Sunday, November 30, 2014

Brekky on Sunday

Pagi ahad dimulakan dengan kopi, lepat pisang dan kuih kasui.

Bila dah habis cuci bilik air dan cuci pakaian etc, tibalah masa untuk sofa dan tv. Patutnya maksimum 1 jam je, tapi berjam2 pulak.

Petang ahad ada sakit hati apabila bahan yang dihantar ke kedai tidak memuaskan hati. Kita nak tolong orang kita, tapi faham-faham saja lah. Macam2 rasa ada ... marah, sakit hati, kecewa, sedih dan hampir menitiskan air mata dalam kedai. Bukannya ratus-ratus tetapi hampir rm2k. Memang harga dikurangkan sikit tapi tetap tak boleh mengubati hati yang kecewa. Macam sia2 segala pengorbanan tidur pukul 1/2/3 pagi untuk menyiapkannya. Malah 5 pagi pun ada. Paling teruk hari khamis lepas saya hanya tidur 2 jam sahaja....

Duniawi

Ada orang bila kita cakap nak buat itu ini atau nak beli itu ini dia kata itu semua duniawi.
Ada orang bila kita mengadu rumah kita ada kerosakan atau ada masalah dia kata itu semua duniawi.
Ada orang bila kawan yang lain kata nak beli rumah yang ke-3 atau ke-4 dia kata itu semua duniawi. Katanya lagi kenapa sibuk sangat kejar pelaburan masa depan, lainlah untuk buat kebaikan dan amal kebajikan.

Tapi orang yang sama juga bila datang rumah kita suruh kita beli kerusi lain kerana tidak selesa duduk di atas kerusi kita yang sedia ada.

Orang yang sama juga suruh kita beli langsir tingkap mungkin kerana sakit mata melihat helaian kain kosong yang tidak berjahit berjuntaian di tingkap.

Orang yang sama juga beri hint yang depan rumah kita teruk.

Orang yang sama juga sibuk nak tukar kereta bila tengok ramai kawan berkereta baru.

Orang yang sama juga  kerap menambah koleksi barang kemas. 

Memang cakap tak serupa bikin.

Satu lagi kalau orang tu pun banyak duit lebih jugak mungkin juga dia nak beli rumah kedua ketiga jugakan.

Thursday, November 27, 2014

cylinder fritters or cekodok jejari

Psst...menarik ke idok cekodok ni. Cicah pulak dengan nutella.


Alkisahnya saja nak buat kelainan, letaklah cinnamon dalam doh. Alih2 cinnamon tertumpah. Fuhhh...lega tak pahit hehe.

Sebenarnya itu churros x jadi haha. I teringin sangat  hari Ahad lepas tapi tiada esen vanila. Pulak tu I takde the mould utk dapat bentuk ala2 kuih belimbing tu. So I used zip lock bag as piping bag. Malah not crispy and crunchy on the outside....:(((. Gula halus pun takde as coating. So rupa churros tiada, rasa dan tekstur apatah lagi haha. But still edible...jangan membazir.

Monday, November 24, 2014

Cino bersuaro P Ramlee

Sapo tengok Majalah 3 kojap tadi???
Suko nengok cino tukang gunting rambut ni nyanyi lagu P Ramlee.


Sogho eh pun macam sogho P Ramlee.
Kodoi eh kek Rombou.
Boleh pulok cakap nogoghi.
"Apojolah"
"Kek kodai lamo tu ken"
"Lamo dah"
"Sonang kito...."
"Pukul seboleh"
etc.....

Tu ha dio tongah gunting rambut anak PRamlee...Sazeli raso eh.





Sebungkus RM3.50 je

Jom lunch ....

Macam tak percaya je harga nasi campur ni...ikan dan 2 sayur.




Kenyang perut, suka hati
Kena fokus kerja selepas ni :)))
Tapi mata minta dikatupi



Sunday, November 23, 2014

Ikhlas atau menunjuk?

