Wednesday, July 19, 2017

Tak faham

Memang tak faham
Kalau orang yg tak faham turut beri komen
Yang tak pernah ambil peduli pun kecoh
Yang bukan ahli pun nak tunjuk hebat berhari-hari
Seperti biasa hanya dia sahajalah hebat dalam semua
ANGKUH!!!
Lagi tak faham
Bila mereka turut menyalahkan
Ya...masing2 dengan pendapat masing2
Nak tunjuk jaguh jangan sampai menghina

Keliru pula
Bimbang jadinya
Hari ini kita dengar pendapat pakar
Ok...yang disalahkan itu tak salah
Cuma perlu penambaikan penyampaian, penerangan dan pelaksanaan.
Perlu ingat apa yg nak disampaikan itu untuk siapa?
Si penyampai atau penerima?
Gayanya untuk penyampai ....
Hmmm....
Ok...bukan salah yg di atas
Cuma penyampai perlu berhati2 membezakan
Bagaimana pula dengan apa yg dirujuknya?
Itukah masalahnya???
Dan terbongkarlah sesuatu...
Baru ku tahu siapa antara penyedianya...
Panas punggungkah kak?
Lain kali jangan curi customer saya
Eh!!! Ke situ pulak 😅😅😅



Saturday, July 15, 2017

Syukur apa yg ada

Selama ni rumah jiran kiri memang tak berpenghuni. Walaupun rasa takut dari segi keselamatan tapi aku rasa lebih privacy. Tapi ketika bulan puasa I dapat tahu dah ada pemilik baru. Alamak! Terus rasa tak seronok. Lagi rasa tak seronok bila 2 minggu lepas katanya nak pasang something between our house. I am ok as long as tak blok my view n make my house dark.

I ada berangan to buy that house since it got large area. Tapi owner pernah cakap tak mau jual. But once it up on the advertisment I have already got something else. Memang tak mampu lah. Memang bukan rezeki I. So bersyukur dengan apa yg ada...

Tadi dapat tau rupanya this man got this house at low price. Terkilannya lahai.....Tapi kena sedar diri. I tak mampu dan tiada ilmu in bidding house auction.....Again...be grateful with what I have and enjoy it 😀....


Wednesday, July 12, 2017

Duta Domino Pizza

Jumaat lepas dah order pizza+drummet


Semalam order pizza yg sama + spageti pula.
Kerapkan membelinya...
Boleh jadi duta domino lah kan 😂😂😂
Kena up sikitlah kan
Selalu dapat free kaya bread tu je...
Konon beli pizza utk tenaga stay up siapkan kerja.
Tapi pi terbang ke korea pula 😁.

Akibatnya hari ini pi ofis kalutlah...
Perlu siapkan bhn penilaian utk mesyuarat petang
11am -appointment with customer
Hmm...kalau tak mau beri kerjasama
Pesan byk kali
Gertak pun ada
Buat kita macam tunggul
Dah la sakit kapla
Better tinggalkan je

Pi beli food
Hampir sampai kereta
Tiba2 lori ais parking sebelah
Aku parking senget
Driver parking lurus
Camna i nk keluar
Yg hangin
Dah nampak I
Tetap nak parking situ
Dah cakap nak keluar
Buat tak tahu terus buka pintu lori
Kalau dia minta maaf I ok
Ni tak 😠😠😠
I hamunlah
"Saya nak keluar, cepatlah"
Katanya nak cepatlah ni
Tapi kena tunggu dia keluarkan ais yg cair
Astaghfirullah...sabar...sabar...
Ambil masa pula dalam kedai
Bila keluar buat tak tahu
Ku hamun
Dah la tak minta maaf. Kurang ajar!!!
Guess what dia sahaja berlengah untuk keluar parking
Sabarrrr.....
Guess what luckily I perasan...
Dia pi kedai seterusnya
Saja parking tengah jalan
YA TENGAH JALAN
How la I nak lalu kan
Dah la kalut
Luckily I parking dekat dengan lorong lain
Undurlah...then masuk lorong tu
😂😂😂😂
Konon nak kenakan I kan
Niat jahat memang tak jadilah
Dapat dosa selain maki 😁

Balik ke gua lunch+sambung bhn penilaian
2pm kembali ke ofis
Dan berjuanglah menyiapkan bahan
3pm maka bermesyuarat walaupun lewat
After meeting, modify bahan
Then siapkan progress report for special room
Sedar2 dah nearly 6.50pm
So cepat2 balik ya....

