Thursday, December 29, 2011

Bila Dhia di landa Ombak Rindu ....

Harini saya surf internet buat sekian kalinya to check dah ada ke belum Ombak Rindu online . Tetiba..e...eh...dah adalah. Apalagi pepahamlah..... Kalau tak silap from this link http://www.melvister.com/2011/12/tonton-ombak-rindu-full-movie-watch-online.html.
http://www.blogger.com/img/blank.gif

As usual, bila digembar gemburkan ia movie yang best sehingga diulang tonton oleh sesetengah orang, so I have high expectation for this movie. Unfortunately, I was quite disappointed with it. I don't know how to say it, but it just like 'kurang jiwa'. That remind me of Magika, my excitement blown away while watching it. Beli VCD ori tuh....

Hanya sedikit air mata yang keluar ketika menonton Ombak rindu. Sebaliknya ketika menonton Tentang Dhia episod akhir, air mata deras mengalir tanpa henti......hmmmmmm takdelah seteruk itu kan ;)..............Gigih aku refresh tenet nak cari kot2 dah ada orang upload episod akhir since 11pm OZ=8pm Malaysia. Kalau tak silap pada 12.30am OZ=9.30pm Msia baru aku jumpa di http://www.tv3.com.my/shows/drama/Tentang_Dhia.html. Boleh pulak si Tonton ni. Sebelum ni, bila nak menonton asyik kuar error message ke apatah..out of region. Tapi siapa yang tak sedih bila melihat Dhia rindukan Zikir....besar betul ujian yang ditanggung Dhia.....Rasa ending dah ok dengan perginya Dhia....cuma Owh abang Zikir ko pun pergi jua akhirnya...hmm macam kurang impak dan jalan cerita yang terlalu dibuat-buat.....Apa2pun Tentang Dhia memang penuh 'jiwa' dengan lakonan mantap. Ok jugak buat movie berbanding Cinta Ellysa tuh...........

Pegawai biasa je....

Aku: Dia pegawai besar ke...
MinahHebat: Biasa 'je'.....macam awak

Aku: Hello, kalau camtu, awak pun pegawai biasa je lah, coz kita pun tak banyak beza....


Psst............dialog akhir tu dalam hati je, I was speechless when people looked down on me again...yup this is not the first time..............

Laluan berbeza

Jika laluan kita mudah, kenapa perlu memandang rendah pada mereka yang terpaksa mengharungi laluan sukar?

Jika kita rasa kita hebat, kenapa kita tidak bantu mereka itu?

Adakah itu akan membuat kita rasa lebih hebat bila membiarkan mereka terus terkapai-kapai dan akhirnya lemas?

Sleeping with the enemy ............

Apakah itu?

Hish....siapalah punya katil yang bersepah tu......E...eh............apa benda yang gelap di tengah tu. Kita zoom sikit ya....................



Hah tak terperanjat ke, bila ko sedar dari tidur ko ternampak Cik Spider besar tidur bersama........or should I say nak study and sleeping together hehehe...Actually before aku tidur aku dah nampak spider ni kat dinding. risau jugak, tapi bila aku amati, ni bukanlah tarantulla mahupun the killing red spider, so aku malas nak layan....lagipun aku dah ngantuk sangat. Masa tu dah nearly 2am. Pukul 5am, nak bangun subuh and ready for boxing day sale......opss kantoi bangun subuh lambat. Anyway, I was so grateful, nothing happen to me...Tau tak that spider siap buat sarang lagi at the crumple paper next to my pillow..............Aku rasa spider tu sakit, bila aku tonyoh2 dia, dia gerak sikit je. Maka aku bungkus dah buang dalam waste bin hehehe.....

Psst...selain spider tu, korang tak perasan ke kertas-kertas yang banyak tu. Kira aku study mautlah from 24-26/12. Actually, aku jumpa beberapa artikel yang related to my work in early morning on 24/12 . So aku try nak fahamkan their model and evaluating it. Tapi susah sangat nak dapat the form as expressed in the literatures. Actually on that day sepatutnya aku pi shopping groceries and cuci mata for christmas sales before zuhur. Tapi end up aku pi lambat coz masih tak dapat the same expression. Kalau boleh tak mau pi shopping, tapi aku nak makan apa pulak nanti, woolies tutup 2 harikan. Balik shopping, aku kalut masak pasta in black pepper sauce.


