Wednesday, January 20, 2010

Minggu lopeh cakap lain, minggu ni cakap lain lak !!!

Psst...semalam den poie uni. Sajo nak tunjuk muko, setelah lamo cuti2 mesia n disambung lak cuti2 sakit. Lagipun sesajo nengok my second spv n my group member practise for their presentation. Hish...ingatkan start pukul 11, rupo eh 10.30 am. Ingatkan kek bilik yg biaso, rupo eh kek dewan lak...malu bosar den. Harap sympthom amnesia ni hanyo setakat minggu ni jo...Tu ar kono kurangkan makan bondo2 masam ni...Hish, raso eh den dah lamo tak makan bondo masam ni. Takkan setakat makan asam podeh boleh kurangkan dayo ingatan....

Ko tau kak jah, sib baik lopeh diorang present tu den tak cabut balik. Den buek kojo sikit, cari bahan via online database n semak my programming code. Tup2 pakcik datang...

"Fey...You want to talk ?"
Yolah pakcik, sure..dalam hati gubra den.

what are your working on rite now ?
Remember the bla...that...i bla2. So, now i still checking the code.

How was your presentation? Did u get any question?
Oh, they asked about bla2....I dont remember the other two questions.

You should stay at home.
Mulut den poie cabul cakap..I don't want to just stay in bed doing nothing. Dalam hati...yeeha!!!!

Tetibo pakcik cakap ...you should work at home.
Hah sebijik sebijon den kono...no more mengular, no more rest. Den pun dah lamo soda diri, sobab tu den poie uni nak cari bahan, wpun kenkadang sakit kapla...den ada sikit sok sek...n erm..erm. Tapi haritu suruh den stay in bed for couple of weeks. Ni baru a week..hish...pakcik ni pun ado symptom amnesia ni...

Did you go to the clinic?
Den cakap lah ramai orang..poie boli ubek kek farmasi jo.

How long have you been like this?
About two weeks

Is it since you at Malaysia?
Yes...tak tercakap lak kat mesia, tak teruk pun. Biasalah fenin2, sakit kapla n sore throat je. Dah sampai Oz bru toruk....

Tetiba...dio cakap..you shouldn't be here, work at home... sambil bangun poie kek mejo dio.
Ok..ok...haha...I'll be away from you, so you won't get infected. That's why I already searched the articles about bla2..to read at home.

Apara pakcik ni...takut aku bawak flu dari tanah air ku yang tercinta ke. Tolong sikit...Kat sini lagi banyak kes H1N1 dulu, cuma tak diwar-warkan je.

Today, since I have to work at home and not reall fully recover from 'sakit konon je la' ...so i just work slowly...starting with gear satu lah kan. Hmm, at least i manage to read 3 articles and categorized important points....Hopefully, tonite I can change to gear duo lah...copek sikit.

Psst...semalam den dapek duit kutu...alhamdulillah. Ingat nak bukak satu akaun lain lah kek sini. Senang nak budget, lagipun boleh simpan for emergencykan..almaklumlah hidup kek tompek orang. Kalau sakit, boleh claim insurans..tapi ado limitlah. Contoh kono bayar aud80 (aud50 for consultation n aud30 for medication). Tapi insurans cover aud5o je..so nak tak nak ubek bayar sendirilah kan. Tu guno eh emergency saving tuh. Dan manalah tau kot2 kono tinggal luar, nak cari umah bukan sonang. Dahlah kono bayar 2-3 months bond. Boleh pokai ma..Kalau seminggu dah aud180...sebulan ? 3 bulan ????

Tu ar...simpanan emergency perlu, simpanan berkala pun penting. Korang tau tak sekarang, kito dah buleh masukkan duit ASB via maybank2u. Sanang baitu..dengan dunia teknologi ini. Tak yah menapak n tercangok kek bank kan..jimat masa n tenaga n duit minyak hehe...So apo laie, lobih duit gaji tu wpun RM50 pun..bolehlah boli unit ASB. Eh...jap, ado ko tak charge atas perkhidmatan ni. Korang check la sendiri.

