Friday, September 29, 2017

Nasi ganja

Lama dah teringin nasi ganja Ipoh
Nasi vanggey dah pernah makan
First time beli di Jalan Labroy
Second time di Lost World of Tambun

So hari selasa berkesempatan mencarinya
Gunalah waze mencari Kedai Kopi Yong Chuan
Aik...you arrive at the destination
But the shop is no where to be seen
Camno ni...
Nak terus or masuk simpang kiri
Eh boleh nampak Weil hotel juga
Tak sempat masuk simpang kiri pertama
Masuk simpang kedua
Entah manalah I pi πŸ˜‚πŸ˜‚
Macam China Town pun ada
Parking kereta jelah
Tanya staf kedai yg jual limau bali
You pergi kanan kiri kanan...
Baiklah....

Lah betullah si makcik waze tadi sebut
Cuma di sebelah kanan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Opposite to this building


Bila dah sampai 3pm...
Pelanggan masih memenuhi kedai
I tapau jelah yg basic ayam+telur masin RM5.80
Telur ikan habis pulak....


Tapi rasanya I lagi prefer nasi vanggey yg satu lagi compared to this nasi ganja...
I mean dari segi rasa adunan kuah, ayamnya
Dan sambal kelapanya

Dah lewat tu tetiba2 fikir something
I bukannya pi check in hotel
Tapi pi cari cendol yg fofular tu pulak


Cumanya tunggu lama
Sampai gerai 3.30pm
Pelanggan bukanlah ramai sangat
Dah 10 minit baru nampak pekerjanya nak kupas mangga
Tapi awat tak sampai2
Toleh banyak kali
Elok je mangga 2 biji di sinki luar
After 20 minit barulah sampai senyum2
"Sorrylah ramai yg bungkus"
Rasa nak hamun je kan
Tadi tiada pun yg beratur nk bungkus
Dah i sampai dulu
Patut i dapat dulu
Lagipun I minum di gerai kan
Bukannya yg dtg lewat n nak bungkus
Even org yg lewat dari I n minum situ pun dapat dulu
Apa cerita??????
Taste wise biasa je...
But ikut selera masing2 lah kan....


Then barulah pi hotel





Hotel lama
Perabot macam dah uzur
Sofa berconteng
Shower curtain berkulat
Omeletenya??
Yang aku buat kosong tu pun lagi sedap
Hashbrown yg beli timbang di Giant lagi sedap πŸ˜…
Guest pun tak ramai
Tapi oklah ratenya RM170 pernight
And not in Pusat Bandar


Malam teringin nak mengunyah
Tapi malas nak keluar
So just ordered chili cheese fries


Esoknya after done with my work,
tanyalah customer mana tempat makan yg best
Dia sengih2 je then senyap
Aduhai...orang tanya je
Bukan minta belanja πŸ˜…πŸ˜…
Rasa surf tenet malamnya ada nasi ayam best di Simpang Pulai
So I just drove to Simpang Pulai
Nak cari guano
Then barulah terhegeh2 nak surt internet
Lah di Greentown ka...
Tak kuasa nak patah balik ke sana
Kononnya pula ada restoren safani di SP
Yg best...ada ikan/ayam bakar
Bila pi macam kawasan kurang orang je
Tempat bakar ada...tapi tiada apa yg dibakar pun πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….
So dengan berat hati...
Tahan je lapar dan mengantuk
Berhenti solat di RnR Tapah
And had late lunch around 3.40pm in AnW




Makcik Lebuhraya

Hari Selasa...
Perjalanan di lebuh raya
Berhenti di Hentian Sebelah
Masuk tandas
Then nak touch up

