Saturday, March 5, 2011

resipi supermarket

Last saturday masa aku pi woolies=woolworth supermarket, adalah staf dia dok promote produk yang dijual di sana. So, aku pun dengan muka tak malunya pi menebeng kat situ nak torai apa yg dimasaknya. Sedap tau !!!! Mengikut selera akulah hehehe. Maka keesokan harinya, aku pun torai masak/sediakan that dish=fried prawn+apple coleslaw+Caramelized apple n ginger

Recipe from Guy Grossi :
Fried prawn-season with salt n paper
Apple coleslaw-i add cucumber+mayonnaise
(original recipe-cabbage, lemon juice, chopped parsley, yogurt, mayonis, salt, paper)
Caramelised Apple n ginger -versi malas
(original recipe=apple n ginger puree: add apple cubes into hot caramelised brown sugar+ginger+water, then blend untill smooth)

Tadi for lunch pun aku buat lagi, cuma tak buat caramelised apple n ginger lah.
Actually tadi nak kuar, pi beli beras n minyak tapi mendung macam nak hujan. So, aku saja je kemas barang2 yg dibeli/free nak simpan dalam kotak. Lepas tu ada pulak drama air mata antara aku dan makcikku dan kakak ku. Memang sebak sangat. Terasa melukut di tepi gantang. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seekor kerbau masuk lumpur, habis semua terpalit. Kesian kat kakak ku dan aku jugaklah huhuhu. Kami tak masuk campur, tapi orang memang pukul rata je. I have been keeping this for a long time. Tapi bila benda yg sama berlaku aku tak tahan dah. Aku pi sms kat makcikku. Bila dia call, aku tak dapat angkat coz telah berlaku drama air mata di mana lokasinya kat bilik akulah. Aku tau kalau aku jawab pun, aku lebih banyak air mata dari cakap.Tak pasal2 makcikku sedih pulak. Dia memang tak masuk campur, tapi mungkin dia sedih kot dengan kata-kata aku. Kami ni bukan sesape. So we just have to accept it. Kami buat apa pun, orang tetap pandang kami salah. So better dont ever think about it anymore. Takut stress, tak pun berdendam. Tak guna sedih, bukannya orang fikir n kisah pada kami pun. I'm sorry makcik coz tak pasal2 you pun terlibat sedih sekali. Mudah-mudahan mereka yang membuatkan kami terjerumus ni dilembutkan hati, sedar, insaf dan buka buku baru..Amiin.

Update:
malam ni ada Mardi Gras kat Sydney. Tapi malam kan. Lagipun tu parade Gay opssssssssss.....tapi cam teringin nak tengok orang pakai benda besar bagak atas kapla tuh

Wednesday, March 2, 2011

Orang buat, aku pun nak buat gak

Good bye summer !!!! Welcome autumn !!!!!!!!!!!!!!......
It started getting chilly, even though it just the beginning of autumn. I felt the chill air pass through my skin once I were outside my school at 8.30 pm tonite. Luckily, I brought my cardigan hehehehe and luckily it was not windy.....

Today 02/03/2011 is actually my first day of third year candidature as a research student in OZ, the land down under. How time flies so very fast huhuhu.....What a mixed feeling....Excited because it only one year left to finish my studies...insya allah. Nervous because I got so many things to do ... In fact I still hasn't improve my English language too huhuhu. Anyway, to celebrate my third year candidature, I baked

last nite. Actually I was craving for it hehhehe. Kenal ke ????? Oklah kasi decoratelah kan. Tapi hampeh piping bag pecah. Maka aku sapukan jelah topping tuh

Masih tak kenal ke? Ish korang ni. Awatlah cake tu tak melekat pada mangkuk hayun tu. Nyesal tak ambil gambar last nite, semasa ia masih elok melekat. Oklah lebihan adunan tuh, i buat ni.

Hah! Takkan tak kenal kot !!!!!!!!
Tapikan kalau korang tak kenal pun, aku tak marah pun coz kek ni teksturnya nampak lain dari yg orang lain buatkan. Senang cakap....bantatlah huhuhu. Tulah, orang lain buat, aku pun mengada-ngada nak buat jugak.

Post mortem ? Hehehehe macam CSI, takpun NCIS pulak hehehe

1. Kurang bahan.
Bila baca resipi, baru aku perasan aku tiada baking soda. Tapi aku bantai je campur cuka+baking powder, berbuih jugak. Housemate aku yg food nutrionist tu kata; baking powder=baking soda. Tapi tadi bila aku google, baking powder=baking soda+bahan lain apatah. Hehehe, patutlah berbuih jugak.