I don' t understand why certain people always make an excuse saya ikhlas nak menegur demi kebaikan. Tidak elok buka aib sendiri di FB. Habis tu kenapa tak menegur personally kepada orang tu. Guna je la private message tu. Perlukah buat satu post khas dalam FB menegur orang tersebut? Bukankah buat pembaca tertanya-tanya dan tercari- cari siapakah orang yang buka aib sendiri tu? Bukankah dah memalukan orang itu. Antara buka aib sendiri dan mengaibkan orang, mana lagi teruk????? Dah anda yang kata orang tu buka aib sendiri, habis tu kenapa nak hebohkan dan besarkan aib orang.

Membesarkan aib orang satu hal, membangga diri dengan apa yang anda buat dan bagaimana anda uruskan satu hal. Konon niat nak berkongsi, habis tu ingat orang tu nak buat apa? Mungkin juga orang tu saja nak release tension. So bila dapat feedback dari rakan2 fb, maka tenanglah hatinya. Mungkin juga dia nak pandangan sahaja. Dan apa yang dia post tak semestinya menggambarkan dia hari2 begitu. Mungkin juga hanya berlaku sekali tu sahaja. Nobody is perfect. Sekurang- kurangnya orang tu tak hipokrit. Jangan kufur nikmat. Itu masa dia. Who knows if we were in her shoes we act worse than that.

Padahal isunya kecil sahaja. Ya, memang bergantung kepada si pembacalah. Ada yang rasa besar, ada yang rasa remeh temeh. Tak suka abaikan. Kalau rasa nak komen, bagilah komen membina. Jika betul nak buat post khas hanya kongsikan APA dan BAGAIMANA, tak perlulah merujuk kepada SIAPA.

Eh...yg aku dok bebel kat blog ni dah kenapa? Pi je lah hantar private message kepada orang hebat itu ....Hmmm 2 x 5.


Friday, November 21, 2014

Kad duit

Kedua-duanya kad duit. Itu ikut kefahaman I lah.


Satu kad keluarkan duit.
Satu lagi kad perabih duit..;))))))

Tengahari tadi pi tukar kad maybank tu. Expired Nov 2014. So, dah hampir 3 minggu I tak dapat withdraw duit. Busy bebeno nak ke bank. Baguslah kad baru ni valid thru 2021. Pssstt...baru perasan. Apa kaitan cherry dan maybank??? Kalau gambar pak belang lagi GAH dan sesuai.

Bila balik rumah petang tadi, dapat pula kad tupperware. Huish tak sabar nak menjamu mata di Tupperware outlet. Rasa nak menyambar water bottle .... 3 kot.


Satu letak di bed sidetable, satu yg kecik sikit bawa pi meeting and satu lagi bawa pi travel/shopping.

Malam ni kita dinner with lunch leftover ya sambil menunggu maharajalawak mega.








Thursday, November 20, 2014

Let's Sushi

For me

For him....


Opps bukan my bf ya. Tapi untuk somebody yg dijanjikan something for helping me. Yang dah tertangguh sejak bulan jun lepas. Luckily teringat or else jadilah I si pemungkir janji...

Wednesday, November 19, 2014

Beli terkejar-kejar, makan tertelan-telan

Busiest day of the week.
Meeting 8-10am, 11-1pm and 2-4pm.
Starving hungry.
I had 3 spoon of cereal for brekky...not because I am on diet but I was running late for the meeting. During one hour break sibuk pulak membaiki presentation slide selain discuss something with friends. So, mmg lapar giler. Sambil diskus sambil munching biscuits. Semasa meeting 11am bukan main berdondang sayang perut. Penat kempiskan perut untuk kurangkan keroncong pulak hmmm...

Then 1pm terkejar2 pi beli food, balik ofis makan laju2, telan dan telan. Rasa macam tak kunyah je.


Dah solat merempit pulak pi meeting. Tak suka tempat meeting yg jauh, susah nak cari tempat parking, perlu jalan jauh and kena naik tangga. Termengah2 and sakit lutut.

Sunday, November 16, 2014

When weekend is not really weekend....really?

I attended a workshop in KL on 10-12 Nov last week. 

