Friday, July 31, 2015

Hari kelima

Ya baru hari ke-5 dengan tugas baru, I dah menangis lewat petang tadi.
Semput selalu, tak sempat nak bernafas
tiba2 datang kerja baru
tiba2 ada mesyuarat
Itu OK lagi.

Yang KO...
Apabila yg di bawah mengarah ketua yg tengah
Untuk minta info semua yg di tengah
Walhal dia sepatutnya minta terus pada setiap yg di tengah
Si ketua tengah bolehlah tolong kumpulkan
Tapi bukannya kejar setiap orang untuk minta info
Menambah luka
Emel petang khamis, nak jumaat
Menambah perit
Bila ada yg di tengah beranggapan bahawa si ketua memandai2 sendiri

Yang KO
Apabila ketua di bawah pun serupa
Minta ketua tengah menyampaikan apa yang dia nak
Alasannya susah jika terima info satu2
Dalam mesyuarat, yang ketua di atas putuskan
Ketua bawah maklumkan semua yg di tengah
Untuk hantar info pada ketua tengah
Ketua tengah kumpul dan hantar pada ketua bawah
Itu memang boleh diterima
Alih2 ketua tengah nampak ketua bawah tulis lain
Tetap nak ketua tengah yang sampaikan
Bila ditegur, katanya nanti  dia nak bincamg dengan ketua atas dan terus dia cabut wayar LCD
Alih2 dapat emel yg lagi menyusahkan
Alih2 dia call kononnya yang ketua atas nak ketua tengah yang isi info, bukan minta dari semua
Macam manalah nak isi semua, jika info yg ada bukan yg terbaru
Kononnya ketua atas kata mungkin 2/3 orang di tengah yg isi info kerana cuti hujung minggu
Habis tu ketua tengah tak perlu bercuti ke???
Betulkah ketua atas yg kata???
Emel lewat petang jumaat, nak info pagi isnin

Kalau benarlah ketua atas yg begitu
Terlupakah janji2 tak mau buat saya stress
Kalau memang ketua bawah dan orangnya mengambil kesempatan
Terimalah akibat dari doa2 orang yang jadi mangsa
Yang teraniaya

Itu kes dengan yg tetap
Kes dengan yg buat latihan pun sama
Malas, lembap, degil, buat tak kisah, buat2 lupa
Semua kena cakap, semua kena tegur
Semua kena ulang byk kali
Tak boleh fikir sendiri
Tiada common sense

Memang 5 hari ni balik around or after 7pm
Tadi sebak semula bila my friend call coz terkejut tengok my car masih ada di tempat parking
Just imagine perempuan, seorang diri, di bangunan yang gelap, di waktu senja.
Tutup lampu office gelap gelita
Seram sejuk lalu di lorong sunyi menuju ke lif dan di dalam lif

Thursday, July 30, 2015

Nasi ayam 3 hari



Bought this TCRS meal on sunday. Finished up the leftover on Tuesday.
Tapi nasi ayam nasir penang tetap juara...Dah tengah malam. Jom tido....

Wednesday, July 29, 2015

These three days ...

Beberapa hari ini, pelbagai berita yang mengejutkan timbul. Semalam misalnya, berita perlucutan jawatan TPM dan penamatan tugas peguam negara. Hari ini pula berita kebakaran ibu pejabat bukit aman.

Selingan:


Tu kisah dalam negara.
Aku pun ada kisah sendiri 3 hari ini.
3 hari yang memenatkan untuk orang baru bermula.

Hari-hari mesyuarat.
Hari-hari ada tugas baru.
Hari-hari ada info saat akhir yang perlu tindakan segera.
Hari-hari ada isu
Hari-hari balik 7pm

Isnin pagi menahan sabar apabila yang di bawah tak buat tugas yang diamanahkan sebelum cuti raya.
Isnin tgh ada yang minta semak kerjanya.
Isnin petang ada mesyuarat equipment.

