Sunday, April 7, 2013

Aku, hujan, car alarm dan tikar

Hari Sabtu petang I pi pasar malam mencari nasi kerabu dan cendawan goreng. There was a couple dengan dua orang anak ni punyalah lama memilih lauk untuk nasi kerabu. Anak dia siap berangan lagi tu, walaupun dipanggil beberapa kali dek mak pak nya. Sebelum orang yang jual tu sediakan their food, depa dah tanya anak depa nak lauk apa, semasa orang tu dok ambil lauk pun depa sibuk tanya anak depa lagi, terpaksa orang gerai tu tunggu.  Bila dah nak bayar, barulah nak laksam, barulah nak kuih. Punyalah lama terpacak depan kuih tu, tak mahu pulak ambil grrrrrr. Luckily bukan anak 10 or else tak mustahil lebih 1 jam ... Beberapa kali orang gerai tu pandang I dan I dapat rasakan dia kesiankan I tunggu lama.

Sebaik sahaja I meninggalkan gerai nasi kerabu tu, terasa satu titisan air dari atas. Nak hujankah? Tapi langit tidak pula mendung kelabu. Then, I beli air. Sebaik sahaja I membayar duit air, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Hah sudah...I tak bawa payung. Terpaksa menumpang teduh di gerai air itu. Pada mulanya, saya merancang untuk menunggu sebentar sehingga hujan redha kalau tidak berhenti. Malangnya, hujan semakin lebat dan tapak pasar malam itu mula digenangi air. Geli I tengok air gelap. Tanpa membuang masa saya terus meredah hujan lebat kira-kira 150m ke parkir kereta. Sangat sukar mengharungi hujan lebat ditambah pula air yang memenuhi jalan. Baju lencun, selipar licin dan kerap nak tertanggal. Tapi saya tetap control macho. Macam best pulak bermandikan hujan. Lagi 30m dari kereta, pemandangan saya semakin kabur. Tapi saya tetap gagahkan kaki melangkah.

Sampai ke kereta.......alamak!!!!!! my car key fob tidak berfungsi grrr. Banyak kali ku cuba tekan button unlock...hmm sia-sia. Lencun sudah satu badan. Walaupun tahu akibatnya, maka saya buka pintu kereta secara manual. Maka...there goes the loud beeping car alarm........Takpe-takpe...masuk kereta cepat2. Try tekan remote tak berjaya juga, alarm tetap berbunyi grrrrrr. Cuba masukkan kunci dalam ignition, pun tak dapat nak hentikan alarm. Lagi bengang, kereta pun tak boleh nak start. Akhirnya, tak sampai 5 minit, alarm berhenti sendiri. Saya cuba start kereta tak boleh juga. Bila buka pintu kereta, there goes the alarm again grrrrrrrrrrrrrr.

Huhu nak buat apa ni........tenang- tenang. Ok..I called the car workshop owner. Hish si LIm ni kat tempat lain. Dia suruh call kawannya. Pun hampeh, tak menjawab panggilan. Hmmm.....think think. Nak minta tolong famili jauh :(. Nak call kawankah? Siapa?  Kawan baik pun balik kampung.  Ada juga rakan lain. Tapi tak nak ganggu dan menyusahkan orang petang-petang. Apa pulak kata hubby/wife mereka. Segan nak minta tolong orang yang tidak dikenali yang pi/balik ke/dari pasar malam. Takut juga nak minta tolong pekerja kilang yang berdekatan. Rasa sedih pun ada, beginilah nasib when you're alone...totally on our own. Hmm...Alhamdulillah dapat ilham, bukankah 3 block away from the car parking, ada workshop...ada dua kot. Tapi hari ni Sabtu, dah petang, tolonglah jangan tutup. Hujan dah berhenti, tapi baju tetap lembap. Hmm...segan jugak nak berjalan keluar. Rambut melepek...selamba je la. Luckily pakai dark t-shirt and jeans, so kuranglah segannya. Alhamdulillah workshop masih beroperasi. So, minta pekerjanya pergi ke tempat parkir kereta dan saya pun kembali semula ke sana.

Tak sampai 10min pekerja workshop pun datang. Bila buka pintu kereta, maka terpekik terjerit lah si alarm itu. Si pekerja suruh I to turn the car on, then dia pi buka pintu penumpang depan, dan tekan sesuatu di bawah dashboard compartment. Berhenti juga alarm tu. Alhamdulillah. Next he asked me to start the car and walla........hidup kembali keto den.

Mako den mintak dia ajar camno nak stopkan alarm tuh :

1. Turn the car on (masukkanlah dulu key in ignition)
2. Press the red button below the dashboard compartment
(that reset button depends on your car model)
3. Start the car............

Lepas tu, sempat lagi I pi beli 2 bidang tikar dengan total harga sebanyak RM130. Penat I fikir apa penjodoh bilangan untuk tikar, helaikah? kepingkah, dah 3 minit baru teringat bidang kot hehhehe. Sebidang tikar buluh kecil (5X5.5 feet2-harga asal RM50).


 Sebidang lagi buluh halus (6x6.5 ft2-harga asal RM120).


Harganya mahal compared to Nilai3. I beli kat Nilai yang saiz lagi besar pun RM60 je. Tapi tak tahu bila nak balik kampung. Lagi cepat I uruskan hamparan lantai untuk rumah dan ofis, lagi cepat saya berasa tenang, lagi mudah I nak siapkan kerja yang bertimbun ;).

Lepas mandi dan solat, I tak sabar-sabar nak letak tikar bawah meja. Semestinya terkial-kial nak alihkan meja sensorang. Siapa lagi yang nak tolongkan, hanya kudrat me, myself and I lah ;). Asalnya meja tu begini.


Bunganya tiada coz dah hantar balik kampung 4 tahun dulu hehhehe. Tapi, hasil dari misi pertama ke NIlai3, I serlahkan dengan bunga baru


 Semasa berkemas-kemas bulan lepas, I terjumpa pulak alas pinggan...maka bubuh pi lah hehhehe


Dan beginilah keadaan sebelum di ganti tikar. Tikar lama yang telah lusuh, malah agak suram bila banyak warna coklat.


Tapi bila dah ganti tikar...I rasa fenin pulak bila tengok my dining area coz macam too heavy...fierce and so many stripes. Tapi malas pulak nak ambil gambarnya. Bunga tu pun macam tak sesuai je kat situ. Lantaklah janji ada bunga hehehhe.

Apapun bila makan nasi kerabu I taklah fenin hehhehe


 Sorrylah, tu gambar nasi kerabu bulan lepas hehhehe..........

Oklah nak tengok ABPBH 2013....
Awat pengacara macam buhsan, sudah hilang taringkah???
Lawaklah si Rafidah tu -nak poie sawah ko poie tunggang kudo :P..........   

update at 11.53pm:
Aiyo...Che'Ta...awat hangpa lupa umum nama calon? Tau2 umumkan pemenang je. Kesian calon yang tak tersebut namanya...

Tahniah Shaheizy Sam...Yeay!!!...jangan biarkan Aaron menang :P....buhsan dengan dia. Alangkah bestnya jika Adi dan Nora menang.......

4 comments:

  1. Cantik design alas pinggan tu.

    ReplyDelete
  2. mmg suspen tahap gaban la kalo alarm kete berbunyi... kadang otomatik ni susah jgk kan.. manual yg senang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi satu hal...kereta tak boleh start pun satu hal. La ni memang guna manual je. Tak berani tanggung risiko.

      Delete