*Lihat*Dengar*Rasa* ........................................................... *Catat*Bebel*Melalut
▼
Wednesday, October 8, 2014
LAKU KERAS
Apakah maksud laku keras?
Perkataan ini bukan sahaja terdapat pada kulit hadapan buku yang dijual di salah satu rangkaian kedai buku yang terkenal di Malaysia malah diletakkan sebagai penanda bahagian/rak buku.
Adakah ia sama maksudnya seperti terlajak laris?
Itu saya masih boleh terima.
Tetapi saya memang tidak boleh terima laku keras.
Memang saya membebel pada juruwang tadi.
Yang peliknya tak mungkin tiada seorang pekerja Melayu di situ yang tidak perasan/nampak/tahu?
Sudah berapa lamakah ia dibiarkan berlarutan?
Susah sangatkah untuk menulis "laris" ataupun "mendapat sambutan hangat atau permintaan yang tinggi". Or just write it in English as best seller.
bahasa baru ;) pelik bunyi....mmm
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik Lily,
ReplyDeleteSaya setuju dan mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan Bahasa Inggeris pada buku Bahasa Melayu. Chewah! Kerja-kerja penyuntingan dalam buku dari segi bahasa, ejaan, tanda seru, tanda baca dan lain-lain yang sepatutnya boleh menambah baik ilmu pembaca dipandang remeh. Tidak semua buku tetapi kebanyakkanya begitulah.
Salam,
zue
u wot m8
Delete