What an exhausting 3 days!!! We were really focus with our work in the seminar hall from 8 am to 11pm. Once back in the hotel room I continued doing my work till 2am in the morning. But only to find out on the last day that certain part of what I have done was wrong grrrr.....Busy with the work as well as thinking too much about certain irritating and annoying people who think that they know better of my work than I do really made me stress and feel useless. Pssst....being a shopaholic I still managed to skip out for 1 hour to shopping for working shoes and lingerie 😘😘😘.

I was flat and a bit haywire on Thursday. Regardless of that I was still have to go for work and juggling between the overdue office work and unfinished workshop work. Oh! Not to mention trying not to see my dusty and cluttered office.

On friday and saturday I have to focus on unfinished workshop work from morning and stay up till 2-3 am. As a result I was having a repetitive dream (or maybe in real) such as hearing many voices outside my house and being press by something that I hardly breath. It happened several times for almost 1 hour....huhuhu takut tapi ngantuk. Even though I recited alfatihah, it still happened several time. This disturbance stopped after I reciting 3 Qul and put the yassin booklet on my bed.

I planned to do my wshop work this morning. But my eyes feel sore looking at the dust, cobweb and lizard faecal everywhere in the house. So, I had to be the maid for a while. Done with the upstairs cleaning, I was distracted by this solving mystery movie....Nancy Drew.


It reminds of my childhood favourite books...Siri Salma. I love to see her quick thinking and how she discovered the secret passage.


Influenced by my childhood fantasy I almost designed the secret space for my house renovation hahaha....

After surfing the internet for material for my work and doing at home facial, I cooked and had canned sardine curry using low fat milk for lunch


HMM....what's next????
Buat kerja lah .....




Sunday, November 9, 2014

Noritake vs Plastic

Sedapkah makan meatball dalam pinggan noritake?


Ada beza tak dengan meatball dalam pinggan plastik???


Hmmm...guna pinggan apa pun rasa meatballnya sama je, pasti mengenyangkan dan akhirnya jadi bahan buangan juga. Apa jenis pinggan pun tetap perlu basuh juga kecuali disposable plate la hahaha. Guna pinggan apa pun kalau presentation teruk pasti isi di dalamnya kelihatan tidak menyelerakan as in the first picture.

Hish beria ambil gambar sampai terlupa letak lingonberry jam.

Ok...ok jom tengok AF final. I suka Ewal tapi I nak Firman menang...I rasa dia memang jadi pilihan ramai. Tambahan pula komposer lagunya adalah M Nasir tu...

Saturday, November 8, 2014

Pemalas, Penipu, kurang ajar dan mungkin pendendam

I terkejut melihat notis pemberitahuan tidak berjaya untuk buat serahan barang pada pukul 10.50 am apabila keluar dari rumah around 12.20pm. Bila masa depa datang? Padahal dari pagi I memang tidak ke mana pun. Tidaklah I dengar bunyi hon kenderaan, doorbell, panggilan telefon dan jeritan manusia. Kalau ia pun ada banyak barang nak dihantar, susah sangatkah nak turun dari kenderaan dan tekan loceng. Daripada penat jari menulis notis bukankah lebih baik keluarkan suara memanggil tuan rumah. Bukankah boleh dikatakan sebagai PEMALAS? Then menjadi PENIPU kononnya penerima not available.

I kalau boleh tidak mahu buat aduan pada khidmat pelanggan kerana tidak mahu staf tersebut ditegur or dimarah. Tak pasal2 nanti I pula yg kena marah. Tapi I perlu suarakan hak I sebagai pelanggan yang telah membayar perkhidmatan. Selain itu I tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Apa guna I bayar this service jika I perlu pick up the parcel by myself?

Bila call customer care around 1.20pm, alasannya mungkin I tak dengar, mungkin I dalam bilik air. Hello!!!! I tak masuk bilik air dari pukul 10am ya. Takkanlah I pekak sangat tak dengar walaupun sedang menonton TV. Nak dengar apanya kalau memang tak tekan loceng atau call I. I ada juga tanya apa prosedur serahan barang. Menurut staf tersebut panggilan telefon dibuat jika alamat yg diberi tidak dijumpai. Seriously???? HMM....maka perlulah membuat aduan.