Ok now nak rehat
Sambil tengok Biniku Ninja
Sat gi nak sambung kerja yg tertangguh


Dia orang berduit....

****Semalam 11 julai******
Ketika sesi lawatan dan perbincangan
barulah nampak segala yg tersembunyi
atau baru muncul
atau baru perasan
atau baru teringat

Rancang A
Mungkin jadi C+B1+B2
Budget RM2K untuk C
Tapi untuk B1 pun dah cecah RM3.5K 😭
Macam mana nak buat C
kalau B1 n B2 tak selesai

Pi cari yg di atas
Tapi tiada
Tinggalah pesanan
Jumpa pihak pengurusan
Minta no yg boleh dihubungi
Katanya mungkin tiada masalah
Orang BERDUIT
Perlu bincang
Siapa tanggung?
Dipesan jangan timbulkan nak kongsi

Bila dihubungi
Katanya informlah pengurusan
Dulu pun dia begitu

****Hari ini 12 julai*****
Jumpa pengurusan lagi
Ku khabarkan ada yg cadangkan buat aduan
Tapi tanyanya sudahkah atasan dihubungi...
Hmm...aduan itu cadangan atasanlah..
Ok faham...
Aduan sahaja
Tindakan sendiri
Tanggungan sendiri
Bila tak mau beri kerjasama
Baru mereka main peranan 😰

Ku hubungi yg diatas
Lampirkan semua
Tau apa katanya
Soalan dan Bebelan ....
Apa respon pengurusan?
Itu akibat kerja tak diawasi
Pengurusan perlu cadangkan
apa yg patut dibuat
Bila ku balas
Pengurusan kata tanggungwab kami
Dia senyap 😰

Semoga hatinya dilembutkan
Semoga ada jalan
Semoga urusanku dipermudahkan
Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir....
Ya Razak Ya Fatah Ya Wahab

****Update 13 julai*****

Late last nite yg di atas respon
I pulak patut report pd seller
Tak berkesan pi newspaper
Perlu proaktif bla2....

Since haritu dia kata pernah buat
So I tanya apa respon dan tindakan seller
Tau apa dia cakap
Tak cuba tak tau
😠😠😠😠😠

Beginilah ya orang berduit
Orang senior
Sepatutnya semakin kaya semakin ada hati
Semakin senior semakin ada toleransi

Bertabahlah duhai hati
Kita ikut cara dia...
Ok pemaju ...
Ko tunggu aku datang
Walaupun aku tahu apa jawapannya
Takpe nanti ku tunjuk pada si atas ni

Aku masih berharap
Aku masih berdoa
Supaya dia faham dan boleh bertoleransi





Monday, July 10, 2017

Lempeng hangit Cekodok rentung

Well that were my brekky during weekend....
Propa je lebih ek 😄😄😄
Not that bad lah 😁😁😁

Lempeng pisang -banana pancake on saturday


Cekodok pisang-banana fritters on sunday



Banyak nak cerita.... laterlah.
Yang penting I am happy it was a productive sunday 😄.

Now dah 1.10am,  oklah nak zzzzz.
But how...mata segar bugar 😅😅😅



Tuesday, July 4, 2017

Dear friend ...

What a surprise !!!
When the time comes who are we to deny that
Yes...I admit I cried to hear about your good news
Not because I am sad that you will leave me alone
I am grateful that your efforts are fruitful and your prayers are answered...Alhamdulillah
This news
....remind me about the greatness of Allah
....give me hope
....inspire me to keep on believing, making effort and praying....


Sunday, July 2, 2017

Menu raya ke -7

Semalam lunch and dinner with sambal hitam dan telur


RINGKAS TAPI MENYELERAKAN!!!!