Masa tengah masak ni, tetiba ada sorang mamat ni datang rumah nak borak. Hish masa ko ngintai kat tingkap dapur, ko tak nampak ke kakak ko ni tengah seksi pakai baju cap sleeve tshirt and legging. Nak tak nak kena bukak pintu jugaklah. Segan2 aku nak masak membelakangkan dia. Hish..free show je nampak lengan dan apa2 yang terbonjol.... Then aku mencari ketenangan di tepi pantai bersama kanda. Ingat nak berbual, tapi nampaknya tak berpeluang, lebih menjadi pendengar pulak hehhe. Malam tu aku sambung lagilah buat kerja sambil tengok movie sampai awal pagi.

On Christmas day, di kala orang lain sibuk beraya, berpiknik, aku sibuk ngadap kerja aku. By tengahari, aku dah dapat same expression with 2 literatures. So, bila start to compare with the third literature ada lain sikit pulak. I just wonder where certain terms comes from.....So dari siang sampai ke malam sampai ke awal pagi 26/12 dan sambung lagi lepas subuh aku dok mengadap tapi tak dapat2. Memang tak tahu apa masalahnya. So masa dalam train nak pi Bondi junction, aku saja buat semula benda tuh, This time I just used the same basic technique but I manipulated it differently......... Then, alhamdulillah I got it..............Itulah kan, 2 hari pulun I got nothing, but for about 10-20 minutes only ngadap dalam train, I managed to get it. Redha dengan ujian dan tidak putus asa mencuba dan jangan berhenti berdoa.............Alhamdulillah, ada hasilnya. So mestilah semangat nak pi shopping kan...cumanya tiada hasil as in the previous post ;)...............

Wednesday, December 28, 2011

What I did on boxing day ????

Hehehe...takkan aku pi bertinju pulak kan on 26/12/2011 ;))....Tapi rasanya memang rasa nak bertinju je bila mengharungi lautan manusia di Bondi Junction on that day. First time tu nak merasa boxing day sale. Yelah biasanya akhir tahun aku balik Malaysia kan. Berhasil ke?????

Keluar masuk Oroton, Coach, Myer, David Jones, Dick Smith=electrical appliances outlet, Pumpkin Patch, Cotton On, Quick Silver, French Connection dan hasilnya adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cranbery and choc macaroon.....First time tu dapat menikmati macaroon yang dibeli sendiri bukan sekadar merasa cebisan sample yang cinonit hehhee....

Tapi.............macaroon je ke? Iye cik Kiah woi..........Apa maknanya kalau sale 50-70% tapi kalau hanya certain item on sale, takpun kalau sale pun the price still high. Contoh masuk French Connection, harga bajunya masih aud70-100++ after sale. Begitu juga Myer, dengan tshirt Ralph Lauren and Tommy Hilfiger yang for me still mahal after sale. Takkan aku nak beli tshirt aud60-89...............In fact while I was in Quicksilver outlet, I heard an Oz lady said that it is ridiculous for a tshirt that cost aud50. Tu orang Oz tu, inikan pulak for me kan a student. Selain harga yang mahal and sale on few items only, ada juga faktor tak berkenan di hati. Memang excited masuk Oroton. Ada yang 50% discount. Tapi bila nak membeli, kenalah yang berpadanan dengan diri kita. For petite person, takkan nak beli yang besar bagak macam ini . aud245 you................ Biasanya hobo takde zip. Untuk yang ganas cam aku, mau nyer barang berterabur hehehe. Lagipun nak yang multipurpose(kedekutkan, kalau boleh nak guna satu bag je for office, travel and shopping hahhaa). Tapi kalau tgk design ini macam sesuai pulak all that purposes hehehe...

Kalau yang ini macam kecik pulak for aud 195,

Nak beli purse macam tak berbaloi pulak...yelah harga pun aud95-120, kok aud50 aku rembat. Eh ada.........coin purselah hahaha. Scarf Oroton memang 50% discount, tapi aud50 pulak. Banyak alasan pulak ek...........cakap je lah tak mampu. Tapikan bila sekejap tadi I tengok website Oroton, macam few items less than aud10 from the outlet hehehe.

Disebabkan tiada hasil di Bondi Junction, maka aku membawa diri ke Queen Victoria Building(QVB).
Nampak tak 3 storey high Christmas tree. Waduh........lagi ramai orang. Serabut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dahla kena beratur panjang. Contohnya Oroton


Actually que tu 3 kali ganda tau dari dalam gambar ni. Tak kuasa aku nak menyiksa kaki. Kami dapat jugak merasa pengalaman beratur for Coach, Nine West and Long Champ. Tapi si Juara panjang itu...mahal nak mamp....Leather purse pun aud250++....Handbag ribu riban hahaha...Kalau yang canvas tu takde pulak sale. Harga dari aud145 ++. Nyampah pulak bila the sales assistant berlagak nak mamp...ownernya sangatlah baik.............

