Monday, April 29, 2013

Monday burst...not blues............

Saya tak faham apabila

1. Seseorang cakap dia lupa nak inform saya pasal satu perkara yang sangat penting, walaupun dia jumpa saya 2 kali dalam seminggu. Kalau betul dia ada usaha, dia akan cuba menghubungi atau datang jumpa saya pada hari yang lain.

2. Orang itu juga  boleh berjumpa orang lain yang tidak berkaitan untuk menyelesaikan perkara tersebut.

3. Seseorang kerap datang berjumpa saya untuk menceritakan masalahnya di waktu pejabat dan adakalanya memakan masa lebih 1 jam tetapi bila saya memerlukan dia untuk mendengar masalah saya, dia  menyuruh saya masuk ke bilik saya sahaja.

4. Seseorang tidak menjawab panggilan telefon pejabat dari saya, walaupun saya tahu dan dengar dia ada di bilik.


OK..kita think postive

1. Orang itu tak tahu perkara itu penting...
2. Orang itu tidak terfikir untuk contact atau datang jumpa saya
3. Orang itu nak saya cool down, tak mahu saya heboh diluar atau dia terlalu SIBUK
5. Orang itu memang tiada di bilik, yang bising itu mungkin belaannya
6. Telefon yang berdering, bukan di biliknya...ek? dasat sungguh bunyi itu boleh tembus 2 bilik hahhahaha.

(update at 5.32pm-msia time : si dia jenguk bilik I....katanya dia dengar phone office berbunyi, bila lihat nombor ext tak familiar dia malas nak angkat. then the moment she realized that it was me, her phone stopped ringing. Katanya lagi kalau penting, I mesti call semula. I pulak ingat dia tak mahu diganggu. Itulah, bukankah lebih baik angkat saja phone itu dari awal, lagipun ini urusan kerja......)


Ok dah lega.........

Moralnya :
Kalau tak suka orang buat kita begitu, kita jangan buat orang begitu.

Thursday, April 25, 2013

Jom beli emas

Apa kelas beli silver kan.....


Hah! silalah baca Kosmo online :

Wanita Kelantan serbu kedai emas

KOTA BHARU - Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan tidak melepaskan peluang membeli barangan kemas berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.
Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan ramai turun kepada RM380 bagi 2.7 gram berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.
Harga emas di pasaran dunia yang dicatatkan semalam ialah RM140 satu gram.
Tinjauan di sekitar bandar Kota Bharu seawal pukul 9 pagi semalam mendapati pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.
Pekerja sebuah kedai emas di Jalan Post Office Lama di sini, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki berkata, orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun disiarkan akhbar pada minggu lepas.
Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata, operasi kedai itu yang ditutup pukul 5.30 petang setiap hari kini dilanjutkan sehingga pukul 7 malam.
Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.


____________________________________________________
p/s: Mohon maaf, semua komen sebelum ini akan dijawab nanti :)

 

Sunday, April 21, 2013

Aku dan Pak Guard

Case 1 : First week of March

Ketika aku membersihkan hadapan rumah

Pak Guard: Lama tak nampak
Me : Tu la...takde kat sini
Dalam hati : Hello...Saya dah 4 tahun tak tinggal sini.
                     You kerja sini bila? Tahun lepas kan?
                     Kan elok cakap tak pernah nampak sebelum ini


Case 2 : Petang sabtu =semalam
Saya baru  seminggu mengendalikan satu kursus. Maka semalam ada penilaian bagi peserta kursus. Malangnya pintu dewan berkunci walaupun rakan saya telah buat tempahan. Panik sebentar. Terus saya call rakan yang buat tempahan. Dia pun bengang coz ini bukan kali pertama berlaku walaupun telah diberi peringatan. Dia ada urusan lain dan tidak membawa rekod penempahan  dan tidak menyimpan nombor telefon pihak yang menguruskan penempahan. So, terpaksalah saya mengangkat semula kotak kertas soalan ke dalam kereta dan bergegas ke bilik penjaga bangunan. Rupa-rupanya Pak Guard yang menguruskan hal ehwal bangunan...dah la antara Pak Guard yang aku tak suka.