Tuesday, January 19, 2010

Wei kalau hang pi beijing, egypt...grand canyon seribu kali ka..ada aku kisah ???

Maso memulo ko cakap dulu ko dah poie semuo tompek tuh,
den kato, best nyer...

Kali keduo ko cakap pasal bondo yang samo,
den cakap hmm sambil tersonyum...

Kali ketigo ko cakap bondo tu laie,
den sonyum jo...
.
.
.
Kali ke 30 ko cakap pasal tu lagi
den hanya mampu sengih jo...(dalam hati cakap "udah2 lah tuh.berapa kali nak cakap, BERLAGAK Eh LAK....)
.
.
Kali ke 50 ko cito laie...
den mengamuk....wei kalau ko dah poie banyak kali ko..ko dah sampai bulan ko, bintang ko, EDEN PEDULIK APO...yolah-yolah mengamuk dalam hati jolah.
.
Kali ke 100 ko cakap pasal bondo yg samo tadi bilo nengok gazette documentary pasal egypt,
den jangankan nak sonyum , sengih pun idak....den buek2 tak dongar n buek muko buhsan.

Kali ko 101 ko cakap laie tadi..kek si minah sri lanka tu
den cakap..wei buleh diam tak...dalam hati jo lah

Kali ko 102 ko cakap kek den lak tadi...memori sungguh
Den yang bongang tapi dalam keadaan tak sampai hati cakap...memori yang tak boleh dilupakan.
Psst apa kes den cakap camtu..den pun tak tau. Tapi lam hati, ado yang nak kono BOMM ni....TERSANGATLAH TAKBUR N UJUB .....

Kali ko 103 tadi..ko ulang siaran kek minah sri lanka tuh
Den apo laie..segera angkat kaki.....opss up leg ko kak jah woi..



Hish...ado gak manusia cam ni.
Dahlah dari 7.30pm sampai 8.30pm tak berhonti bercakap...Dahla dio jo yang botul. Maleh nak layan..den sonyum sengih jo. Pastu cam nak paksa org mengiokan kato dio..Iyokan jolah.
Yang polik tu buek muko bosan totap nak bercakap. Dah den buek2 beri tumpuan kek tv pun, mulut eh tak berhonti gak...Kang ado yang nak kono jait, takpun solotape mulut eh.Tapi ado gak tadi dio tetibo berhonti cakap, bilo den buek tak layan. Bilo pandang dio..muko eh bengang semacam. Ingatkan dah insaf...rupo eh...makin teruk..

Mako eh, elok na lah...angkek kaki, poie main jauh2...sebelum makan hati...sakit hati, sakit kapla...ngutuk dalam diam...atau bertukar menjadi ....

http://images.eonline.com/eol_images/Articles/20080331/425.the.incredible.hulk.033108.jpg

atau
http://cinematropolis.files.wordpress.com/2009/11/ninja-assassin-rain_l.jpg


Kerana mulut badan binasa, maka tak hairanlah berlakunya
Tragedi Secawan Teh

TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.

Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.

Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.

Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.

“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.

“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.

Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.

“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.

“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.

Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.


“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.

Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.

“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
2010/01/19


Kesian wei..cik abe ni...mugo cepak sembuh cik abe wei....

UPDATE !!!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tragedisecawanteh/Article


Baru nengok sat tadi gambar abe tu...teruk kan. Semoga dio diberi kekuatan/ketabahan n cepak sembuh.

Friday, January 15, 2010

Apa kes ni..asyik2 pasal duit...

Harini, dalam keadaan yang kejap ok kejap fenin aku masih sempat membasuh baju yang setimbun itu (machine wash la..tang handwash cuti dulu), merancang kewangan dan berblog.