Selasa pagi jumpa customer, kalut buat laporan equipment.
Tapi nak buat laporan perlu ada keputusan bersama JK. Maka, perlu buat meeting tergempar. Pun ambil masa lama kerana menunggu respons dan update dari orang yg sepatutnya uruskan.
Ada colleague kembali bertugas dan mengingatkan pasal tugasnya.
Selasa petang meeting untuk program dengan organisasi lain.
Ada colleague pula minta kepastian tentang tugasnya.
Ada colleague yang tiba2 nak resign menyerahkan tugas dengan pihak luar.
Pihak luar seems wanna exploit us in term of budget and allocation.
Talking about budget, it seems that we are shortage of that.
Ada colleague macam biasa jadi si kepoh isu yg tak pasti.

Pagi hari ini dimaklumkan saya salah kira budget but still tidak cukup huhu.
Staf sementara pula ponteng kerja, rakannya pula macam blur dan laporan yg ditetapkan pun x buat.
Datang pulak senior colleague kata nak bersara.
Aduh parah. Dipujuk utk stay sampai 1 'tempoh'.
Adoi kalut today.luckily cancel kursus.
Boss besar nak jumpa pasal jbtn lain perlukan khidmat kami. Mana boleh. Kami pun nazak coz yg resign n cuti bersalin. Dia berkeras. Tapi siapa? Disuruhnya yg junior. Tapi kasihan. Jika super senior malas dah nak layan. Akibatnya, pasti perlu replan huhu....tugas berat.
Then, siapa pula nk buat tugas lama I. Yg dia prefer, menolak. Katanya jawatan besar tapi tak mau pikul tanggungjawab. Bila dia nak juga, tapi orang tu dah ada jawatan lain. Boss ke2 suggest orang lain, tapi tak berkaitan dengan projek. At last boss besar suggest orang lain. Hahaha pasti si dia terkejut. Memang dia pun lama...Tapi yg buat I terasa juga bila ada statement...bukan buat apapun.
Tengahari kalut siapkan bahan perbincangan.
Petang meeting bahan.
Ada colleague so rude pandai2 buat keputusan sendiri nk discuss asing tanpa minta kebenaran chairperson. End up kami kena tolong dia juga, lama pulak tu.
Inform junior psl her task.luckily she is ok.
Lewat petang inform semua utk program ogn lain. Harap dpt respons coz sebelum ni no one bother.

Susah ditelan
Luahkan sahaja
Apapun lalui sahaja.

Sunday, July 19, 2015

Raya with durian and clinics

Eid mubarak
Have a blessing eid

Raya yang pasti panas badan
Selain musim panas berbahang
Pastinya kehangatan menikmati durian


Before raya sangatlah serabut dengan kerja. Hari selasa saya tak kira saya nak cuti juga. Nyesal tak packing baju awal. Lepas sahur baru kalut nak packing baju. Konon by 10am sepatut gerak balik kampung. Hmm...angan2 je la...masih dok kalut kemas rumah dan kemaskan baju yang terbiar 2 bulan kot. Bila nak tinggalkan rumah biarlah dalam keadaan yg kemas dan proper supaya kita balik nanti sejuk mata memandang walaupun berabuk hehe.

Dah sampai ELITE, melencong ke putra height untuk singgah butik yg selalu keluar as FB sponsored post. Susahnya nak parking kereta. At last parking jauh sikit. Beli satu pasang, dapat sehelai blouse free. Beli 3 pasang, dapat sepasang free.


Bila tengok display macam tak cantik. Bila tengok orang pakai cantik pulak haha. Cuba dan terus cuba. Sesudahnya nearly 2 hours there. Hmm...sampai bank islam sebelah tu pun kehabisan duit. nak bayar pun masih boleh tukar fikiran. Luckily adik sales assistant yg sweet tu sabar dan always smile.

On my way to the parking lot, I saw Azahra Cotton boutique...Hmm seems familiar. Menarik juga ada caftan, jubah selain baju kurung. Sweet pulak warna jubah ni


....tapi warna yg I suka, tiada saiz S pula coz I prefer jubah yang lebih longgar. Saiz xS macam ok juga cuma perlu potong bawah sikit


Hari rabu, sibuk jadi bibik. Seharian kemas/bersihkan/lap/kilatkan/sapu/mop ruang tamu pun tak habis...dari tingkap, perabot, langsir, lantai dan bunga.