Me: Assalamualaikum. Pintu Dewan berkunci..kami ada penilaian peserta ni. Puan N dah buat tempahan.
PakGuard Senior:Ikut rekod ni...pintu dah buka
Me: Tapi memang pintu berkunci
PakGuard Senior: Dah cuba ke-empat2 pintu
Me: Dah...
PakGuard Senior: Tapi dah buka ni (masih lagi membelek rekod)
Me: Ye la kalau dah buka...buat apa saya datang sini?
(Dah mula hangin coz dah la panas berdenting, peluh meleleh-leleh, badan mula berlengas..nak bersoal jawab pulak)
Pakguard Junior: Takpelah. Saya pergi tengok sekejap

Bila sampai di dewan
PakGuard Junior: Ni sebenarnya kawan saya yang jaga. Mungkin orang yang terakhir guna tadi dah kunci
Me: Tak kisahlah orang dah kunci ke tak. Next time tolonglah check juga. Apapun terima kasih ya.

What a day....
Dah la bengang orang lain cuti panjang, I pula kena stay
Dah la bengang orang lain pi ronda-ronda, I kena kerja
Dah la bengang pintu berkunci, pulak tu nak bersoal jawab pulak
Dah la bengang peserta tak sabar-sabar nak masuk walaupun dilarang
Bertambah bengang bila peserta mengambil masa lama untuk memilih tempat duduk 
Bertambah bengang bila peserta kurang beretika, ada percubaan untuk menipu
Bertambah bengang bila peserta tak ikut arahan kertas penilaian
Bengang melampau bila ada peserta tak hadir.................

Whatever it is redha je la .............macam tak biasa ek...hmmm..tiada yang berubah walaupun bertahun-tahun telah berlalu....

Friday, April 19, 2013

"Moh jumpo dopan dopan"

I listened to this one English song for the first time last month. I thought it is sung by African American guy....tapi at certain part I rasa dah macam loghat noghori pulak. Tak mungkin..tak mungkin....Tak pasal-pasal I laughed at my thought. Lantaklah orang dalam kereta sebelah heran tengok I gelak sensorang.

Sehinggalah last 2 weeks baru I perasan ada lirik
"Kito monang, kito monang"
Tapi I still tak percaya dan tidaklah fokus dan tiba-tiba I dengar
"Paya Kumboh where you at" 
"Batu Hampar..."
Wah! banggo den ....Rombau rappers...Tiba-tiba teringat belajar sejarah pasal Adat Pepatih dan suku-suku di NS semasa sekolah dulu.


Friday, April 12, 2013

The last person....

Petang tadi lebih kurang 6.40pm, rakan di sebelah bilik saya mengetuk pintu bilik saya dan memberitahu dia nak balik ke rumah. Saya hanya tersenyum bila melihat dia meninggalkan bilik saya. Saya merancang untuk menyiapkan kerja sebelum balik. Tiba-tiba saya tidak boleh fokus terhadap kerja lagi. Malah rasa semacam je. Bila keluar bilik, saya sangat terkejut bila mendapat tahu bahawa dua rakan yang lain telah balik ke rumah. Saya menjangkakan mereka masih lagi di office memandangkan semalam mereka berkerja sehingga lewat petang. Rasa yang semacam tadi lagilah menjadi bermacam2 bila terpaksa melalui koridor suram yang panjang seorang diri. Beberapa kali saya menoleh ke belakang. Bila masuk ke dalam lif, pelbagai imaginasi yang timbul. Hish!!! Nilah akibat pengaruh tv. Cepat-cepat saya bersandar ke dinding supaya saya boleh melihat segenap sudut lif. Rasa lega sangat bila pintu lif terbuka.

Bila keluar dari bangunan, saya lihat hanya kereta saya yang berada di kawasan parkir. Hmm...patutlah seriau semacam. I was the last person in the building di petang Jumaat. Rasa seriau berubah menjadi tenang bila melihat keindahan alam selepas hujan .....


Ok..jangan fikir kisah penakut terlampau ini ya ;). Yang penting berdoa dan mohon perlindungan dari Allah.