Tuesday, December 20, 2011

Silikon untuk cantik !!!!!

Oppssssssssss.....bukan untuk jadi montok ya ;))...

2 minggu lepas kot, saya pi Westfields. Lama sungguh tak pi, rasanya this is the first time for this year. Yelah nak kena naik bas kan, pulak tu mana dapat student concession for NSWkan. Pusing-pusing dalam K-Mart ternampak


Ni untuk orang yang rajin ke dapurlah kan ;))...Silicone bakeware. Buat masa ni untuk orang yang tak berapa rajin, ianya selamat di bawah katil la kan :P.........

Selain bugs, dinosaur pun ada....


Train pun ada..tapi malas nak beli, rasa nyesal pulak. Apahal la saya pi beli gift box pulak kan...orang lain nak krismas, aku pulak nyibukkan....


Huish ada castle tuh hehehe....


Memula kanda tanya buat apa saya nak beli tuh. Saya cakap saja buat koleksi hehehe...Anak2 saudara mesti suka. Boleh juga sebagai hadiah pada adik ipar yang suka baking. Memang murahlah harga di K-mart nih. Bila masuk Big-W harganya jauh lebih mahal approximately AUD17 tuh.......Tak pasal2 kanda pun ikut terjebak hahaha...Maka kami berpatah balik ke K-mart. Cumanya kanda kata previously bila dia pakai round silicone bakeware her new housemate tanya selamat ke. Dia pun ada cakap something wrong sikit with her bakeware. Tapi bila aku cakap silicone tuh boleh maximum heat sampai 200 degree je, dia terdiam. Agaknya dah terlebih lah tuh hehhee.....Bila cerita dengan kawan, rupanya dia ada beli muffin tray kalau tak silap. Cumanya dia kata kat tepi tray macam meleper...so cupcake/muffin macam kembang kat tepi. Takpelah macam2 review pun..yang penting aku nak cuba dulu

Teringin sangat nak makan pop corn. Lagi2 bila ramai yang dok tayang Garrett dah ada di Malaysia. Tapi popcorn sini tawar hebeh kalau tidak masin. Yang ada jual di Reject shop pulak manis sangat. So, kenalah buat sendiri ;).................


Kenapa tetiba aku rajin update blog?

Sebabnya tadi dapat email spv aka boss ....so korang pepaham sendiri lah ya ;)...

Hi F..,

How are you doing? How is the ... paper going? I will be away from 23 Dec - 8 Jan. Will you be able to give me the paper to read while I am away?

Cheers,

N

Update at 8.41pm:

Tak boleh balik rumah lagi. Lapar giler.....kite makan hotcup currykat opis ek....

Monday, December 19, 2011

Tak tahu, tanyalah

Kawan kami yang baru berhijrah kerap update status dalam FB. Salah satunya mengenai Islam itu Mudah tetapi mungkin disalahtafsir dan dikomen pula oleh rakannya yang memberi contoh pemakanan. Maka, perlulah kita tinggalkan yang syubhah. Ketika itu terus saya terbayangkan KFC berdekatan tempat kami. Kalau saya tidak silap pada tahun lepas ada rakan kami yang mengatakan pembekalnya Steggles, maka mereka yakin untuk makan di sana. Teruja dengan cerita itu, saya menghubungi KFC Australia untuk mengesahkan sama ada pembekal ayam mereka adalah Steggles, mereka meminta saya menghubungi sendiri outlet KFC yang berkaitan kerana kemungkinan pembekal berbeza bagi setiap outlet. Usaha saya terhenti setakat itu sahaja.

Pada bulan October/November tahun ini ada rakan Muslim yang memberi saya burger KFC. Saya tak sampai hati nak tolak pemberiannya tetapi tiada keyakinan untuk makan, makan saya berikan kepada rakan Cina saya. Baru-baru ini saya mengikut rakan pergi ke shopping complex yang agak jauh dari tempat kami. Mereka juga makan KFC. Apabila saya tanya apa yang boleh dimakan, rakan saya berkata “kat sini kami makan je KFC” dan sekali lagi saya mendengar mengenai Steggles sebagai pembekal KFC. Terpulang kepada keyakinan masing-masing. Mereka yakin untuk makan, tapi saya memang mudah rasa was-was. Maka memang perlu saya elakkan supaya tidak jatuh haram hukumnya. Maka pada hari ini, 19 Disember 2011, saya menghubungi KFC yang berdekatan rumah kami, satu yang biasa dikunjungi rakan dan satu lagi di shopping mall di Bandar. Kedua-duanya mengatakan pembekal mereka adalah Ingham and the chicken is not halal.

