Saturday, August 31, 2013

Nak tido.....

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-56.

Camno nih? Dah 1.40 pagi...tapi eden tak buleh tido :(.
Minum susu pun tak berkesan gak....


Nak buek kojo tak larat. dah topu bona kot. Maklumlah 5 hari ni I jadi zombie.

Hari Isnin demotivated kerana disembur dek si Naga

Hari Selasa saya yang menurut perintah,
walaupun macam peminta sedekah
menagih sesuatu dari jabatan lain...organisasikah?

Pagi Rabu, I dan tak boleh terima tahap tongkap pecah dirumah I, maka segala pakaian dan yg berkaitan perlu dilipat, dapur dan bilik perlu dikemas.

Untuk menenangkan fikiran nan serabut dan mendapatkan semangat melipat I menyambil menonton House of paradise@Life Inspired channel 728


Tengok tu rumah macam kapal dan tuan rumah boleh jadi sailor :)

 

Seriously, program pasal rumah n design n architecture memang satu therapy pada  I selain makanlah ;).



 On the way nak pi kerja I dah tenang dan memang berdoa supaya dipermudahkan urusan.
Tapi, lewat pagi Rabu I meletop, bukan hanya kerana beban yg dipikul, tetapi kerana makhluk-makhluk yang amnesia walaupun dah diingatkan banyak kali.
Tengahari Rabu I kalut, perlu buat preparation. Luckily I ada bawa bekal leftover nasi goreng, tapi kunyah laju-laju, telan dan tercekik-cekik sambil buat kerja.
Then terpaksa mengorbankan sesuatu, terpaksa berkejar-kejar, terpaksa berhujan dan akhirnya terkesima dengan si Naga yang tiba-tiba menjadi badut sarkas.
Tak kelakar okay....tapi aku gelak....coz terkejut dengan perangai Naga aka badut. 
Dua alamkah? Split personalitykah?
Sikit pun tak sebut nama aku, nama orang lain disebut berulang-ulang, diucap tahniah....
Hina sangatkah aku...
Naga aka badut aka KETAM.....
WAJIB dan tergempar konon, ramai je yg tak datang...kasihan pada apa yang aku korbankan.
Tapi, yang dikorbankan pun tak pernah ada kesedaran diri.....
Lagi bahagia jika aku tiada.


Hari Khamis, baiki itu ini, cari itu ini, semak itu ini, jumpa orang sana sini, buat pengumuman itu ini.

Pagi Jumaat meeting lagi maksudnya kojo makin bertingket-tingket.
Petang Jumaat I kembali mengganas kerana makhluk-makhluk yang banyak alasan, tidak bersungguh dan tidak beri komitmen. Kerana sikap sebegitu, I yg jadi mangsa. Tiada sikit pun ungkapan maaf dari mereka.

Sekian, ceritera hidup jadi mangsa from top down .............
Life goes on...selagi terdaya I akan buat dan teruskan :).....

Monday, August 26, 2013

Kena bambu :(

Kejadian 9am today.....

First panel (FP)= OK
Second panel (SP)= KO

Serangan bertubi-tubi dari SP tanpa sempat memberi penjelasan.
Cakap 2 patah, terus dicantas.
Makin teruk datang dari dua penjuru apabila SP turut menyertai

Intipati :
Apa sumbangan? Bukan itu, yang itu you boleh buat walaupun tak tido.
Ini dari segi.....Apa janji you? Ramai yang berjanji.
Tapi apa yg berlaku, ramai menolak pok pek.....Saya tuntut janji.
You faham? You boleh janji?

Nilah young staff (perasan muda I jap hahahha)....dont talk about kemampuan. Apa peranan terakhir dalam ....? You tak baca?Never say no! Faham?

Khutbah:
Amanah, jangan berkira dan ikhlas

Aku:
Keliru...
Adakah aku disoal, diminta beri pendapat, dibambu atau mangsa orang meroyan?

Sekarang:
feeling down and demotivated ............

Jom makan....



Saturday, August 24, 2013

Kerana dapur aku keciwa :(

It's been a hectic and tiring week, but I'll write about it later.

Harini aku sangat keciwa kerana si kontraktor/renovator berlagak or pilih orang or penipu or mungkin pelupa. Penat je la I dok lukis plan rumah, gara-gara tak boleh print my excel file semalam. Tidaklah dia muncul grrrr. Kalau tak silap hujung Mac or early april this year, aku contact dia katanya busy, bulan June baru dia free. Bila bulan Jun aku call, katanya jadualnya penuh this year...nak buat banglo lah, sekolah lah. Ok fine. Katanya nak bagi no phone kawannya yang kerjanya bagus juga. Sampai ke saat ini...hampeh......

My friend called him last week. Boleh pulak dia datang hari ini. Yelah, dulu kontraktor tu pernah renovate rumah dia. So, 5.40pm dia sampai di kawasan rumah kami, kawan I pun suruh I jumpa dia. I mintalah dia ukur rumah I, so nanti bolehlah tengok quotation dia. Tak sempat nak sambung cakap apa-apa lagi, dia kata nak pi rumah baru kawan I dulu. Ok, fine....Then, tunggu punya tunggu dah 6.50pm. Bila dengar suara kawan I, I excited la....Tau apa kawan I cakap

" Eh! kontraktor tu tak datang ke?. "
Dah lama jugak dia balik. Ingatkan dia singgah sini"

Hmm....jual mahal ya. Kalau tak nak cakaplah tak nak. Tak perlu buat orang tertunggu-tunggu. Yelah dia tau orang suka kerja dia, mestilah dia pilih big project such as semi-d, bungalow and school. Apalah sangat rumah I yang rumah teres je kan.

I ni bukan apa, I ni dah naik rimas tengok dapur I. Tak cukup tempat nak letak barang-barang dapur :(. Tengoklah tu serabut .........


Washing machine pun letak dalam, coz dulu letak kat laundry area kat luar...jadi berkulat berbintik coz tempias. Buat apa I beli almari dapur, if later nak buat kitchen kabinet. Dah alang kepalang baik I extend dapur terus ..............

Actually, haritu I ada jugak minta quotation pada another chinese kontraktor, tapi mahal bebeno RM47000 tanpa wiring and ceiling skirting.


Asalnya nak folding door.....lepas tu ngegada nak sliding door bagai hehehhe.


 Kontraktor Indon pulak RM40000 for everything, cumanya I segan dan takut..I kan sorang je. Lagipun hasil kerjanya memang kureng.  Eh! tapi idok le termasuk kitchen kabinet ya.....


 I suka sangat design kabinet and counter ni

 Majalah dapur:July-Sept2009

Tapi nak warna putih

 Dapur:April-jun2011

Solid wood cantik, tapi khabarnya selepas 5-6 tahun kayu yg muda boleh mengecut. Takpe banyak jenis lain kan...Belum ada rezeki nak dapat ni semua...takpelah, tengok gambar dan berangan pun satu terapi juga ;).

Ok, back to the contractor....sesudahnya I confuse nak pilih kontraktor yang mana hehhehe. Then, bila tengok rumah kampung banyak pulak nak dibaiki. Kereta pun buat hal. So, lagilah I pening. I biasalah, kalau dah pening satu apa pun I tak buat. Bila balik raya bincang dengan abah, katanya buat mana yang penting dululah....Tapi since I busy sangat, I boleh pejam mata bila masuk dapur and sometimes put aside benda2 yang buat I buntu. Hangat-hangat tahi ayam, kan ?

Then, bersemangat kembali, bila Cina tu bersetuju tengok rumah baru kawan I. So, I pun nak join sekali. Malangnya, cina tu tetap jual mahal dengan I. Yelah, rumah teres je, pakai kereta lama and pulak tu muka macam tak cukup duit n tak menyakinkan. I rasa I kena mandi bungalah hehhehe. Hish! Tak baik memperlekehkan diri sendiri. If we do not confident with and respect ourselves, how can other people respect us. Apapun, mesti ada hikmahnya...beria-ia nak extend rumah, macamlah duit ratus ribu hahhahah. Kenalah tambah saving, maka silalah berjimat ;)..........selain buat apa yang penting dan perlu sahaja...

Sunday, August 18, 2013

Aku dan steering kereta

I cuti sampai hari Selasa je....Rasa menyesal tak cuti sampai Jumaat. Bila dah takde mood nak balik kerja, semua plan ke longkang. Maka pada 5.30 pagi Rabu I barulah terhegeh-hegeh nak packing. Pulak tu kena gak lipat baju baju di rumah kampung. Yalah, nak tinggalkan bilik di kampung, mestilah dalam keadaan bersih dan kemas supaya bila I balik semula idokla sakit mata. Bukan apa, bilik I ni hanya bersih bila I ada je or else no one cares. Lagi menjahanamkan barang dalam bilik I or mengotorkannya adalah :(.......

Macam biasa melalut jugakkan.....

Sesudahnya, I hanya bertolak dari kampung around 8.30am. Di ELITE banyak juga kereta....macam biasalahkan. Rasa nak buat chicken dance je bila masuk ke NKVE....tak banyak kereta you. Kalau hari biasa jammed gilos kan. Berhenti jap kat R&R Sg Buloh membeli Dunkin Donut meal-smoothies yang tak sedap, chicken mayo sandwich and choc donut.........