Tengahari tadikan I pi beli barang kat supermarket. Grab itu, grab ini...tau-tau RM115.60 terpapar di skrin. Isk...isk apa je lah I beli. Barang2 tu hanya setakat 1/10 dari troli aje...No wonderlah duit gaji cepat habis. Then, teringin nak makan ayam kampung seperti yang diceritakan oleh seorang pensioner. Alhamdulillah jumpa...


A quarter chicken for RM9...what do you think? Is it reasonable price? Anyway, nasi, kerabu sayur campur, sambal bilis+belimbing+sambal belacan hanya RM1 tau....yang tu confirm murah.






Hei...Si Gemuk !!!!

Sakit hati betul bila orang panggil kita begitu kan grrrrrrrrrr. Rasa nak bagi penampar je. Kalau you all kena begitu, you all nak buat apa?

Opps sebenarnya saya tipu ;).
Pada petang khamis orang tu cakap
 "Gemuk you sekarang"
Tapi kata-kata itu amat berbisa bagi saya dan terasa seperti tajuk di atas.

Nak je saya balas 
"Wei...berat badan naik la, bukan gemuk"
Tapi kena control la kan :
walaupun terkejut dan bengang di kata gemuk, sendiri ngaku takpe hehehe.
walaupun tak selesa coz yang berkata itu lelaki
walaupun terfikir macam2 contohnya...dia memang TENGOK saya kah selama ini..ewwwwwwwwwwwwww. Bila bagitau my friend about it, dia boleh pi kata dari sumber, orang tu ada niat nak kahwin lagi....Hish tak terjangkau dek akalku.

Takpe...takpe jadikan kata-kata dia cabaran. Pasal gemukla..bukan pasal kahwin la :P

Tapikan bila check my BMI: 23.8....normal weight la kan.

Actually kan hari Selasa, I lunch dengan lauk pauk je tanpa nasi. Tapi bila dinner, I terbeli ikan 3 rasa dan kailan ikan masin. Apa rasanya makan lauk gitu tanpa nasi kan. 

Rabu -lunch lauk pauk+ nasi 3 sudu. Tapi malam termakan Pringles chips pulak

Khamis-lunch lauk pauk, dinner-leftover ikan 3 rasa +nasi 3 sudu. Lepas tu pi makan kepek ubi pulak. 

Hmm diet failure...........

Sunday, April 7, 2013

Aku, hujan, car alarm dan tikar

Hari Sabtu petang I pi pasar malam mencari nasi kerabu dan cendawan goreng. There was a couple dengan dua orang anak ni punyalah lama memilih lauk untuk nasi kerabu. Anak dia siap berangan lagi tu, walaupun dipanggil beberapa kali dek mak pak nya. Sebelum orang yang jual tu sediakan their food, depa dah tanya anak depa nak lauk apa, semasa orang tu dok ambil lauk pun depa sibuk tanya anak depa lagi, terpaksa orang gerai tu tunggu.  Bila dah nak bayar, barulah nak laksam, barulah nak kuih. Punyalah lama terpacak depan kuih tu, tak mahu pulak ambil grrrrrr. Luckily bukan anak 10 or else tak mustahil lebih 1 jam ... Beberapa kali orang gerai tu pandang I dan I dapat rasakan dia kesiankan I tunggu lama.

Sebaik sahaja I meninggalkan gerai nasi kerabu tu, terasa satu titisan air dari atas. Nak hujankah? Tapi langit tidak pula mendung kelabu. Then, I beli air. Sebaik sahaja I membayar duit air, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Hah sudah...I tak bawa payung. Terpaksa menumpang teduh di gerai air itu. Pada mulanya, saya merancang untuk menunggu sebentar sehingga hujan redha kalau tidak berhenti. Malangnya, hujan semakin lebat dan tapak pasar malam itu mula digenangi air. Geli I tengok air gelap. Tanpa membuang masa saya terus meredah hujan lebat kira-kira 150m ke parkir kereta. Sangat sukar mengharungi hujan lebat ditambah pula air yang memenuhi jalan. Baju lencun, selipar licin dan kerap nak tertanggal. Tapi saya tetap control macho. Macam best pulak bermandikan hujan. Lagi 30m dari kereta, pemandangan saya semakin kabur. Tapi saya tetap gagahkan kaki melangkah.