Makcik:Cantik baju
Me: Terima kasih
Makcik: Nak pergi mana
Me: Nak pi....
Makcik: Dari mana?
Me : Dari ....
Makcik: ##%+?
Me: Haah ya
Makcik: Owh kerja ....lah ye
Me: 😁
Makcik: Haritu ada gak ....katanya nak pi ....
Me: Samalah makcik
.....
.....
.....
Makcik: Itulah anak makcik minat sukan. Sekolah Sukan...nak masuk Sukma. Tahun ni form 5. Nak sambung belajar....Tapi tulah tak cukup.... Zakat tak dapat pulak kali ini. Tadi sembang dengan kawan kat luar pasal tulah. Haritu ada datin datang nampak kasut sukan teruk sangat. Dia sponsor kasut tuh...
Me: Anak makcik sekolah mana?
Makcik: sekolah.....Dia nak sambung belajar
Me: Sambung mana?
Makcik: Form 6 kot....
Me: Anak makcik berapa orang?
Makcik: 7
Me: semua masih sekolah?
Makcik: Taklah...ada yg kahwin ada anak...bla...bla..mengandung...jatuh...Pakcik dah takde masa 45 tahun...Itu yg susah. Nak beli modes sukan pun tak cukup...
Me: Makcik ambillah ni....ni je yg ada
Makcik: Eh tak payahlah...
Me: Tolonglah ambil makcik...
Makcik: Terima kasih ya...
....
....
Makcik: kaki makcik ni bengkak. Sakit nak pakai kasut. Tapi tak berani nak pi klinik
Me: Memang bengkak tu. Janganlah biar je. Pilah klinik utk check....oklah makcik saya kena pergi dulu ya.
Makcik: Terima kasih ya...elok2 ya....

Begitulah
Kisah di lebuhraya
Baru SATU kisah orang yg memerlukan kita dengar
Bukan untuk menunjuk2
Tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman
Walaupun teragak2 untuk menghulur bantuan
Kerana di dalam purse hanya ada sedikit sahaja
Risau tak cukup untuk belanja sendiri
Bagaimana nak makan utk 2 hari, isi minyak
atau jika sesuatu berlaku?
Tawakal je lah...hulur hampir separuh dari yg ada
Macam tak percaya....
memang cukup belanja makan
Tak perlu isi minyak...
I pun tak larat keluar pi shopping or pusing2
Hujan lebat pula
Tiada kesempatan nak withdraw duit juga
Tetapi setelah dua hari kembali masih ada lagi baki separuh....
Seolah duit yang tinggal tu tak luak pula
Alhamdulillah....






Thursday, September 28, 2017

'HOT' DAY

Hari Isninku ada program
Memang kalut, serabut, hangin, penat dan panas
Kalut coz plan nak datang awal 15minit
Tapi hanya sampai on time

Pulak tu I tak bawa senarai tugasan
Tak tahu juga senarai petugas
So how to monitor?
So berlarilah ke pihak penganjur

Lagilah bila yg sepatut membantu tak ramai
Datang lambat macam bos besar
Berkot bervest bagai πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Selamba
Tak nampak bersalah
Tak minta maaf
Org yg post tinggi pulak lebih adab
Tahu minta maaf dan explain
Pulak tu serba serbi tak tahu
Bila diingatkan sepatutnya semak dan ambil bahan awal
Katanya kami biasa semak je tapi ambil diakhir waktu
Habih tu kalau ada yg menipu macam mana?
Ada gak yg berani cakap tak inform pun
Hello dah tahu ko baru,
Carilah info awal
Bukan dihari kejadian
Pulak tu bahan tak diasingkan mengikut jenis
Tak tahu?
Takkan tak pi taklimat
Takpun bacalah peraturan
Bahan pun tak dijaga sangat
Alih2 yg masuk tak sama dengan yg keluar
Berlagak satu hal la kan...
Degil pun ya
Lepas tu ramai yg selalu duduk, hadap telefon or borak berkumpulan
Bila peserta need help buat tak tau
Bila minta tolong tuliskan something terkial2
Yg salah kira pun ada 😠😠
Banyak kali I tanya betulkah
Logiknya tak mungkin silap
Takkan semua I nak buat
Luckily I pi monitor dan asingkan bahan
Then ternampak yg tercicir 😠😠😠
Lagi hangin bila masing2 lepas tangan
Semua nak harap I
I kena alert for everything
I mean dari unit lainlah
People from my unit
Memang know what to do, very organize n helpful

Yg peserta pun pelik
Perkara yg dah biasa buat sejak dulu
Tak reti2 jugak...
Kalau tak reti sangat pun
Kau tak baca arahankah

Pulak tu masa tulah ada aircond problem
Display system pun sama
Berpeluh2..
Rasa nak pengsan
Luckily ok lepas tu....