Semalam plan macam-macam. Tapi hmm....faham-faham je lah.

Adab beraya

Bila IG Post Chef Wan menjadi viral
Ramai yg beri respon
Ramai juga yg buat FB post
Ada yang setuju
Ada yang sebaliknya dan sentap 😅😅😅

Aku memang sangat setuju dengan chef wan
Jagalah adab ketika beraya

Luckily pengalaman aku biasa je 😁
Bila datang konvoi raya
"Rumah ko ni tak mau cat ke"
"Nampak berisi sekarang ya"
"Ko bila nak kahwin...memilih sangat"
"Mano daging eh...kerisek yo ni ha"
Eh ada juga yg pi alihkan perabut kami semata2 nak bergambar 😰😰

Bila datang bebudak beraya
1. Makan berterabur atas meja tu biasa, tapi yg tak tahan buang kuih bawah meja
2. Kalau dah kuih dalam balang dah habis, minta tuan rumah isi berulang kali
3. Bila tuan rumah jemput ke meja makan, pi sepahkan ruang tamu
4. Bila gaduh adik beradik, pi bergusti dalam rumah orang
5. Bila tuan rumah dah beri duit raya, simpan teruslah. Janganlah pi buka depan tuan rumah atau pi buang sampul depan pintu atau di halaman
Dan banyak lagi....

Pengalaman orang lain memang macam2...
Lagilah teruk...
Memang tak sangka ada tetamu gitu
Tapi memang urut dada bila baca komen yg sentap pasal anak2 😅😅
"Biasalah budak2...dah tegur dah bantai pun buat jugak"
"Dulu tu perangai ko baik sangatkah"
"Ko tiada anak ko mana tau"
"Budak cerdiklah tu...Kalau budak tu senyap je mesti sesuatu"
"Tak maulah marah2 anak...nanti hilang mood raya"
"kalau tak suka org datang beraya tutup pintu tutup pagar"
"Letak banner depan rumah ...dilarang masuk bla-bla...."
"Kunci je lah sekut raya dalam lemari sampai raya haji"
"Tuan rumahlah kena simpan barang elok2"
" tuan rumahlah yang kena tegur anak-anak kami"
"Perlu beri ruang kpd anak2 untuk explore"

Amboi hanginkah 😅😅😅
Terasa pedasnya cili tukah?

Worse...
Ada ibu bapa yg doakan orang yg setuju dgn pendapat chef wan agar dapat anak hiperaktif 😠😠
Hmm...kalau dah parents sendiri EGO tidak boleh ditegur  dan mendoakan yg bukan2 untuk orang yg menegur, no wonderlah mereka bermasalah nak tegur anak masing2....

I am sure sekarang dah ramai ada autism/hyperactive awareness...
Takkanlah tuan rumah melenting kalau dah tahu ada anak2 istimewa gitu...
The issue now is we are talking about how parents deal with ill behaved normal kid while beraya!!!

Macam2 kan....
Yes kids just being kids
TAPI
Sebelum menuding jari kepada tuan rumah dan nak mereka FAHAM
Sebelum menuduh tuan rumah tak ikhlas dan berpura-pura
Tanya diri kita dulu sebagai IBU BAPA....
Apakah kita FAHAM dan TAHU tanggungjawab sebagai ibubapa?
Apakah yg TELAH KITA BUAT?

###Sebelum pi bertandang
Adakah kita KENAL anak kita?
Adakah kita telah PESAN dan beri PERINGATAN kpd anak2 sebelum pi bertandang?

###Semasa bertandang
Adakah kita PANTAU anak2?
Adakah kita PEKA dengan tindakan anak2?
Bila anak2 buat perangai
Adakah telah DITEGUR dan DITEGAH?
Bila anak2 terus buat perangai
Adakah kita beri pelbagai alasan untuk membiarkannya?
Bila teguran pun tak jalan
Adakah kita dah CUBA KAWAL mereka?
Adakah kita dah CUBA URUS mereka?
Apakah kita pernah fikir bagaimana nak mengatasinya?
Adakah kita pernah usaha supaya perkara yg sama tidak berulang lagi?
Bila anak-anak ambil hak orang
Adakah DIPULANGKAN?
Bila anak-anak pecahkan/rosakkan barang orang
Adakah dah MINTA MAAF?
Dah BAYAR GANTI RUGI?
Bahagiakah hidup jika orang TAK MAAFKAN, TAK HALALKAN dan TAK REDHA????

