Tuesday, September 30, 2014

Ambil cuti untuk shopping

Is there anyone out there who takes leave just for shopping?
Me! Me!

Opps tidaklah sampai gitu.
Terpaksa ambil cuti last monday coz nak service kereta. Kalau weekend dah fully booked huhu. Lebihkurang satu jam je servicenya. By 10.30am everything is settled. Jom kita ke Palm Mall.

Memula masuk Padini. Terbeli this RM139 black jacket.


I prefer yg kelabu coz nampak licin, kemas dan bersinar compared to the dull black. Tapi menurut si sales assistant the black one is hot selling compared to the grey one yg lansung tak "jalan". Maka, confirmlah taste aku memang beza with other people...I am the minority yg terpaksa ikut the majority haha.

Then masuk Pandora to add my charms collection.


TOKOJUUT I...these type of charms cost rm295 each and the star clip/stopper costs rm253. Rasa tak tergamak nak membeli aksesori ini bila dengar ratus2 for that small charm...bukan emas pun kan. Dari membeli 6 silver charms, baik I beli gelang emas. I bought that charms around AUD55 in OZ last year even though catalog price is AUD69.


And the catalogue price for clipper is Aud59



The difference between Msia-OZ price is almost RM88-RM130. KEPERLUAN vs KEHENDAK. So I sedar diri, ada benda yg lebih penting untuk dibeli. Maka, jom kita ke Rm5 outlet.....DAISO.

I bought these items in Daiso


Blue cutting  board, laundry net, dish towel holder and pan holder. Nanti I tunjuk di mana I letak that holder.

Since dah lama sangat tak buat facial treatment maka I singgah di Aster Spring and interested with the rm500 package that worth rm700. So boleh guna that package for one year. Dapat juga several vouchers


and this gift box.



I buat brightening therapy for my dull skin and neck treatment that cost around rm238 and RM85, respectively. I used voucher for eye treatment too. So ada baki lagi for the next treatment.

Dah kononnya got lots of break up, the consultant managed to convince me to buy this booster yg cinonit

I got these free sample too


Bersungguh jaga hati customer, the consultant called me last friday to ask about my condition after the treatment.

I thought these treatments takes 2 hours only but once done and I checked the time..it took 3 hours...patutlah I got back pain lama benor terbaring.

Dah 3pm confirmlah starving hungry. MOH ke sushi king. Hmm...the same menu again and again definitely chuka idako si sotong kurita


and this chicken +salmon bento


Jangan lupa ambil that pickle ginger....


Pssst air ginger soda kat atas tu pun SODAPPPP.

Balik tapau bento for my nephew.


Tapi kesian my nephew coz ada somebody pi makan a piece of salmon tu dua kali suap je. Orang tu pun dok makan the chicken pieces tu dgn rakusnya sampai I perlu tegur grrrrr. Hmm takkan tak tahu beza antara melantak dan merasa sedikit. Lagipun buat apalah nak direbut food untuk budak. Inilah akibatnya bila selfish dan hilang sudah rasa malu.

SEkian laporan cuti on weekdays ;))))





Thursday, September 25, 2014

Sesat di Kuala Lumpur

Oppss.....salah jalan di Shah Alam.
Hish...macam2 lah hari selasa lepas.

Semasa di ELITE, I terkojut dan a bit panic coz tiba2 batu kecil terpelanting dari lori lalu kena front hood dan melantun terkena cermin depan. Alhamdulillah Kereta dan I takde apa2. Tu tak termasuk lori yg tiba2 masuk ke lorong tengah without any signal. I mmg fobia dgn lori lagi2 lori batu coz dulu tiba2 cermin kancil I retak seribu bila lalu di sebelah lori batu.

Kali ini I ke utara teringin pulak nak ikut Guthrie instead of NKVE walaupun dari jauh kelihatan NKVe clear. Malangnya sebaik saja lalu di bawah flyover selepas tol Shah Alam I tak perasan pada signboard terpapar exit kiri kalau nak ke utara. Adoi...I mmg tidak biasa dengan kawasan Shah Alam ni. I pasrah je la meneruskan perjalanan di jalan yg sesak mencari signboard hijau. Hampir juga I nak tergesel kereta orang bila cuba masuk ke lorong kiri. Hmm..ada blind spot mirror pun tak perasan. Akhirnya keluar tol batu 3 dan tiba2 keluar dari tol subang masuk ke NKVE. Confuse ...tapi lega.