Dan teringat pula cerita rakan yang mahu menjamu selera dengan KFC yang dikatakan halal di Sydney. Salah seorang daripada mereka bertanya kepada pekerja Bangladesh di situ. Menurut pekerja di situ memang ayamnya halal tetapi dia tidak galakkan mereka untuk makan di situ lantaran percampuran dengan makanan yang tidak halal.

Dulu saya pernah menghubungi Oporto dan ini respon mereka :

Thank you for taking the contact us here at Oporto.

All our stores purchase all chicken and chicken meat products from Halal certified plants in Australia in accordance with Australia Food Safety Standards. Our delicious chicken is supplied by Cordina, Bartter Steggles, Red Lea/Fresh Poultry. Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter.

All marinades and sauces are also safe to consume on a halal diet.

The chips are blanched in vegetable oil, frozen and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with a vegetable oil that also makes them suitable for a Halal diet.

Should you have any further queries, please do not hesitate to contact me. Thank you once again for your enquiry.

Kind Regards

Nicole Sultana

Supply Chain Coordinator

Oporto Franchising Pty Ltd

Corporate Office

Level 5, 619 Pacific Highway , St Leonards, NSW 2065

Mobile: 0412 303 394

Direct: 02 8905 8423

Fax: 02 8905 0933

Email : nicole.sultana@oporto.com.au


Baru-baru ini saya order Bondi burger dan berhajat untuk makan di pejabat. Sebelum makan saya biasanya akan check sama ada banyak sos ataupun tidak. Semasa, menyelak lapisan sayur dan daging burger saya terpandang kepingan berwarna pink. Memang saya sangat sakit hati dan kecewa kerana saya betul2 lapar waktu itu. Mungkin pekerja tersebut tak dengar burger apa yang saya order. Dan saya pula tidak semak resit pembayaran. Saya bungkus semula burger tersebut dan berikan kepada rakan Thai. Sudah bukan rezeki saya untuk makan burger pada hari itu, maka terpaksalah saya pergi ke café uni untuk membeli kebab pula. Besarkan kebab ni

Tetapi sebelum itu, saya samak dulu tangan saya. Memang kembang tekak bila mengenangkan saya mungkin terpegang kepingan bacon itu.

Kenapa saya begitu yakin membeli burger di outlet yang juga menghidangkan bacon?

Hmmmmmm....berdasarkan email yang di forward oleh rakan.

Thank you for taking the time to contact us here at Oporto. I hope to confirm a few details on our products.

All our stores purchase all chicken and chicken meat products from Halal certified plants in Australia in accordance with Australian Food Safety Standards. Our delicious chicken is supplied by Cordina, Golden Farms, Red Lea/Fresh Poultry.

Our Chicken Fillets and Chicken Nuggets are marinated using a lemon juice base. White Vinegar is used in the marinade for the Rappa Chicken, Chicken Strips and Whole Chicken.We are happy to confirm that we do not use alcohol in the marinades or in any of our products.

We use natural vegetable oils and vegetable based margarine. Our gravy is also made with vegetable based products and contain no meat.

Our buns/bread do not include any animal fats or emulsifier 471.

Some burgers contain bacon, however please note that the Bacon is cooked on a separate part of the grill and only designated equipment is used to handle and serve bacon.As per our strict policies on food safety, we use different coloured tongs and utensils for all items such as raw items, cooked items, chicken, bacon etc. Each store has a wall chart in the kitchen to remind staff how to handle the different items to ensure there is no cross contamination.

The chips are blanched in vegetable oil, frozen and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with a vegetable oil that makes them suitable for a Halal diet.

Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter. Whilst Oporto stores are not Halal certified, we take care to ensure most of our products are suitable for most customers dietary requirements.

This is standard practice in all of our stores across Australia . I am only too happy to discuss this further with you and provide you with any further information that you may require. Please feel free to contact me directly at any time.

Kind Regards

Nicole Sultana

Supply Chain Coordinator

Oporto Franchising Pty Ltd

Teringat juga pasal kek yang dibeli oleh pensyarah dalam group saya dulu. Pada mulanya saya tidak mahu makan kek itu kerana tidak pasti bahan-bahannya. Tetapi akhirnya saya jadi yakin kerana tidak mungkin pensyarah itu membeli kek yang ada wine dengan pengetahuan yang saya akan menyertai mereka makan tengahari dan meraikan sambutan hari jadi ahli group kami. Sebaik sahaja saya menghabiskan cebisan kek yang terakhir seseorang berkata sesuatu kepada saya dan semua orang memandang saya. Saya tidak dengar butiran percakapan itu. Tiba-tiba saya jadi tidak tenteram, dan hati saya berkata-kata adakah sebenarnya kek itu mengandungi wine. Kenapalah saya tidak bertanya sebelum itu. Keyakinan yang buat saya tidak tenang akhirnya…..Memang silap saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Kisah ini buat saya lebih berhati-hati dalam soal pemakanan.

