Petang tadi lebih kurang 6.40pm, rakan di sebelah bilik saya mengetuk pintu bilik saya dan memberitahu dia nak balik ke rumah. Saya hanya tersenyum bila melihat dia meninggalkan bilik saya. Saya merancang untuk menyiapkan kerja sebelum balik. Tiba-tiba saya tidak boleh fokus terhadap kerja lagi. Malah rasa semacam je. Bila keluar bilik, saya sangat terkejut bila mendapat tahu bahawa dua rakan yang lain telah balik ke rumah. Saya menjangkakan mereka masih lagi di office memandangkan semalam mereka berkerja sehingga lewat petang. Rasa yang semacam tadi lagilah menjadi bermacam2 bila terpaksa melalui koridor suram yang panjang seorang diri. Beberapa kali saya menoleh ke belakang. Bila masuk ke dalam lif, pelbagai imaginasi yang timbul. Hish!!! Nilah akibat pengaruh tv. Cepat-cepat saya bersandar ke dinding supaya saya boleh melihat segenap sudut lif. Rasa lega sangat bila pintu lif terbuka.
Bila keluar dari bangunan, saya lihat hanya kereta saya yang berada di kawasan parkir. Hmm...patutlah seriau semacam.
I was the last person in the building di petang Jumaat. Rasa seriau berubah menjadi tenang bila melihat keindahan alam selepas hujan .....
Ok..jangan fikir kisah penakut terlampau ini ya ;). Yang penting berdoa dan mohon perlindungan dari Allah.
Tengahari tadikan I pi beli barang kat supermarket. Grab itu, grab ini...tau-tau RM115.60 terpapar di skrin. Isk...isk apa je lah I beli. Barang2 tu hanya setakat 1/10 dari troli aje...No wonderlah duit gaji cepat habis. Then, teringin nak makan ayam kampung seperti yang diceritakan oleh seorang pensioner. Alhamdulillah jumpa...
A quarter chicken for RM9...what do you think? Is it reasonable price? Anyway, nasi, kerabu sayur campur, sambal bilis+belimbing+sambal belacan hanya RM1 tau....yang tu confirm murah.
kalau sorang berbaloi beli dan dpt rasa mcm2
ReplyDeleteya betul ....lagipun la ni memang tak larat masak pun
DeleteMhl nk mamps quarter chickn 4 rm9. Kopaklh kalo hari2 mkn cm nielh
ReplyDeleteayam tu besar...boleh 3 kali makan heheheh. Tapi kalau untuk sekali makan mmg boleh pokai la
Delete