Then ada pulak accident yg melibatkan 4 or 5 kenderaan di lorong tengah n kanan nearby exit Kota Damansara. It seems that it just happened a few minutes before. Jenuh nak mengelak masuk ke lorong kiri yg byk lori dan worried about suv yg cuba himpit dari kanan grrrr.....

I had too much to handle within 1 hour that I need a pit stop at jejantas sg buloh n choc to calm me down...iced choc and nutty choc donut...


Akibatnya I was late around 30mins for an appointment. Pulak tu my customer did not aware of my whatsapp message grrr....

Wednesday, September 24, 2014

Memang tidak sempurna.

I watched recorded serial drama "Maaf jika aku tak sempurna" just now. The wife can't contact the husband since his phone battery is dead. Walaupun begitu si suami datang juga menjemput si isteri. Malangnya si isteri mengalami luka kecil apabila si suami terpaksa brek kereta secara mengejut. Tak tahu la nak kata lawak atau pelik atau tak masuk akal bila phone suami boleh pulak digunakan untuk menghubungi mak mentuanya...Tak jaga konti ke beb?
...hmm anggap je la phone tu is charged while he was driving.
Then why his wife can't contact him?
..Maybe there is coverage problem.

...whatever....

Tuesday, September 23, 2014

Maggi black pepper

Tadi tidaklah lapar sangat tapi teringin nak makan berat for dinner since I didn't had proper lunch today. So korek2 apa yang ada, defrost frozen beef dan rendam maggi. Tumis bawang putih n merah dan halia, then masukkan hirisan nipis daging. Bila daging dah masak sprinkle ground black pepper dan masukkan maggi. Finally kicap dan sos tiram dan SIAPPP.....


Simple and fast.
Tapi kenapalah dapur berkecah.....

Sunday, September 21, 2014

Jalan bengkok

Asalnya tanah membukit di sudut kiri coz I nk buat ruang tanam bunga kuning. Tanah membukit bercampur aduk dengan batu hiasan menutupi slate. Bila kereta rapat ke tiang, terpaksa pijak tanah untuk ke pintu masuk. Bila malam atau hujan risau terkena becak atau takut pulak terpijak entah apa2.


Tadi entah datang angin apatah, selama dua jam I membina laluan bengkok, membersihkan slate dan memindahkan batu2 kecil.



Lega mata menengok. Tapi now sakit tangan dan belakang.....

Saturday, September 20, 2014

Jangan dilayan perasan negatif itu

Adakalanya terasa kecil hati bila orang hanya cari kita bila dia perlukan kita.
Bila rakan baiknya sudah jauh baru dia beralih kepada kita.
Bila dia sibuk jangan diganggu tapi bila kita kalut mengejar deadline atau kepenatan dia tetap nak ganggu.
Kerana simpati kita yang mula rasa tidak selesa pun tetap menerima kehadirannya secara tiba-tiba tidak kira siang, senja, agak lewat atau hampir tengah malam.
Tidak kira di rumah atau di pejabat.
Sampai apa yang sedang dibuat tergendala dan yang dirancang tertangguh.

Adakalanya jadi panas hati mendengar perkara yang sama berulang kali.
Suka melayan perasan dan buat spekulasi sendiri.
Penat mendengar dan menasihati dan mencadangkan perkara yang sama berulang kali.
Degil tak pernah ikut apa yang dicadangkan.
Malah ikut pulak saranan orang lain.
Tapi tetap nak cari kita semula.
Sampai bila????
Minta kita rahsiakan apa yg berlaku tapi sendiri yang heboh sana sini.
Kita yang jadi serba salah apabila ditanya.
Sampai orang lain pandang kita tidak peduli.