Memang I jeranlah
Tak nak terlibat dah
Tapi selalunya terlibat jugak

Seriously mmg penat
Check sana sini
Kira itu ini
Set itu ini
Dengan kemudahan yg tak lengkap
Kena dok bersila or berlutut...
Akibatnya bila pi outstation I sakit satu badan
Duduk dalam kereta lama sakit vontot πŸ˜…
Turun tangga sakit atas lutut
Ni dah hari ke 4...masihlah sakit2 😭😭😭

Friday, September 22, 2017

Bermanfaat

Salam Maal Hijrah
Selamat Tahun Baru
Semoga kita menjadi insan yg lebih baik
Dan bermanfaat kepada orang lain....

Belum sempat nak beri sumbangan....
Pagi-pagi tadi saya dah dapat dari manfaat orang lain
Tawaran join venture in something to do with work
It should be mutual collaboration
He helps me for the end of this year
I will help him for early next year
Yes....demi kelansungan kerjaya

On wednesday the 20th
I received an email
I just got appointed to be an evaluator on certain products
What a surprise....
when people still need me
When people seems to acknowledge my ability
At first I feel it is quiet a tough task
Especially in my current situation
Racing for the deadline....
I should be grateful instead
It is good for my career points and development

This morning I thought of a friend
How this week we did not really talk to each other.
Only few whatsapp messages
Only got a chance to saw her while meeting and talked to her for less than 3 minutes...
Suddenly she sent messages just now
And mentioned the same too
You see we got the telepathy and same wave length.....
She knows what is my dream
And really want it to be reality...
That is why she keep on reminding me about it, share everything she knows and pray for me as well....

So...whatever it is
I should be grateful for everything I have...
Understanding colleagues and a good friend are part of it....
Alhamdulillah....

Memanglah nampak I ni lebih ke keduniaan
Tapi siapa yg tidak mahu behijrah ke arah kebaikan dan fikir pasal akhirat...
Tak mampu berubah 100%
Ysng penting niat kita dan usaha kita
Walaupun sedikit dan perlahan

Memang dugaan sangat besar untuk berubah
Macam2 fikiran yg timbul
Kalau hanya sebahagian yg berubah
Tapi masih buat dosa,
Perangai dan sikap masih macam dulu
Apa gunanya????
Rasa nak kembali macam dulu
Lepas, bebas, cantik, mudah, pantas....
Tak larat
Rimas
Serabai
Melambatkan
Memberatkan
Terbatas...
Memang struggle nak mengekalkan
Belum lagi mulut2 orang
Kan cantik begitu begini...
Memanglah niat baik
Dan dengan cara diplomasi
But they do not know me
Adakalanya rasa nak tunjuk protes dan memberontak dan kembali macam dulu...

Maka hari ini
Elok juga cuti ini tinggal di rumah sahaja
Berehat+Buat kerja ofis
Sambil Menonton tv3 mengenai penghijrahan artis Malaysia seperti Azza Elite dan Nur Khiriah
Banyak perkongsian yg membuka mata...
Ya..nak berhijrah perlu ada pengorbanan
Berkawan dengan orang yg baik2
Yang mengingatkan dan menegur ke arah kebaikan
Menjauhi mereka yg membawa kemungkaran
Kena ada usaha
Kena berdoa
Mohon kebaikan dan perlindungan dari Allah

Lepas tu tonton pula kisah penghijrahan dan dugaan pensyarah mualaf ini
Kagum dengan ketabahan dan kekuatan beliau
Begitu juga kepetahan dan keikhlasan kata-katanya
Antara kata2nya....
"Apa jua ujian yg dilalui,Allah sentiasa ada di sisi kita"
"Tak perlu peduli kata-kata orang, yg penting menjadi orang Islam yg lebih baik dari semalam"
"Saya sayang Allah, saya nak buat yg terbaik untuk Allah"
Dan kata2 arwah suaminya...
"Kalau you niat pakai tudung kerana Allah
InsyaAllah you akan pakai sampai bila-bila, you akan tutup aurat dengan sempurna"

Malu pula dengan diri sendiri yg memang Islam sejak lahir tetapi tidak sekuat dia....







Wednesday, September 20, 2017

Salah siapa?

