Sunday, November 20, 2011

Halal ke?

Pernah tak anda ditanya soalan sedemikian?
Sama ada ketika anda bercerita tentang food yang anda pernah makan atau apabila anda upload gambar makanan dalam FB.

Apa jawapan anda?
As for me, aku akan jawab
"korang makan ke makanan haram? "
(tapi jawab dalam hati je la ;)) )

Salahkah saya makan seafood di restoren indonesian chinese yang ada logo halal dan semestinya tiada lansung menu berasaskan pork/bacon/ham ? Salahkah saya makan seafood laksa atau nasi ayam di kedai milik Malaysian chinese yang mempunyai sijil halal dan sering menjadi pilihan warga Malaysia yang berkunjung ke OZ. Kalau empunya restoren itu menipu dan memalsukan sijil halal tu, tak tahulah kan.

Sememangnya saya patut bersyukur kerana ada rakan yang mengingatkan saya. Yelah, makanan tu akan jadi darah daging kita.

Tapi, aku yang sensitif ini sedikit sebanyak mestilah terasa bila orang menganggap kita main hentam melantak semua benda. Itu tanggapan aku lah bila orang dok berhujah dengan aku. Perasaan bengang boleh bertukar menjadi keliru dan mungkin juga geli hati, bila orang yang meminta kita berhati-hati itu pernah makan nasi goreng seafood di restoren yang ada menjual menu berasaskan pork. Tak kisahlah dia prefer mat salleh punya restaurant compared to chinese restaurant. But what if the mat salleh use wine in the salad dressing or in the batter or marinade for the seafood or in the desert ;)...............Oh yelah, wine tu fruit based...yang lain tu animals.........But wait...it will still jadi darah daging juga....

Entahlah, memang aku terlalu sensitif.
Mungkin aku salah faham dengan ingatan my friend.
I shouldn't think about it, it just small issue.
Tapi aku tak boleh tidor mahupun mengemas until aku luahkan di sini.
Tetiba teringat pesanan seorang ustaz pasal FB bukan tempat yang sesuai untuk luahan perasaan.
Sama je lah konsepnya pada blog kan.
Sepatutnya kita mengadu pada tuhan...
Tapi kenapa susah sangat aku nak berubah?

No comments:

Post a Comment