2. Salah sukatan.
My cup =160ml, rasanya yg dalam resipi tuh =240ml
I guna table and tea spoon biasa, resipi=baking table and tea spoon

3. Buttermilk kurang menjadi
Aku tak kacau rata susu+cream tartar. Bila tuang yang kononnya buttermilk dalam adunan, cream tartar tak larut pun. I better use vinegar for next time. Eh, nak buat lagi ke?????

4. Tak tetap satu resipi.
Masa buat adunan cake tuh, aku keliru between this recipe and this recipe.
Anyway TQVM for both of them. I better stick to one recipe only for next time. Eh!! memang nak buat lagi ke?????

Dan reason yang paling tak senonoh ................

5. Tidak tahu rasa sebenar kek.
Habih, dah aku tak pernah makan kek ini :p

Ada yang kata ada rasa hint of choc
( Mine, macam tiada je)
Ada yang kata ada rasa masam2 manis
(Mine, memanglah bab frosting ada rasa masam2, bab cake tuh sukar dijelaskan )
Ada yang kata rasa manis buah (Mine, confirm aku kedekut gula hehehe...)

Tapikan, kalau memang kek aku tak sedap lansung, kenapa isi dalam bekas yang berklip biru tu licin ya. Maksud aku, bila aku tiba dirumah tadi, bekas tu dah siap dibasuh dan diletakkan di rak pinggan oleh my housemate. In fact, last nite pun depa dah rasa. Aku bagi jugak this cake pada dua orang kawan. Sorang tu siap buat status kat fb dan ym lagi pasal my cake tuh hahahaha. Sorang lagi siap habis ngap 4 biji mini cupcakes tu depan aku. Apakah maksudnya itu hehehe.....Itu belum lagi kalau aku buat frosting guna mascarpone cheese and whipping cream kan kan ;))

Tuesday, March 1, 2011

Berjurai-jurai air mata

Sedih betul tengok cerita ini



yang boleh didapati dari link ini. Oklah, nak iron seluar jeans and lepas tu nak meneruskan kerja-kerja pengiraanku yang sudah beberapa hari asyik menemui jalan buntu.

Saturday, February 26, 2011

Takde mood buat kerja, tapi mood makan sentiasa ada

I don't know what is happening to me nowadays, often feeling restless, fatigue and in no mood to do my work even though there is a pile of overdue work on my desk and in my bag huhuhu

credit to source :http://victoriarenwick.wordpress.com/tag/work/

Tapikan, tak ke korang rasa pelik bila bab makan, aku sentiasa ada mood pulak isk isk isk. I had this sticky caramel chicken and sauteed asparagus for lunch on Friday.

The chicken recipe was taken from Dayang Jack blog for which the main sources come from CMGebu & K.Nor@SecubitGaram and the original recipe is by MutiaraAzura MyResipi. TQVM to all of them :). Here is the recipe

STICKY CARAMEL CHICKEN
resipi asal : MutiaraAzura MyResipi
sumber: CMGebu & K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 12 keping kepak ayam (kalau besar kerat dua), cuci bersih dan toskan
  • 2 camca besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, dititik dengan kulit2nya, tak payah kupas
  • 1 camca besar cincangan halia
  • 1 camca besar sos ikan (DJ ganti dengan kiub ayam)
  • 1 camca besar kicap (DJ guna kicap pekat)
  • 1 camca besar sos cili
  • 7 - 8 camca besar madu

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan kepak ayam, gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...


* K.Nor tambah 1 sudu besar serbuk lada hitam

***DJ tambah 1 sudu kecil lada hitam, 1 sk serbuk cili, daun sup, kiub ayam dan bijan. Ayam digaul dgn kicap, serbuk cili dan lada hitam dan diperap 10 minit sebelum digoreng.

I took the sauteed asparagus recipe from here. I really enjoyed this meal...yummmmmy!!!!!

I had fried mee sanggul for lunch and dinner on Monday.

Then, I had this fried frankfurter and sweet potato for breakfast and lunch on tuesday.

Tapi tak ranguplah tepung salut tuh. Then I had this masak lemak cili api ayam for dinner on tuesday and lunch on wednesday. Finally, I had fried rice for my lunch and dinner on thursday.

Oklah kan, satu cawan beras untuk 4 kali makan hehehe. Hmmm..... harapnya selepas ini bila bab2 kerja sentiasa ada mood macam mood makan :).

