Friday, October 30, 2015

Saya nak balik!!!!

Bila tidak happy....

Ya saya nak pulang ke sini....


Menjejak Kembali....


Dan menikmati keindahan...


Kalau cukup duit, pasti ku pergi membawa diri....
Tapi kondisi sekarang, buat I sedar diri...
Malam ini super spontan penghibur hati...




Antara quotation dan paperwork.

In dilema...
The customers has requested for a quotation but the boss asked for a paperwork.
How to prepare for a quotation?
I am not into this purchase/financial term let alone prepare it.

On wednesday, the boss instructed us to prepare and submit it on friday morning. But we just prepared for a very simple quotation and tentative on thursday.  I feel unease for the whole day once I read an email this morning. Please tell me who is not feeling guilty knowing that the boss done the work that are supposed to be done by you and he sent the complete paperwork via email to you at 4 am. YES!!!! 4am.....huhuhu feel like to bang my head against the wall. Tapi nanti benjol pulak, dahla dahi sulah isk isk isk.....

To make matter worst, ada makhluk sent email to all this late afternoon stating that me responsible for choosing people in a serial event on certain date. As a result certain people who definitely do not have any common sense contacted me during maghrib asking for an excuse from the event. It really really DISTURB ME. I guess I am not only following order from the boss, but the clerks and colleagues as well.

Now...I am a bit haywired when the second boss planning for a meeting on Nov and I just realised that my schedule is really packed till mid Nov that I have to find the representative to attend that meeting.

Wednesday, October 28, 2015

Bila dot dot dot kita MAKANNNNN

Tengahari serabut, makan kepchi


Petang stress, makan burger n chips


Why!!!Why!!!Why!!!!

Hari ini kononnya nak clear up my messy table, selain menyiapkan kerja yg lama tertangguh.

Alih2 7.30am dpt WA message disuruh menghadiri mesyuarat outsider/boss/unit lain. Huh!punyalah I kalut coz lambat sampai, ketua unit tu pun tak muncul.
Then, customer sibuk bertanya tentang join venture dengan organisasi lain. Kami bincang juga their previous n upcoming projects. Mereka juga dok mengadu pasal ahli2 projek. Dahla tak sehati sejiwa dengan group yg lain, dalam group sendiri pun tiada semangat setiakawan. Fenin acik.
Sedang diskus, staff pula panggil for urgent discussion on our space n utility which are under surveillance by top management.
Tak habis diskus, boss pulak panggil mengenai consultation project, definitely I have to prepare the paperwork.
Not only that, we have to prepare the open source products huhuhu...
Nak buat all that I have to revise the committee...

Bila dah serabut, capai kunci kereta, poie pokan, boli kepchi.

Bila petang, sambil2 plan for the new committee, bincang dgn staf psl the nearest and abandoned space. Then, datang pula colleague utk audit. Belum habis lagi, datang pula new customer yang kononnya nak bincang, walhal minta bantuan. Tiba2 nearly 4pm boss panggil for audit mtg. Kalutlah I pecut kereta. Adoi teruk gak unit I kena, dengan nama I pun ada dlm report.....Habis nearly 6pm maka terbelilah that sinful dinner. Kiranya today I hadap 3 gelas soft drinks....I tau tak bagus utk kesihatan, tak baik utk minda...tapi bila stress and having period, mestilah craving for soft drinks.






Tuesday, October 27, 2015

Bagai melukut di tepi gantang.

Semasa baru balik belajar, membuat kerja itu umpama kais pagi,mkn pagi dan kais petang makan petang. Rushing into preparing presentation slides in early morning and then presenting them 1-3 hours after that. The same thing happened in the afternoon as well.

Kini, suasana kerja itu umpama melukut di tepi gantang pula.
Pertama:
Semalam, kononnya kami ini goyang kaki. Kami yang dah semput ini, akan diperah lagi. Padahal orang lain yang memang goyang kaki akan terus goyang kaki.
Adilkah? Gaji sama tapi tanggungan tidak seimbang......
Malah, orang lain punya angkara terus bebas berlari, kami yang perlu tanggung akibatnya...
Kedua:
Dua tahun dulu orang halau dan ambil hak kami.
Hari ini, di ruang yang kecil itu pun nak diambil juga.



