Monday, July 31, 2017

Musim haji 2017

Terkejut apabila dihubungi oleh rakan pada hari Sabtu yg beliau masih berada di Malaysia. Beliau dan ramai jemaah terkandas kerana masalah pelepasan visa. Memang tiada sebarang berita yg keluar mengenai isu ini. Bila saya membuat carian di internet, yang ada hanyalah komen pada FB Tabung Haji. Akhirnya semalam barulah ada kenyataan rasmi dari pihak LUTH. Pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku dan semoga semua pihak mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku.

Semoga semua jemaah mendapat pelepasan visa, dilancarkan perjalanan, dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yg baik untuk menjalani ibadah serta mendapat haji yang mabrur.

No comments:

Post a Comment