Sampai ke kereta.......alamak!!!!!! my car key fob tidak berfungsi grrr. Banyak kali ku cuba tekan button unlock...hmm sia-sia. Lencun sudah satu badan. Walaupun tahu akibatnya, maka saya buka pintu kereta secara manual. Maka...there goes the loud beeping car alarm........Takpe-takpe...masuk kereta cepat2. Try tekan remote tak berjaya juga, alarm tetap berbunyi grrrrrr. Cuba masukkan kunci dalam ignition, pun tak dapat nak hentikan alarm. Lagi bengang, kereta pun tak boleh nak start. Akhirnya, tak sampai 5 minit, alarm berhenti sendiri. Saya cuba start kereta tak boleh juga. Bila buka pintu kereta, there goes the alarm again grrrrrrrrrrrrrr.

Huhu nak buat apa ni........tenang- tenang. Ok..I called the car workshop owner. Hish si LIm ni kat tempat lain. Dia suruh call kawannya. Pun hampeh, tak menjawab panggilan. Hmmm.....think think. Nak minta tolong famili jauh :(. Nak call kawankah? Siapa?  Kawan baik pun balik kampung.  Ada juga rakan lain. Tapi tak nak ganggu dan menyusahkan orang petang-petang. Apa pulak kata hubby/wife mereka. Segan nak minta tolong orang yang tidak dikenali yang pi/balik ke/dari pasar malam. Takut juga nak minta tolong pekerja kilang yang berdekatan. Rasa sedih pun ada, beginilah nasib when you're alone...totally on our own. Hmm...Alhamdulillah dapat ilham, bukankah 3 block away from the car parking, ada workshop...ada dua kot. Tapi hari ni Sabtu, dah petang, tolonglah jangan tutup. Hujan dah berhenti, tapi baju tetap lembap. Hmm...segan jugak nak berjalan keluar. Rambut melepek...selamba je la. Luckily pakai dark t-shirt and jeans, so kuranglah segannya. Alhamdulillah workshop masih beroperasi. So, minta pekerjanya pergi ke tempat parkir kereta dan saya pun kembali semula ke sana.

Tak sampai 10min pekerja workshop pun datang. Bila buka pintu kereta, maka terpekik terjerit lah si alarm itu. Si pekerja suruh I to turn the car on, then dia pi buka pintu penumpang depan, dan tekan sesuatu di bawah dashboard compartment. Berhenti juga alarm tu. Alhamdulillah. Next he asked me to start the car and walla........hidup kembali keto den.

Mako den mintak dia ajar camno nak stopkan alarm tuh :

1. Turn the car on (masukkanlah dulu key in ignition)
2. Press the red button below the dashboard compartment
(that reset button depends on your car model)
3. Start the car............

Lepas tu, sempat lagi I pi beli 2 bidang tikar dengan total harga sebanyak RM130. Penat I fikir apa penjodoh bilangan untuk tikar, helaikah? kepingkah, dah 3 minit baru teringat bidang kot hehhehe. Sebidang tikar buluh kecil (5X5.5 feet2-harga asal RM50).


 Sebidang lagi buluh halus (6x6.5 ft2-harga asal RM120).


Harganya mahal compared to Nilai3. I beli kat Nilai yang saiz lagi besar pun RM60 je. Tapi tak tahu bila nak balik kampung. Lagi cepat I uruskan hamparan lantai untuk rumah dan ofis, lagi cepat saya berasa tenang, lagi mudah I nak siapkan kerja yang bertimbun ;).

Lepas mandi dan solat, I tak sabar-sabar nak letak tikar bawah meja. Semestinya terkial-kial nak alihkan meja sensorang. Siapa lagi yang nak tolongkan, hanya kudrat me, myself and I lah ;). Asalnya meja tu begini.