Monday, October 26, 2015

Sambal goreng Saadiah

Air tangan Ogy Ahmad Daud


Bagaimana rasanya?
Boleh tahan sedap.
Unik!!!
Berbaloi membeli walaupun agak mahal.

Apa yang ada?
Udang, daging, limpa dan paru kot.

Beli 2 packs.
Satu selamat dikorban semasa Hari Raya Aidil Adha.
Yang ke-2, baru dikeluarkan dari freezer pagi tadi.
So, bolehlah reheat for my dinner tonite....







Friday, October 23, 2015

Friday nite is pizza nite

I guess I just like KakMin@salambenua that having pizza for dinner on friday. The difference definitely that she made it from scratch in compared to me who just ordered it hehehe...



Nampak??? Tu namanya tak sedar diri. Baru nak start ambil greenaard, alih2 pi melantak. Minggu ni kiranya minggu makan besar dan menternak lemak. Here is one of the desert on wednesday....


and desert on thursday...



Itulah stress theraphy hehe....itulah something to share with others...

Why need therapy???
Once again I have been really bz for the past few weeks, attending workshop last weekend, monday-meeting with old friends, monday-tuesday: dealing with difficult and unprepared customers, checking their paper works, tuesday-planning for 2016 projects, wednesday- 12.40: dealing with outsider who looking forward for a collaboration, 2.30-5:attending meeting with customers, thursday-preparing for the course, 2-5pm: handling course and preparing for mtg, 5-6 mtg with boss, friday-8.30am-dealing with the evaluation set by colleague that not up to standard-went to their ofc or made a call or sent msg, 8.30-4pm: managing the audit, dealing with difficult staff, 3.40pm -mtg with new senior customer, 4.40pm-return the corrected version of the evaluation to the officer, checking the additional project report. 6pm balik la....



Wednesday, October 14, 2015

Kita yang mana satu?

Macam-macam ragam.

1. Ada orang suka membantu dan hanya berdiam sahaja.
2. Ada orang suka membantu, tapi kecoh dan tak puas hati apabila orang lain tak mahu turut serta.
3. Ada orang suka membantu, tapi tanpa ada perbincangan sudah kecoh kononnya orang lain hendak hentikan bantuan. Bukankah mengaibkan orang lain dan mungkin menimbulkan fitnah.
4. Ada orang suka membantu, tetapi hanya utk orang senegeri sahaja.
5. Ada orang nak membantu, tapi hasrat terbantut b apabila memikirkan ahli keluarga yg memerlukan patut diutamakan.
6. Ada orang langsung tak suka membantu dan hanya berdiam diri.
7. Ada orang tak membantu tapi kecoh mempertikaikan orang yang membantu.

Kita yang mana???
Rasa mcm byk je yg I perlu tick mengikut situasi huhuhu...
Bagi saya perkara no.3 yang paling sukar diterima. Itulah ujian utk orang yg suka membantu. Tak salah mewar-warkan kebaikan anda sebagai contoh dan inspirasi yang lain. Tapi janganlah sampai ada rasa anda sahaja yang sanggup membantu, anda sahaja yang ingin berbuat kebaikan, sehingga memalukan orang lain.
Adakah itu ujian untuk orang yg berbuat kebaikan?
Dalam tidak sedar, merasakan dialah yang terhebat, dialah yang terbaik dan dia sahajalah yang ingin membantu dan terus membantu.


Sunday, October 11, 2015

Paratha dan sambal ikan masin.

Here is my brekky this morning...instant paratha, sambal ikan masin and leftover kuah kari yg dh 3 minggu hehehe...


Harini konon nk basuh baju, kemas rumah, prepare things to do list and budget planning. Tapi the first one je yg I buat. Yg lain tu sampai ke senja tak buat. I dok mkn/tv/tido/internet.

I guess I am just too tired this week that I am really need a good and long rest...

It was really a hectic weekdays since monday...