Teringatlah pula cerita rakan mengenai Tiramisu yang di makannya. Kalau tidak silap, menurutnya desert itu berasa pelik. Bila dia bercerita dengan rakannya, rupa-rupanya ada wine dalam desert itu. Tapi nak buat macam mana, seperti kisah saya, kami dah makan.

Ada juga rakan yang bercerita mengenai rakannya yang pernah belanja dia makan chicken di airport. Menurutnya, rakannya menganggap semua ayam di OZ adalah halal. Dari gaya ceritanya dia seperti tidak yakin dengan kehalalan ayam tersebut berdasarkan ayatnya yang orang lain selamba je makan ayam tuh. Masalahnya dia makan juga ayam tersebut dan akhirnya saya juga yang terpaksa menahan telinga mendengar bebelannya. Apa yang saya pelik adalah tidak mungkin seorang hajah dan selalu memberi ceramah agama pada saya ketika menonton tv tidak tahu hukum memakan makanan yang diragui kehalalannya. Yang membuatkan saya sedih bila dia membeli makanan seperti garlic bread dan gnochi yang dilabelnya terdapat E471. Memang diakui terdapat produk yang bersumberkan tumbuhan walaupun tidak memaparkan plant-based. Tapi kenapa hendak makan juga, jika kita ada pilihan lain. Dan jika kita tiada pilihan pun, bukankan menahan diri itu lebih besar pahalanya. Itu adalah ceramah agama yang pernah disampaikan oleh hajah kepada saya, tetapi malangnya dia tidak amalkan ilmu tersebut. Terdapat juga rakan yang makan ayam yang pada saya pasti bukan halal di restoren Itali dan restoren Thai tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah di depan mata kami. Saya memang tidak tergamak untuk menegurnya, dikhuatiri mengaibkannya, Tetapi saya memang tidak sangka, kecewa dan sedih bila melihat orang yang sepatutnya jadi contoh seperti pelajar lepasan Universiti Islam dan bekerja di Universiti Islam tetapi tidak boleh diharapkan

Memang kita kena elakkan memakan makanan yang meragukan, yang jelas haram apatah lagi. Tetapi kalau rakan-rakan kita yakin bahawa semua ayam di OZ adalah halal, siapalah kita untuk mengingatkan dan melarang. Saya sendiri tidak sempurna, malah masih ada lagi kewajipan yang saya tidak laksanakan ....

Kebiasaanya saya memang akan hubungi customer service sesuatu produk jika ragu-ragu/was2 mengenai kandungan produk mereka. Misalnya Muesli yang mengandungi coated yogurt dari Sanitarium.

Thank you for your enquiry regarding Sanitarium Fruit and Five Grain Muesli. I am pleased to provide the following information.

Sanitarium Fruit and Five Grains Muesli is suitable for lacto vegetarian diets, in that it contains dairy, but no other animal derived ingredients. The humectant used in this product is derived from a plant based source, also the yoghurt coated raisins are produced without any animal derived ingredients other than milk.

We hope that you find our information helpful. Please feel free to contact us again for more information.

I invite you to join the mailing list for our Good Food News newsletter, which includes the latest nutrition research, tasty recipes, Sanitarium products and leaflet information. Please visit Sanitarium’s website at www.sanitarium.com.au to subscribe to Good Food News on-line. You can also subscribe to our free recipe of the week email on our web site.

Yours Sincerely,

Simon Barden

Dietitian - Sanitarium Nutrition Services

Yang ini pulak email yang diforward oleh kawan kami

Red Lea Chickens has Halal Accreditation for the following products:-

Fresh & Frozen Poultry
BBQ Chickens
Marinated Half Chicken
Portuguese Chicken
Marindee Fillets
Smoked Backbones
Schnitzels - Thigh, Tenderloin, Breast
Smoked Chicken
Chicken Kebabs - Plain, Garlic, Satay, Honey Soy, Peri Peri & Lemon Pepper
Chicken Sausages - Thin, Tasty, Gourmet and Herb & Garlic
Chicken Rissoles & Meatballs
Chicken Frankfurts
Chicken Devon
Chicken Roll

Accreditation is for the product as "uncooked"

Other products may not be Halal due to the extra ingredients added

Hope this information helps

ANNETTE SAJKIC I Retail Administration Manager I Red Lea Chickens Pty Ltd
421-427 Flushcombe Road (PO Box 6565) BLACKTOWN NSW 2148
E: annette@... I Ph: (0


Saya mudah was-was dengan bahan yang ada dalam supplement misalnya sumber bagi kapsul Evening Primrose Oil. Setelah ditanyakan pada mereka yang berkenaan di Chemist warehouse, mereka mengesahkan bahawa kapsul tersebut adalah plant-based.