Petang tadi seseorang datang ke pejabatku
Selama ini rekodnya baik
Tiba-tiba dalam 3 minggu ni dia berubah
Ikut hati aku ingin meletop
Tetapi bila melihat notis yg dihantar
Yang dah hampir meletup memuntahkan lahar
Terus jadi sejuk beku....
Terus perasan ingin tahu membuak-buak

Kenapa?
What has happened to you?
Ada masalah keluarga.
Ada masalah 'tugas'.
Ada depresi.
Memang sudah tidak boleh tahan
Ada rasa nak telan pil
Alhamdulillah boleh fikir
Untuk jumpa pihak sepatutnya
Itulah katanya
Muka merah
Kelihatan ingin menangis

Masalah keluarga yg bagaimana?
When the mother has someone else
But the father does not know about it
But all their children knew about it

Terkejut
Simpati
Sedih
Bercampur baur

Aduhai...
Masalah yg dihadapi di usia begitu
Si pendiam
Nerd dan naive pula
Dugaan menjelang hari penting pula

Dear whoever you are...
Be strong...
Remember Allah is always with us
Keep on praying
May Allah solve your problem, ease your affairs, remove your pain and worries and grant you happiness....
If you need me you know where to find me
I will definitely lend my ears for you...




Ikut kemampuanlah....

Sometimes when we got something extra
People thought that we are rich
They do not know how struggle we are
to get it
to pay for it monthly
facing the challenge to make it better
worrying about the cost

We do not ask for their opinion about what to do with that something
But they gave their opinion
Ok...it is good to make us realize other opportunities

They also shared about other people experience
This someone does not ask for any payment
He gives something for free and just ask them to provide a 'tuition' on something
It seems that he is doing charity for two parties.
Those in need of that something
And those who need knowledge

What they want me to do?
Do exactly like what he is doing?
Well....definitely I can't afford to do something like him...
Give something for free while I am the one who are struggling to pay for it?
He is the senior citizen
Someone with title
I am sure he has gotten his financial freedom
Me???
Banyak hutang πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….

But it does mean that we cannot do any charity if we got financial commitment
I am sure all of us can do it at a small scale
I have done that
But I have to face challenges especially from the so called party who is in charge of those who will receive it
Nak buat kebajikan pun banyak pantang larang πŸ˜…πŸ˜…

Everytime I attended the meeting they will remind me.
I am not sure about them
But do you want to give something that is not good for people in need???
If you do not want to help them
Then, please do not stop others from doing so.
Nak buat baik pun susah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Whatever my intention is
People can suggest many choices
People can share many things
Bila kita luahkan pengalaman terdahulu
Senyap pulak..
Terasa ka????
Sentap ka πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚





Sunday, September 17, 2017

15 minutes cooking

Dah pukul 1pm baru terhegeh2 pi dapur.
Potong ayam, cuci, lap guna kitchen towel
Tabur garam kunyit
Gaul tepung sikit
Goreng
Sambil tu hiris carrot
Reheat frozen sambal hijau bulan puasa πŸ˜…
Dan gaul semua..


Sambil masak tu cucilah pinggan
Dah lunch barulah terhegeh kemas dapur
Then kemas rak dan bersihkan microwave
Sepatutnya bersihkan fridge, menyapu rumah, basuh baju dan kemas atas
Tapi sofa tu melambai2
Ni patut sambung kerja
Tapi luar gelap, guruh dan hujan
Jom tidur  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Kerja ofis yg dibawa balik pun tak buat
Konon nak pi ofis pun tak jadi πŸ˜…

Semalam pun tak produktif
Boleh ke marathon tengok k-drama Rooftop Prince
Tulah dulu mengata orang
Dah tua dok tengok k-drama
Romance comedy pulak tu
Alih2 aku yg melayan
Maka, hati2 lah bila berkata
Boleh berbalik ke diri sendiri 😭

Apa nak jadi????

Terkejut, geram, marah dan sedih bila mengetahui berita malam tadi.
Apalah nak jadi dengan anak-anak masa kini???