Monday:
Morning-meeting, noon-customer evaluation 1, late noon-evaluation 2.

Tuesday:
My day started at 3am by replying my boss email and send reminder email to customer,update material for customer.
Noon-contacting relevant party regarding certain customer who wants exempted from certain redundant courses and about the procedure in dealing with the international customer, remind a staff about her low perfomance-my big boss ask me to do so huhuhu, distribute budget for renovation task to staf, collect all queries from customer and email to my boss, contacting the officer who is in charged with problemetic customers etc.
-ptg-have a look at the potential house.

Wednesday:
-morning-asking/searching for potential house,
start with the customer evaluation.
-noon-had to go back home due to migraine.
-night-checking customers' main evaluation.

Thursday:
attending two meeting in the morning with the unit and department, fire incident, handling asian customers in the afternoon and preparing the slide for the boss till dusk. Seram I sensorang di ofis waktu maghrib. Tegak bulu roma semasa berjalan menutup pintu hujung koridor.

Friday:
Meeting about senior customers project and preparing material for relevant colleagues,pick up my parcel and rushing with evaluation due date.

Saturday:
Finishing all evaluation.
Alhamdulillah by 4pm the last piece is done and by 6pm everything is settled.

Hah!saja catat journal hahaha...senang nk check for future purposes.
Ada yg baca sampai sini????

Fenin pulak bila dengar si rappers dalam konsert AF dok ulang byk kali dan lama pulak tu...."nampak lawa, nampak lawa dia pakai ..."


Wednesday, October 7, 2015

Tak puas atau biar sahaja

Tak faham dengan orang kita.

Bila orang lain beli rumah dan
kemudian jual dengan keuntungan tinggi,
katanya dah ambil hak orang yang benar-benar memerlukan.

Bila orang lain mencari rumah kedua,
Bila orang sibuk nak menghias rumah
katanya manusia tak pernah puas.

Itu pilihan, tujuan dan hak masing-masing.
Jika ada rezeki lebih,
Kenapa tidak membuat pelaburan?
kenapa tidak menambah aset?
Kenapa tidak berbuat sesuatu utk jaminan masa depan, di kala kecemasan????
Kenapa tidak melengkapkan/menghias rumah dengan sesuatu yg disukai

Jika merasakan duit habis  begitu sahaja,
kenapa tidak membeli sesuatu supaya nampak aliran kewangan?
Jika masih menyewa, inilah peluang untuk memiliki rumah sendiri.
Jika sudah ada rumah sendiri,
inilah peluang menambah aset
Inilah cara mendapatkan pendapatan pasif.
Jika melihat terhias cantik,
Bukankah kita juga yang happy...

Adakah orang begini materialistik?
Adakah orang ini tidak pernah bersedekah/berzakat?
Adakah orang ini selfish?
Adakah orang ini hanya fikir pasal duniawi?

KENAPA TIDAK MEREBUT PELUANG DI DEPAN MATA?
JIKA DIBIARKAN, ORANG LAIN PULA YANG AMBIL...

So, stop the negativity
Jika anda yang lambat mencari peluang
Jangan tuduh kami pentingkan diri dan ambil hak anda
Jika tak mahu majukan diri
Jangan hina kami hanya fikir duniawi
Jika tidak mahu menghias rumah
Jangan tuduh kami tak pernah puas.


Monday, October 5, 2015

Menu sihat

Semalam, terdetik di hati to eat healthy food. So, I had leftover roasted lamb and sautee soft tofu for lunch. Then, I had jacob hifi biscuits and hot milo for dinner. I think my first day of healthy meal went quite well....

This morning I packed veges, beancurd and kuah pecal for lunch at office


as well as infused water.


But...guess what I had for lunch???
Nasi lemak.
Yes! Nasi lemak...the late morning meeting meal.

I was in hurry to go to office and I ended up leaving my lunch pack at home. That is why the carrot seems really dry...I just snapped the photo once I got home this evening.

My second day of healthy meal turned 360 degrees by buying these for my dinner....


Tu namanya hati tak cukup kuat dan hangat2 tahi ayam huhuhu....