Bunganya tiada coz dah hantar balik kampung 4 tahun dulu hehhehe. Tapi, hasil dari misi pertama ke NIlai3, I serlahkan dengan bunga baru


 Semasa berkemas-kemas bulan lepas, I terjumpa pulak alas pinggan...maka bubuh pi lah hehhehe


Dan beginilah keadaan sebelum di ganti tikar. Tikar lama yang telah lusuh, malah agak suram bila banyak warna coklat.


Tapi bila dah ganti tikar...I rasa fenin pulak bila tengok my dining area coz macam too heavy...fierce and so many stripes. Tapi malas pulak nak ambil gambarnya. Bunga tu pun macam tak sesuai je kat situ. Lantaklah janji ada bunga hehehhe.

Apapun bila makan nasi kerabu I taklah fenin hehhehe


 Sorrylah, tu gambar nasi kerabu bulan lepas hehhehe..........

Oklah nak tengok ABPBH 2013....
Awat pengacara macam buhsan, sudah hilang taringkah???
Lawaklah si Rafidah tu -nak poie sawah ko poie tunggang kudo :P..........   

update at 11.53pm:
Aiyo...Che'Ta...awat hangpa lupa umum nama calon? Tau2 umumkan pemenang je. Kesian calon yang tak tersebut namanya...

Tahniah Shaheizy Sam...Yeay!!!...jangan biarkan Aaron menang :P....buhsan dengan dia. Alangkah bestnya jika Adi dan Nora menang.......

Thursday, April 4, 2013

My style of exercise

Bangun awal pagi, semangat begitu membara untuk bersenam. Pastinya mau join program senaman di TV untuk dapat lebih momentum. Tapi tetiba lapar pulak....


Hmm..begitulah cara saya bersenam...having brekky while watching exercise program :P.

Tu cerita bulan lepas, keinginan ada, pelaksanaan tiada. My brother words made me furious with him and myself
"Aku tengok ko makin tembam"
Maka bermula Rabu minggu ni, pepagi I buat senaman perut for about 10-15 mins. This morning, I ikut video di youtube for about 20 mins, then buat sikit ikut program di channel 728, finally buat senaman perut. Guess what? My friend and I went for one hour brisk walking this evening starting from 5.50pm. Balik rumah, sambung buat senaman perut. Tapi punyalah tak senonoh lepas tu pi bantai minum ni ha.........


Tetiba I rajin pulak berblogging kan. Lepas exercise, bolehlah jenguk blog jap. I have to push myself to do it or else I tend to forget whatever I have done. I tak larat nak tulis in my corporate diary.  So, this blog helps me to check on something later on.

Anyway, what a hectic day today. From 9-11.30am, I prepared the assessment form for my customer. Definitely, I got distraction from my colleague and today one of them suggested to me to watch mind power video on youtube. Kinda like -imagine it, strive for it and we achieve it. Imagine kita meraikan majlis konvokesyen with family and supervisor, Insha Allah akan tercapai. It's good input for our life but this video can wait during this critical time.

Later, I got appointment with customer from 12-1pm. Since I got long discussion with the first group and then I have to wait the input from the second group due to area of interest changes, this meeting ended around 2pm. Lapo giler....Then I wanted to pray and go out for lunch. Unfortunately my boss's PA came and asked me to provide the evidence for the error in my colleague's data entry. I have to handle that data entry since she is on maternity leave, even though I know nothing about that project. Blank and blur sekejap dalam keadaan lapar. Mana nak cari ? some of the evidence ada dalam my lappy di rumah. Okay, ada yg I dah email pada boss. Dia tak perasanlah tuh. Previously I had difficulty to key in that data due to system error. Once that problem was solved, there was another error due to unmatched record.  So, I have to go through the raw data manually in order to provide the evidence that the system read/interpret the raw data wrongly. Huh! teknologi yang menyusahkan bukan yang memudahkan. Then, kena turun tingkat bawah nak photostat raw data and print other evidence from email. Siap highlight kan untuk memudahkan my boss.