Akhirnya around 3.30pm terdengar bunyi hon kenderaan yang ditekan beberapa kali dan dengan pantas. Macam marah je. Bila I keluar rumah jangankan diberi salam tapi disambut oleh muka kelat si penghantar. I pun buat muka juga haha. Lansung tak cakap apa2 dan tak keluar dari kenderaan. Hanya hulurkan file yg ada borang utk I tandatangan. Akhirnya dapatlah I memegang parcel tu. Ucapan terima kasih I lansung tidak dijawab oleh si penghantar. Malah dia mengundur kenderaan dengan 'ganas' sampai berbunyi seretan tayar begitu juga bila berlalu pergi. Kalau ia pun marah kerana terima aduan janganlah KURANG AJAR. Kalau buat kerja dengan baik tiadalah orang nak buat aduan kan.

Bila I buka parcel, beginilah keadaannya walaupun dibaluti bubble wrap....



Ya kemik teruk atas bawah. Hmmmm I tak mahu menuduh, tapi tidak mustahil ia perbuatan khianat orang yang PENDENDAM. Jika benar, biarlah tuhan membalasnya ....





Thursday, November 6, 2014

Ke jepun kita?

Patutlah meroyan last night, faham2 je la bila datang 'waktu itu'. Yup I know waktu itu or not I selalu meroyan jugak hahaha. Well that is me ....Biasanya di tempat kerja orang lain tak hairan dan dah tak takut jika I meroyan sebab dah biasa tengok. Sakit hati dan sakit telinga jelah kot bila dibebel dan ditengking. Sebab tu depa selalu buat juga benda yg I tak suka. Tapi bila yang biasa nampak cool dan lemah lembut tiba2 meroyan terus orang keliling terkejut dan terdiam hahaha....

Hish sibuk membebel pasal meroyan bila kita nak ke Jepun? Eh last week dah pi, petang semalam pun dah pi ;)))). Last week kita tapau,


Terubat rindu nak makan seaweed. Di OZ I suka makan gitu aje. 

Semalam kita makan di sana. Tapi segan pula nak ambil gambar food coz takut my friends segan ada kawan yang mempunyai petanda sakit mental hahhaa selain uncomfortable with certain waitress who keep on eyeing the customer like a criminal. Antara yg di ngap semalam adalah sushi salmon tu dan semestinya chuka idako mcm di Sushi King ni ha.....


Tadi I baru tukar time zone blog ni. Dah hampir 2 years baru tersedar dari mimpi that I am not in OZ anymore .....

Oklah perlu hentikan berlingkar atas katil dan membebel dalam blog. Segeralah bersiap pi kerja :))))).




Wednesday, November 5, 2014

Merajuk or Mengalah????

Siapa yang tidak sedih apabila dikata dan dituduh yang bukan2  hanya kerana tidak dapat menolong seseorang. Pertolongan dihulurkan jika kita berkemampuan. Bukan hanya dari segi duit, aset malah masa juga. Bagaimana hendak menolong jika kita terikat dengan kerja? Susah sangatkah nak faham?

Tidak jawab panggilan telefon pun jadi isu.
Bagaimana nak jawab panggilan telefon ketika kita sedang kalut dan gementar memandu ke destinasi tertentu? Bagaimana kita nak dengar panggilan telefon yang dalam silent mode? Tambahan pula ketika sibuk berbincang dengan pelanggan.

Tak percaya kita sibuk bekerja pula.
Sanggup datang rumah untuk pastikan. Malah tanya orang di rumah bila kita keluar dan bila kita balik.

Bila tidak dapat apa yang dikehendaki mulalah mengungkit, mulalah menyebut2 tidak akan menolong jika saya pula kesempitan.

Kita pun punya hati dan perasaan. Kita pun boleh marah bila dituduh dan jauh hati bila orang menyebut2.

Dah puas mengata kita, tiba2 ada hati pula nak dapatkan sesuatu dari kita. Hina sangat rasanya bila tidak bercakap terus dengan kita, tapi ada perantara. Ego tapi boleh pula nak minta harga murah. Kehendak ditolak pasti timbul amarah.