Tapikan tak baik happy awal2. Keluar je dari R&R banyak beno kenderaan....tak masuk dengan trailer/kereta/mpv yg dipandu di lane tengah. Wei bang trailer NCD, bang Honda 6373 dan pakcik toyota....agak-agaklah. Kalau dah tau hang bawak kenderaan berat or nak hisap rokok or sembang2 sambil bawa 80-90km/j pilah lorong kiri. Yang driver bus pulak, kalau ko rasa ko nak terbang ko pi la lane kanan, awat bagi flash kat I yg memandu dgn kelajuan 110-120km/j ..........Kalau I pandu slow pun, nak buat guano? dah ore depe siputkan........nak ke kiri pun banyak lori.

Bila sampai ofis buat apa yang patut, then 2pm nak kena pi bebel kat peserta di dewan. Huhuhu..tetiba je my car steering wheel locked and I couldn't even turn my key in grrrrrrr. Cuba banyak kali tak dapat. Call la kawan yang selalu jadi mangsa I...huhu lambatnya angkat. Tanya dia kat mana, masih cuti raya....So, tanya jelah dia apa nak buat. Sila gerak steering sambil pusingkan kunci. Dah cuba, tapi tak dapat jugak. Ganas...macam nak tercabut steering tu I buat. Kawan I nak datang tolong. Kesian pulak. Takpo den cubo laie....Alhamdulillah, acik berjayo...yeay.....Jumpa peserta kursus, bebel kat depa kot2 depa doakan sesuatu terjadi supaya takde kursus hari Rabu hahahah....Amboi! masing-masing sengih :P...

Tuesday, August 13, 2013

Berurut di hari raya

Orang sibuk pi beraya, I sibuk pi berurut hari Ahad lepas. Kami pi beraya di hari raya pertama je. Habih tu dah semua pakcik makcik kat kampung ni kan :P. Tetamu pun boleh dibilang dengan jari. Bohsan dok umah. Rasa nak termuntah tengok TV. Tak Tv, makan,. Tak makan, tido. My niece tak balik raya, my nephew pulak balik rumah nenek sana. I was the first customer. Urut kaki 1 jam (Rm38), urut badan 1 1/2 ((Rm65) jam. Bab kaki tuh, wpun sakit tapi lega. Bab badan mmg sakit gilos.....angin satu hal, urat tegang satu hal terutama bahagian bahu dan tangan kanan. Bila diurut, menjeritlah....Sampai harini masih rasa sakitnya. I suka pi kat tempat urut sebelah McDonald ni. Ye lah tempat wanita kat atas, cantik dan selesa pulak ....Tapi gambo hampeh coz guna hp cap ayam ;)....

Naik tangga

 Turun tangga


 Sambil urut kaki,

 layan je la TV....


 Tempat urut badan...mestilah golap :P


Then, dah selesai apalagi...jom McD.......hahaha mana tak anginnya kan.


Ingat nak balik, tetiba melencong pi nilai square, mencari kain lycra.  Rasa nak buat ala2 busana Muslimah...labuh and longgar. Jumpa di Bunga Raya Textile RM15/m. Tapi corak tak menarik. Jelita Textile tutup pulak, nak jugak jenguk Japanese Cotton.

Lepas tu singgah solat di Giant...hehehe Masjid besar dekat je dengan Nilai Square tuh. Habih tu I kan tak pakai tudung, tau pulak segan ek......

Then punyalah tak senonoh, patutnya terus balik. Boleh pulak I menyinggah pi cuci cuci rambut. Hish awat mahal sangat RM30. Biasa ku rasa RM25 ajo...Katanya "Biasa mmg macam tu ma...". La iyo ko.......

Sakan memanjakan diri. Luckily, boleh menahan diri dari pi buat facial treatment pulak hehehhe. Bayar nearly RM135-RM165 for each session, tapi muka tetap berjerawat dan berjeragat gak hhhehe. So, lenkali buat je la sendiri scrub n mask tu ya. Duit kat bank tu pun dah menyusut sangat tu. Gaji lagi 12 harikan. Hmmm..macam perlu guna guna duit raya yg tak habis tu hehehhe...

Psst pagi tadi I sarapan meatball you...semata-mata nak perabih thick cream that will be expired next 2 days.