Bila balik ke office nampak pulak my colleague yg nak pindah di wing kami. Dia contact cleaner untuk bersihkan bilik dia, tapi cleaner tak angkat phone pulak. So, I invited her to come in my room and offered myself to contact the cleaner. Jawab pulak minah tu. So, satu hal pulak nak tunggu cleaner. Akhirnya, bolehlah saya pi ambil wuduk. Balik dari wuduk ada kawan lain pulak bertanyakan pasal isu bilik. Selesai je solat dalam keadaan tanpa mekap dan rambut serabai, staf yg uruskan penempatan bilik kami pulak nak jumpa I. Selain membebel pasal isu bilik, he gave me senarai bil berkaitan rumah yang dia telah bayarkan sepanjang ketiadaan saya dahulu.....mencecah  RM600 huhuhu.  Hutang..hutang perlu dibayar segera.

Akhirnya sekitar 4.10pm barulah saya keluar nak pi lunch. Hahhah dah petang baru dapat lunch....nasi goreng daging merah dan air tembikai ya...........


Wednesday, April 3, 2013

Oh! My coffee table

Hari Senin kami membebel pada 'auditor' pasal kemudahan, hari selasa dapat pulak lappy hehhehe. Itupun setelah di'laser'kan oleh my colleague. Walaupun model zaman tok kadok, jadilah daripada tiada lansung. Beggar can't be chooser huh...

After lunch, I pi TM Point. I dapat surat lawyer dari Kelantan you. Gara-gara bil berjumlah Rm62 yang telah lama tertunggak. Bil apatah I pun tak tahu. Tapi akaun tu di Pulau Pinang. Bayaran terakhir sebanyak RM900 plus pada Julai 2001. Telefonlah kot. If so, itu hutang my ex-housemate. Lagipun I left Penang on March 2000. If I'm not mistaken pemilik akaun tu dah ditukar kepada my friend at the end of 2000. Camno it was still under my name? Luckily boleh bayar walaupun dah melebihi dari tarikh yg diberikan. Tengoklah guano nanti..halalkan je kot. Tak kuasa nak minta her contact number dari abangnya who is my FB friend.

Owh lupa, sebelum tu I pi kedai perabot, bertanyakan coffee table dan consul table yang kononnya taukeh dah order. Yelah I punya cofee table dah togel begini


Tidak...bukan glass top pecah, tapi tertanggal............


Dah alang kepalang tu teringin juga nak consul table menggantikan this rack.


Alih2, taukeh tu boleh tanya I pulak apa yg I dah order. Apa maksudnya? Dia dah lupa lah tu. I nak perabot berwarna cappucino iaitu 2x 2 square ft coffee table (RM180) and 1x2.5 consul table(RM120). Unfortunately, both items that are in stock are oak in color. Pulak tu that so called coffee table bila diamati adalah side table coz higher than ordinary coffee table. Lagi sedih, bila tauke called supplier, pun out of stock. Ok kita tunggu lagi sebulan just in case there is any new item.

Hmm..teringat pulak almari baju tak muat nak menampung baju yg digantung. Bila jenguk2 almari baju tak tahu nak pilih yang mana pulak. I have to consider the suitable color and the most important thing is the dimension to avoid my small bedroom looks smaller. Tak mahu fenin, I balik je la hahahha. Eh! tak I pi town jap nak draw duit, ambil baju and beli air. Tak berani I nak minum air dari paip karat. On the way back to office sempat singgah kedai letrik mencari microwave oven. Tapi as usual tiada model yg I berkenan, kalau berkenan tak mampu. Haritu ada iklan Giant, digital microwave oven for RM189. Bila p, takde pulak grrrrrrrrr..............

6.15pm baru kuar ofis. Konon nak beli laicikang, alih2 terbeli nasi goreng ikan masin. Sempatlah I melantak foodies ni sambil menonton Cinta Di Abu Dhabi Episod akhir. Bukannya ikut sangat pun cerita ni coz rasanya awal2 dulu buhsan. Huhu camnalah nak dapatkan calorie deficit. Dahlah tak exercise, malam2 makan dengan seleranya. Currently memang dah 50kg. Baju kurong lama still boleh pakai, tapi kainnya yang tak muat. Burok bebeno kat bahagian abdomen tuh. Kebaya jangan tanyalah kan. So, either kurangkan berat badan or beli/buat baju baru. Nampaknya buat masa ini I prefer the second option ;).....Haritu pi Jakel. Ingatkan beli kain tuh RM150 sepasang..alih2 bila dah potong RM250 grrrrrrrrr..............Lagi sakit hati last week ada school holidays sale....Redha je la terbeli yang mahal.

