Wednesday, October 22, 2014

I Got my life back

Yeay!!!!!
After 8 days feeling like someone else, changing my routine, lost my weekdays and my weekend....
Alhamdulillah finally today I got my life back.
Well....since last nite to be exact.
So today I can do whatever I want to do and whenever I feel like to do it without worrying about other people and definitely without any hard feeling....
I feel like to do the chicken dance....
Hmm....the star jump maybe....

Monday, October 20, 2014

Before and after


Finally ....
BEFORE and AFTER using the beauty product and facial treatment.

How I wish that I can write that as the caption for the above collage.
Hmmm...In My Dreams....

Sebelah kiri penuh dengan pigmentation, parut jerawat, liang pori yang besar dan jerawat yang sedang membesar.

Sebelah kanan...lu pikirlah sendiri....
Jangan sampai tertipu....

So kawan2 / adik2 jika tidak mahu muka anda seperti gambar yang di sebelah kiri tu ....
1. silalah jaga muka anda dari awal.
2. Jika muka keluarga anda semakin bermasalah seiring dengan peningkatan usia, maka anda perlu lebih berhati2.
3. Jangan biarkan muka anda tidak dicuci pada waktu malam, tanpa sunblock di siang hari dan tanpa toner selama 4 tahun di kediaman tepi pantai di negara yang panas yang mempunyai kes kanser kulit yang tinggi.

Friday, October 17, 2014

Rasa nak pergi JAUH

I feel like to go far far away..............
To the place where no one knows me
Let me be alone and do whatever I want.
After all here I am all alone and lonely.

I miss living in Australia
I miss my study life
Nothing to think except my study
Just put aside that housemate from 'hell'.

 I am tired of caring for people
They find me when they need something
They do not need me
 
 I am tired of thinking about OTHER people
Do they think about me when I am really need their understanding?

I am sick of listening to OTHER people
They just want me to lend my ears
They do not want to hear my problem

I feel really really small compared to others
Happy perfect family
Successful career
Financial free
Own several houses, shoplots and bussiness

Can I be heartless????
Hati kering la..........

Hmm ....what have I done????
Rambling nonsense due to hormonal imbalance????
What am I looking for?
Dunya or the hereafter?
Astaghfirullah .........





Desktop folder hilang

Adoyai... I am not a computer geek.
Sedang kalut menyiapkan kerja, alih2 my desktop folder hilang.
I called the technician, unfortunately he was not in the office.
I surfed the internet, unfortunately I don't understand any of info provided.
Moreover, definitely I don't have the guts to hit any key....nak troubleshoot manalah tau tetiba pi hilangkan all files pulak. Lagi parah....
Lepas tu baru perasan, I should use the right keyword to search in the internet.
Opps....not Desktop icon la hahahha...

Hmm...then barulah terfikir, daripada dok search internet mencari perkara yang tak pasti keywordnya and kalau jumpa pun tak berani nak buat apa2, search je la dalam laptop tu.....
Then, click sana sini, jumpalah....
Alhamdulillah............:))))

Tuesday, October 14, 2014

Shopping sana sini

Hmmm...idokle shoping ribu2 atau ratus2 ya


My junior kata kita perlu ada namecard dan pen yg sesuai supaya orang 'nampak' kita or else people tend to bolayan once they met us. Iyoko?
Bukankah how we carry ourselves ka?
Tapi I beli jugaklah pen walaupun ballpen haha.
I tak pandai guna yang ada ink basah tu....selalu tercalit sana sini. Tapi berdasarkan pengalaman lepas I pasti pen yg agak costly ni hayatnya tak panjang bersama I...tak rosak, hilang takpun kena kidnap grrrr....


Bila umur meningkat perlulah deodarant yg kononnya lebih sesuai utk mengelakkan kegelapan, begitu juga cream for puffy panda eyes....Macam biasa senanglah dipujuk rayu membeli benda yg tidak perlu dan membazir demi kononnya melengkap syarat pembelian rm100++ to get the membership. That mini shower gel costs rm15 grrr....Pssst nak gelak pulak ada label vegetarian pada rak at this outlet. Macam food pulak.....