Setelah meronda2 ntah ke berapa kali dalam blog Bebas Hutang, aku telah mendapat maklumat mengenai ASB seperti berikut

Tahun

Dividen

Bonus

2008

7 sen per unit

1.75 sen per unit

2009

7.3 sen per unit

1.25 sen per unit


Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana dividen dan bonus dikira, formulanya adalah seperti berikut :

Dividen = Jumlah baki minimum setiap bulan x dividen / 12

Bonus = Jumlah baki minimum setiap bulan (in 10 years) x bonus/120

Untuk maklumat selanjutnya berserta contoh pengiraan silalah menjenguk blog Bebas Hutang ya. Malah mereka juga menyediakan calculator ASB. Psst..If I'm not mistaken last 2 years I developed my own so called ASB calculator but compared to theirs of course mine is so not canggih la...hehe.

I am also have my own budget calculator. 5 years back of course I have the discipline to key in my expenses...then you can guess what happen huhuhu. Now, as a student I should start/continue what I left.

In fact, last time I also have my own expenses/spending table which is the modification of Hajah Rohani's pie chart while she was a guest in MHI..hehe if I'm not mistaken la. Below is the example of that table...example only ma hehe...Takkanlah fuel to work only RM100/permonth unless your workplace is so near to your house...if that the case naik kaki je la....


But why why nowadays I don't follow that rule anymore...too bz ? Hmm...malas? Tak larat ?

Psst...if we have our own financial planning it doesn't mean that we are materialistic. It's for our future and for our family, takkanlah nak mengharapkan duit our parents atau menteri/putera/sultan datang meminang lak hehe... Apa2 pun, janganlah hidup kedekut semata2 nak menyimpan duit sampai you can't enjoy your life while you are still able to do so. Please do not misinterpret whatever I mention here. At least of course you want to reward yourself and enjoy the fruits of your hard labour . Sometimes we also want to taste new food, have good clothes, vacation, treat our family and friends etc. If you can afford it, why not? But of course it must be within your budget. Kalau duit sekepuk pun, apalah ertinya nak pi holiday bila dah tua nanti dengan tak larat n tangan n kaki tergigil2. That's why we have to plan this financial freedom smartly...I wish that I have all this knowledge long time ago. But, never look back...it's never too late to do something good.

Don't ever forget to allocate a few notes for your parents. Apalah sangat RM50 sebulan compared to what they have done in raising us. You can see the joy/happiness/grateful in their eyes...of course it's not about the money, but you know why. Whatever it is, it depends on ourselves, what we want and what we have. Hmm, dunia2 gak...akhirat jangan dilupa. I know, I'm not that 'baik' type of person to say all this...but pepaham jela...sendiri mau ingatlah kan. Mana tau esok lusa kita pergi......

Thursday, January 14, 2010

Rehat...Tenet....Pening...Money Talk...ZZZ...

Pelikkan, bila kerja nak rehat. Bila di suruh pi rehat tak bolehlak. Nampaknya renungan manja my lapy berjaya memujuk ku untuk terus menatapnya dan membiarkan katilku terus melambai. In fact, dah makan ubat pun masih segar bugar g...Apa dah jadi ni? Adakah akibat bertukar ubat ????

So, apa haku buat sampai 2.30 am hari Khamis and seharian selain makan dan tido? Apa? Surf pasal ASB...Alkisahnya haritu masa g Perak aku sempat menamatkan pinjaman ASB ku. Malaslah nak ada komitmen hutang2 ni. Lagipun pernah terbaca dulu rugi buat pinjaman ASB ni compared tu kita simpan sendiri monthly. Ada gak cakap buat apa buat hutang n bayar bulanan dengan tujuan untuk memaksimakan simpanan ASB. Awat tak simpan je terus kat ASB tuh. So,dalam keadaan yg ala2 imsomnia and sekejap rehat, tetiba penin lak, maka terjumpalah blog bebas hutang n beberapa lagi.

Hmm...rugi aku menamatkan pinjaman ASB tu jika kurang 3 tahun. In fact, if we know how to manipulate/or rolling the money we will get more profit. Well, what done is done. Actually haritu memang cam dilema gak either I wanna stop or not. So, berdoa minta dipermudahkan urusanku jika ini yang terbaik untukku. Begitulah ceritanya...cam senang je proses tuh. Mesti ada hikmahnya. Things happens for a reason. Insya-allah, maybe the monthly installment for that loan I can use to pay something that more important or for emergency instead. If I were to apply for that kind of loan again, at least now I have enough time to get more info as possible and also to compare which bank offers the best loan in term of interest rate, max years, insurance and islamic or not etc.

