Tak faham dengan orang kita.
Bila orang lain beli rumah dan
kemudian jual dengan keuntungan tinggi,
katanya dah ambil hak orang yang benar-benar memerlukan.
Bila orang lain mencari rumah kedua,
Bila orang sibuk nak menghias rumah
katanya manusia tak pernah puas.
Itu pilihan, tujuan dan hak masing-masing.
Jika ada rezeki lebih,
Kenapa tidak membuat pelaburan?
kenapa tidak menambah aset?
Kenapa tidak berbuat sesuatu utk jaminan masa depan, di kala kecemasan????
Kenapa tidak melengkapkan/menghias rumah dengan sesuatu yg disukai
Jika merasakan duit habis begitu sahaja,
kenapa tidak membeli sesuatu supaya nampak aliran kewangan?
Jika masih menyewa, inilah peluang untuk memiliki rumah sendiri.
Jika sudah ada rumah sendiri,
inilah peluang menambah aset
Inilah cara mendapatkan pendapatan pasif.
Jika melihat terhias cantik,
Bukankah kita juga yang happy...
Adakah orang begini materialistik?
Adakah orang ini tidak pernah bersedekah/berzakat?
Adakah orang ini selfish?
Adakah orang ini hanya fikir pasal duniawi?
KENAPA TIDAK MEREBUT PELUANG DI DEPAN MATA?
JIKA DIBIARKAN, ORANG LAIN PULA YANG AMBIL...
So, stop the negativity
Jika anda yang lambat mencari peluang
Jangan tuduh kami pentingkan diri dan ambil hak anda
Jika tak mahu majukan diri
Jangan hina kami hanya fikir duniawi
Jika tidak mahu menghias rumah
Jangan tuduh kami tak pernah puas.