*Lihat*Dengar*Rasa* ........................................................... *Catat*Bebel*Melalut
▼
Saturday, September 15, 2012
Mari belajar mengelim karipap dari kanda :)
My kanda buat karipap malam ni you. Tak tahu apa angin dia tah...Tapi biasalah bila student Phd sibuk dengan writing ni, tetiba je datang seruan nak masak macam2. Memanglah sepatutnya fokus with writing, but sometimes we need to take a break or do something to relieve the stress. So, buat pertama kali dalam hidup kanda dia buat karipap sendiri you. Haritu dia buat bersama saya, tapikan dulu dia prefer guna acuan tuh. Bukanlah saya ajar dia pun coz saya pun baru je 3 kali buat karipap ni, tu pun pasal mengidam. Tapi saya masih tak pandai nak kelim karipap. Dahlah slow, tak cantik pulak, jari -jemari pun sakit. Rupanya tadi baru tau salah teknik hehehe. Malah saya mulakan dari dari atas. Tadi, kagum saya tengok kanda dapat kelim karipap dengan mudah dan pantas dengan memulakannya dari bawah. Maka saya pun apalagi teruja nak belajar mengelim karipap dari kanda, walaupun dah mengantuk, dah pukul 10pm kan. Kesian kanda kena demo banyak kali, selain kena buat slow motion demi adindanya ini hahhahah. I thought that she learned it from youtube. Katanya, it based on her observation while her sister was pleating the curry puff edges and kinda like her own idea ;).
Talking about youtube, apahal all this while I never think of watching the video on how to pleat the curry puff edges. Anyway, sebaik sahaja merosakkan 2 karipap kanda yang bersaiz mini hehhehe, maka saya naiklah ke atas kerana katil pun sudah memanggil-manggil. Tapi tangan gatal pi search youtube pulak hehehhe. Wah!!! ada banyak video. Ni yang very clear.
Owh! ada jugak orang yang mulakan kelim dari atas. Ku sangkakan aku je yang sonsang hehheheh.........Such a cute video
Eh! tak ke pelik, cerita pasal karipap, tapi kenapa ada gambar dendeng daging hehhehe. Mana karipapnya???? Belum masak lagilah. Inti banyak lagi, so kanda buat tambahan adunan kulit karipap. Rasanya sekarang dia sedang menggoreng tuh....Wah! menggoreng karipap menjelang tengah malam hehhehe. Sekarang pukul 11.34pm tau.
Owh dendeng tu saya masak for dinner tonite la. This superb recipe was contributed by Kak Umi. Tapi daging agak chewy coz saya rebus daging sekejap je. Tu yang mula-mula segan nak offer pada Kanda. Tapi kesian pulak, bila tengok dia dah malam baru balik dari uni dan cakap lapar. So, offer je la hehhehe.
Siang tadi, agak bengang juga dengan Iranian housemate because she lent my mixer to resident from another unit without asking me first. Actually she baked a cake yesterday and she told me that her hand was hurt coz she beat the batter manually. So, I asked her to just use my mixer whenever she need that next time. It never cross my mind that she would easily let other people use it too. It's not about stingy or whatsoever. I don't mind sharing certain of my things with others. The issue is when somebody took the liberty lending my things to others without asking my permission.She had apologized and I just said it's ok since she didn't know but please ask me first next time.
Another case was yesterday. Punyalah banyak senduk yang disediakan oleh accomodation management or yang ditinggalkan oleh previous resident, dia boleh pi ambil senduk kanda which of course dalam drawer kanda. Apalagi membebel la kanda. Tak kisahlah Iranian ke, German ke..mereka ni macam suka2 hati je buat harta orang macam harta mereka. Tapi kalau harta mereka mesti mereka jaga elok2 kan. Saya tak kisah nak share my jug kettle with them. Cumannya sedih, bila orang tak pernah nak cuci dalam yang berkeladak. Orang tak lap luar kettle yang ada stain. Saya ada juga letak heater di living room. Tapi saya tulis atas heater tu "Level 1" only due to certain reason. Si German pepandai pasang lebih dari level 2. Yang philipino pulak, bila kawan dia datang pi angkut heater ke dining room. Then biarkan je kat situ dan terpasang punyalah lama walaupun tiada orang. Haritu saya terlupa nak simpan my microwave food cover. Tetiba si German and Iranian selamba je guna. Then beberapa hari lepas tu dia tercari2 food cover tu and ask me where is it. I told her that I kept it. Dia boleh tanya lagi is it yours? Come on la. She has been living here since February kot. Takkan selama ni tak perasan tiada microwave food cover. Saya hanya terlupa nak simpan food cover tu bulan Ogos kot. Iranian pun buat benda yang sama, tanya benda yang sama dan aku pun jawab benda yang sama hehhehe.