Whatever it is, we must have our own financial plan and target. Don't just follow others if you do not understand the system. We must look at our own financial ability too as the 'sifu' and 'otai' said in their blogs. Billionth of thanks to them for sharing the info...You give to others, you will get more...insya allah.

Talking about this financial/money......eh! aku dah bayar zakat tahun lepas ke belum ni. Rasa cam dah. Better check my maybank2u or diari lah pulak....Inilah akibatnya kalau nak bayar zakat kat my noghori tercinto jo hehe. Psst..dedolu depa bagi souvenir beg, bekas makanan..calendar tak yah cito lah. Siap wish beseday n ucapkan selamat pose g. Kenapo sekarang tak buek dah. Ko dio tak hapdate my new hp number. Opps..ni ikhlas bayar zakat ke idak ni..hish. Pasal zakat ni satu hal kan...antara zakat pendapatan dan simpanan. Banyak na pendapat. Senang cita, bayar je dua2. Ada orang prefer bayar zakat di Pusat Zakat either pi sendiri or via online. Ada yang prefer serahkan sendiri pada sesiapa yang layak menerimanya. Terpulanglah..janji kewajipan ditunaikan.

Wednesday, January 13, 2010

supervisor tak kasi datang kojo...yeay

Memulo eh pagi tadi cam maleh nak pi school. Tapi cam tak sodap ati pasal poster ku. Lagipun takut gak kot supervisor ingat aku mengular. At last tongahari baru pi uni. Alhamdulillah poster file sudah wokay...Then pi jonguk my pakcik supervisor, just kat pintu jo....guess what did he says...
"don't come to work fei...get rest n stay in bed for couple of weeks "

Yeha...!!!!! cuti lagi..rehat lagi. Tapi apalah maknanya dok bersok sek with runny nose n dok berkung kang batuk. Hmm...tapikan adakah my pakcik betul2 care atau takut terkena jangkitan dari aku. Apa2 jelah..tak yah pikir benda yg tak penting. Nampaknya esok takdelah aku nak makan free meraikan kawan hongkong ku yg akan berkahwin itu....

On the way home, singgah jap di klinik...ramai na org. Malas nak tunggu. So, I just went to the pharmacy to get the medication which can relieve pain fast....Sempat gak pi supermarket membeli groceries...Malam ni apalagi...sup sawi+telur satu....Demam ke idak ni ???? Betul kak jah...den takdo bolo hantu rayo doh.

Maso tongah menaip ni hujan lobek. Ado ko patut bilik baru den ni, air buleh masuk..... Setakat timpiyeh ok lah gak. Ni tidak, mengalir laju lak tu. Intai2..tak nampak lah ruang yang air leh masuk...Harus den mereport esok ni. Mesti pengurus hostel kato den banyak songeh....banyak songeh ko? cerewet ko..hmmmmm memang pun..mengaku jelah kan.

Ni memang boto2 nak poie berehat ni...Den bukan nak sangat pun berehat. Dah pakcik suruh...ikut jela....ZZZZZZZZZZZZZZZ

Tuesday, January 12, 2010

Baru dua hari di Oz dah demam2 n lebam...

Macam tak percaya je I'm already back in OZ.
Eh..betul ke idak aku ada balik malaysia haritu..or it is only in my dreams..huhu. Tak caya tengok gambar la.