Oklah now dah 8.30 pm...nak tido kejap. Sat gi bangun semula nk buat keroje. Harini memang penat, dengan mtg, melayan customer yang tersalah date perjumpaan dan mengejar deadline data penilaian pelanggan...


Sunday, October 4, 2015

Tanggungjawab bersama...

Pagi jumaat di kala ku kalut untuk ke pejabat, ku mendapat sms dari seseorang untuk meminjam duit. Akibat kesibukan bekerja aku hanya teringat mengenainya pada malam hari. Dengan rasa bersalah, dengan pantasku membuat pindahan wang atas talian. Lega.....

Tengah malam sabtu, tiba-tiba tergerak hati mencari iklan rumah setingkat. Tanpa  ku jangka, memang ada rumah idaman. Berasa girang di hati, walaupun setakat melihat iklan. Terfikir juga adakah ini rezeki dari membantu orang yang memerlukan. Apapun, pagi ahad tanpa buang masa ku terus menghubungi tuan rumah. Semoga, impian jadi kenyataan.

Tengahari ahad, yang memerlukan wang itu menghubungiku untuk mengucapkan terima kasih. Sebak dadaku, bila katanya yang dulu-dulu tu dia belum dapat bayar lagi. Huhu...bila masa aku pinjamkan. Aku memang nak beri. Aku bukanlah mewah, tapi apa salahnya jika ada rezeki lebih kita berkongsi. Lagipun dah memang tanggungjawab aku, walaupun kalau diikut hierarki persaudaraan aku ni bukanlah sangat dekat.

Cumanya, kepada datuk/nenek yang hidup selesa itu jenguk2 la dan hulur2 la pada anak anda yang balu dan cucu anda yang yatim itu. Sihatkah mereka?makankah mereka? Baikkah perangai mereka? Untuk apa simpanan yang banyak jika tidak digunakan untuk membantu keluarga sendiri. Jika mereka membuat perangai, yang malu kita juga.

Kepada adik beradik yang mampu, kenapa tidak dibantu adik/kakak yang memerlukan. Kasihanilah mereka. Kepada siapa mereka hendak berharap jika bukan kita. Renung-renungkan lah kenapa mereka lebih selesa mencari orang lain berbanding anda. Kami bukan nak berlagak, jauh sekali riak dan mengungkit dengan bantuan yg dihulurkan, tapi ia seharusnya tanggungjawab bersama. Daripada hanya menyalahkan sahaja, adalah lebih jika memberi bimbingan ....

Kepada anak yatim itu, tolonglah fikir dan sedar diri...bantulah ibu anda dan janganlah disakiti hatinya lagi....


Saturday, October 3, 2015

Hari tupperware ...

Ya hari sabtu hari membeli tupperware bottles ....


Yang atas tu special edition kononnya. Bawah ni I rasa special juga since normally the flip cover comes with the 1 liter bottle not with the 500ml.


Half of them for my collection, another half as a gift for my customers. Unfortunately the free key chains are not good in quality...

Actually harini agak tak selesa not only due to the haze but due to my heart problem as well. My heart beating quite fast and I can't think properly. Lately, I sleep around 10pm and wake up around 2pm. Then, I surf the internet for a while before doing my unfinished office work. I sleep again around 5am. This is definitely out of my routine that may affect my body and mind...The funny thing that I did this morning was watching usop wilca mengonjang makhluk muzium hehe...I don't know what came to my mind that made me purchase that movie....

Whenever I am a bit haywired, I prefer to just lie down on the sofa and today I done that from 7 to 11.30 am....tak senonoh eh. Kejap tenet, kejap movie 702, kejap super spontan....I just went out around 12.30am to deposit my insurance cheques and pay my celcom bill. Owh...I went to the furniture shop looking for a single seater sofa. The price is ridiculous....Rm700 for one??? Yang ni wajib dibeli....


On my way home, I stopped by at the tupperware stokist and japanese restaurant...Let us dig in....




Oh No!!!! That pizza obviously not from the japanese restaurant. They were as a lunch treat for my most helpful customer....