Pertanyaan tersebut tidak hanya pada produk makanan, malah produk penjagaan muka seperti…..

Thank you for contacting us regarding St Ives Apricot Facial Scrub.

After speaking with our Research and Development team I can confirm the source of glycerin in St Ives Apricot Scrub is plant based.

We appreciate you taking the time to contact us with your enquiry. We hope that the information enclosed answers your query. If you need further assistance, please contact me once again.

Yours sincerely
Amy Birrell
Consumer Relations Consultant
www.unilever.com.au


Saturday, December 17, 2011

Serabut

ok ke?
Aku rasa aku tak ok.

Pasal apa?
Macam-macam...terutamanya study...

Care to share?
Dah tak larat nak cerita...takut korang dari bosan jadi bengang ;).
Nanti aku cerita jugak....

So apa yang perlu dibuat?
Just move on selain berdoa dan bertawakal...
(taip dan sebut memang mudah kan.....)

Semalam aku pi Malaysian Hall Sydney, dapat banyak input dari


dan jugak dapat makan nasi beriani dan rakan-rakannya....dan jugak air selasih you


So, pelajar tajaan KPT jika anda ada sebarang pertanyaan atau just wanna ucapkan Salam Malaysia Hebat sila add Facebook KSU ;)

Monday, December 12, 2011

Dia cantik kan................

Saya fikir saya tidak membawa gambar nenek ke OZ. Tiba-tiba saya teringat yang saya ada mengambil gambar lama nenek menggunakan compact camera semasa pulang ke Malaysia pada hujung tahun 2009. Cantik kan nenek saya.....

Walaupun saya tidak dapat jumpa nenek, tidak dapat tatap dan kucup wajah nenek buat kali terakhir, sekurang-kurangnya gambar nenek di saat-saat akhir pemergiannya dapat mengubati rindu di hati. Alhamdulillah, makcik terbuka hati memuatnaik gambar nenek ke FB.....


Semoga nenek tenang di sana. Al-Fatihah.....

Tuesday, December 6, 2011

Sampai hati nenek tak tunggu saya

Saya berharap nenek tunggu saya balik, tapi nenek pergi jua...
Pergi tidak akan kembali.................................

Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui, Allah lebih menyayangi nenek...

Maafkan saya nenek
Saya lansung tak hubungi nenek walaupun saya tahu nenek sakit.

Maafkan saya nenek
Saya tidak cukup kuat untuk hubungi nenek. Saya hanya mampu berdoa agar nenek cepat sembuh dan dipanjangkan umur supaya kita sempat berjumpa

Maafkan saya nenek
Saya memang terkilan. Saya tidak berkesempatan lansung bacakan Yasiin ketika nenek sakit. Malah mengaji pun hanya boleh dibilang dengan jari sepanjang bulan lepas.

Maafkan saya nenek
Saya tidak sempat jumpa nenek, saya tidak dapat cium dan tatap wajah nenek buat kali terakhir.

Maafkan saya nenek.
Saya tidak dapat balik, kalau saya mampu dan sempat beli tiket penerbangan pun pasti saya tiba di Malaysia setelah nenek dikebumikan.

Maafkan saya nenek.
Saya tidak berani untuk minta mereka tunggu saya balik. Kenapalah saya tidak cuba bertanya.....Tapi, saya tak nak sakitkan nenek.

Ampunkan semua kesalahan saya ya nek.
Halalkan makan minum saya ya nek.
Halalkan susu badan nenek masa saya kecil ya.

Saya memang tidak menyangka nenek akan pergi secepat ini. Saya mula diberitahu nenek sakit pada 3 November 2011. Saya mengandaikan nenek lemah sebab dehidrasi akibat tidak lalu makan. Bila dimasukkan ke hospital, didiagnosis terdapat jangkitan pada paru-paru pula. Perasaan bimbang jadi lega bila menurut sepupu nenek beransur sembuh. Lagipun nenek sudah kembali ke rumah. Walaupun saya tiada kekuatan untuk menghubungi nenek tapi saya tetap bertanyakan perkembangan nenek dari famili saya dan berdoa supaya nenek cepat sembuh dan dipanjangkan umur.