1. Seawal usia 11 tahun sudah tidak bersekolah

2. Pada usia muda telah terlibat dengan gejala yg merosakkan seperti mengambil ganja dan terlibat dengan jenayah.

3. Bukan hanya terlibat melakukan jenayah, malah merancang untuk melakukan jenayah yang menyebabkan kematian

4. Begitu mudah hilang pertimbangan hanya kerana perkara kecil.

5. Sanggup membuat khianat kerana dendam.

6. Di manakah sikap perikemanusian mereka?

7. Tidak terfikirkah mereka mengenai ibu bapa dan masa depan mereka?


Berikut adalah Tujuh fakta susulan penahanan suspek kebakaran Pusat Tahfiz...sumber dari Astro Awani

1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakan ejek mengejek di antara suspek dengan penghuni asrama pusat tahfiz.

2. Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah.

3. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.

4. Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.

5. Polis rampas lima helai seluar dan baju, empat topi keledar, tiga motosikal dan tiga telefon bimbit.

6. Pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bukan suspek, tidak mengenali suspek dan terselamat daripada menjadi mangsa kerana tidur di surau pada hari kejadian.

7. Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek.

Jika ikut hati memang nak jika mereka ini terbukti bersalah, dihukum seperti apa dan bagaimana mangsa rasa. Tapi apa pula beza kita dengan mereka????


Maka, Kita doa2 yg baik-baik. Semoga anak-anak ini mengambil peluang yang ada semasa ditahan atau menjalani hukuman dengan memikirkan kembali sebab dan akibat tindakan melulu mereka, reflek diri dan insaf akan perbuatan mereka. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah.

Semoga kejadian ini membuka mata dan menjadi ikhtibar kepada semua pihak terutamanya ibu bapa, masyarakat dan pihak berwajib. Banyak yg perlu dilakukan untuk mengelakkan pekara seumpama ini berulang lagi dan membendung gejala sosial dan jenayah dalam kalangan remaja. Memang memerlukan komitmen dan usaha pelbagai pihak.

Thursday, September 14, 2017

Tragedi Pagi September

Sekali lagi kita dikejutkan dengan kes kebakaran asrama sekolah tahfiz pada pagi ini. Kebakaran kali ini di Sekolah Tahfiz Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 orang mangsa yang terdiri dari 21 pelajar dan 2 warden, manakala 7 orang tercedara.

Sumber gambar internet

Tengahari tadi saya berkesempatan utk melihat gambar dan menonton video kebakaran.

Sumber gambar internet

Betapa luluhnya hati menonton video kebakaran tersebut dan mendengar jeritan anak2 tahfiz meminta tolong. Berderai2 air mata....Terasa ingin melompat masuk ke video dan berlari naik ke tingkat atas asrama. Terasa ingin pergi menampar si perakam video...daripada ko kecoh2 cakap nak buat apa...ada orang tu...baiklah ko telefon bomba, pi selamatkan bebudak tu takpun berdoa...Tapi itulah kita bukan ditempat kejadian, kita tak tahu apa yg berlaku. Mungkin kita pun akan panik dan bertindak demikian dalam keadaan kecemasan dan kalut begitu.

Kita yg tiada hubungan kekeluargaan dengan mereka pun amat sedih. Inikan pula ibu bapa dan keluarga mereka.

Lagilah sayu hati apabila mengetahui ada anak tahfiz ini menulis surat utk ibu ayahnya untuk meminta maaf, berterimakasih dan nak balas jasa dengan belajar di sana untuk menolong ibu ayahnya masuk ke syurga firdaus.



dan dua kisah seterusnya....

Kematian tiga beradik yg merupakan anak yatim


...Mas aliza ali bapoo sepupu mereka.
dan Mas Anizan ibu saudara mereka.

Juga kematian dua beradik anak kepada anggota keselamatan yg telah berpisah dengan isterinya...


Siapa pun anak2 ini...
Meninggal dunia ketika menuntut ilmu
Syahid akhirat ganjarannya
Syurga tempat mereka ....


Takziah kepada keluarga anak2 tahfiz dan warden yg terkorban ini...
Semoga urusan identifikasi mangsa berjalan lancar begitu juga untuk pengebumian jenazah.
Semoga ahli keluarga mereka tabah, kuat dan redha menghadapi dugaan ini.
Semoga mangsa yg tercedera segera sembuh.


