Wednesday, July 1, 2015

Memang bukan aku

I was shocked to read a letter last wednesday the 24th.
Speechless
Empty
I feel like I lost my soul
Why me? Why me?
Lain yg disebut-sebut
Lain yg dipilih

Saya tak suka
dan saya tak pernah pegang pun
Saya tahu saya tak sesuai
Bukan jiwa saya
Yang semasa pun dah semput
Inikan pula yang besar
Lebih sikit pun, saya mudah tertekan
Tugas yang spontan, buat saya panik
Orang pertikai sikit pun, saya bengang
Orang bantah, saya terkebil-kebil
Yang tenang selalu
Yang cekap berfikir
Yang cepat bertindak
MEMANG BUKAN SAYA
Yang menonjol
Yang aktif
Yang produktif
Yang stabil
MEMANG BUKAN SAYA

Mengadu pada kawan1
maka berjujuran air mata
Mengadu pada kawan2
Dia pun terkejut
Tapi dia yakin saya boleh
Dia sudi membantu
Mengadu pada ketua
katanya dia tidak terlibat
Dia suruh cuba
Jika enggan
perlu cepat sebelum kosong

Esoknya, kalut berjumpa boss besar
Kalau saya enggan, siapa yg sesuai
Bila disarankan
Maka terbongkar kisah
Pilihan yang sepatutnya, lebih cekap bertindak
Awal lagi sudah beri amaran
Maka sayalah mangsanya
Macam biasa
Dipilih bukan sebab LAYAK
Tapi sebab orang lain TAK NAK
Boss suruh cuba
Boss suruh fikir
Dipesan juga
Jangan memaksa
Minta tolong dengan baik
Saya dalam dilema

DITERIMA
Maka harungilah beban
Hilanglah kebebasan
Hadaplah 1001 karenah
Keringkan hati untuk cacian
Pekakkan telinga untuk bantahan
Mungkin hilang kawan

DITOLAK
Mungkin masuk senarai hitam
sukar mohon bantuan
Lebih teruk terima beban lebih besar

Tengahari jumaat
Mengadu dengan kawan3
Bukan simpati yg dapat
Tapi mendengar kerisauannya
Petang jumaat
Kawan4 merisik
Berkecai niat untuk mengunci mulut
Sekali lagi bukan nasihat yang diterima
Tapi menadah telinga akan kebimbangannya
Sama-sama bimbang dengan apa yg bakal dipegang
Siapa yg lebih sesuai?
Yang selalu naik pentaslah
Malam jumaat
Kawan5 sudah tahu dari sumber lain
Aduhai
Siapa lagi yang sudah tahu?

Hari Sabtu
Kawan4 kata
kalau pegang,
biarlah tak rasa itu beban

Hari Ahad
Kawan5 meninggi suara bila saya tak faham
"Faham tak! Faham tak !"
Bila tidak bersama
Kawan4 kata
Kawan5 kalau ada title lebih sesuai pegang
Kerana boleh buat kerja

Lagilah hati yang tidak keruan menjadi enggan
Maksudnya orang nampak
Saya lambat faham
Saya mudah rasa terbeban
Saya tidak boleh buat kerja

Pagi Selasa
Kawan6 berjaya menyiasat
Dipesannya jika pegang
Perlu adil
Tengahari Selasa
Kawan senasib dihubungi
Dia cenderung untuk mencuba
Saya masih dalam dilema
Bila dirisik
Kawan7 dan Kawan8 pun sudah menyiasat
Biarlah
Asalkan tidak tersebar

Tengahari Rabu, 1 julai
Kawan 8 menepuk dari belakang
Mengucap tahniah
Bila dikhabarkan kegusaran
Katanya saya boleh...
Tapi
Be firm
Be fair
Petang rabu
Kawan6 jadi tempayan
Walau sudah dipesan
Hilang sudah kepercayaan.
Kepada Kawan9 pula mohon pandangan
Berhari2 menunggu dia terluang
Terubat sedikit hati luka
Galakan yang saya boleh buat
Dia sudi beri kerjasama
Masih perlu fikir
Hati sedikit tenang
Macam ada jalan

Tiba-tiba kawan5 pula membuka bicara
Terbukti saya bukan pilihan utama
Yang pilihan itu pandai agihkan kerja
sebab tu aktif, produktif dan berjaya
Tetapi
Yang pilihan itu ada byk program besar
Jika dia terima
Maka tiada pelaksanaan yang menguntungkan
Yang pilihan itu sudah ada perancangan kerjaya
Jika dia terima
Maka terbantut usaha kendirinya
Yang pilihan itu aktif di luar
Jika dia terima,
Maka, tidaklah organisasi menonjol dengan kerja luar
Maka boss pun akur

Kesudahannya,
Ambillah orang yang tiada potensi
Yang kononnya tak mungkin akan menaikkan nama organisasi...
Ya saya sedar diri
Tapi perlukah sampaikan kepada saya?
Lagipun memang masanya sudah tiba
Bukan tiada yang lebih lama,
tapi ada yang dlm langkah terakhir
utk mendapat panggilan
tapi ada yang macam halimunan
Ada pulak yang kurang sihat
Ya saya tahu itu semua
Tapi perlukah diingatkan saya lagi
Malah saya mengaku
saya pun adakalanya macam halimunan
Tapi perlukah disebut
Kononnya saya jadi 'kelihatan'
kerana duduk bersama dua orang yang ada 'tarikan'.
Memang tidak disangka
Owh begitu rupanya pandangan kawan5
Walaupun pilihan ke2
Hakikatnya, bukan sebab faktor diri saya juga ya
Tapi sebab aura orang lain
Hmm...dia tidak perasan
Saya sudah lama tidak bersama mereka yang menarik itu

Sudahlah berat nak buat pilihan
Susah juga nak buat keputusan
Ditambah pula tanggungan terkini
Sakitnya hati mendengar kata2 rakan sendiri
Bukannya sokongan yang dapat
Tapi melunturkan semangat
Keliru
Siapa dia?
Rakan atau lawan
Belum pun pegang
Sudah terima dugaan

Jika diperhati
Ramai yang menggalakkan untuk cuba
Ramai juga yang mencucuk untuk tolak
Tidak secara terang-terangan
Ada juga yang makan dalam

Yang menjadi mangsa orang pentingkan diri
AKU
Yang terpaksa terima
AKU
Yang merasa terhina
AKU
Inilah
NASIBKU

TERIMA KASIH
TERIMA KASIH SEMUA
YANG SIBUK MENGEJAR
KEJARLAH SETINGGI LANGIT
ABAIKAN
ABAIKANLAH ORANG KELILING
YANG TIDAK ADIL
PADA YANG BUKAN SESIAPA
SELAMAT MENGHADAPI HARI MUKA
YANG MEMANG TAK SUKA SAYA PEGANG
TUNGGU SAHAJA BILA KITAR ANDA TIBA












Sukarnya nak buat pilihan

No comments:

Post a Comment