Enggan luka menjadi nanah
Enggan yang kecil jadi parah
Dihantui rasa bersalah
Walaupun bukan punca masalah
Terganggu walau ke mana kaki melangkah
Berdoa mohon ditunjuk arah
Akhirnya terbuka hati untuk mengalah
Malangnya panggilan tidak berjawab sampai ke sudah.

Sepatutnya kita yang merajuk kerana diperlakukan sebegitu, sebaliknya orang lain yang lebih2. Bila difikirkan kembali patutlah dilorongkan untuk tidak menolong rupa2 nya apa yang diminta penuh penipuan. Tidaklah mengejutkan kerana dari awal lagi sudah boleh nampak reaksi janggal dan dengar kata2 yang berputar belit.

Tuesday, November 4, 2014

Ikea meatball craving

Finally, this almost 5 years of craving was fulfilled last week...Tuesday the 28th to be exact :))).


Hahaha....this 5 meatballs set is kids meal. 15 meatballs in one go is a NO NO. A bit disappointed at first since this long awaited food is not really as what I expected it to be. The same goes to my craving for red velvet and rainbow cakes :(. Anyway... I began to enjoy this famous Swedish food as I was biting into the last piece. HMM....too bad isn't it....

Hey...don' t worry....just like IKEA DIY furniture, we can DIY this dish haha... Either we make it from scratch or we can just buy these RM47 package.


However,  the 8 servings frozen meatballs is quite pricey for me. One thing to be sure was I can't wait long enough to dig in the meatballs for the second time. Using Campbell mushroom soup and a dash of ground black pepper, I prepared this bantai ajelah gravy on the next day.


Once I bought the cream for the IKEA gravy then only I prepare the full set of the dish :)))).

Sunday, November 2, 2014

Infused water

Sekarang ini popular pula infused water. Ada dilihat di blog, malah di FB. Hari ini pula ada slot infused water dalam Nona TV3. Maka petang tadi saya terpanggil to join the club ;))). Campuran lemon, cucumber and cinnamon dikatakan baik untuk sistem penghadaman...




Saturday, November 1, 2014

Memandu di KL? Memang tak la

I accompanied my friend to UPM yesterday even though clueless about the route.


It's been a long time since I came here ...maybe in 2007 or 2008. I have totally forgotten about how huge UPM is.


For those who opt to walk I am sure it is a good exercise to reach this school. It is quite far from the entrance and other schools and not to forget it is situated on the hilly area. However in my opinion,  it is not recommended to walk there if you were alone since the school quite isolated and the road seems empty. Whatever it is I am proud to see that many foreign students here. I guess most of them are from Middle East and Africa. This is one of the proofs that local universities are on par with international universities.

Tetiba terkeluar tajuk. Apa yang saya nak cerita adalah selagi boleh saya akan cuba untuk tidak memandu di jalan yang SENTIASA SIBUK dan adakala trafik PERLAHAN seperti Seremban-KL highway. Selain BANYAK KEMALANGAN. Jalan sikit nampak dua kereta berhenti di tepi jalan. Satu kereta kelihatan remuk di belakang dan pemandunya yang masih di dalam kereta seperti terpinga-pinga. Jalan sikit lagi kelihatan sebuah motosikal melintang atas longkang, dua orang berdiri meninjau2 dan seorang pemandu lori sedang berjalan menuju ke tempat kejadian dan membiarkan lorinya diletakkan betul2 di atas lane kiri. Hmm..dah terlibat dalam kemalangan, mahu mengundang satu lagi kemalangankah???? Pulak tu BANYAK PILIHAN LALUAN yg mungkin mengelirukan. Kalau mahu ke destinasi tertentu tidak boleh exit yg pertama perlu ambil exit ke3, padahal di papan tanda sebelum itu terpampang destinasi tersebut.

Memang tidak berani dan tidak pernah pun memandu kereta ke KL. I rela naik public transport kalau tidak boleh tumpang kawan. Setakat pinggir KL pun dah ketaq lutut, inikan pulak jika masuk ke pusat bandaraya....