Hari khamis sambung lagi ruang tamu dengan basuh/lap berhelai2 alas meja. Next, rumah tengah pulak. Sempat lari ke klinik. Balik sambung hiris daging. Tolong apa yg patut untuk rendang dan masak kuah kacang. Lepas berbuka kemas bilik adik pulak. Then baru sambung kemas famili area. Pinggan mangkuk gelas mysis punya urusan. Konon malam tu nk kemas my messy n dusty bedroom dan juga tambah rasa pada masakan yg kurang rasa, tapi pukul 10.30pm dah pengsan....

First raya, kalut tolong apa yg patut utk gulai ayam dan menambah rasa pada pd masakan semalam. Isi kuih dalam balang, pastikan ruang tamu dan ruang depan proper, barulah kemas bilik dan bersiap-siap...bukan untuk raya, tapi pi klinik. Luckily tetamu datang sejam selepas kami balik rumah. Surprising memang tiada tetamu datang selepas itu.

Second raya, hanya ada 2 families yg datang. Seronok juga saudara yang sudah lama tidak jumpa atau yang kita tak sangka akan berkunjung. Maka benarlah orang kata tetamu bawa rezeki. Rasa gembira dan lapang itu pun rezeki juga kan. Petang, we had appointment with specialist. Kesian specialist kena datang walaupun sibuk nak beraya.

Raya tahun ni hanya duduk rumah sahaja selain berulang ke klinik for 3 days in a row. Bila tiada kanak-kanak di rumah, memang tak rasa suasana raya di rumah sendiri mahupun rasa ingin mengunjungi sanak saudara. Lagipun kebiasaannya saudara mara tiada di rumah...mestilah pergi beraya kan. Tengok je facebook mereka. Sekejap gambar di highway, sekejap gambar bersama-sama saudara sebelah sana. Macam last year, kami pi dari satu rumah ke satu rumah, tapi tiada orang. Nak balik rumah, malas pulak. Pi garden/play ground bawa kanak2 tiba2 gerimis pulak...as a result, we ended up at pizza hut on second raya hehehe.

Third raya lagilah rasa hening kosong bila yang ada yang dirumah bergerak ke destinasi seterusnya. Takde mood nak buat apa2. The worst part when I fell off a broken chair...makan banyak sangat kot, sampai tak tertampung dek kerusi...opps...Esok nak pi berurut.





Sunday, July 12, 2015

Nasi kerabu petai

Setelah sekian lama, akhirnya  dapat juga menikmati nasi kerabu dengan bahan utamanya selain tumis, solok lada, daging goreng kunyit dan sambal petai ....


Berbaloi menunggu lama, peluh menitis sana sini dan kepanasan. But, next time I should omit budu as usual....sambal lada and tumis are good enough for my liking.

Thursday, July 9, 2015

Bubur lambuk vs Sambal Hitam & Terubok masin

Pastinya kombinasi yang meletop.





Itulah hakikatnya

Dalam 2 minggu ini iaitu sejak 24 jun 2015, saya serabut dan sukar membuat pilihan antara terima, cuba atau tolak. Saya berdoa mohon diberi petunjuk antara pilihan itu. Jika terima itu lebih baik, maka permudahkanlah. Jika tolak itu lebih baik, maka jauhilah aku dari perkara yang memudaratkan. Walau apapun pilihannya, pasti ada kebaikan dan kelemahannya,  pasti ada akibatnya sama ada baik atau buruk. Ada yang menggalakkan, ada juga yang cuba melemahkan semangat. Saya fikir dan terus fikir. Saya pertimbangkan satu-satu. Adakalanya hati kuat untuk mencuba, adakalanya nekad untuk menolak kerana rasa terhina. Adakalanya kecewa kenapa saya selalu dapat sesuatu yang tidak ingini, sedangkan apa yang diharapkan tidak diperolehi.