Tulah diaorang ni barang orang sesuka hati je nak guna. Tapi kalau setakat penutup bekas plastik makanan dia hilang pun complain. Saya terdengar si German tulah cakap dengan Philipiono hmate. Bila jumpa saya, pun dia tanya jugak. Actually sebelum dia tanya saya, dia dah kena sembur dengan kanda hehhehe. Bak kata kanda why making fuss over cheap things (Yang ni aku terasa juga, tu cerita next time pulak hahhaha). Yelah setakat 50sen je kan. Berkira sungguhkan. I bukan nak puji diri sendiri mahupun pun mengungkit pemberian, just nak share betapa kita orang Islam tak kisah pun nak share certain barang dengan orang lain malah jika kita ada barang lebih kita akan bagi mereka. Misalnya, I gave my old heater to her. Not to mention several spray deodorant sample that I got while I was in Melboune last year as well as expensive sunblock since I got extra as free gift from magazine that I bought (saiz besar tau bukan sample). Bukannya mengharapkan balasan atau dikenang pemberian kita, tapi pepaham je la hehhehe. Cakap banyak bunyinya dah macam tak ikhlas pulak kan. I kan sensitif, so hati mudahlah terusik hehehhe..........So si german berkira, yang si American self centred dan memang stingy. Nak collect duit beli plastik sampah pun tak mau. Sanggup guna plastik woolies yang cinonit tuh. Toilet roll pun tak beli. Dia ambil kat uni hehhehe. Dia kata dia mintak dari janitor. Boleh caya ke orang senang2 nak bagi free for nearly 7 months ;). Tu belum lagi bila dia nak conquer ruang dalam fridge and kabinet dapur hahhaha. I guess memang certain orang berkira dan kedekut. Tak boleh jugak cakap semua orang german berkira dan semua orang America pentingkan diri dan kedekut. EH!!!! macam biasalah kan I suka melalut....dari karipap ke dendeng ke housemate pulak :P................
Update at 10.27am:
Tadi saya brekky bersama kanda, si german n philipino tuh. Kelakar je, kanda kan buat karipap saiz besar and kecil. Last nite aku cakap, takpe la yg kecil tu kot si german tuh nak rasa je dulu. Maklumla kanda kan suka yg pedas, takut german tak tahan. Guess what si german n philipino pi bantai ambil yg besar hahhahah, lepas tu kali ke-2 pun ambil yg besar. depa memang suka sangat. kata si german kulit karipap je pun dia dah suka. Walaupun 'hot', tapi depa mmg suka karipap kanda hehhehe. I pun suka sangat, tambahan kanda tambah corriender leaves. Kanda gunakan resipi from myrecipe ya puan-puan. Tapikan yg sedihnya bila kanda boleh buat cerita dengan depa kata dia kena stay up until midnite membuat/menggoreng karipap sebab kena ajar saya dengan slow :(. Padahal dia ajar saya dua kali je. Each tak sampai pun 2 minit :(........Pulak tu, saya bawa turun sea weed snacks. Memula dia kata dia suka, lepas tu dia kata tasteless. Aku pun kurang suka seaweed brand tuh, tapi takperlulah nak komen sampai macam tu kan. Si german n philipino pun terperanjat hahhaha......Oklah nak pi kuar jap. Nyesal pulak bagitau kanda kata i nak kuar hehhehe, dia pesan sesame seed. Wah! dia nak buat apa lagi tu heheheh....mode masak tengah aktif tu hahhahah.......
No comments:
Post a Comment