Eid mubarak
Have a blessing eid
Raya yang pasti panas badan
Selain musim panas berbahang
Pastinya kehangatan menikmati durian
Before raya sangatlah serabut dengan kerja. Hari selasa saya tak kira saya nak cuti juga. Nyesal tak packing baju awal. Lepas sahur baru kalut nak packing baju. Konon by 10am sepatut gerak balik kampung. Hmm...angan2 je la...masih dok kalut kemas rumah dan kemaskan baju yang terbiar 2 bulan kot. Bila nak tinggalkan rumah biarlah dalam keadaan yg kemas dan proper supaya kita balik nanti sejuk mata memandang walaupun berabuk hehe.
Dah sampai ELITE, melencong ke putra height untuk singgah butik yg selalu keluar as FB sponsored post. Susahnya nak parking kereta. At last parking jauh sikit. Beli satu pasang, dapat sehelai blouse free. Beli 3 pasang, dapat sepasang free.
Bila tengok display macam tak cantik. Bila tengok orang pakai cantik pulak haha. Cuba dan terus cuba. Sesudahnya nearly 2 hours there. Hmm...sampai bank islam sebelah tu pun kehabisan duit. nak bayar pun masih boleh tukar fikiran. Luckily adik sales assistant yg sweet tu sabar dan always smile.
On my way to the parking lot, I saw Azahra Cotton boutique...Hmm seems familiar. Menarik juga ada caftan, jubah selain baju kurung. Sweet pulak warna jubah ni
....tapi warna yg I suka, tiada saiz S pula coz I prefer jubah yang lebih longgar. Saiz xS macam ok juga cuma perlu potong bawah sikit
Hari rabu, sibuk jadi bibik. Seharian kemas/bersihkan/lap/kilatkan/sapu/mop ruang tamu pun tak habis...dari tingkap, perabot, langsir, lantai dan bunga.
Hari khamis sambung lagi ruang tamu dengan basuh/lap berhelai2 alas meja. Next, rumah tengah pulak. Sempat lari ke klinik. Balik sambung hiris daging. Tolong apa yg patut untuk rendang dan masak kuah kacang. Lepas berbuka kemas bilik adik pulak. Then baru sambung kemas famili area. Pinggan mangkuk gelas mysis punya urusan. Konon malam tu nk kemas my messy n dusty bedroom dan juga tambah rasa pada masakan yg kurang rasa, tapi pukul 10.30pm dah pengsan....
First raya, kalut tolong apa yg patut utk gulai ayam dan menambah rasa pada pd masakan semalam. Isi kuih dalam balang, pastikan ruang tamu dan ruang depan proper, barulah kemas bilik dan bersiap-siap...bukan untuk raya, tapi pi klinik. Luckily tetamu datang sejam selepas kami balik rumah. Surprising memang tiada tetamu datang selepas itu.
Second raya, hanya ada 2 families yg datang. Seronok juga saudara yang sudah lama tidak jumpa atau yang kita tak sangka akan berkunjung. Maka benarlah orang kata tetamu bawa rezeki. Rasa gembira dan lapang itu pun rezeki juga kan. Petang, we had appointment with specialist. Kesian specialist kena datang walaupun sibuk nak beraya.
Raya tahun ni hanya duduk rumah sahaja selain berulang ke klinik for 3 days in a row. Bila tiada kanak-kanak di rumah, memang tak rasa suasana raya di rumah sendiri mahupun rasa ingin mengunjungi sanak saudara. Lagipun kebiasaannya saudara mara tiada di rumah...mestilah pergi beraya kan. Tengok je facebook mereka. Sekejap gambar di highway, sekejap gambar bersama-sama saudara sebelah sana. Macam last year, kami pi dari satu rumah ke satu rumah, tapi tiada orang. Nak balik rumah, malas pulak. Pi garden/play ground bawa kanak2 tiba2 gerimis pulak...as a result, we ended up at pizza hut on second raya hehehe.
Third raya lagilah rasa hening kosong bila yang ada yang dirumah bergerak ke destinasi seterusnya. Takde mood nak buat apa2. The worst part when I fell off a broken chair...makan banyak sangat kot, sampai tak tertampung dek kerusi...opps...Esok nak pi berurut.
Assalamualaikum.. Boleh akak tau kat mana nk beli durian kt N 9? Peminat setia durian ni...😊😚
ReplyDelete