Suka pulak tgk this free can


Jika membeli 


Sekian sebahagian hasil membeli on 8 okt





Aku jugak yang kena

Sejak semalam I call sana sini nak tahu sama ada mereka yg terlibat sudah menerima permohonan my customer or not. Customer I terpaksa menangguhkan sesuatu kerana satu masalah kecemasan.

Semalam saya call officer unit yg terlibat katanya customer perlu hantar permohonan kepada unit mereka thru our department. Saya call customer katanya dah hantar pada s/u officer tu dan juga our big boss on 3 oct. I call tanya staf lain katanya tak terima sebrg permohonan grrrr....I cuba call s/u big boss tak angkat pulak.

Harini I call customer sekali lagi. Memang dia dah hantar kepada s/u officer. In fact semalam dia pi ke unit tersebut, s/u tu tiada pula. So, harini i call pula s/u officer tu. Katanya dah terima surat tu, tapi dia simpan la grrrrr.....Habis tu buat apa? Buat pekasam? Officer ko kata lain....Pulak tu katanya kami yg perlu uruskan and inform them. Bukankah the other way round?

So I pi pula office our department. Menurut staf yg terlibat mmg kami yg perlu uruskan and they are waiting for me. Pulak dah. How can I proceed with anything if there is no memo from them? Katanya dah hantar surat pada my unit. Second boss kata tak baca peraturan ke. Mana bukunya? I check dlm internet there is no info about that.

Pi cari staf@myUnit ....not around. Dah call ofc byk kali x angkat, sms pun x respond after 4pm barulah that staf call me. Ok memo dh sampai....
Bagus!Permohonan 3 okt, memo bertarikh 8 okt. Sampai di unit kami 14 okt. SUCH a QUICK PROCESS kan. Lagi bagus everything I should arrange by myself....grrrrrrr.....Penat dan stress call sana sini, pergi situ sinun atas rasa concern terhadap customer ....End up aku juga yg kena.

Beginilah nasib seorang yang mengikut prosedur.
Mana boleh buat sesuatu tanpa mengikut prosedur atau tanpa ada hitam putih. Bila x ikut, if something happen kami jugak yg dipersalahkan. Bila ikut mmg menyusahkan coz such a long process n masing2 tak kisah. Boleh je buat macam my colleague buat tanpa hitam putih. Lepas tu mengata I yg kononnya x buat kerja. Sayang...baguskah cekap buat kerja tapi tak ikut prosedur????? Selalu rasa hebat dan bagus compared to others...

Monday, October 13, 2014

Bukan berubah jadi baik tapi makin teruk

Adakalanya sedih melihat/mendengar/membaca tentang orang yang telah dewasa atau mungkin juga telah berumur berperangai yang bukan-bukan.

Berkelakuan seperti remaja
Tidur lewat malam kerana menonton tv
Bangun subuh lewat hampir 7am
Tak puas tidur sambung lagi sehingga matahari terik
Tidak pun menjalar menyarap mengadap tv sepanjang hari
Pasal artis dialah juara
Tidak boleh ditegur, mulalah suara meninggi
Tidak puas hati, barang dihempas
Hanya dia sahaja yang betul
Suka menyampai dan mengadu domba...


Lain orang lain perangai
Ada juga yang Hanya ingat DUIT
Hanya ingat HARTA
Hanya ingat DIRI
Hanya dia seorang sahaja yg SIBUK
Tipu sana sini
Cakap putar belit
Tidak ditolong, merajuk
Tidak dibantu, mengungkit
Tidak adil dalam tanggungjawab....


Sunday, October 12, 2014

Ternak LEMAK

Yang mana satu???
Pi out station atau ternak lemak?
Tolong sedar diri berat dah naik ke 51kg.
Tapi bila timbang di rumah kawan terpapar 53kg.
Terkejut, risau dan membebel.
Tapi kenapa masih tidak jaga makan dan bersenam????
Hmmm...bila berurusan dengan orang yg entah apa2 saya stress...so I need comfort food.....