Adakalanya berasa jauh hati apabila orang rasa sudah cukup untuk menilai kita berdasarkan cara kita bekerja dan gaya kehidupan kita di rumah. Tidak sekali pun nama saya disebut untuk suatu tugas di pejabat.  Saya pun tidak suka pikul tanggungjawab tertentu. Nak uruskan diri sendiri pun adakalanya tak larat. Tapi saya rasa terhina apabila orang yang selalu mengharapkan saya menganggap saya tidak layak.

So, to me jangan dilayan perasan negatif itu.
Apa yang saya dapat?
Stress dan sakit hati kan.
Maka teruslah bersabar dan bantu orang yang memerlukan itu....

Friday, September 19, 2014

Pekasam hancur

Hampir 2 tahun I teringin nak makan pekasam. Susah nak jumpa. Alih2 tadi jumpa yg dah siap goreng....Alhamdulillah


Monday, September 15, 2014

Goodies

For them ...


(All pics are taken from google images)

YES for them...

They who never do as what I said and do
They who never listen to my advice
They who never follow my suggestion
They who never want to help themselves
They who never do anything

And yet I care for them.
I care because I love them.

So, let it be a happy ending and no hard feeling.








Sunday, September 14, 2014

Bila datang rumah orang Part 1

1. Sila beritahu awal.
Bukannya lagi 20min nak pukul 7pm dan di kala anda lihat kawan anda sedang kalut menyiapkan kerja di ofis. Akibatnya tuan rumah tidak dapat menyiapkan kerja ofis yg telah dirancang dan kalut balik mengemas rumah yg tongkang pecah. Selain risau tiada stok makanan di rumah dan tak sempat singgah di kedai.

2. Jangan masuk ke bilik secara tiba2 walaupun tuan rumah sudah berpesan untuk menunggu di tingkat bawah buat seketika.
Terkejut dan malu si tuan rumah yang kalut membersihkan bilik air dan mengemas bilik.

3. Janganlah buat seperti rutin harian anda di rumah sendiri.
Kelaparan si tuan rumah menunggu tetamu tidak turun makan malam. Nak dipanggil takut menganggu.
Tersengguk tuan rumah yang 'cuti' terpaksa bangun awal pagi dihujung minggu, lagi2 di kala hujan lebat.

4. Bila dihidang makanan yang dibeli, janganlah banyak sangat complaint
Konon anda lebih suka makanan di kedai satu lagi.
Konon makanan itu banyak bahan perasa.
Konon makanan itu banyak angin.
Konon anda banyak pantang makanan.

5. Bila dihidang makanan yang dimasak, janganlah banyak sangat cakap.
Tak perlu nak komen apa2 pasal makanan tu. Sedap makan banyak, tak sedap senyap.
Esoknya janganlah komplen perut tak sedaplah, cirit biritlah...
Tuan rumah mungkin juga kecil hati melihat anda makan scramble egg yg dihidang sesudu sahaja, tapi sibuk bercerita scramble egg sedap yg anda teringat2 ada kacang peas and kawan2nya.

6. Janganlah dibelek2 dalam gelas yang nak diguna tu. Gelas tu baru dibasuh dan bertangkupkan.

7. Dah tuan rumah budget terhad buat masa ni. Tak perlulah syorkan beli penapis.

8. Tak perlulah suruh tuan rumah yang menggunakan kain lap dan kitchen towel untuk membeli tisu lembut hanya kerana anda suka.

9. Perlukah komen tentang kipas yang berabuk?

8.

Saya sayang kawan saya. Saya tahu kita patut raikan tetamu. Tetapi tetamu pun perlulah tahu batasnya....Tapi bila fikir semula, dah namanya kawan so maybe my friend thought that I don't mind ;))))))

Tuesday, September 9, 2014

Redha itu Perlu

Awal bulan june I realised ada resapan dan lelehen air di dinding dapur.


Siapa yang tak sedihkan. Terpaksa tangguh nak pasang kitchen cabinet. Apapun perlu redha.

