Wednesday, April 30, 2014

Nak meniaga/kerja ke tidak?

Pagi tadi around 9.30am, kerani di my department minta satu dokumen. Apa ke halnya? I dah serahkan pada department last friday. Malah, bila my boss tanya pasal dokumen tuh semalam, I told him I have given that dokumen to the department. Semalam pun I cuba hubungi that kerani beberapa kali berkenaan dengan customer yang terlibat dengan dokumen tuh. Tapi idok le dijawab. So, this morning I told that kerani that she was not around last friday, pegawainya pun takde, maka I minta tolong another kerani sampaikan dokumen tu pada pegawai tu. Bila ditanya pada second kerani, dia kata dokumen tu takde pada dia. Penatlah I dok ulang I dah bagi pada dia. I dah bagi pada dia...dan minta dia serahkan pada pegawai tuh. Boleh pulak dia jawab, memanglah takde pada dia, kena tanya pegawai tu la. Then pegawai tu tanpa rasa bersalah pun cakap dokumen tu dah ada ditangannya. EEEEEEEEEEE..KORANG NI nak KERJA KE TAK?

Kepada kerani 1, tolonglah semak dengan your officer terlebih dahulu sebelum buat I penin.
Kepada kerani 2, tolonglah mengaku ya anda ada terima dokumen tu dan dah serahkan pada pegawai.
Kepada pegawai, tolonglah berkomunikasi dengan kerani anda dan serahkan dokumen tu padanya.

Around 11am, I pi kedai kitchen cabinet (KC)...Pintu dibuka, cuma grill ditutup. Panggil2 tiada sesiapa muncul. Semalam pun gitu. So, today I called their shop phone number few times, hmm terus sambung ke fax machine pulak. Geram...NAK MENIAGA KE TIDAK?

Then, off I went to Secret Recipe. Ok..bussiness hour 11am. Masa tuh dah 11++. Bila I masuk, ada lebih kurang 5 pekerja perempuan di situ. I pandang depa, depa pandang I. Idoklah depa cakap "selamat datang" what so ever". Then 2 pekerja yg di meja tuh macam kalut pergi ke belakang. Tinggal 3 orang di belakang kaunter. I hanya bersiri tepi meja dan dengan musykil terus bertanya "Kedai ni dah buka kan". Mestilah depa jawab "Dah". Habis tu dok biarkan I terpinga-terpinga kenapa? Sampai I terpaksa minta menu pulak........HISH! NAK KERJA KE TIDAK????? I datang nak membeli ya, bukan minta sedekah.

Then, buat kerja di rumah. around 1pm I called KC shop. Eh ada pulak orangnya. Katanya tadi pi hospital. She will be in the shop until 5.30pm. Fine....I arrived at the shop around 4pm. Pulak....sekali lagi, kedai ditinggal tanpa tuannya. ..NAK MENIAGA KE TIDAK? Rasanya rasa geram tu mengatasi my senggugut yang tetiba mula mengganas pulak. Dah lama tak sakit gini. I tekad tunggu jugak....Alhamdulillah after nearly 15 minutes, muncullah tauke nya......

Tuesday, April 29, 2014

Cukai/Baucer Buku/BRIM

Dah bayar cukai?
Kalau belum, cepatlah bayar...esok 30 April kan tarikh akhir.
I pun baru je isi e-BE form tadi. Selain insurans dapatlah pelepasan untuk bahan bacaan RM527 dan personal computer RM2800. Save and Proceed akhirnya....logo acik tak payah bayar cukai. Malah cukai tolobih bayar RM1500.

Awal tahun ni, i tak terkata apa bila my friend menyerahkan cek dari LHDN yang bertarikh tahun 2011. Maksudnya itu cukai terlebih bayar tahun 2010 kan. Kalutlah I made a call to LHDN minta dibuat bayaran juga walaupun cek sudah luput tarikh. Tapi rupa-rupanya duit tersebut LHDN dah bank in sekali dengan cukai terlebih bayar tahun 2011. I guess due to that phone call, LHDN checked my previous record and sent me a letter on March stating that I have not declared 2009 income and I have to pay around RM1k including RM150 penalty. Memanglah masa tu I di Australia kan. Tapi I mmg declared 2008,2010-2012 income. I can't accept the fact that I forgot or overlooked to declare my 2009 income. To make matter worst I can't find any softcopy or hardcopy record huhu....So, kena lah declare that income this year. Kawan2 I semua rasa pelik. They never received any letter from LHDN. As for me that was the second time. The first time was when LHDN wanted to see my my house's S&P document.

Baucer Buku
Baguslah dalam berita tadi dikhabarkan bahawa syarat BB akan diperketatkan. Sakit hati melihat banner
"Baucer Buku di terima di sini" di kedai yang tidak berkaitan dengan BUKU.