Harini pulak, I kalut nak meeting dengan 'auditor' sampai terlupa punch in....Aiyo...baru je semalam I add reason via online for not checking out for 2 days.  Alih2 harini lagi teruk lupa check in. Bila sampai office, my colleague called me just to tell that the Parliment is dissolved. Dia siap tengok live streaming. Whatever it is, kerja yg sepatutnya dah siap semalam masih lagi tak siap sehingga hari ini. Huhu..mengalami kesukaran untuk mendapatkan momentum selain masih terkial-kial mengikut spesikasi yg telah ditetapkan. Itu tak termasuk orang-orang yg asalnya hanya bertujuan menjenguk sekejap. Tak pasal2 berdiri hampir 1 jam pok pek pok pek di depan pintu. Sedar2 dah 6.40pm. Sesudahnya, I balik lewat dan solat lambat.






Tuesday, April 2, 2013

Semut dalam kain

Semalam I kena keluar awal dari rumah di kampung. I ada meeting at 9.30am. Sebaik sahaja azan subuh tamat, terus saya solat, then bersiap. Dah mak siapkan teh dan roti bakar perlulah sarapan juga, walaupun saya sebenarnya nak cepat. Tepat 6.24 pagi kereta I meluncur keluar dari perkarangan rumah. Terkejut I bila melihat begitu banyak kereta di persimpangan menuju KLIA, lagilah rimas dan risau ketika terpaksa melalui roundabout. Maklumlah I ni bukannya nampak sangat drive bila waktu gelap dan silau pula dengan cahaya lampu kereta :(. Dalam pada perasaan bercampur baur tu tetiba terasa satu gigitan kecil di peha. Hah! sudah..ada semut pulak merayap dalam kain. Camna nak buang???Perlulah di gosok2 je kain tu sambil memandu grrrrrrrrrrrr............

Di ELITE, walaupun kereta banyak, trafik bergerak lancar. Cuma ada sesetengah driver yang memandu di lorong tengah, tapi bawak macam siput grrrrr. Kalau nak jadi siput pi la lorong kiri. Ni tak termasuk lori yang secara tetiba-tiba mengubah arah ke laluan tengah. Nak pi lorong kanan, I phobia, tau2 je ada kereta meluncur laju di belakang siap bagi high flash light lagi.

Bila sampai Shah Alam, I dah tak berani ikut GUTHRIE, gara-gara haritu tersesat sampai ke UITM Puncak Perdana huhuhu. So, I lebih rela ikut NKVE. As expected sebaik tiba di NKVE pada kira-kira 7.07am, sangatlah susah nak masuk ke highway itu walaupun di lorong kiri. Trafik sangat perlahan. Sakit kaki walaupun memandu kereta automatik. Ada pemandu kereta selamba je memandu di lorong kecemasan. Maka, dari 3 lane menjadi 4 lane. Alhamdulillah selepas susur keluar ke Subang Jaya kira-kira 7.16am, trafik kembali lancar. Terasa lega sangat bila kereta saya sudah berada di lebuhraya Utara selatan dan lalu dibawa jejantas Sungai Buloh kira-kira 7.22am. Memang rasanya boleh nak  melompat-lompat atau menari di lebuh raya arah utara. Yang kesiannya pada sesiapa yang menuju KL. Trafik sesak berhimpit-himpit dari susur keluar Sungai Buloh. Belum masuk KL lagi tuh...masih di highway Utara Selatan pun dah sesak gitu.........

Alhamdulillah saya sempat menghadiri mesyuarat itu. Tengahari pulak walaupun saya dah ada plan lain, tiba-tiba boss saya minta temankan kawan untuk di Audit grrrrrrrrrr. Ok...ok think positif. Jangan stress. Petang pun sama, semua plan saya terbantut gara-gara kawan datang di ofis pulak. Sesudahnya punch out nearly 6.15pm.