Saya solat istikharah, tetapi tidak dapat petunjuk dan jalannya. Di kala saya perlu sangat mengadu, memohon dan bersujud padaNya, tiba-tiba kembar saya muncul lebih awal dari waktunya. Minggu ini beban kerja semakin banyak, yang mengejar due date, format dan kandungan yang asyik bertukar, selain sukar mendapat kerjasama banyak pihak. Malah saya tidak berkesempatan dan tiada kekuatan untuk menulis surat. Sampai satu tahap saya tak larat nak berfikir dengan pilihan itu. Saya buntu. Lebih baik saya cuba siapkan kerja bertimbun itu berbanding sakit kepala berfikir. Lantaklah nak jadi apapun. Apa yang nak berlaku biarlah ia berlaku.
Hanya hadapi dan harungi.

Semalam, kata-kata kawan buat saya tersentak. Mungkin itulah petunjuknya. Saya perlu ingat bahawa Allah tidak akan menurunkan sesuatu yang saya tidak mampu.

Pagi ini, saya berjumpa seorang rakan yang pernah mengalami situasi yang sama. Kata-katanya buat saya tersedar. Sebenarnya, saya memang tiada pilihan. ITULAH HAKIKAT YANG SAYA PERLU TERIMA...Tiba-tiba timbul rasa kuat untuk mencuba dan redha dengan ketentuanNya.

Petang tadi, saya dikejutkan dengan berita tergempar dari rakan. Apa yang dia perlu hadapi lebih besar dari apa yang saya bakal hadapi. Saya patut bersyukur. Kami perlu terima hakikat, memang masanya sudah tiba. Hadapi, lalui dan nikmati. Insya Allah ada hikmahnya.

Tiba-tiba teringat kata-kata Dr. Siti Ujila ...Untuk mendapat magic dari impossible to possible, selain usaha 100%, kita perlu menjemput kejayaan dengan buat apa yang Allah suka.

Hari selasa, saya ada membuat sesuatu untuk orang lain. Walaupun tidak menerima ucapan terima kasih, dalam ramai itu pasti ada seorang dua yang mendoakan saya. Mungkin berkat doa mereka, menguatkan hati saya.

Hari ini, saya terserempak dengan seseorang. Dia mengucapkan terima kasih atas apa yang saya buat selama ini dan keikhlasan kata-katanya jelas terpancar di wajahnya. Memang saya tersentuh melihatnya...Apalah sangat yang saya buat, hanya sedikit nasihat dan rasa prihatin dan ambil berat terhadap sesiapa yang memerlukan. Kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita dipermudahkan.


Tuesday, July 7, 2015

Rezeki Ramadhan

Belum pun sempat mengagihkan apa yang niatkan, tanpa disangka tiba-tiba hari ini saya mendapat apa yang sudah lama diidamkan. Bukan satu, tapi dua....Alhamdulillah rezeki ...



Saturday, July 4, 2015

From Japan to Korea

Misi sebelum puasa....

Bento@Sushi King




Beef Bibimbap@Duboyo



Tteokbokki-rasa macam yong taufu



Japchae-ala suhun+daging goreng








Thursday, July 2, 2015

Big iftar

Bila balik lambat
Tiada idea nak masak apa
Sudah lewat untuk membeli dikedai
Maka, kita hubungi yang cepat dibuat dan dihantar
Cukup untuk 3 hari hahaha


Wednesday, July 1, 2015

Syukur

Kita tak mungkin boleh puaskan hati semua pihak.
Maka, tak perlulah nak melatah dan bersedih dengan kata-kata orang.
Mereka tidak pun pedulikan kita
Maka, tak perlulah menyiksa diri

Adakalanya, bila tidak tertanggung
Ada rasa ingin mati
Tapi bersediakah kita?
Cukupkah amal kita?