Lepas tu sila lah sedar diri menyiapkan keroje opis dan basuh baju ek...Tapi sempat lagi tonton Oh!My Goat...cone back!!!!



Friday, October 2, 2015

Nasi bamboo@Sungai Klah...

Siapa masuk Ohbulan semalam pasti melihat/membaca post berkaitan bercuti dengan duit brim rm350 yang ada memaparkan nasi bambu di Sungai Klah, Sungkai, Perak. Saya memang teringin untuk mencubanya sejak terbaca post mengenai nasi bambu dalam satu blog lebih kurang 3 bulan lepas. Akhirnya saya dapat menikmatinya pada 2 minggu lepas iaitu 20 September 2015.


Satu set ini mengandungi nasi bambu, kuah kari, serunding kelapa, sambal belacan, ulam dan telur masin berharga RM2.50. Anda MESTI MENCUBANYA. Kelainan pada nasi ini adalah aroma yang istimewa dari daun dan bambu yg dikukus, walaupun rasanya biasa sahaja. Serunding kelapa menjadikan set nasi bambu ini lebih istimewa dan membuatkan saya menutup mata pada kuah kari cair dan sambal belacan yang tidak menepati selera.


Selain nasi bamboo, terdapat juga nasi panggang yang disertakan dengan serunding kuning pula.



Eh! Takkan makan itu je???
Lauk mana lauk????
Air mana air????
Yang itu sila dapatkan di luar.
Pilihannya banyak dan pasti buat kita drooling.

Yang patut dicuba adalah ayam kampung bunian. Pedas dan manis...ada rasa macam diperap dengan kicap ABC.

Ada pilihan lain juga


Patin salai kuah tempoyak pun sedap juga....


Tak minat dengan ayam kampung dan patin, ada boleh cuba kerabu, gulai, sup dll....





Menu berasaskan kambing pun ada...




So you see...maka tak hairanlah jika setiap kumpulan pelanggan membeli pelbagai lauk yang penuh dulang...tak berani nak tangkap gambar pelanggan angkat dulang, malu! Dan takut kena saman la hehehe.... Satu perkara yg kita perlu ingat jika mempunyai selera yang besar dan suka mencuba pelbagai lauk pastikan membawa duit lebih ya. For my case I had to pay RM30 for 1 piece ayam bunian-RM7, a small bowl of kerabu-RM3, a large piece of patin tempoyak-RM10 and 1 set of kambing salai-RM10. Affordable but certain dishes quite pricey for me. Terpulang pada pilihan masing2, yang penting sedap dan kita puas hati.

Memang tidak dinafikan , gerai ini memang mendapat sambutan hangat. Walaupun banyak meja disediakan di dalam dan di luar, ia sentiasa penuh dengan pelanggan yang bertali arus. Pada awal kami sampai memang tiada meja kosong. So, we should be like a hawk to see who ever have finished their meal. When ever they are about to leave we should be like a panther, sprint to the table....oppss exaggerate...




Ramai juga pelanggan yang membungkus sehingga lebih 5 pax. Jangan risau jika terpaksa beratur panjang, pekerjanya cekap dan pantas. Cuma yang dibahagian ambil pinggan dan lap meja perlu elakkan bermuka kelat walaupun penat. Mungkin pelanggan yang keletihan datang dari jauh tiada mood dan hilang selera nak menikmati hidangan. Selain itu, perlu buat sesuatu untuk mengatasi masalah lalat yang aktif hehe... Mana nak menyuap, mana nak halau lalat, mana nak perati orang lain ambil lauk apa or pi tambah berapa nasi.....eh!!!.......Kepada pelanggan yg nak beli nasi tambah tu, bawa bersabar ya...jangan macam kebuloq sangat sampai potong barisan kami dan sempat menggatal pi sondol dan gesel kami kaum perempuan. Terkezut I tau....Please take note that the guy is not in any picture here. Takkan I nak ambil gambar sambil beratur :p.

Oklah now dah 5.05am. Tadi terjaga 2.30am konon nk buat kerja tapi terbuat entri blog pulak. Ok nsk zzzzz....