Wednesday, September 13, 2017

Overweight

BMI cecah 27.6
Definitely overweight 😭😭😭

****My previous weight********

2000-2003................40-42kg
2004 kot .................pernah 38kg
2005.......................... 40-42 kg
2006-2007................ 44kg
early 2009 ............... 47 kg tpi inches ok
2010...........................43.5-45.5kg
Balik raya 2011....... 43kg
Feb 2013 ....................47 kg inches ko
Jun 2013......................52 kg
2014????
2015????
2016????
julai 2017...............55.5 kg
Sept 2017................cecah 58kg 😱😱

Berat sepatutnya 38 to 52.4kg 😭😭😭

Tapi semalam tak sedar diri
Pi ordered ni for dinner last nite




And I ate the leftover tonite πŸ˜…πŸ˜…

Eh hello...tak insaf gi...????
Here are the plan
Sat gi lompat sikit2 instead of terbaring je
Esok puasa...
Kena ikut Amylea AF dengan diet telur rebus
Weekend mulakan semula brisk walk ya.
Eh mana my pil kurus????
Ke mana pulak hot lotion????




Tuesday, September 12, 2017

From Honda .....

Yeay I got something from Honda 😍😍😍


Special car for special someone 😍😍😍

HahaHa....in my dreams lahkan 😜😜😜






Tak layan

Semalam kita shared bhn utk new customer
Masa lunch hour terganggu kita makan
Coz ditanya2 ....

Then kita pun pi join jumpa new customers
Ada info yg I lupa sampaikan
Hmm...dia x puas hati pula
Tapi!seronoknya dia beri input
Lansung tak mau libatkan kita πŸ˜…
Again atas dasar tanggungjawab adakalanya kita bersuara juga kpd customers

Hari ini my customer ada masalah projek1 dan 2
Kenapalah tak inform awal 😠😠
Pulak tu I baru perasan her new plan akan merugikan.

So I pilah bertemu si dia atas tuh.
Rupanya projek1 ada isu lain pula 😭😭😭.
Tapi si dia tu suruh mereka usaha sendiri.
Pi jumpa pihak lain
Tengok cth surat
Dia hanya akan sokong 😠😠😠.
Hello it is your responsibilty
You are paid to do so
You are the one who should write the letter
Not them....
Delegate work to colleague is ok
But not to customers

Pulak tu macam tak mau beri kerjasama pasal new plan....
Takkan ko senang2 tak mau consider bila dah berkuasa
Agak2 kalau I tak calonkan dan bertegas dengan boss, ko ada peluang ko nak duduk kerusi tu lebih awal?
Buang semua our previous plan 😠😠😠
Whatever it is...it is your decision
If anything happened you should answer it

Pulak tu buat decision tak tanya orang
Hah! Kan dah terlantik orang yg tak layak
Tak fikirkah customer akan pertikaikan
Setahu I tak boleh
Tapi kalau big boss benarkan what else can I say

Then terjumpa international customers
They asked me about my colleagues
They need to see them coz they got problem with their project...
Kesian pulak
So on my way to get my car I called si dia
Few minutes before lunch hour called dia tak angkat...
Whatsapp tak respon

Tapi 2 hours after that boleh pulak tanya
Whether I have checked his report or not
You see bila dia terdesak bukan main cari kita
Bila kita terdesak boleh pulak dia ignore...
Adilkah 😭😭😭

Report ni pun I corrected here n there n added more infos
I even asked certain part of it to our customer
To ensure we got strong justification in proposing something....
But I just wonder why he want to propose many things that either we have discussed in the meeting previously, shared in the email or it the common routine/practice πŸ˜….
Have you ever take note on any info?

You see I mmg selalu bising n bebel bila ada yg tak kena
Tapi tetap buat gak kerja tu or anything πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Why???
Kalau jadi protege Dato Seri Vida
Because I AM ME 😘😘😘
Well.....
I want the best for my unit, organization n customers
If I was given a task, definitely I will do my best
If someone asked for help, I will help that someone properly
If I feel something should be shared, then I will share it
If I think I should give opinion/reminder, I will voice it out
Why??
I feel happy if I can make other people happy
I feel satisfied when I done the best
I feel satisfied when I can contribute to my unit n organization