Kakak memang jarang menghubungi saya. Maka setiap kali saya menerima panggilan atau sms dari kakak, saya mesti risau dan berharap bukan berita sedih ini yang saya terima. Rupanya apa yang saya khuatiri memang berlaku. Pada pukul 8.46am waktu OZ 30/11/11, kakak menghubungi saya dan memberitahu "Nenek dah takde". Saya terdiam seketika. Sukar digambarkan apa yang saya rasa pada saat itu. Sama ada telah lama bersedia dengan kemungkinan itu atau perasaan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Saya mula sebak di akhir perbualan kami. Air mata memang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Mendengar pula suara tangis makcik mengatakan nenek telah tiada dan meminta saya bacakan Yasiin dan mendoakan aruah, lagi menambah pilu di hati ini. Terlalu sukar untuk mengucapkan kata-kata melainkan mengulangi ayat " Saya tak sempat jumpa nenek" dalam esak tangis. Air mata yang mengalir tanpa henti dan mengaburi pandangan selain kekekerapan menyeka air mata menyebabkan bacaan surah Yasiin tersekat-sekat. Ya, bacaan Yasiin setelah nenek tiada...

Pada siapa hendak saya mengadu? Beritahu kawan, ini jawapannya
" Oh...nenek akak ". Beritahu kawan yang lain, memang dia suruh saya baca Yasiin, tapi lepas itu saya mendengarlah pula keluhan dan bebelan mengenai spv nya. Untuk menenangkan fikiran, tengahari itu saya buat perkara yang saya biasa buat. Saya mengadap komputer, saya masak....patutlah saya rasa kurang bermaya lantaran saya tak menjamah apa pun sejak pagi. Lepas solat zuhur dan baca Yasiin sekali lagi, saya semakin tak larat, ditambah pula dengan kepala yang sakit dan mata bengkak yang pedih. Saya paksa diri untuk berehat sebentar. Pada mulanya saya tidak mahu pergi ke uni hari itu, tetapi memandangkan saya ada kerja yang perlu disiapkan untuk hari Khamis, maka dalam keterpaksaan petang itu saya gagahkan diri juga pergi ke uni lantaran pen drive saya juga tertinggal di sana. Sebelum itu saya pergi dulu ke harbour. Niat di hati untuk mencari ketenangan, namun melihat kabus di atas lautan umpama lapisan kapas yang terapung, semakin menambah sayu di hati. Bila sampai di uni, saya cuba menyiapkan kerja, namun saya teringatkan nenek. Saya cuba bertahan sehingga 9.30 malam. Bila dalam bas, lagu yang berkumandang di radio mempunyai bait-bait lirik " I am sorry, it was too late" buat saya sebak. Turun dari bas, melihat lautan gelap dan mendengar hempasan ombak buat hati semakin pilu. Sambil berjalan menongkah tiupan angin kencang, ku sedekahkan Al Fatihah buat nenek. Sampai di rumah, pertanyaan teman kenapa saya pergi lewat ke uni, saya jawab dengan tangisan " My grandma passed away this morning". Thank you my friends for comforting me while I'm in need...usapan tangan di bahu dan sentuhan lembut di kepala sedikit sebanyak membantu saya menghadapi kehilangan ini.

Keesokan harinya saya menghantar email kepada spv mengenai conference tempohari dan

........To be frank I am not really ok now. I am still tired ...........To make matter worst I got the shocking news that my grandma passed away yesterday morning. I don’t know how to say it, maybe I got mixed feeling. Sometimes I feel sad to know that she will never come back and without me seeing her for the last time. Sometimes I am still can’t believe that I lost her. Mentioning her now also make me sad.

I have been trying to control my feeling. I know that I still have work to do. That’s why I still went to uni yesterday evening.
........

Ini respon beliau :
.......I am sorry to hear of your lost. If you want to talk, please let me know.