Lunch on wednesday:
Fish and garlic butter rice@The Manhattan Fish Market


Very late lunch on thursday:
Roasted chicken and side dish@Kenny Rogers


Lunch on friday:
Onion ring n hotdog@Burger King


Lunch on saturday:
Dried noodle and chicken curry@Paparich

pics from google

Dinner on saturday:
Take away pizza set




As a result I can't fit in the newly bought M size girdle huhuhu...


Saturday, October 11, 2014

Penakut dan Pelupa

Awal bulan 9 kalau tidak silap I pergi ke Palm Mall Seremban buat pertama kalinya. Pelik juga bila masuk ke toilet yang tidak dipasang cermin muka. Ada terfikir entah2 ada 'sesuatu' sebab tu toilet tiada cermin. Fikir dua kali mesti pengurusan tak sempat pasang cermin, ya lah tempat baru kan.

Then saya pergi ke sana pada 22/9. Owh kali ni cermin sudah dipasang di toilet. Bila balik rumah tiba2 my sis bercerita yg kawannya orang seremban cakap toilet di situ memang ada sesuatu sebab tu cermin tak dipasang. I tak percayalah coz I kan baru balik dari sana, I siap dah membelek2 muka di cermin toilet. Anyway I surfed internet regarding that issue.....Alamak!!!! Memang ada cerita. Khabarnya si pemasang cermin terlihat dari reflection cermin ramai yang memerhatikannya...Nak tahu sila google sendiri.

Tadi I pi lagi mall tu. Adoiii...tiba2 jadi seram bila tengok cermin. Cermin tu macam tinted je. Lagilah I fikir bukan-bukan. Pulak tu sensorang. Sunyi pulak. Toilet tu pulak memang jauh tersorok di belakang lot kedai...lagilah I yg penakut jadi lebih takut. Pulak tu kerap pulak nak ke toilet grrrrr. Tak selesa betul nak "berurusan".....

Nak solat pun satu hal. Jenuh cari surau. Bukannya dalam Mall tapi di parking lot. Itupun tanda arah mengelirukan. Satu lagi memang bahaya jika kita berseorangan di dalam surau kerana kedudukannya di sudut yang agak terpencil walaupun mungkin ada kenderaan yang lalu berdekatan surau itu. Di Sogo pun suraunya di parking lot tetapi tidaklah terpencil. Dari takut jadi bimbang pula. Bimbang ada yang menyerang atau mencuri. Ruang solat wanita dan lelaki hanya dipisahkan oleh langsir nipis yang kepam dan tidak dijahit sempurna. Telekung memang menyedihkan; kotor, kepam dan ada yang lusuh. Pelik!!! New mall tetapi telekung di Giant Nilai jauh lebih baik. Memang tak capai la standard telekung R&R ataupun AEon Seremban 2. Bimbang bertukar menjadi geli pula. Sangat menyesal kerana tidak membawa telekung sendiri.

Owh selain penakut, bimbang dan penggeli, I ni pelupa juga. I ingatkan I buat facial treatment early sept tapi rupa-rupanya on 22 sept. Baru 18 hari berlalu tapi I buat second treatment tadi. HMM...wasting money huh....

Wednesday, October 8, 2014

LAKU KERAS


Apakah maksud laku keras?
Perkataan ini bukan sahaja terdapat pada kulit hadapan buku yang dijual di salah satu rangkaian kedai buku yang terkenal di Malaysia malah diletakkan sebagai penanda bahagian/rak buku.

Adakah ia sama maksudnya seperti terlajak laris?
Itu saya masih boleh terima.
Tetapi saya memang tidak boleh terima laku keras.
Memang saya membebel pada juruwang tadi.
Yang peliknya tak mungkin tiada seorang pekerja Melayu di situ yang tidak perasan/nampak/tahu?
Sudah berapa lamakah ia dibiarkan berlarutan?
Susah sangatkah untuk menulis "laris" ataupun "mendapat sambutan hangat atau permintaan yang tinggi". Or just write it in English as best seller.