Several things that I noticed
He is so smart in delegating job
Did not give any credit to those who has helped him
And take all the credit by himself
So I should be careful and be smart too πŸ˜…
Do not let people take me for granted or take advantage on me
I should not forget my friend's warning 😁

Whatever it is
And I should know my limit
Whatever I do,
DO NOT EVER OVER SHADOW HIM
NOW IS HIS TURN
SO LET HIM SHINES
If I do not like someone do it to me
Then I should not do it to someone
DO NOT EVER HUMILIATE HIM IN FRONT OF OTHERS NO MATTWER HOW GOOD MY INTENTION IS
I should know people have their ego, dignity and reputation....
DO NOT EVER MAKE COMPLAIN TO OTHER COLLEAGUES
Once I did that and it annoyed me
My colleague has reminded me that now he is in power...
I should be positive bla bla bla
Niat nak mengadu dan meluah perasan
Alih2 kena tarbiyah
Akak jugak yg makin sentap
So hanya blog tempat merempan πŸ˜‚πŸ˜‚
Dah luah...rasa lega dan lupa yg buruk2 tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So...GOOD LUCK MY FRIEND πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Whatever it is you are still my friend

----------update 9.30pm,13 sept---------
Well....someone thanked me for my help...
Most of our proposals were accepted.
Alhamdulillah....
The idea came from him or others.
I just helped to make the proposals better...
So that what I meant previously...
the satisfaction when our effort is fruitful
and when we are able to contribute to our unit or organization....
When someone remember our contribution definitely a bonus...









Monday, September 11, 2017

My weekend

Sekarang walaupun keroje melambak, waktu hujung minggu memang untuk rehat...bukan pulun buat kerja opis. Penuh dengan aktiviti FB, IG, TV dan makan dan tidur πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. No wonderlah ada kawan2 cakap muka aku dah tak stress macam dulu 😁.

Hari ahad itulah aktivitinya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
10pg dah makan nasi n leftover sambal sardin
4pm pi makan leftover nasi bukhara
Konon malam no heavy food.
Alih2 8.30pm pi bersilat di dapur πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Rindu nak makan lempeng tebal, garing diluar n lwmbut di dalam bersama sambal cili api bilis


Ada tempeh gorenglah cicah sambal kicap agromas. Kenyang giler...Alhamdulillah.

Semalamnya pi luar kawasan 😍😍😍. Walaupun sakit vontot dan belakang coz duduk lama tetap ku gagahi πŸ˜‚πŸ˜‚



Balik tapau nasi bukhara Pak Tam



Kurang suka kombinasinya. Macam ayam madu. Acar buah tu sukalah. Tambah peria garing. Lagi suka kombinasi nasi dolek, ayam kuah berempah dan salad.


Friday, September 8, 2017

Bersemangat 😁

Wah! Kagumlah
Bersemangat sungguh πŸ’ͺπŸ’ͺ
Walaupun post yg belum pasti
Trying hard pun ye jugak
Semua nak lengkap dan tip top

Belum pasti pun dah semangat mcm gini ☝πŸ‘πŸ‘
Dah pasti nanti lagilah berganda semangat
Dulu kata tak mau πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Nak cutilah πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Now bila tak boleh lari
Kena hadap jugakan
Wah...Very organized juga πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Terus simpan semua info
Macam2 idea yg dicadangkan
Baguslah tuπŸ‘πŸ‘
1.Pusat latihan
2. Pusat pameran

These make me think
Rasa macam dulu I done nothing
And not organized πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Hmmm....
What are my contributions ???

Sebenarnya no.1 pernah ada
-Tapi atas inisiatif junior customer
-dibuat schedule utk elak dari dirampas πŸ˜…
So baguslah diadakan utk CSR and latihan kemahiran customer

No.2 memang dah ada
- Dah ada perabut
- bahan
- poster
Cuma perlu ditambahbaik

Ok.jom rehat...