Alamak!!!!!!!!!!! Jiran sebelah buat hal lagi adussssssssssssssssssssss


Wednesday, February 23, 2011

Putus kasih

Siapa tidak kecewa jika kasih dilanda ribut dan badai dan akhirnya kasih terputus. Aku tahu semuanya salahku, semuanya gara-garaku yang bertindak sesuka hati tanpa mengikut syarat2nya. Menyesal kemudian tidak berguna walaupun adakalanya aku pernah terfikir natijah dari perbuatanku jika melanggar syarat-syaratnya. Selama ini aku amat merinduinya, malah malam termimpi-mimpi. Bila aku berkesempatan mendekatinya, tiba-tiba hubungan kasih kami boleh digambarkan dengan peribahasa "Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari". Malah ia boleh juga digambarkan seperti ini

Apakah ini ????
.
.
.
.
.
.
.
Bukannya marble cake, malah zebra cake pun bukan.
Itulah yang dinamakan kek putus kasih atau senang cerita kek alunan kasihku yang tidak menjadi huhuhu. Bayangkanlah bagaimana kecewanya aku apabila kek yang selama ini didambakan tak menjadi huhuhu......Bukan sahaja alunannya tidak kelihatan, malah kek lambat masak dan lembap dan terasa sangat telurnya. Memang salah aku kerana tidak membaca resepi betul2, aku tidak perasan ada susu cair. Memang salah aku menggantikannya dengan susu segar yang sama sukatannya dengan susu cair itu walaupun secara logiknya patut dikurangkan. Memang salah aku kerana menggunakan 5 biji telur saiz besar walaupun aku dah terfikir mungkin patut dikurangkan kepada 4 biji telur sahaja.

Maka dengan itu, tidak tercapailah hasratku untuk memberikan kek ini kepada supervisorku. Harap rakan-rakanku sudi menikmatinya hahahaha.

Whatever it is terima kasih banyak kepada blogger yang berkongsi resipi ini iaitu Kak Am Flora dan sumber asal iaitu Pn Mastura Yasak. Sebenarnya saya macam frust nak buat lagi kek ini, tapi masih teringin nak melihat dan makan kek ini dalam rupabentuk sebenarnya. Insya allah jika berkesempatan..................Sekarang, kena pergi mandilah, nak pi berjuang di uni lah :)...........

Monday, February 21, 2011

Buat apa di Muzium malam2 ?

Seram tak korang jika terpaksa bermalam di bangunan lama ini????

Bersama-sama dengan mereka ini

dan mungkin ini?
Dan jika mahu ke tandas terpaksa melalui penunggu ini yang adakalanya menggerakkan ekornya?
I got the experience of "Night at museum", but not the whole night la ;)).
Biasalahkan, kalau pi conference mesti ada dinner. So we all terasalah sangat special bila our conference dinner at South Australian Museum, Adelaide dan diiringi pula oleh alunan muzik ahaks

We had leek tart for entree
and char grilled Murray Lands' fillet for main course


and finally kaffir lime and lemon grass tart for desert yang teramatlah masamnya!!!!!!!!!!!!!!!!

Rasanya aku tak habis lagi cerita masa pi Glenelg tu kan. So, you all layan je la gambar Marina and lake which are nearby our accomodation.

Patawonga Lake
Holdfast Shores Marina,,,,,,,,bestkan lake yang bersambung dengan laut

Marina Pier
Overbridge from Marina Pier to Oak Pier

This bridge can be seen from Oak Liberty, our accommodation too which is just across the Colley Reserve and the road
Oklah, kena stop mengupload gambar ini, kena pi Uni lah !!!!!
Nak buat correction for my paper, It seems that my spv can't wait to publish it
Nak siapkan programming code for my current project
Nak cari new structure for my work
Nak teman kawan baru pi NAB

Nak, nak apa ya ??????????? Nak mandilah dulu :))))))))))))))

Lupa lak nak bagitau, gambar binatang n keranda tuh, gambar last year tau
This year segan nak ambil gambar coz orang dok lalu lalang pi toilet hahaha

Sunday, February 20, 2011

Wei!!! boleh diam tak

Jiran I tuh, asal hubby dia balik je, mesti perang besar walaupun hubby tu balik once in 2 weeks
yang hubby tuh bukan saja perang ngan wife, tapi with his son too

Kalau weekday mummy perang ngan son, mummy ngan daughter, takpun ada gak brother n sis fight

Tapi hari ini, macam berjangkit pulak perang sis n bro, then mum n son
Kesian pulak ngan mum tuh, dapat hubby n anak2 camtu
Setakat hempas pintu tu mmg dah lali dengar, sib baik tak dengar flying n crash saucer macam my x-housemate pernah dengar hahaha,,,,,,,,,,