Kontraktor yang sibuk hanya boleh datang baiki pada bulan puasa iaitu pada bulan julai. Maka, beberapa hari selepas itu iaitu pada 19 julai boss kitchen cabinet pula install KC. Memang ada terfikir utk tangguh tapi kesian pula pada dia yang mesti nak duit untuk raya. Balik dari cuti raya saya pelik tengok ada takungan air atas kaunter dapur. Belek punya belek air itu datang dari dinding juga tapi di hujung dapur pula....Kesian my new KC. Lagi teruk apabila hujan lebat di ruang lain jelas ada resapan di siling dan titisan air yg laju huhu sampai boleh tadah. Bocor ler tu


Terdapat juga resapan air di rekahan di dinding bilik huhu. Bila call kontraktor dia hanya boleh datang tengok the week after. Janjinya nak check datang untuk proper check n baiki on 8 sept. Hampeh...dia minta tangguh next week. Apalagi yg saya boleh buat selain REDHA dan berdoa.

Haritu 28 -29 august I ada urusan di Ampangan dan Seremban. Walaupun I org N9, I memang tak biasa these area. Akibatnya asyik salah jalan walaupun Garmin sedia membantu. Untuk hari pertama hanya sekali saja tersilap jalan dan tempat. Bila masa untuk pulang asyik la tersilap jalan. Just REDHA dan harungi sahaja. Still in N9.

Lagi teruk esoknya apabila jalan yang sepatutnya dilalui tutup kerana raptai National day. Maka terperangkap dalam kesesakan di pokan soromban. Bila berjaya keluar dari kesesakan itu, tiba2 ada pula kereta rosak di tengah jalan berbukit. Tersekat lagi...Walaupun sudah terlewat 30 min dari appointment I perlu REDHA dan terus berdoa semoga perjalanan dipermudahkan. Seterusnya, Encik Garmin yang disangka membantu memudahkan rupa2nya telah membawa saya melalui kawasan kampung yang berjalan sempit berbukit curam dan selekoh tajam. Belum lagi masalah parking. Nak balik pun beberapa kali silap jalan. Si Garmin dah outdated kot, menyebut ada roundabout walapun hakikatnya ku lihat ada junction je di situ grrrr.

Seterusnya 5 sept pula di Paroi. Pergi balik pun tersilap jalan. Bila dah salah jalan nak kembali ke pangkal jalan sikit punya mencabar. Nak pergi terpaksa masuk ke halaman rumah orang. Nak balik sikit lagi nak terus ke KPilah. Then weekend ada bengkel di soromban pun pergi balik silap jalan huhu....Worst hampir nak terlanggar si biru yang tak sabar2 nak keluar dari terminal grrr


whatever it is perlu REDHA dan TERUS REDHA.

Hari ini my bau kedai baby pulak buat hal.


Sedikit terkejut dan terkilan kerana baru 3 hari bermanja..Tapi tak larat nak rasa sedih. Again REDHA itu PERLU. Ini semua ujian. Hikmahnya kita tahu ramai yang ingin menemani dan membantu dikala kita memerlukan. ALHAMDULILLAH.

Tuesday, September 2, 2014

Tangan panas

Haritu sebelum raya  I ada beli beberapa jenis pokok bunga yang pink, purple and white jasmine. Cuma tak sempat nak pindahkan ke pasu atau tanah. Malangnya bila kembali dari cuti raya pasangan kembar bunga pink tu mati. Mungkin kurang air.


Then I bersemangat tanam/pindah pokok bunga beli tu, selain memindahkan anak2 pokok bunga pink yang tumbuh melata di front yard. Malangnya seminggu selepas itu ada beberapa anak pokok tu jadi layu dan akhirnya mati. Kawan I cakap mungkin kena pancutan kucing.

So last 2 weeks I pi beli pokok bunga oren dan kuning. Last week I nampak sebahagian pokok bunga pink pula jadi layu. Setelah beberapa hari di kampung, tengahari tadi bila I sampai rumah pokok bunga pink dan kuning dah mati. Pokok bunga oren pun dah layu sebelah huhu....

BUKAN TANGAN SEJUK 
BUKAN GREEN HAND
ADAKAH TANGAN PANAS????