Serius..rasa cam di awang-awangan lagi. Nilah akibatnya bila tak sihat ni. Sejak kat kampung lagi. Semalam masa naik limo from airport to my hostel, rasa dah loya2. Takut je termuntah dalam limo tuh. Dahlah mmg ada sore throat. Bila sampai hostel dalam pukul 12.30 tgh dah rasa semacam. Rehat jap, takut ngantuk bila makan ubat. Then pi uni beli strepsil je. Bila pi opis, ada new student lak..cam tak best lak. I miss my Aaron. Nak buat keja cam tak larat je...penangan sick tu. Takkan 'jet lag' kot, macamlah naik airplane more than 10 hours kan. Cari my group mate nak bagi my poster file. He plan to print it in Hongkong since the cost is cheaper. Bukak my programming tak kena, dah photostat nak recheck my programming pun ala2 penin2 lalat. At last tak sampai 1 1/2 jam di uni aku dah cabut balik. Luckily bas ada. Then, nak menapak balik ke hostel dari bus stop pun rasa dah lemah lutut. Balik je, dengan bilik yg lagi teruk dari tongkang pecah tu...aku terus zzzzzz.............

Malam, mmg lapar giler..I just ate Mee goreng ala thai ...jenama cintan hehe. Then, pulun ngemas dalam keadaan yang tak larat tuh sampai 1.30 am. Barulah telan ubat. Ntah2 overdose kot, sampai selimut biruku ada macam objek putih....seram. Inilah akibatnya jika tak baca apa2 yang patut bila masuk bilik baru.

Bila bangun pagi tadi, my condition became worse cough, runny nose n maybe mild fever. Mmg tak larat pi uni. Just checked my email, unfortunately my group mate kata ada problem ngan my poster file. I bukan pi betulkan file tu, tapi pi tido semula. Dah tengahari baru ok sikit. Sakit2 pun lapar gak, nak makan sup tapi takde sayur lak. Yg ada carot yg dah kecut tu...At last goreng telur ngan buat sambal bilis+carot. Hish..dah tau batuk pi makan benda berminyak...Habih, stok makanan yg tinggal bilis ngan telur je. Biskut tak larat telan. Alhamdulillah, lepas makan...rasa ok lak. So, pulun mengemas dulu...asyik terlanggar katil je. Bila tengok kaki sat ni dah lebam..kat kedua2 belah kaki at the same spot. Maka, terungkailah kenapa dulu2 kaki aku selalu lebam. Takkan kat Oz ada pelesit kot....

Now, before checking my poster file n membetulkan apa yg perlu....aku sempat g berblogging.
Kepada cik daela....aku ingat janji ku. Kepada kak ina...mintak maaf bebanyak tak sempat nk jumpa. Jealous nengok akak sempat jumpa kawan2 blog walau kemana akak pergi. Tak jumpa awal tahun ni, manalah tau kita boleh jumpa tahun depan....atau bila saya balik msia for good...insya allah. I just wonder camna lah org lain yg balik dari Jerman ke, Dubai ke Oz ke pandai plan nak jumpa kengkawan blog. Aku kawan yg bukit mahkota n kat mardi tu pun tak sempat jumpa. Yes, I know time management....Tapi apa yg haku buat selama aku balik kampung ya....Kalau korang musykil aku lagi musykil.....ish...Wokay..wokay time to go..kerja , kerja.....Takut kena bambu esok....

Thursday, January 7, 2010

Physically, mentally, emotianally unstable.....

Seminggu ni aku memang penat dan tak larat dengan pelbagai aktiviti.
Dahlah kurang sihat.
Pulak tu dengan rasa bersalah yang amat sangat kerana terlanggar anak si amoi
dan rasa sedih dan terkilan dengan kematian si Nemo.
Di tambah pula rasa stress dan tertekan coz tak larat nak siapkan my presentation poster and evaluate my analytical expression dan banyak lagi benda tak settle-nak pi Perak urusan kerja+bank; credit card;MARA; TAX; keperluan back to OZ etc.
But..I'm really upset today and deeply hurt when somebody didn't listen to me even though it's for his daughter safety.
Why must he do something which is not appropriate just to show off ?
It's ok if he didn't care about my feeling but about a young boy feeling ???
Has he ever forgotten all my scarification towards him ?????
Ya ALLAH, please give me strength and patient...amin...

Wednesday, January 6, 2010

Nemo masuk wad...tapi...