Ya cakap memang senang
Tak lalui tak tahu
Tapi jangan lupa anak tu tanggungjawab ibu bapa
Amanah yg perlu dijaga sebaiknya
Ya masing-masing ada cara sendiri
Tapi Sayang biar bertempat
Supaya tidak merosakkan hubungan dengan pihak lain
Agar tidak menyesal pada masa hadapan
Agar tidak disoal kemudian nanti

Ringkasnya,
BILA KITA PI BERTANDANG
Silalah jaga tindakan/kata2 masing2
Selain didik anak masing-masing sebaiknya
Pendidikan bermula dari rumah....
Ya rumah kita, bukan rumah orang lain tau
Kita yg corakkan kain putih itu
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Jangan tunggu jadi lemang
BILA KITA TERIMA TETAMU
Layanlah mereka sebaiknya
Jika perlu tegur, tegurlah dengan diplomasi
SAMA-SAMALAH KITA AMBIL IKHTIBAR DAN SALING BERPESAN
#PeaceNoWar




Saturday, July 1, 2017

Gery biscuit for raya?

Pernahlah dengar pasal biskut ni.
Akhirnya hari Rabu lepas terjumpa 😀.



Sedap juga.
Tiba2 teringat crackers+cheese dip in woolies land down under.
😅😅😅....sorrylah I cannot move on from my life there. The mixture of fun and painful 4 years of my life 😢😍.

You all masih berayakah?
Masih di kampung?

I went back to my home on thursday. I could not stay longer in my hometown since I just lazed around doing nothing except sleeping, eating and FB/IG 😅😅 regardless of my long list of things to do. Starting from assessing proposal and report, preparing for customers evaluation, checking documents for customer's temporary exchange, transfering data for my substitute, up to travel claim etc.

While I was taking bath suddenly I felt deep in my heart that I dont want to go. Even my mum said she wish that I can stay in kampung till saturday. But I have to be strong...lots of work to be done.

Once arrived here, I went for groceries shopping. Cari juga bekas kuih berdulang tapi sold out. Luckily I remember that I bought Avon food container that still unopened in my office 😅. Oklah tuh.

Balik rumah menghadaplah cheezy wedges and this


Then marathon tonton recorded My sassy girl and Queen of 7 days. So tang mana konon nak kemas rumah dan buat kerja ??? Setakat basuh towel je 😂😂😂.

Hmm ...hari jumaat barulah nak kemas dapur sikit, kemas upstairs, basuh baju dan bersihkan porch. Well...guess what? Petang I tanam pokok rambutan you 😅😅😅...gula batu. Harap tak kena timbus dengan batu kerikil macam last time 😅😅😅. Macam busy ek....idok le...busy marathon Hero seorang cinderella. Tiba2 rasa bosan menontonnya. Selain terbaring due to migraine ...patutlah pun my twin muncul petang tu.

Around 4pm kot ada org press the door bell. Alamak ada tetamukah? How? Nak keep quietkah? Rumah sepah and nothing to serve. Rupanya ada road construction worker minta air. I kan baru balik. Manalah ada stok air. Lagipun biasanya I masak air bila perlu je. Lainlah kalau ada filter. Bila pi dapur I campurkanlah air dalam jug kettle and water container. Cukuplah kot utk sebotol 1.5liter. Tapi bila I tinjau the construction worker has left. Rasa bersalah pulak 😰😰.

Pagi ni I had this for breakfast.


When I was looking at the front of my house,  I notice my neighbor planted mango tree in front of my house not in front of their house..hmmm...why they wanna block my view not theirs??? Then, I kemas downstairs, check customers's proposal  and bleach my old telekung. Now, I having a rest while watching Dia Semanis Honey the musical.