Adakalanya kita rasa kita saja yang bermasalah
Adakalanya kita rasa kita seorang dan sunyi
Tapi ada orang yang seorang diri, sebatang kara, sakit teruk, tak terurus dan ada masalah kewangan
Sunyi kita, sunyi lagi dia
Sedih kita, sedih lagi dia
Susah kita, susah lagi dia
Derita kita, derita lagi dia
Maka bersyukurlah ....
Nikmatilah
Hargailah yang di depan mata
Bukannya tercari2 apa yang tiada




Memang bukan aku

I was shocked to read a letter last wednesday the 24th.
Speechless
Empty
I feel like I lost my soul
Why me? Why me?
Lain yg disebut-sebut
Lain yg dipilih

Saya tak suka
dan saya tak pernah pegang pun
Saya tahu saya tak sesuai
Bukan jiwa saya
Yang semasa pun dah semput
Inikan pula yang besar
Lebih sikit pun, saya mudah tertekan
Tugas yang spontan, buat saya panik
Orang pertikai sikit pun, saya bengang
Orang bantah, saya terkebil-kebil
Yang tenang selalu
Yang cekap berfikir
Yang cepat bertindak
MEMANG BUKAN SAYA
Yang menonjol
Yang aktif
Yang produktif
Yang stabil
MEMANG BUKAN SAYA

Mengadu pada kawan1
maka berjujuran air mata
Mengadu pada kawan2
Dia pun terkejut
Tapi dia yakin saya boleh
Dia sudi membantu
Mengadu pada ketua
katanya dia tidak terlibat
Dia suruh cuba
Jika enggan
perlu cepat sebelum kosong

Esoknya, kalut berjumpa boss besar
Kalau saya enggan, siapa yg sesuai
Bila disarankan
Maka terbongkar kisah
Pilihan yang sepatutnya, lebih cekap bertindak
Awal lagi sudah beri amaran
Maka sayalah mangsanya
Macam biasa
Dipilih bukan sebab LAYAK
Tapi sebab orang lain TAK NAK
Boss suruh cuba
Boss suruh fikir
Dipesan juga
Jangan memaksa
Minta tolong dengan baik
Saya dalam dilema

DITERIMA
Maka harungilah beban
Hilanglah kebebasan
Hadaplah 1001 karenah
Keringkan hati untuk cacian
Pekakkan telinga untuk bantahan
Mungkin hilang kawan

DITOLAK
Mungkin masuk senarai hitam
sukar mohon bantuan
Lebih teruk terima beban lebih besar

Tengahari jumaat
Mengadu dengan kawan3
Bukan simpati yg dapat
Tapi mendengar kerisauannya
Petang jumaat
Kawan4 merisik
Berkecai niat untuk mengunci mulut
Sekali lagi bukan nasihat yang diterima
Tapi menadah telinga akan kebimbangannya
Sama-sama bimbang dengan apa yg bakal dipegang
Siapa yg lebih sesuai?
Yang selalu naik pentaslah
Malam jumaat
Kawan5 sudah tahu dari sumber lain
Aduhai
Siapa lagi yang sudah tahu?

Hari Sabtu
Kawan4 kata
kalau pegang,
biarlah tak rasa itu beban

Hari Ahad
Kawan5 meninggi suara bila saya tak faham
"Faham tak! Faham tak !"
Bila tidak bersama
Kawan4 kata
Kawan5 kalau ada title lebih sesuai pegang
Kerana boleh buat kerja

Lagilah hati yang tidak keruan menjadi enggan
Maksudnya orang nampak
Saya lambat faham
Saya mudah rasa terbeban
Saya tidak boleh buat kerja

Pagi Selasa
Kawan6 berjaya menyiasat
Dipesannya jika pegang
Perlu adil
Tengahari Selasa
Kawan senasib dihubungi
Dia cenderung untuk mencuba
Saya masih dalam dilema
Bila dirisik
Kawan7 dan Kawan8 pun sudah menyiasat
Biarlah
Asalkan tidak tersebar

Tengahari Rabu, 1 julai
Kawan 8 menepuk dari belakang
Mengucap tahniah
Bila dikhabarkan kegusaran
Katanya saya boleh...
Tapi
Be firm
Be fair
Petang rabu
Kawan6 jadi tempayan
Walau sudah dipesan
Hilang sudah kepercayaan.
Kepada Kawan9 pula mohon pandangan
Berhari2 menunggu dia terluang
Terubat sedikit hati luka
Galakan yang saya boleh buat
Dia sudi beri kerjasama
Masih perlu fikir
Hati sedikit tenang
Macam ada jalan