BRIM
Tujuannya bagus. Tapi adakah terhad kepada yang benar-benar memerlukan? Apa cerita dah dapat duit tu, pi simpan dalam ASB?

Friday, April 25, 2014

What the fish????


Source : http://www.youtube.com/watch?v=rDhB3N793Do

What the fish?
What the fish?
What the fish?

Oh My Gosh..  Oh My Gosh...  Oh My Gosh...

You faham tak perasan seorang pengantin?



Saturday, April 19, 2014

Terpinggir di pinggiran

What shall I do today?
Kemas dan bersihkan dalam rumah/mencangkul front yard/budget plan/join usrah class/pi opis/balik kampung??????
Plan punyer plan, harap akhirnya I tak berenang atas katil atau tersandar di sofa menatap TV.

Macam biasa intro tak berkaitan tajuk.
Alkisahnya last weekend, ada orang macam ada majlis kat depan rumah. Dua kali I lalu. Tiada sesiapa yang mengajak mahupun menahan kereta I. Ada seorang sahaja kakak di bawah khemah angkat tangan pada I, yang lain ada yang terus toleh tempat lain. I hanya berlalu pergi je la. Hina sangatkah untuk dipandang? Hina sangatkah untuk dijemput. Majlis keluarga kot. Tapi kakak yang angkat tangan tu rumahnya bukan disitu. Hmm..mungkin majlis rumah kelompok itu sahaja. Ye la baris kami ada 12 buah rumah. So hanya untuk kelompok 8 buah rumah tu je la. Oklah.....Tapi last Wednesday my jiran sebelah kata majlis tu meraikan jiran baru. Hmm..kalau jiran sebelah I dijemput, kenapalah I tak dijemput ya? I bukan hadap sangat, tapi I dah lama rasa dipinggirkan. Bukan tak boleh telefon I, ada 2 orang di rumah hujung sana dan tengah ada my hp number. Takpun pesan je pada jiran sebelah=office mate. Takpun just press the door bell. Kalau I tak buka pintu, panggil je la nama I....macam beberapa kali you buat.

Tapi buat apa lah nak marah or sentap or kecil hatikan. Itu majlis depa, suka hati depa lah kan .....hak depa. Lagipun kena sedar diri I am nobody, absolutely nobody. Kalau pi pun mungkin macam kera sumbang serba tak kena. Nak sembang gapo hahahha....Ye la after nearly 9 years hanya lalu tak bertegur sapa, senyum pun idok ye tak. I senyum ADA yg buat tak tau. ADA juga yang tetiba ramah coz nak barang murah dari I. Kat pompuan je la I senyum. Pd lelaki nanti timbul pulak cerita lain....Kereta I lalu, ada kerusi depa tengah jalan pun tak dialihkan, inikan pulak nak senyum dan angkat tangan tanda minta maaf walaupun I terpaksa lencongkan kereta....Kereta I nak lalu, jaring badminton yang merentang jalan pun tak dibuka. Hanya angkat or should I say rentap atas kereta I. Kereta I lalu, anak depa saja tanduk bola kat depan kereta I pun depa buat tak tau. Apatah lagi terpaksa membawa kereta dengan slow di belakang basikal comel ataupun vontot gebu yang baru bersurai setelah azan maghrib berkumandang. Tu belum lagi cerita pasal parking. Jalan depa yang punya. Kereta susah nak lalu, kereta susah nak keluar simpang. Biar org lain, yg penting mereka senang. Musim panas haritu ada muka tak malu, parking depan/hampir rumah I. yela redup kan. Tempat ko, tempat ko. Tempat aku, kita share ya ..:P. Haritu pernah rasa nak pindah. Tapi rumah sekarang mahal giler. Kalau reasonable pulak, of course jauh takpun macam kawasan tandus dan gersang je. So telan sahaja.....eh tapi meroyan hahahah

Tuesday, April 8, 2014

Nak pakai duit

Harga barang : RM440
Kaedah Bayaran : 2 kali Ansuran
Ansuran Pertama : RM250 -4 Mac 2014

Ansuran Kedua-3 April 2014

Dia : Bayar dulu Rm100 ya ...Baki bayar lain kali ya
Me : Bila tu?
Dia : Tengah bulan kot.
Me : Tapi janji nak bayar 2 kali...
Dia : Mungkin minggu ni ....
Me : Tapi haritu kata bayar 2 kali kan
Dia : Nak pakai duit ...
Me : Saya pun nak pakai duit
.....................
.....................
Dia : Takpelah guna duit diaorang dulu
..................
..................

My comment :
I dah jual murah sangat. Orang lain mungkin jual sampai RM560.
Pulak tu I bagi 2 kali ansuran.
Lagi mahu mengelat kah ?????????????
Kalau you ada masalah, ingat I ni takde masalahkah ??????????