Siapa yang tidak sedih bila kehilangan orang yang di sayangi. Tapi saya harus redha dengan pemergian nenek. Telah tersurat yang saya tidak sempat jumpa nenek. Inilah dugaan yang harus ditempuhi dan pengorbanan buat mereka yang memilih untuk belajar di luar negara. Dari kejauhan ini, aku cuba bayangkan wajah nenek. Wajah nenek di pintu menunggu saya masuk ke rumahnya. Tapi nenek tak buka pintu, mungkin nenek tidak kenal saya lagi. Atuk yang buka pintu. Kita berbual, makan dan minum sekali. Tapi nenek agak lemah, tak larat nak angkat bekas kuih. Itulah kali terakhir saya jumpa nenek. Nak tengok gambar nenek, tapi saya tak pernah pun ambil gambar dan bergambar dengan nenek yang berusia. Semasa undergrad dulu memang saya bawa gambar nenek semasa muda ke universiti. Nenek cantik bersanggul, anggun berkebaya Kota Bharu. Kata kakak muka nenek nampak bersih.... Semoga roh nenek dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.......................

Tuesday, November 29, 2011

Melbourne basi ....day 4

Aku adalah stress kerana kerja yang tidak siap2, selain kisah tengahari tadi dan semalam....
Maka untuk melapangkan dada dan menenangkan fikiran, sambil cari artikel aku pun upload gambar la....

Siapa yang berminat nak pergi Melbourne?
Ha!.... ni tempat2 yang aku dah pergi :

First day: click here.
Southern Cross Station, Federation Square, Victoria State Library, RMIT, Norsiah's Kitchen, Melbourne Central.

Second and Third day : Click here
Malaysian Hall, National Gallery of Victoria, Southgate Promenade-Yarra River, Flinders Station, Block Arcade, Melbourne Central, Lord of fries, Es teller, Victoria uni, Fitzroy garden, Cook's cottage and Conservatory.

Fourth day: Memula kami pi Victoria Market

Then we passed by City Bathmenuju RMIT

Belakang RMIT ada The Gaol

Then ternampak stesen minyak 7-E :)

on our way to Carlton Garden
Ni pulak Royal Exhibition Building (masa ni lah memory card aku full...grrrrrrrrr)

Just next to it is Melbourne Museum....


Then kami naik tram ingat nak bergambar dengan tram classic-city circle tram depan Parliment house tapi ada construction work pulak. Maka, kami teruskan kembali ke city dan aku pi survey package to great ocean road, then pi sembahyang di RMIT. Lepas tu sesi memenuhkan perut dengan ayam bakar dan air kelapa bersoda di BLOK M, Little Bourke St....

Bila kekenyangan, macam tak larat nak pi Docklands...waterfront lah tuh, lagipun gerimis kan.




(kidnap gambar kawan aku ....huhuhu..nyesal tak pergi)

So kami ingat nak window shopping je la....Lalu kat building ni...

Huish hujan lebat gilos...

Akhirnya tercapailah hasrat nak masuk Royal Arcade hehhehe...

Masa kat building tuh, dapat menikmati macaroon for the first time....tu pun free tasting hehehe...

Then, masuk kedai buku, Deborah K and 7 angels ;)).....Dah habis cuci mata, kita tunggu tram nak tumpang solat di RMIT, sambil tu snap dulu gambar Town Hall...

Then, malam tu kami dinner kat rumah kawan :)....

update 10.45pm 29/11/2011:
aku kuar rumah hari ni at around 11am, aku pulang jam 10.15pm. Lari naik atas, humban beg...panaskan minyak, goreng cucur bawang buat air kopi....burppppp......Alhamdulillah :)

Tadi dapat idea camna nak siapkan my current project tuh. Yelah draft paper dah siap....tapi pepaham je la suggestions and corrections from spv. Tu yang kena tambah info, baiki grammar and gambar. Tapi format gambar lama tu lain, dah pulak kena cari online software nak convert. Tapi lambat pulak dapat email hasil dari convert tuh. Nak tak nak kena redraw lah huhhu. Pulak tu perlu justify kenapa guna particular parameters for certain material. Haritu aku main agak je guna proportional. Hehehe mana boleh buat gitu. So, memang terkial2 cari artikel la yang boleh support. Masalahnya memang to my knowledge base on article searching tak jumpa pun the relevant info for that material. Terpaksalah aku guna je parameter from similar structure if not the same. So kena test that new parameters in my programming. It really time consuming for the program to execute. By 9.30pm kerja still tak siap. Takde idea camna nak compare the structure pulak. On the way nak pi tunggu bas, dapat idea....Alhamdulillah. Memula aku sorang je dalam bas....hehhehe main jap Angry Bird....

update 2.47am 30/11/2011:
Korang tau, aku beria-ia plan nak sambung buat kerja malam ni. Unfortunately, I forgot to bring back my pen drive. So korang tau apa aku buat?
Aku dok organize files in the desktop and in my second pen drive....Jenuh tau....3 hours tu....
Oklah aku baru nak solat isyak ni.....opps baru teringat aku dah solat kat opis lah .....