Hari Sabtu lepas, anak si amoi mati coz aku terlanggar masa undur keta. Hari Ahad pulak si Nemo, si parsi yg besar n comot tu pulak dilanggar oleh Perdana. Sampai hati tuan punya perdana tak berhenti pun. Yang kesiannya Nemo menjadi teramat garang selepas dilanggar. Mulutnya berdarah n kaki belakangnya mungkin patah. Sedih sangat tengok Nemo, sekejap di koridor, sekejap berada dalam longkang, sekejap atas laman. Kami tak berani nak angkat dia coz dia memang tak boleh diusik. Yang sedihnya, bila kita panggil nama dia, dia menyahut tapi dengan suara yg sangat sayu menahan kesakitan. Risaukan keadaan dia, dan takut terkena hujan, kami ambil kotak dan suruh Nemo masuk. Alhamdulillah, dia masuk ke dalam kotak. Kami sediakan air dan friskies dia tak mau makan. Selimutkan dia, tapi dia tak mau. Rupanya, selimut tu dia buat alas tido. Kami memantau juga keadaan dia malam tu. Tau2 dia dah muntah. Kepala pun cam tak larat angkat. Sedih sangat tengok dia. Siap bacakan yasin tu.

Esoknya, hari isnin pepagi lagi kami jenguk Nemo, lega bila dia angkat kepala bila dipanggil. Yang kesiannya badannya dia dihurungi semut lak. Cuba gak buang semut tu, nasib baik dia tak mengamuk bila diusap. kami nak bawa ke klinik veterinar, tapi tak tau kat mana. Bila surf internet, ada di Mantin atau Senawang, tapi cam jauh pulak. So, tengahari tu, lepas gi bank aku cari gak..rupanya ada veterinar clinic nearby our house. Bila balik umah, masalahnya camna nak masukkan Nemo dalam cage dia. Macam tak percaya je, bila Nemo masuk ke dalam cage sendiri bila mak suruh. Then, aku bawa le Nemo ke klinik. Punyalah garang si Nemo, sampai the veterinarian terpaksa bius, tupun dah lemah masih berbunyi ngan garangnya. Rupanya veterinarian kata, kalau kucing dalam kesakitan dia memang garang. Hasil pemeriksaan veterinarian mendapati lidah nemo hancur sikit, so mungkin kena potong sikit. Dagu dan rahang dia patah, so mungkin perlu dijahit n ikat. Ada macam buih dibahagian belakang badan, mungkin ada internal bleeding. Dan kaki kiri belakang macam terkeluar sikit dari tempatnya. Apa2 pun veterinarian kata kena tunggu senior veterinarian hari rabu nanti. So, veterinarian hanya suntik vitamin n ubat untuk internal bleeding and to stabilize his condition. Risaukan keadaan Nemo jika dibawa pulang, kami masukkan Nemo ke wad di veterinary clinic ini.

On Tuesday, during my medical check up break, I called the clinic and the veterinarian said that Nemo's condition is stabil.

Today, on wednesday afternoon I supposed to discuss with the senior veterinarian about Nemo's condition whether he need the operation or not. While I was out, my bro called me to inform me that Nemo has left us forever. I could'nt control myself and just broke into tears once I saw his dead body....GOOD BYE NEMO.....NEMO 2003-060110. According to the senior veterinarian, maybe Nemo died because of the shock or because of the chronic pain etc.

Sunday, January 3, 2010

Aku 'kureng' kerana si ......

Eden...agak 'kureng' harini. Sobona eh malam tadi den lagi 'kureng' dan sodih. Pasal apa???
Pasal satu kejadian....Malam tadi memang hujan lebat masa aku nak kuar jemput kakak. Dan aku agak kalut coz takut kakak tunggu lama. Masa mula2 undur kete ok je, tapi tetiba2 macam berat pulak tayar depan. Terpikir gak kuching, tapi tak mungkin coz biasanya, hidupkan enjin je dia dah lari..tak payah nak jenguk2 bawah kete gi. Lagipun biasanya sama ada selipar ataupun kain buruk...
BUT....NO !!!!!! NOT THIS TIME...IT'S REALLY A CAT....