Tapi ni versi ngelat and caca marba ya..... Versi asal from scratch sila google ya. Beli je frozen meat balls. Then rebus sekejap dengan air yang dicampur Seasoned Salt McCormick. Agak2 dah masak, angkat dan toskan. Air rebusan tu simpanlah ya. Then masukkan meatball dalam sandwich zipper bag. Masukkan pulak seasoned salt. Zip the bag dan goncang. Simpan dalam fridge semalaman untuk rasa yang lebih enak. Kalau dah lapar sangat abaikan je the red color steps heheheh. Then panaskan minyak sikit dalam pan dan goreng meatball sehingga perang. Angkat dan toskan. Then, masukkan 2 sudu tepung dalam pan tadi. Kacau dan tambah stok daging (air rebusan meatball semalam or beli je kat kedai hehehhe). Then, tambah thick cream. Perasakan dengan bbq sauce and seasoned salt. Siap.....

Harini kira bz lah. Dok menggulung carpet, basuh baju dan menyiapkan kerja-kerja opis. Huhu..esok start kerja, harini barulah kalut. Macam kena stay up je. Maklumlah I dok relax sakan since Raya ke-2 hingga kelmarin. So now padan muko den .........



Sunday, August 11, 2013

Lemang kepalohotak n kahwin

Raya Day 1
Pi beraya rumah my aunt.
Makan rendang+nasi impit sambil mendengar celoteh my aunt pasal tempahan lemangnya tiada dalam senarai penjual one day before raya
Nak terjojol mata  bila I dengar dia sebut "Kepalohotak ko" kepada si penjual.
Serius I tak control keterkujatan I :P
Hehehhe....memang kasar ek. Tapi semasa kecil tu dah biasa dengar.
Jangan sesekali sebut depan abah, sesilap kena libas or rotan.....


Raya Day 2
Pepagi lagi I dah terkejut dengan kedatangan rakan yang hampir 23 tahun tak jumpa. Aku bermimpi atau dia yang mengigau hehehhe. Padahal rumah dia seberang jalan rumah mak tu je hehheeh. Ye la dah sekolah menengah berbeza, then I pulak pi belajar dari Melaka, Kedah dan Penang.....Lagipun dia kahwin awal. Tapi macam biasa dialog yang tak diingini untuk sesape yang masih bujang, comel oppps tapi belum kahwin macam I....

Mak kawan : Ko bila lagi?
Me : Hehehhe...Insya Allah
Mak Kawan : Lepas raya ya?
Me : Insya Allah....(sambil berlalu meninggalkan mereka)
Mak Kawan : Jangan marah...gurau je
Me : Takla.... (Sambil menoleh kebelakang memandang  makcik dan tersengih )

Tapi dalam hati gerrammmmmmmmmmmmmmmmm
Walaupun macam biasa dah boleh agak soalan tu akan timbul, tapi aku tetap terasa dan bengang.
Tidaklah marah, kena redha kan walaupun malu tu tetap ada.
Kesian dengan mak pun satu hal. Harap mak tak malu lah ada anak macam I.
Teringat kisah kawan I, mak dia memang cakap depan2 yang dia malu ada anak yang tak kahwin lagi......Habis tu belum jodoh lagi kan. Kadang-kadang orang ni sibuk je, tapi tak mahu pulak tolong kita. Bila kita gurau-gurau suruh carikan, banyak pulak alasan...takut tak serasi lah, takde kawan bujanglah..hah tahupun. Lagi teruk dengan kasar cakap "Cari sendirilah". Ada jugak yang kata kita ni memilih. Habih tu beli ikan kat pasar tu kena dipilih. Inikan pulak orang yang kita nak hadap hari-hari kan ;))....whatever. Yang penting kita yakin dengan Allah :). Kalau kita lambat dapat yang kita hajati, Allah nak uji kita. Kalau kita tak dapat yang kita ingini, Allah merancang yang lebih baik untuk kita :).

Hah kan...melalut lagi..
psst ada cerita lain lagi pasal makcik ni, tapi entri lain ya

Raya Day 3
Petang ada bebudak datang. Mak yang layan coz aku nak solat.
Bila aku keluar bilik, dah senyap je..cepat betul bebudak tu balik. So, aku ke serambi nak menengok balang kuih, kot ada yg perlu ditambah. Terkejut aku lihat lumut hiasan pada gubahan orchid berterabur atas meja.

Lagi geram, bila melihat batu hiasan berlumut dari polistren berlubang -lubang kena cucuk......eeeeeeeee....(tu gambar gubahan semasa sihat walafiat). Kalau nak datang beraya, dok ontok-ontok boleh tak !!!!!!

Cucu cucuk gubahan orkidku, nenek pulak hiris hatiku. Soba jolah kan....

Tuesday, August 6, 2013

Deko-deko caca marba

Biasanya bila nak raya ni, kerja deko-deko rumah kampung merangkap mengemas dan membersih, memanglah kerja I. Maka hari ini kita mulakan dengan menyapu+lap habuk, mop lantai, menyapu lagi, mendeko, vakum dan menyapu lagi....Sempat lagi menyambil, membasuh baju dan menyapu luar rumah. Ponek boto acik, milah woi........ Longoh dah tangan acik ni ha.

Oklah, nilah hasil deko di serambi ..........Satu bahagian English style kononnya.



 Asalnya ini.........


Dihiasi dengan bunga, table runner dan throw cushion  baru. Bunga tu I gubah sendiri aka main cucuk aje ;). Bunga di hujung tu dan juga tikar buluh berbunga adalah barang lama


Yang satu lagi asalnya begini ....


Jadilah ini ala-ala klasik gitu tapi carpet=failed....


Semuanya lama kecuali the red+black cushion  yg dibeli di Jusco 2 weeks ago and carved carpet yang di kidnap from my house hehhehe.


Eh! carpet baru harus di bentang.


I planned nak beli tikar atau carpet kecil RM100, alih2 terbeli carpet besar....terpengaruh beli dua terus. Hish, sungguhlah pelanggan yang kurang rasional. Dahlah kena speaking London memanjang kat kilang carpet kat Nilai3 tuh. Habih tu dah pekerjanya ada Filipino and Hindustan kot. I cakap bahasa melayu dia buat muka blur. Merah muka I bila dia tanya can you speak English. Pulak tu ada bangla tu ingat I orang Philipine jugak grrrrrrr.

Macam biasa, nak cerita lain mesti bebel lain jugak.

Okay, rumah tengah dilupa jangan.......
Bentanglah carpet lama. Azabnya nak keluarkan dari stor.


Biar carpet terbentang luas gitu with minimun furniture. Kat sini sanak sedara nak makan ketupat lemang nanti....Bebudak yang datang beraya tapi nak duit raya je, pi makan kat serambi hehehe. Eloklah sangatlah tu carpet merah menyala, langsir maroon hahhah.


Haritu beli langsir tu eden lupolah warna carpet tuh.

Lupa pulak, buka gulungan carpet terjumpa ni hahhaha.......


Serambi dah, ruang tengah dah....tapi bilik macam tongkang pecah, dapur macam nak runtuh...Takpe, takpe insyaAllah bila ada duit lebih kita baiki dapur, kita cat satu rumah luar dan dalam. Kali terakhir cat luar rumah tahun 2005/2006 kot. I bergaduh besar dengan tukang cat, coz I nak warna coklat, dia pi cat kuning cair.  Tapi bila makcik I masuk rumah, sibuk je tanya awat tak cat dalam sekali. Boleh je, berilah budgetnya :P. Kali terakhir cat bahagian dalam tahun 2000 kot hehhehe. Memanglah cat dah luntur, kesan hakisan banjir lagi selain hasil seni my nephew ;)))))))))...

Oklah you all.....
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
dan
Maaf zahir dan batin



Friday, August 2, 2013

Duit raya dah habis huhuhu.........

I went to Maybank today around 12pm, nak tukar duit raya.
Tapi staf Maybank kata kena tunggu 2.30pm maklumlah last day katanya ...........

Then, I went to Hong Leong Bank, buka je pintu terus ternampak notis
 "Penukaran duit raya dah habis"

Pi Bank Islam, hanya ada duit RM1......Bolehlah tukar sikit.

Pi Bank Simpanan Nasional pun  duit raya yileks............

Tak larat nak pi tengok Ambank pulak.

Maka, call abah minta dia tukarkan duit. Luckily dia ada kawan yang bekerja di bank.
Ok, duit RM5 duit lama ya...khabarnya bank Negara tak keluarkan duit baru tahun ini.....

Kesimpulannya, tukarlah duit raya awal :)


Thursday, August 1, 2013

The Apprentice Asia : Jonathan n Nash

Yeay !!!!!!!!!
Jonathan the Filipino wins the Apprentice Asia

He chose Nash, Sam and Celina (contestants who were fired earlier ) to help him in the final challenge which was the charity auction for Air Asia foundation


Tapi yang tak bestnya adakah hanya ilusi bila I ternampak Nash (=Malaysian=financial consultant=pelakon iklan=suami artis)  memegang gelas yang berisi cecair kekuningan?
Adakah ia champagne?
White wine?

Takkanlah dia nak tunjuk kat satu Malaysia dia minum yang tak sepatutnya

Bersangka baik ia adalah jus epal
Adakah jus epal secerah itu?
Adakah jus epal sparkle sebegitu?
Eh kan ada sparkling apple juice ;)....