari jika sesuatu berlaku. Macam kejadian yang saya pengsan di bilik seorang diri awal tahun ni.. Rasanya dulu pun berpunca dari sakit perut juga. Bila housemate Filipino memulangkan seterika saya tanyakan sama ada dia ada panadol/paracetamol. Alhamdulillah ada. Saya makan satu je. Biasanya begitulah, jika tiada pilihan dan terpaksa makan tablet, saya ambil satu sahaja.
Seterusnya saya run the program to update my graph, export the figure as eps file and include it in my latex file. Once I executed the tex file, terasa lega bila gambar appeared in dvi file.....Sekali lagi saya tidur awal.
Awal pagi Jumaat saya terjaga kepanasan dan berpeluh-peluh, mungkin kesan dari panadol itu. Perut pula sakit dan terasa gelembung udara kecil meletus-letus lagi. Sekali lagi mungkin angin disebabkan saya lansung tidak makan malam. Memang saya tidak berselera untuk makan, nak sumbat pun tak larat. Lebihkurang pukul 4 pagi, semasa solat subuh, terasa mual dan dizzy pulak terutama ketika sujud dan bangun dari sujud.
Kemudian pada lewat pagi Jumaat, saya dah ok sikit....panas berkurangan dan kepala terasa ringan sikit tapi kali ini berdenyut di bahagian atas kanan pula. Tapi saya kena diarrhea pulak selain ada burning sensation in my stomach :(....Pelikkan dahlah semalam makan sikit for lunch, dan tak dinner. Hmm..adakah kerana turkish rice from wednesday atau adakah because of defrost frozen bread and coffee for my brekky?Menjelang petang, kepala semakin berat dan terasa hangat pulak grrrrrrrrr............Hampir senja, tiba-tiba teringin sangat nak makan masakan Thai. Boleh delivery, tapi ada aud15 je dalam purse :(. Teringat pulak Adabi thai soup paste. Hmm...dah expired juga bulan lepas. Bantai je la..Defrost daging, potong sayur. Then potong daging sambil berdiri, kepala berat, mata pun susah nak buka. Sekali sekala terasa berpinar je. Bila cuba merasa soup tu, agak kecewa pula...rasanya tidak sesedap dulu...masam2 sup Thai. Perahlah lemon...bila dah beberapa kali menghirup sup panas, barulah boleh mata dibuka besar.....
Walaupun portionnya kecil, tak larat nak habiskan daging tu............Tapi macam biasalah, lepas je makan perut sakit pula.
So, malam tu barulah makan sebiji lagi panadol tuh. Yelah plannya nak keluar ke klinik atau ke Pharmacy pada siangnya, tapi confirmlah tak larat. Malam tu, bila turun ke bawah, kanda tanya dah ok ke. Dia suruh I urut ibu jari kaki. Mungkin ada benarnya, coz dulu bila buat rawatan refleksologi selain tapak kaki, memang tukang urut tu urut jari kaki juga. Kanda juga bertanyakan sama ada aku dah ada panadol. See, walaupun mulutnya bisa...hatinya baik tau ;).
Hari Sabtu, saya menyibuk join kawan bersarapan walaupun tidak diajak ;).
Pun saya tak berselera makan, hanya setakat a quarter of frittata je boleh saya makan. Makanan camtukan, tekak Melayu mana boleh tiada sos atau tak pedas. Selepas makan, kami berjalan di sekitar jajahan. Kurang sihat pun...posing mesti hehheheh.
Then, depa nak pi membeli barang dapur dll ke mall yg nearly 30minutes drive from our house. Sebelum tu singgah Bunningwarehouse dulu. Mula-mula macam malas nak ikut depa takut tak larat selain risau diarrhea pulak. Tapi biasalah, bila bab berjalan tetiba rasa kuat pulak ;).
Semasa di mall saya makan a small piece of chicken drummet and a pinch of hazelnut puff, kawan punyalah hehehhe. Lepas tu boleh pulak terlupa yang saya masih tidak sihat, saya pi minum dark choc frappe pulak. Balik je rumah, tekak dah mula loya dan mula pening. Baru teringat saya masih tiada ubat. Bila keluar semula cari panadol di kedai Asian, baik Vietnam mahupun Bangla, memang tiada dijual. Segan pula nak minta Kanda drive ke Pharmacy. Lagipun dah petang, mungkin pharmacy pun dah tutup. Balik rumah saya makan suku mangkuk sup dan a piece of hazelnut puff. Hmm...macam tu jugaklah makan disumbat-sumbat tanpa menikmati dan selepas makan perut tak selesa.
Hmm..Alhamdulillah hari ini ok. Cuma menjelang malam, sakit kepala datanglah. Macam berlawan-lawak pulak my pounding headache dengan loud music dari jiran sebelah yang ber-bbq sejak pukul 4pm tadi.
Hmm...demikianlah package sakit yg lengkap dari shortbreath, rapid heart beat, fever, chill, headache, joint pain, gaseous stomach, nauseous, dizzy, diarrhea...I guess..itulah PhD Anxiety :(. Padahal sakit biasa je kan, tapi cerita panjang lebar macamlah sakit teruk kan :P.....Yelah I ni kan jarang sakit. So bila sakit sikit pun dah ngegada. Semestinya, I hate being sick. Eh! ada ke orang yang suka sakit? Habis tu kenapa sampai sanggup beli MC ya ???