Sekian sahaja laporan dari Joyah yg stress n makin stress dengan gangguan jiran sebelah ;))

Tuesday, February 15, 2011

Menu malas lagi

Sejak balik dari Malaysia last month, aku memang takde mood nak masak gempak2. Hahaha macamlah selama ni aku pernah masak yang gempak kan. Setakat karipap klim tak betul tu pun dah bangga giler kan ;)). Bila aku godek2 folder last month, maka inilah senarai my menu :

Dinner on 17/1-Sambal tauhu+bilis
I think it was a leftover beancurd from this entry hehehe.

Lunch for 18/1-egg sandwich
dinner 18/1-Ayam bakar+sawi celur
Rasanya ayam bakar tu diperap dengan bawang putih n besar, black pepper halia, madu, kicap, sos tiram n mayonis. Sos untuk sawi pulak -kicap+mustard+black pepper, sesuka ati je kan

Lunch 19/1-leftover baked chicken+veges

Lunch 20/1-fried suhun

Lunch 24/1-nasi lemak sambal udang berapi
Leftover dari majlis tahlil my friend on 22/1-punyalah pedas. Aku dah tambah madu+sos tomato+tomat pun masih bercucuran air mata huhuhu. Tapi sodaplah.

Dinner 24/1-baked chicken +potato: master food marinated

Dinner 28/1-cekodok+sos sirim Kak Aidah
This time sos tuh barulah complete bahan-bahannya hehehe.

Aku rasa macam pernah buat sambal ikan bilis, beli burger, kari mamak bangla dan sushi.
Apsal takde gambar hehehhee....

Here is menu malas on february
Dinner 5/2-ayam masak kicap

Lunch 10/2-pasta+tuna

Dinner 10/2-lempeng wholemeal+sambal sardin

Rasanya last week yang paling malaslah.
Hari Selasa punyalah tak senonoh pi beli coke+kebab.
Then hari jumaat tuh at late morning beli coke+pizza.
Bila kawan ajak jumpa masa lunch, boleh pulak aku makan potato chips.
Bila balik opis sambung balik makan pizza hahaha. Malam tu makan the last piece of pizza. Tak sampai pukul 10pm dah lapar balik. Maka aku ratah je leftover sambal sardin tuh hehehe....

Semalam aku bawak bekal karipap 2 bijik+1 dumpling. And for dinner last nite I had this fried chicken strips and tomato+cucumber salad yg dicurah dengan olive oil n perahan lemon.

And for lunch today, I had this oven baked-chicken strips, thin slices sweet potato and veges.

Malam ni nak masak apa ya?????
Maggi ke omelette hehehe...........any suggestion?
Tapi rasa macam nak makan benda berkuah.....slurp! slurp!!!!!!!!!!!!

Sekian sahaja laporan diari makan saya untuk bulan ini :)))))))))))))))))))

Sunday, February 13, 2011

Akhirnya merasa jugak

Macam poyo saja kan. Apa yang nak sangat merasa tuh ?
Nilah karipap keledek hasil air tanganku.

Wei !!!! Tak baik tau ketawa tengok karipap ni. Oklah kan hasil air tangan orang yang pertama kali membuat karipap. Selama ni main tunjuk sahaja di Malaysia. Tapi, bila di OZ nak tak nak if you are craving for something of course you have to do it by yourself.

Actually, aku mengidam nak makan karipap ini sebelum pergi Adelaide lagi. Tapi memandangkan bekalan minyak dah kehabisan, maka aku terpaksalah menahan keinginan tekak. Baru tengahari tadi aku pergi beli minyak. Selepas melaksanakan giliranku for house cleaning this late afternoon, maka aku menyingsing lengan membuat doh dan inti karipap. Akhirnya tepat jam 9 malam, selamatlah dua biji karipap ke dalam perut ku hahaha. Terima kasih kepada Kak Yati dari blog Sinar kehidupan kerana berkongsi resepi karipap ini. As usual aku hanya buat setengah bahagian dari resepi asal. Aku tambah satu sudu madu dan setengah sudu mixed spice. Aku dapat 8 biji karipap saiz biasa dan 6 biji saiz mini. Hidung aku yang memang besar ini bertambah kembang bila mendengar testimoni from my malaysian housemate " jadilah, sedap!!!" dan my chinese housemate "delicious, I want to learn to do it". Luckily, aku boleh control macho, kalau tidak mau aku melompat-lompat gumbira ;)))))))