Update 1.20pm.
Tadi dah beli food
Menonong je drive balik ke office
Luckily tersedar dan patah balik
Alamak jalan sehala pulak 😱😱😱
So how???
Keliru nk pusing di mana?
Selamba je teruskan
Luckily tak byk kenderaan
Sampai rumah terus ngap




Wednesday, September 6, 2017

Masak malam buta

Now dah 10.20pm
Baru je balik keroje
Alhamdulillah everything went well
Tiadalah yang annoying
Jika ada pun tak mau fikir
Jika silap betulkan
Takpun reject dan cari pengganti
Pesan siap2 untuk beri respon
If you are alive act like you are alive
Jika tahu pedih dan sakitnya luka
Mengapa tetap mahu hiris diri
Mengapa nak bunuh diri
Jika dah salah sendiri
Kenapa nak tuding jari
Tapi rupanya tak faham kiasan
Tak nampak analogi
Perlu terangkan jua

Dah lewat ni 😰
Rasa nak makan
Nak makan apa?

Jangan jadi mcm malam tadi
Dah lewat malam
Tiba2 nak makan sardin
Termasak
Termakan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
###awatgambartakbolehupload😠😠
##cubadancubalagiselama2hariπŸ˜…


Then macam biasa buat2 tak faham
Kecoh awat badan makin membolat πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Ikhlaskah?

Kelmarin
Bila orang minta kita share bhn utk new customers
Kita pun share

Semalam
Bila dia tanya pasal bahan tu
Kita pun terangkan

Senja itu
Bila dia call tanya pasal pakej lama
Kita pun bincang apa yg kita tahu

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terdahulu
Kita rasa perlu tambah info juga
Kita pun maklumkan

Awal 1am pagi ini
ditanyanya info itu
Semangat giler tu bang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Nak lebih lanjut kita google dan share
Kita tambah juga info lain

Lepas dah share
Terfikir pula
Dulu i buat semua sendiri
Fikir sendiri
Observe sendiri
Tiada yg share bhn
Tiada yg tolong
Tiada yg beri idea
Malah memperlekehkan pun bila nmpk kita bersusah payah
Sekarang orang senang2 guna bahan kita
Guna juga idea baru kita
Adakah dia claim itu usaha dia?
Adakah dia beri kredit atas usaha/bahan/idea kita????
Ikhlaskah aku????
Ya ikhlas nak tolong
sebagai rakan sekerja
Demi organisasi
Lagipun itu mmg tanggungjawab bila bekerja
Cuma dia perlu ingat
Jangan sesekali menafikan hak orang lain

Walaupun cuba melupakan
Tapi masih teringat2
Kisah bulan julai
Kita yg pulun buat kerja
Kita yg korbankan masa dan tenaga
Dia tidak lansung buat apa2
Tiba2 dapat ganjaran kewangan atas titik peluh kita
Kalau orang boleh fikir, ada rasa malu
Mesti dia serahkan hak saya
Untuk 7 hari...
27 jul-3 ogos.....

Tapi itu bukan salah dia pun
Ada ke orang nak tolak duit free gitu
Tu...yg atas2 tu πŸ˜…
Eh...yg atas2 tu...surat saya mana surat???
Hello Pak Haji dah sebulan berlalu
Mana hak saya?
Mana janji mu?
Mana hilangnya permohonan maaf u?
I akan tunggu
Kali ini i cuba tunggu dan lihat
I akan cuba bertahan
In hibernation mode
Bila tiba masanya i will be active
I takkan mengaku kalah
 selagi belum berjuang habis-habisan.....

Eh moh le balik
Malam ni perlu keluar jumpa customer pula

lenkali buat kerja elok2

Ada event 6 sept
Baru nak buat hebahan kepada peserta pada 4 sept
Itupun bukan bersungguh.
Hanya melalui aplikasi whatsapp
Pulak tu kata dijemput hadir.
Dah tau customer ko jenis macam mana
Lagi nak keluar statement gitu
Sebelum tu ada buat survey bilangan bakal hadir?
Ada semak their available time?

Alih2 kecoh tiada peserta
Barulah nak diwar-warkan pada colleagues
Macam biasa...Sendiri tak kisah pun sebelum ini kan
Bila jadi gini tiba2 nak harap orang ambil kisah pulak

Lepas tu ada pulak hati nak ganggu pelanggan orang lain
Hello customer I tiada kaitan pun dengan program tu
Not their area pun
Lagipun kami harini pun dah kalut sangat.
Program malam ni masih tergantung statusnya
Gara-gara ada pihak yg buat perubahan tanpa makluman rasmi
Lepas tu tidak boleh kenalpasti apa masalah teknikalnya...