Sedih sangat..rasa kureng n agak bengong sekejap. Asyik pikir kenapalah aku tak jenguk dulu bawah kete, kenapalah aku tak berhenti bila kete rasa berat....SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA. Susah jugak nak tenangkan fikiran dengan memandu dalam keadaan gelap dan hujan lebat. Jenuh gak anak buah aku memujuk aku....yelah dah sampai ajal kucing tu katanya.

Tapi yang tak best nyer...si kecik tu boleh cakap mesti si Amoi marah ngan Angah.
SIAPA AMOI???
Induk kucing tu la huhu......
Maka naik hangin lah aku yang sedih ni....

Luckily, my mum tak marah...maklumlah kucing yang dijaganya dengan baik hanya makan friskies dan nasi+ikan rebus tu tetiba dilanggar oleh anaknya yg cuai. Mak kata, tadi kuching tu gaduh ngan nemo(our cat yg besar n comot)...ntah2 dah mati dulu. takpun pengsan keletihan atau tercedera selepas bergaduh, maka tak sedar/tak larat nak bangun walaupun dah dengar bunyi keta.

Apa2pun...Moralnya..sebelum memandu, bukan hanya check dalaman kereta, tapi check luaran-atas bawah, kat tempat tayar juga.....Kalau tak sedap hati, maka berhenti .....

HATI2 SEBELUM DAN SEMASA MEMANDU.....

Friday, January 1, 2010

Jom berkomeh n tengok wayang !!!

Korang Poie mano cuti2 tahun baru ni...Happy new Year !!! Oh No !!! Maka bertambah umur den huhu......

Ni nak cerito aktiviti minggu ketigo laie. Pepagi hari Selaso lak, kakak den mintak hantar poie kojo…hehe gara2 sakit porut, maka terlopeh lah van pokojo tu. Eden minta anak buah den toman sokali. Lopeh tu den ajak dio poie sarapan pokono roti bom. Ado ko patut dio tak nak, di bantai menangih. Lagi den yang memang garang ni bongang bilo dio buek hal…dah umur 9 tahun, lelaki pulak tu . Mako, terkono lah tembakan bertubi2 dari den. Den tahu den patut guna psikologi berinteraksi dengan baik, tapi budak ni cengeng bona. Manjo..anak tunggal la katokan. Yang goram tuh, bilo dio dah konyang makan roti bom fevret dio tuh, boleh la tersengih 2 tuh, tak ko namo eh ngegado.


Aktiviti harini den ngomeh bilik yang cam tongkang pocah tu. Ngomehkan baju kurong and kebaya den, rupo eh ponoh duo beg haritu yang bersaiz 29 inch n 20 inch...siap bukak zip untuk expand lagi. Huish tak sangko lak banyak gak baju den bilo dikumpulkan sekali, tapi ado hati nak poie boli kain tuh..Ha, jangan nak membazir kalau setakat nak pakai maso rayo jo. Tapi den rindu n teringinlah nak melaram lah kak jah….camno tuh???

Tongohari tuh den poie Soromban nengok Alvin n chipmunks…best gak, tetibo ado lak awek2s the chippets. Kalah Britney spears hehe…Apo2 pun akhirnya tertunailah hasrat di hati den nak makan popcorn hehe…Yang si manjo ni, garang2 den nak gak ngikut. Hehe..dio yang ngajak sobona eh. Si manjo kurus tapi kuek makan. Dah makan hotdog nak popcorn lak. Lopeh tu on the way home, dibantai makan 4 biji sushi. Balik jo, lopeh sembahyang asar dio makan nasi lak. Selero eh memang bosa. Ingat gi haritu maso poie melako, pukul 6.45pm dio dah makan prosperity burger ngan minum ‘mud’ apotah …ala yang ado oreo tuh. Then 8.15pm, dio buleh makan laie nasi lemak antarabangsa tuh. Agak eh metabolic rate dio tinggi, makan banyak tapi maintain kurus…cumo pipi ada tembam sikit hehe.