Tiba-tiba kawan5 pula membuka bicara
Terbukti saya bukan pilihan utama
Yang pilihan itu pandai agihkan kerja
sebab tu aktif, produktif dan berjaya
Tetapi
Yang pilihan itu ada byk program besar
Jika dia terima
Maka tiada pelaksanaan yang menguntungkan
Yang pilihan itu sudah ada perancangan kerjaya
Jika dia terima
Maka terbantut usaha kendirinya
Yang pilihan itu aktif di luar
Jika dia terima,
Maka, tidaklah organisasi menonjol dengan kerja luar
Maka boss pun akur

Kesudahannya,
Ambillah orang yang tiada potensi
Yang kononnya tak mungkin akan menaikkan nama organisasi...
Ya saya sedar diri
Tapi perlukah sampaikan kepada saya?
Lagipun memang masanya sudah tiba
Bukan tiada yang lebih lama,
tapi ada yang dlm langkah terakhir
utk mendapat panggilan
tapi ada yang macam halimunan
Ada pulak yang kurang sihat
Ya saya tahu itu semua
Tapi perlukah diingatkan saya lagi
Malah saya mengaku
saya pun adakalanya macam halimunan
Tapi perlukah disebut
Kononnya saya jadi 'kelihatan'
kerana duduk bersama dua orang yang ada 'tarikan'.
Memang tidak disangka
Owh begitu rupanya pandangan kawan5
Walaupun pilihan ke2
Hakikatnya, bukan sebab faktor diri saya juga ya
Tapi sebab aura orang lain
Hmm...dia tidak perasan
Saya sudah lama tidak bersama mereka yang menarik itu

Sudahlah berat nak buat pilihan
Susah juga nak buat keputusan
Ditambah pula tanggungan terkini
Sakitnya hati mendengar kata2 rakan sendiri
Bukannya sokongan yang dapat
Tapi melunturkan semangat
Keliru
Siapa dia?
Rakan atau lawan
Belum pun pegang
Sudah terima dugaan

Jika diperhati
Ramai yang menggalakkan untuk cuba
Ramai juga yang mencucuk untuk tolak
Tidak secara terang-terangan
Ada juga yang makan dalam

Yang menjadi mangsa orang pentingkan diri
AKU
Yang terpaksa terima
AKU
Yang merasa terhina
AKU
Inilah
NASIBKU

TERIMA KASIH
TERIMA KASIH SEMUA
YANG SIBUK MENGEJAR
KEJARLAH SETINGGI LANGIT
ABAIKAN
ABAIKANLAH ORANG KELILING
YANG TIDAK ADIL
PADA YANG BUKAN SESIAPA
SELAMAT MENGHADAPI HARI MUKA
YANG MEMANG TAK SUKA SAYA PEGANG
TUNGGU SAHAJA BILA KITAR ANDA TIBA












Sukarnya nak buat pilihan

Beli dan masak

Nak beli atau masak juadah berbuka terpulang kepada masing-masing. Bagi yang single dan tak sempat nak masak, nak jimat masa, tenaga dan duit selain teringin menu yg sukar nak dimasak sendiri bolehlah beli sahaja. Tapi jika tiba-tiba datang angin nak makan yang simple dan bahannya memang ada di rumah atau dikedai kecil berdekatan rumah, silalah masak sendiri.

Antara menu untuk berbuka yang sempat di snap.


Nasi ayam beli.


Sambal bilis semestinya masak sendiri.


Then 2 hari berbuka di hotel coz ada kursus from 26-28 jun. Malu nak ambil gambar haha. Selain tiada mood coz mana2 food station ramai org sampai nk berjalan pun susah.

Ayam kicap, masak lomak rebung dan sambal strawberry ikan masin...semua beli.


Leftover rebung n buncis kicap n telur mata bersepai haha. Dah hari ke2 baru I jumpa serpihan ayam dalam masak lemak rebung tu, ingatkan kosong takde remcah. Mesti ayam besar2 dh kena pilih dek customer lain. Yang telur dan buncis tu takkan beli kot.