Just in case, kalau Kak Ina Kl baca this post, saya mohon maaf banyak kerana masih tidak berkesempatan untuk mengepos hadiah contest haritu. Kalau tidak silap, saya pernah cakap saya akan pos selewat-lewatnya pertengahan Febuari. Harini pun dah 13hb. So, kalau pertengahan febuari, esoklah kan huhuhu. Saya tak dapat cari kotak kecik, hehehe banyak alasan pulakkan. Actually, beg untuk kak ina, aku baru pi beli semalam. Itupun kebetulan pi teman my friend yang nak shopping souvenir for her friends and respondents. Dah alang kepalang tuh, aku belikan beg ni untuk seseorang.

So, nak mintak tolong Kak Ina untuk bagi pada seseorang itu.
Hmmm ..........siapalah seseorang itu ya ???
Macam poyo lagikan. Macamlah beg tu mahal sangatkan.

Sebelum pi beli beg tu kan, kami sempat pi Circular Quay. Bosa dan panjang gilo kapal tu kan.
Lagi panjang dari Sydney harbour bridge.........

Wednesday, February 9, 2011

Aku terbang lagi

I flew off to Adelaide again last week

NO! No! NO!!!!!!!!! Not by that airplane. The below one of course ;))

Definitely not for holidays lah, for conference of course :P. Alhamdulillah I safely arrived at Adelaide airport around 4.10pm.
You know what, I only knew that my spv was in the same flight with me when my friend told me about it. My spv told me that if she knew that we are in the same flight she can pick me up at my home and we can go together to the airport. Well, I planned to tell my spv about my flight unfortunetaly I didn't get the opportunity to meet her and in fact couldn't send her email due to my office pc was still in the workshop. Anyway, we shared the cab to Glenelg, the beach in South Australia which is about 30-40 minutes from Adelaide.
Here are several random photos of the beautiful and clean Glenelg beach during sunset

What a fascinating view of the sand formation with rippling effect during sunset

The jetty
From the jetty or beach you may see the town hall, the Pioneers memorial and Stamford Grand HotelThe close up of the memorial and the Town Hall

Here is the Moseley Square during night

and in daylight.

Moseley square from different view

Note that, we can get on the tram from here to Adelaide for aud4:60 during nite and aud2:80 during certain hourFew more pics during daylight of the beach from left,

the park from left,
the jetty,

the beach again,
another view of the jetty from the right

and the park
and the close up of the memorial.
What else do we have in Glenelg other than all that????

What is that??? Colley Reserve,
again it is a park.
Then, you may see Rotunda (from wikipedia: is any building with a circular ground plan, often covered by a dome)
Eh!!! Aku nampak macam gazebo or pergolas je hahaha........ samalah kan kan kan ;)). Tak kisahlah yang penting boleh nampak awek seksi opppppppppsssssssssssssssssss
Nampak lauuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttttt, tershasul pulak tadi :P

The Beach house theme park

At first me and my office mate planned to stay in Stamford Grand hotel for which the rate is aud152 per night for one room with 3 guest.

But my Chinese friend preferred the apartment with two bedrooms because she don't want to be disturb while we are praying. Hehehe macamlah kami buat bising semasa berwudhuk dan solat. Never mind, we just have to tolerate with others :). So, we chosed Oaks Liberty towers which is aud239 pernight. We really love this two levels apartment. See for yourself the comfy it offers :)

The living hall
The dining room and kitchen

Jacuzi at the first level's balcony

Bedroom 1 that also has tv

Bedroom 2
This apartment also has two washing machines in the upstairs bathroom. Tapi maleh pulak den nak basuh baju hahaha.

The temperature reached up to 41.9 deg C, the second day I was there. Again, it was so hot and you can feel the heat wave biting/pining on your skin. Well of course I need an ice cream to mend the pain from sizzling hot weather selain memuaskan keinginan tekak hahaha...........
Episod seterusnya, nantilah ya. Malas betul nak upload gambar ni...berkurun lama kurasakan nak upload al these pics. Kebetulan harini macam malas pulak nak pi uni. Punyalah aku bersemangat masak pasta with tuna for my lunch pack. Tetiba me and my housemate terkunci dari luar bilik gara2 mat salleh yang change our mattress pi kunci bilik kami pulak. Luckily, they were still here but in other unit when my housemate was looking for them. Maka dengan itu, berhibernasilah aku dirumah untuk menaip my programming code and running it sambil blogging, blogwalking, reading news and gossip ;)).