Friday, September 27, 2013

Room Service@Hotel lama

Kejadian awal september ...


Dah tau lama, kusam tak berseri, tetap ke sana, coz senang nak ke sini sana


Bila malam, order sajo........


Pasti jauh beza dengan fish n chips OZ.......

Dah dok malaysia, makan nasi goreng jolah yo....


Thursday, September 26, 2013

Siapa yang berkorban, siapa yang terkorban?


Kami yang berkorban, you tak berkorban.
Is it? Korang tak fikir, pengorbanan u all, menyebabkan I turut terkorban.

Kalau ikhlas berkorban, kenapa perlu disebut?
kenapa menafikan pengorbanan orang lain juga?

Elok2 I ada terlibat satu projek, I perlu terlibat dua projek. Hancur plan I…..
Siapa punya pasal? Korang punya pasal. 

Pandai-pandai ubah plan asal boss. Pandai-pandai buat plan sendiri. Kalau melibatkan nama I, kenapa tidak melibatkan I dalam perbincangan? Kalau dah bincang petang semalam atau malam tadi, kenapa tak beritahu I terlebih dahulu sebelum jumpa boss? Hand phone kan ada, telefon pejabat kan ada. Kalau engaged, kenapa tak hantar emel ?

Kalau nak sangat jadi boss, kenapa haritu tak volunteer?
Kenapa bila orang lain jadi boss, you masuk campur urusan dia?
Certain things boleh pulak you buat tak peduli.

Ya, I pun nak tolong kawan-kawan yang bermasalah dan dalam kesempitan, tapi kalau melibatkan I, bukankah sebagai kawan you all patut bincang dengan I dulu.

Ya, kasihan pada rakan-rakan itu. 
Tapi kalau mereka benar-benar sibuk, kenapa boleh buat part time?
Bagaimana ada masa buat something yang boleh dapat royalti?
Sempat pergi seminar untuk kepentingan kerjaya?
Boleh balik kampung setiap minggu?
Cuti lama mengikut cuti sekolah?

How about me yang kononnya takde masalah ni?
Saya tak berkesempatan balik kampung lebih sebulan.
Saya pergi ofis walaupun weekend.
Bila saya kesempitan meminta tolong, hanya 2 orang dari rakan-rakan itu yang balas sms saya.

Entahla...kena ingat juga, ni hari mereka. Kalau kita tak bantu dan support, siapa lagikan?

Saturday, September 14, 2013

Kera sumbang dan tua

Orang sibuk cuti. I kena kerja...weekend pulak tu, ada public holiday lagi.

Pagi sampai ke petang dok memantau sana sini. Hish lepas ni mmg tak boleh delegate kerja. I sendiri kena turun padang dan juga bagi taklimat. Ada pembantu yang tak buat as what I want. Sempat juga naik ofis menyudahkan kerja hakiki yang tertangguh...eh update blog jugak ;).

Tadi semasa jadi tukang sibuk, tak pasal2 aku diminta dek second boss join sesi minum petang bersama tetamu yang pernah memenangi anugerah dot dot negara. Jenuh menolak, tapi kesian dengan second boss yang meminta, kesian juga dengan tetamu yg mungkin segan selain takut boss besar marah...join je la. Hish..menang tak boleh bawa ke majlis. Sonyap je la. Dalam 30 minit, hanya 3 kali je aku bercakap hahhaha......I mmg tak reti sembang, terasa macam kera sumbang. Pulak tu boleh ke ada another second boss ingat aku satu batch dengan tetamu itu. Chet....terasa tua I. I taulah I baru menyambut birthday last tuesday. I am in my 30++, that guest in 40++...Tak ke jauh bezanya tu grrrrrrrrrr.  Eh! tak berkesankah ephyra 3 kotak yang dah ku telan itu ?


p/s: sorry...nanti I balas komen ya.

Sunday, September 8, 2013

Masak dan buang

Konon busy, tapi sempat update blog ek. Yelah bila buat kerja ngadap laptop, otak dah tepu dan internet pulak slow gilos, maka bolehlah kita buat entry, then copy paste je ;)........

Banyak cerita especially pasal kerja, kerja dan kerja yang tak pernah habis. Kerja kat ofis pun tak siap, kena pulak pi outstation, balik dan pi lagi. Weekend pun bertapa di opis..balik rumah 7pm. No social life gamaknya. Kawan ajak lunch kat umah dia, I tak pi. Jiran setaman buat open house, pun takpi.  Kawan nak datang rumah pun I terpaksa batalkan saat akhir. Yelah kerja banyak mengejar due date next week, rumah bersepah, I tak reti masak dan paling teruk I kepenatan dan sakit tengkuk dan belakang.  So, apakata kita alihkan sebentar kepada food, food dan food.

Haritu entah apa mimpi I pi pasar pagi you, maka terhasillah sambal tempoyak udang 


dan dada ayam berempah hampir rentung



Tengahari semalam konon masak sambal cili api sardin, tapi tak menjadi :(...pulak tu lupa letak garam huhuhu....


 digandingkan dengan telur+lobak asin.


 Tapi balik petang tadi, nasi dah basi..sardin pun rasa semacam...maka buang je la. Pelikla, awat cepat sangat basi. Tulah lenkali kena terus simpan dalam fridge