Dalam 2 minggu ini iaitu sejak 24 jun 2015, saya serabut dan sukar membuat pilihan antara terima, cuba atau tolak. Saya berdoa mohon diberi petunjuk antara pilihan itu. Jika terima itu lebih baik, maka permudahkanlah. Jika tolak itu lebih baik, maka jauhilah aku dari perkara yang memudaratkan. Walau apapun pilihannya, pasti ada kebaikan dan kelemahannya, pasti ada akibatnya sama ada baik atau buruk. Ada yang menggalakkan, ada juga yang cuba melemahkan semangat. Saya fikir dan terus fikir. Saya pertimbangkan satu-satu. Adakalanya hati kuat untuk mencuba, adakalanya nekad untuk menolak kerana rasa terhina. Adakalanya kecewa kenapa saya selalu dapat sesuatu yang tidak ingini, sedangkan apa yang diharapkan tidak diperolehi.
Saya solat istikharah, tetapi tidak dapat petunjuk dan jalannya. Di kala saya perlu sangat mengadu, memohon dan bersujud padaNya, tiba-tiba kembar saya muncul lebih awal dari waktunya. Minggu ini beban kerja semakin banyak, yang mengejar due date, format dan kandungan yang asyik bertukar, selain sukar mendapat kerjasama banyak pihak. Malah saya tidak berkesempatan dan tiada kekuatan untuk menulis surat. Sampai satu tahap saya tak larat nak berfikir dengan pilihan itu. Saya buntu. Lebih baik saya cuba siapkan kerja bertimbun itu berbanding sakit kepala berfikir. Lantaklah nak jadi apapun. Apa yang nak berlaku biarlah ia berlaku.
Hanya hadapi dan harungi.
Semalam, kata-kata kawan buat saya tersentak. Mungkin itulah petunjuknya. Saya perlu ingat bahawa Allah tidak akan menurunkan sesuatu yang saya tidak mampu.
Pagi ini, saya berjumpa seorang rakan yang pernah mengalami situasi yang sama. Kata-katanya buat saya tersedar. Sebenarnya, saya memang tiada pilihan. ITULAH HAKIKAT YANG SAYA PERLU TERIMA...Tiba-tiba timbul rasa kuat untuk mencuba dan redha dengan ketentuanNya.
Petang tadi, saya dikejutkan dengan berita tergempar dari rakan. Apa yang dia perlu hadapi lebih besar dari apa yang saya bakal hadapi. Saya patut bersyukur. Kami perlu terima hakikat, memang masanya sudah tiba. Hadapi, lalui dan nikmati. Insya Allah ada hikmahnya.
Tiba-tiba teringat kata-kata Dr. Siti Ujila ...Untuk mendapat magic dari impossible to possible, selain usaha 100%, kita perlu menjemput kejayaan dengan buat apa yang Allah suka.
Hari selasa, saya ada membuat sesuatu untuk orang lain. Walaupun tidak menerima ucapan terima kasih, dalam ramai itu pasti ada seorang dua yang mendoakan saya. Mungkin berkat doa mereka, menguatkan hati saya.
Hari ini, saya terserempak dengan seseorang. Dia mengucapkan terima kasih atas apa yang saya buat selama ini dan keikhlasan kata-katanya jelas terpancar di wajahnya. Memang saya tersentuh melihatnya...Apalah sangat yang saya buat, hanya sedikit nasihat dan rasa prihatin dan ambil berat terhadap sesiapa yang memerlukan. Kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment