Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2 1/2 jam awal :)


Time flies so fast....
So long....farewell...good bye 2012 :(
Welcome 2013 in less than 1 hour 34 minutes.....
Happy New Year with new resolution..........

Sepatutnya New Year celebration di Oz adalah at 12am OZ=9pm Malaysia. However in this district it is family friendly celebration, so we celebrated New Year at 9.30pm with the laser and fireworks display as the highlight :)............

Kami pi harbour lepas solat maghrib


Mula-mula cari port atas batu tepi pantai


Hampagas betul...camnalah tak perasan yang I tak press the button for video mode properly. So ini adalah antara still images for fireworks yang senonoh sikit

  

Dah habis...apalagi...jom balik

Sunday, December 30, 2012

Melambak, banyak di Malaysia

 Tahun 2009, I pakai baju kaftan


untuk menghadiri gathering Malaysian student di Hari Raya Aidiladha...Tiba-tiba minah tu cakap
 "I ada baju camtu MELAMBAK kat Malaysia".


Semalam 29 Disember 2012, I pakai pulak lace cardigan


 just to be more stylish kononnya, selain to cover kinda thin pink shirt.

Minah : I ada baju macam tu BANYAK kat Malaysia. Beli kat Thailand, tapi tak pakai pun.
Me : La..kenapa beli?
Minah : Kawan I lah yang suruh beli
Me : Kalau tak pakai, buat apa beli...PELIK!!!
 (Saja je I cakap camtu)
Minah : ..........(terus senyap, benganglah tu hahaha.)

Ni kisah lain pulak semalam
We used my Garmin as navigator yesterday. We have used hers for 2 trips maybe.

Friend : GPS ni bagus la...dia sebut nama tempat tuh
Minah : Apa bezanya dengan yg biasa? (dengan nada bengang)
Friend : Model baru ni...Dia sebut nama tempat tu instead of arrived at destination
Minah : Sama je la..janji sampai tempatnya. (pun dengan nada sentap hahhaha)

Kesimpulannya :
Apa I ada, dia pun ADA. 
Kalau tidak di OZ, dia ada BANYAK kat Malaysia.
To make it short, orang lain TIDAK BOLEH LEBIH DARI DIA.
Dia mesti setara, kalau tidak lebih dari orang lain.
Orang lain, ada jugak cakap camtu dengan I. Tapi idok le I terasa mahupun bengang.
Tapi minah ini CARA DIA CAKAP memang bunyinya DENGKI dan pastinya dengan nada yang menyakitkan hati.
Eh! cerita dan kesimpulan hampir sama panjang pulakkan hahhaha.....

Wednesday, December 26, 2012

Beg atau Fridge magnet?????

Ini....


atau ini........

Dua  terpantas, dia dapat salah satu dari sembilan itu........

Bila dapat?

Tahun Depan?

Ye la...Bila????

Entah....March kot...boleh?

Yang ini?


Bukan untuk korang...nipis bebeno....Sekali pakai koyak hahhahah......

Malam tadi penat kemas, buat plan, tesis n jenguk projek...Pagi ini I nak mengukur jalan dan menimba pengalaman beratur panjang di Queen Victoria Building sempena boxing day ;). Tahun lepas, hasil di Bondi JUnction...yileks...Takde yang berkenan di hati.....Opps..kalau berkenan pun tak mampu hahhaha.............

-------update at 8.15pm--------------
penat sungguh makcik mengukur Sydney tadi. 
Psst....oklah pada 5 orang terpantas tuh dan tadi dah tinggal komen tu silalah beri Nama&address ke  fairylillypink@yahoo.com.au

Sila nyatakan yang mana satu pilihan anda. Tapi base on siapa cepat dia dapat. So, betterlah letak pilihan pertama, kedua or ketiga in case dah jadi pilihan orang lain.

Monday, December 24, 2012

Menyambal belacan di bawah pohon maple

Pada hari Sabtu, bersaksikan sang mentari


di bawah pohon maple.....

 

Kami menikmati....


Agak2 yang mana my contribution?



 

Mari berbual ;)

I tau....i sibuk ada kanta bila bab orang kan. Tapi berdasarkan ini, ianya satu peringatan dan pengajaran kat I juga. Selain catatan my life in OZ ;)............


PENYAMPAI BERITA
Sabtu
Orang lain bercerita kepada kami :
...budak tu...bla...bla....test market awek......bla....bla...diaorang sesuai, interest sama suka bisnes.
Ahad
Dia berbual dengan budak tu :
...owh...test market ya hehhehe...bla ....bla.....kan sama-sama suka bisnes

My comment:
Bila orang dah bercerita dengan kita, senyap je la. Tak perlu pi sampaikan, tanya atau sindir orang yg dikata. Tak tahu apa tujuannya, kalau nak bergurau pun, janganlah mengaibkan orang yang pernah dikata tuh. Tak fikirkah impak pd si tukang sampai yg pertama, silap2 mereka boleh bergaduh. Memanglah tukang sampai yang pertama salah juga...tapi ..pepaham je la.........

Sunday, December 23, 2012

Kena lagi..adoyai.....

Hari Khamis petang saya hangin betul. Saya sudah sampai di bus stop uni. Tiba-tiba bas yang di depan mata bergerak dan terus berlalu pergi walaupun si driver memang nampak saya yang sedang melambai-lambai tangan...grrrrrr. So, perlulah naik bas yang ikut arah bertentangan akibatnya saya tiba di city agak lewat dalam pukul 6.10pm. Mula-mula pi asian groceries stores mencari palm sugar dan kicap kipas udang. Then patah balik ke mall. On the way to the mall, ternampak satu group oz guys about 4m away in front of me. Jalan semacam je mereka ni bila dilihat dari belakang. Ada yg muka merah, mungkin mabuk. Pulak tu tertoleh2 ke belakang. Entah kenapa sejak kejadian yang lepas (lelaki yang dok merenung tajam dan berulang kali berkata you are dead), aku cepat rasa panik dan takut. Ok..perlahankan jalan sambil membaca catalogue Kathmandu, untuk menjarakkan diri dari mereka.

Dalam pada saya dok risau dengan group mabuk tuh, tiba-tiba ternampak pula satu group oz guys datang dari arah depan. Apahal ada sorang mamat tinggi besar ni, dah nampak aku jalan sebelah kiri, dia nak jugak jalan sebelah kiri. Terpaksalah aku menepi..tapi nak menepi ke mana lagi coz belah kiri tu tembok besar yang ada pokok renek. Elok je dia melepasi aku, tanpa dijangka, muncul rakan dibelakangnya yang tiba-tiba menyengetkan dan merapatkan dirinya dengan aku sambil berkata "Hai babe".  Walaupun terkejut, aku sempat juga menyengetkan diri ke kiri lantaklah kalau kena pokok pun. Hanya tuhan yang tahu apa yg aku rasa masa tuh...Alhamdulillah mereka berlalu pergi... sambil tergelak-gelak....They think it is funny huh... I don't know why, but so many unexpected things happened to me this year...yup it just small thing but it did affect me.

Thursday, December 20, 2012

Please eat

Bila stress, makanlah apalagi.....tambahan free food..........

This murtabak was given by my Indo housemate on Wednesday.........salty but yummy :)


I went to the tea room, to keep my fruits in the fridge that late afternoon. When I opened the fridge door..a big container of baklava with  a note "Please eat" on top of it captured my eyes. Couldn't resist it. I chose the biggest portion and carefully wrapped it to bring home


Then I planned to go to McD to relieve stress and clear my mind by indulging myself with choc milk shake, but ended up to Aldi instead. Once I arrived home at about 5.45pm, I couldn't wait to have a few small bites of  these food. But later, I couldn't believe my eyes to see the empty container and the crumpled serviette. Yup all gone in less than 30 minutes....err..was it just vanished in the blink of an eye?. But please....Blame my stress ;). Makan dengan tiada perasaan or should I say perasan hahahha.......

Tak senonohkan padahal dah lunch, dengan segala leftover food...lauk for nasi kerabu entah bila, baked chicken drumette and wingette leftover from Sunday's dish


..telur masin dan sambal were the dishes from the night before. Kata beras dah habiskan..well...ada satu bungkus ketupat segera, instead of pi rebus seplastik tuh..better ditanak terus heheheh...boleh makan 4 kali. .Hah! yang ni lauk the night before...pun leftover food entah bila. Untuk mendapat effect kehijauan, diserikan dengan bendi hehhehe....


Psst...sambal manga tu, mangga pemberian si German tu la. Too ripe to eat it just like that, so buatlah sambal..ala2 sambal bacang gitu. Misi untuk clear the fridge  semakin menampakkan hasil hahahha.

So dah makan banyak, jangan sedih-sedih tau. Don't ever quit without trying....Keep going tau.....


Wednesday, December 19, 2012

When things fall apart...

I really hope that she returned that precious thing to me last Friday, as what she said on Wednesday last week. Then we can fill in the related form together this Monday. So, this Thursday or  Friday might be the day. Unfortunately, by Friday midnight last week I got nothing from her. Okay, be positive. Maybe, she need longer time together with high power magnifying glass to have a look at that precious thing.

I went to see her excitedly on Monday. She dropped a bombshell  by stating that she will return it bit by bit by this Friday.....yup this Friday. So...how?...when is the day? In fact, she will be on holidays for 2 weeks starting from 23rd December.

Monday, December 17, 2012

OZ Summer fruits...

My favourite summer fruits

 From left : Yellow nectarine (aud3.45/kilo), mango besar gedabak(aud3/each), cherries(aud7.99/kilo).

I love it, sweet and juicy :).........

Cherries tu jangan pulak beli sekilo, beli segenggam je la, sekadar nak rasa hahhaha.

Mango tu pu mahal, haritu dok pandang je. Tapi bila dah 2 minggu teringin, pejam mata je la beli. Then, hari Ahad 9 Dis buka je my kitchen cabinet ....


dah rezeki I, pemberian the german..........Diakan dah habis kontrak dengan accomodation kami, then dia pi travel. But she still kept her things at our house. She came back on 6th Dis and stayed here for two days. Kesian pulak, so bagilah dia pinjam comforter etc. Yang towel tuh, dia yg request coz dia dah buang towel dia masa pi travel tuh. Tapi...malu giler, towel yg rupa semenggah sikit I pakai. So tinggalah towel yg dah turun warna. Luckily she seems ok with it. So, pengajarannya make sure we have clean and proper spare towel tau....



Sunday, December 16, 2012

Kerana Tangan Harimaukah?

Selepas dinner on 12/12/12, tiba-tiba aku sakit perut. Mungkin juga kerana angin dalam badan disebabkan late lunch iaitu selepas 2pm begitu juga dinner selepas 9.30pm. Terasa banyak gelembung udara yang meletus-letus di dalam perut seperti buih-buih sabun yang berterbangan dan pecah.

Malam itu aku tidur awal iaitu sebelum 12pm.


 Tiba-tiba aku terkejut apabila ternampak satu tangan besar seperti TANGAN HARIMAU bergerak perlahan di tepi pipi kananku. Tangan itu tidak menyentuh mahupun mengusap pipi, tapi ianya sudah cukup buat jantungku berdegup kencang dan tidak semena-mena badanku jadi seram sejuk. Tidak tahu nak terangkan bagaimana. Macam2 yang aku rasa ....sakit perut, sakit kepala, sakit sendi, panas badan tapi sejuk tangan dan kaki walaupun aku memakai stokin dan dua lapis comforter. Kulihat jam sudah menunjukkan 1 pagi. Aku cuba tidur semula, tetapi memang sukar dengan jantung yang masih berdegup kencang, badan yang mengerekot sekejap panas sekejap menggigil kesejukan. Sekali sekala aku terdengar suara sendiri mengerang-ngerang. Akhirnya aku bangun memakai jumper, tapi masih sukar tidur. Sekejap mengiring ke kiri, sekejap ke kanan. Hati risau, fikiran berkecamuk, bagaimana tiba-tiba aku sakit teruk, perlukah ke hospital? Bagaimana jika aku terus sakit, dan pergi pada pagi itu juga. Siapa yang tahu? Cukupkah bekalanku?

Esoknya, memang terasa badanku panas dan sakit kepala dibahagian depan pula. Sedih sangat apabila melihat semua ubat-ubatan telah expired. Disebabkan saya ada kenangan silam panadol tablet tersekat di anak tekak, maka saya prefer soluble panadol. Tapi rupanya dah expired Oct12.


Codral pemberian Indo housemate telah expired on May12.


Manakala Panadol dan Adem Sari pemberian rakan Malaysia telah expired pada april12 dan jan12.


Sakit2 pun sempat pulak ambil gambarkan, blogger tegar kononnya ;). Dah tiada ubat, mengadaplah lappy. Pulak dah serabut tengok desktop. Pelik, selepas automatically update, ada  beberapa files muncul diluar foldernya. Dah satu kerja pulak nak check satu-satu file dan masukkan in the correct folder. Then, saya tidur dari 10.30am sehingga 1pm. Memang tidak larat nak bangun, tapi saya gagahkan diri juga mandi dan solat zohor. Bila rasa badan kuat sikit,  saya turun memasak suhun. Beraskan dah habis :(. Perlu juga makan, takut perut masuk angin lagi. Saya menyiapkan sikit kerja iaitu membaiki command citation in the caption of the figures. Kali ini sakit perut datang kembali. Badan pun makin panas dan lesu. Ingin menelefon kanda untuk membelikan panadol di uni, tapi risau pula dia busy lagipun takut nak minta tolong. Lepas asar saya tidur semula. Then, saya bangun dan sambung lagi kerja. Bila semak my thesis ada caption for Figure tak sama dengan its label. Pulak dah...kena cari semula the file that contain that figure and modify the label. Benda dah lamakan, susahlah nak cari dan open from one folder to one folder. Akhirnya jumpa juga. Sibuk buat kerja sampai lupa nak minum air. Dah tiada ubat, perlulah minum banyak air. Tapi terasa sukar untuk menelan air, malah terasa mual. Lepas maghrib saya tidur semula.

Bila kanda balik, saya tanyakan jika dia ada panadol. Rupanya katanya dia tak pernah ada panadol. Dia tanya kenapa, sakit ke? Macam concern pulak bunyinya. Tiba-tiba rasa sebak sangat. Salah satu dugaan hidup di rantau orang, sakit pening tanggung sendiri. Bukan soal tiada yang ambil tahu atau tiada yang mahu membantu, tetapi kita harus pandai menjaga diri dan berdikari jika sesuatu berlaku. Macam kejadian yang saya pengsan di bilik seorang diri awal tahun ni.. Rasanya dulu pun berpunca dari sakit perut juga.  Bila housemate Filipino memulangkan seterika saya tanyakan sama ada dia ada panadol/paracetamol. Alhamdulillah ada. Saya makan satu je. Biasanya begitulah, jika tiada pilihan dan terpaksa makan tablet, saya ambil satu sahaja.


Seterusnya saya run the program to update my graph, export the figure as eps file and include it in my latex file. Once I executed the tex file, terasa lega bila gambar appeared in dvi file.....Sekali lagi saya tidur awal.

Awal pagi Jumaat saya terjaga kepanasan dan berpeluh-peluh, mungkin kesan dari panadol itu. Perut pula sakit dan terasa gelembung udara kecil meletus-letus lagi. Sekali lagi mungkin angin disebabkan saya lansung tidak makan malam. Memang saya tidak berselera untuk makan, nak sumbat pun tak larat. Lebihkurang pukul 4 pagi, semasa solat subuh, terasa mual dan dizzy pulak terutama ketika sujud dan bangun dari sujud.

Kemudian pada lewat pagi Jumaat, saya dah ok sikit....panas berkurangan dan kepala terasa ringan sikit tapi kali ini berdenyut di bahagian atas kanan pula. Tapi saya kena diarrhea pulak selain ada burning sensation in my stomach :(....Pelikkan dahlah semalam makan sikit for lunch, dan tak dinner. Hmm..adakah kerana turkish rice from wednesday atau adakah because of defrost frozen bread and coffee for my brekky?Menjelang petang, kepala semakin berat dan terasa hangat pulak grrrrrrrrr............Hampir senja, tiba-tiba teringin sangat nak makan masakan Thai. Boleh delivery, tapi ada aud15 je dalam purse :(. Teringat pulak Adabi thai soup paste. Hmm...dah expired juga bulan lepas. Bantai je la..Defrost daging, potong sayur. Then potong daging sambil berdiri, kepala berat, mata pun susah nak buka. Sekali sekala terasa berpinar je. Bila cuba merasa soup tu, agak kecewa pula...rasanya tidak sesedap dulu...masam2 sup Thai. Perahlah lemon...bila dah beberapa kali menghirup sup panas, barulah boleh mata dibuka besar.....


 Walaupun portionnya kecil, tak larat nak habiskan daging tu............Tapi macam biasalah, lepas je makan perut sakit pula.

So, malam tu barulah makan sebiji lagi panadol tuh. Yelah plannya nak keluar ke klinik atau ke Pharmacy pada siangnya, tapi confirmlah tak larat. Malam tu, bila turun ke bawah, kanda tanya dah ok ke. Dia suruh I urut ibu jari kaki. Mungkin ada benarnya, coz dulu bila buat rawatan refleksologi selain tapak kaki, memang tukang urut tu urut jari kaki juga. Kanda juga bertanyakan sama ada aku dah ada panadol. See, walaupun mulutnya bisa...hatinya baik tau ;).

Hari Sabtu, saya menyibuk join kawan bersarapan walaupun tidak diajak ;).


 Pun saya tak berselera makan, hanya setakat a quarter of frittata je boleh saya makan. Makanan camtukan, tekak Melayu mana boleh tiada sos atau tak pedas. Selepas makan, kami berjalan di sekitar jajahan. Kurang sihat pun...posing mesti hehheheh.


 Then, depa nak pi membeli barang dapur dll ke mall yg nearly 30minutes drive from our house. Sebelum tu singgah Bunningwarehouse dulu. Mula-mula macam malas nak ikut depa takut tak larat selain risau diarrhea pulak. Tapi biasalah, bila bab berjalan tetiba rasa kuat pulak ;).

Semasa di mall saya makan a small piece of chicken drummet and a pinch of hazelnut puff, kawan punyalah hehehhe. Lepas tu boleh pulak terlupa yang saya masih tidak sihat, saya pi minum dark choc frappe pulak. Balik je rumah, tekak dah mula loya dan mula pening. Baru teringat saya masih tiada ubat. Bila keluar semula cari panadol di kedai Asian, baik Vietnam mahupun Bangla, memang tiada dijual. Segan pula nak minta Kanda drive ke Pharmacy. Lagipun dah petang, mungkin pharmacy pun dah tutup. Balik rumah saya makan suku mangkuk sup dan a piece of hazelnut puff. Hmm...macam tu jugaklah makan disumbat-sumbat tanpa menikmati dan selepas makan perut tak selesa.

Hmm..Alhamdulillah hari ini ok. Cuma menjelang malam, sakit kepala datanglah. Macam berlawan-lawak pulak my pounding headache dengan loud music dari jiran sebelah yang ber-bbq sejak pukul 4pm tadi.

 Hmm...demikianlah package sakit yg lengkap dari shortbreath, rapid heart beat, fever, chill, headache, joint pain, gaseous stomach, nauseous, dizzy, diarrhea...I guess..itulah PhD Anxiety :(. Padahal sakit biasa je kan, tapi cerita panjang lebar macamlah sakit teruk kan :P.....Yelah I ni kan jarang sakit. So bila sakit sikit pun dah ngegada. Semestinya, I hate being sick. Eh! ada ke orang yang suka sakit? Habis tu kenapa sampai sanggup beli MC ya ???


Wednesday, December 12, 2012

Hello 12/12/12

Once in a life time 12/12/12 beautiful date...No matter how wonderful or terrible our journey are, Alhamdulillah we're still breathing on this day.


Monday, December 10, 2012

Cucur jagung kuah kacang

Petang semalam, tak tahu nak masak apa. Tetiba teringat ada frozen corn and peanut sauce. Apalagi buatlah cucur jagung yang nipis, garing dan rangup dan reheat kuah kacang yg masin pekat tuh heheheh


Harini pulak punyalah malas nak masak. Tapi lapar hehehhe.  Hmm...I have defrosted the fish fillet. kuah gulai ikan masin haritu ada lagi. Lebihan petai pun ada. Campurkan sahaja ketiga-tiga bahan tuh dalm periuk. Tak sampai 10min , dah masak hehehhe...Makan dengan sambal udang dalam botol tuh...........


For dinner nak makan apa pulak. Nasi dah habis, tong beras pun dah kosong :(. Tak tertelan di tekak nak makan roti memalam. Hmm...fish n chips sounds good for this cool windy weather. Sampai 7pm, alamak kedai dah tutup. So, instead of hanya menapak 400m, kenalah menapak 1km mencari something crunchy.......tak dapat ikan..aym pun jadilah hehhehe. Sekarang tengah bloated. Padan muka.

Last week pun mode memasak ke laut. Tapi bila stress mesti nak makan. Konon nak buat sambal daging, tiba-tiba jadi black pepper beef hehhehe. Cepat dan sedap :)


Makan pulak dengan leftover sambal cili api terung udang kering pedas berapi, menu sebelumnya :).


Rasa macam lama tak membebelkan. Kalau pasal thesis dah buhsan kan ;))). Ni pasal teguran orang yang tidak bertempat. Tak kisahlah niat baik sekalipun, tapi perlukah mengaibkan rakan sendiri?

Baru-baru ini saya terbaca dalam satu blog, penulisnya berpeluang untuk bercuti ke Benua Eropah. Tiba-tiba ada pulak rakan FBnya yang komen bila pulak nak pi Mekah. Plan orangkan. Mana kita tahu dia dah pi ke cuma tak warwarkan, ataupun sebenarnya sedang dalam perancangan. Yang tukang komen tu dah pi ke?

Satu lagi bila ada rakan berkongsi cerita pasal anaknya yang membaca English story book dalam FB. Ada pulak yang komen, sebaiknya bagi budak tu baca Malay or srikandi Islam story books. Manalah kita tahu depa tak baca buku cerita Melayu dll. Kalau jati diri kuat, baca apa pun takkan terjejas la. Kalau rasa baik sangat, awatlah tak tegur dalam private message dari mengaibkan rakan sebegitu rupa. Macamlah dia tak pandai didik anak. Tak terfikirkah yang komen itu mungkin dibaca juga oleh datuk dan nenek budak tuh. Kawan saya bertindak bijak apabila tidak membalas komen itu. Saya pulak yang meroyan kat sini hahhahah.

Whatever it is..don't judge the book by its cover dan jangan pandai-pandai membuat assumption. Dulu semasa di USM. Ada rakan saya berambut perang dan semestinya bergayalah kan. Orang dok kata dia warnakan rambut, padahal itu memang rambut asli dia, bertukar warna coz rosak. Sedih bila saya jalan bersamanya, ada pelajar lelaki jerit2 panggil dia bohsia. Sungguhpun penampilannya begitu, dia begitu menjaga solatnya. Rakan yang lain pula...dia jalan berlenggang, tangan dihayun lembut....Ya dia lelaki. Baru-baru ini semasa di surau, saya terkejut mendengar dia menjadi imam solat.


Wednesday, December 5, 2012

Nenas? Digulai atau dipizzakan

Hehehe... hari ini ada sorang tu dah kantoi. I know ada yang lain juga. Mungkin yg sorang ni, hari ini lupa kot :P. Siapa yang termakan scorpion chili ka, japaleno ka, welcome to my blog ;)))....Dah kata dah, I am watching you when you are watching me. Kalau pernah kena kutuk dalam blog ini, sama-samalah kita audit diri...oppssssssss. Ok..Ok, I mohon maaf, lenkali buat lagi ...ehh... Pssst, jangan pulak pi war warkan seantero uni ye :P...ok case closed.
___________________________________________________________________

Apalahkan...wujudkah perkataan dipizzakan, guru Bahasa Melayu mahupun rakan-rakan yang mengajar bahasa Melayu boleh run amoks ni hehehhe. Maafkan saya bila bab bahasa ni, maklumlah result BM SPM lagi teruk dari English....Pelik kan, padahal terkial2 for writing in english dan tergagap bila speaking in English.

Haritu, teringin sangat nak makan gulai ikan masin dengan nenas. Tapi kena sabar bila waktu bulan mengambang ;)...Oppssss cakap tak serupa bikin, yang pi bantai minum coke 3 hari berturut tu apa cer kan....At last minggu ni dapat gak merasa.....guna je ikan sepat yang dah setahun dalam fridge tuh hehhehe. Psst telur mata kerbau tu hasil sumbatan selama 60s dalam microwave hehhehe.....


Ada lebihan nenas tu, korek freezer jumpa bolognese sauce leftover, tabur atas roti and top with cheese...dan grill.....Sudah selamat 4 keping menjadi my brekky and lunch ............


hmmm..lapar pulak, nak masak apa malam ni ye?
_________________________________________________________________

Macam biasalah, I serabut dan fenin dengan my study selain benda-benda lain.

Semalam kena pi Dick Smith menghantar my electronics gadget yang buat hal. Penat betul berjalan di tengahari yg panas dan sakit bahu membawa my lappy, materials etc....Sambil berjalan tuh, sempat lagi contact shipping agent. That gadget is supposed to be as gift for my brother. Luckily I checked it last week....baru tekan2 sikit it 'hang'. There was no response even though I have pressed the power button. So biarkan je la. Esoknya, tengok dah turn off sendiri kot. Bila turn on, ok pulak. lepas tu dah register and update..it won't turn on pulak grrrrrrrrrrrrrr. So, the shop assistant will send it to to the service centre. Hmm..it will take about 4-6 weeks katanya. Harap sangat boleh selesai cepat.

Then sampai uni, buatlah dengan project akhir tuh. resultnya nampak pelik sangat. Padahal hanya guna programs from previous project. Cuba pulak guna other formula from the literatures. Tak dapat jugak. Geram..memang cuba copy and simulate everything in one of the literature, not only the value is higher, but also it only has one minimum point for each peak.....grrrrrrrr.

Petang pulak, bawak lappy turun. Minta tolong sorang adik ni pasal satu graphic software. Kesian dia, dari I janji nak datang rumah dia pukul 10am, I postponed to after 12pm. Bila 1pm sampai uni, dia pulak ada hal. Padanlah muka I. Dah petang tuh, dia yang baik hati nak datang kat school I. Kesian adik ni, selalu jadi mangsa kakak yg buta teknologi ni hehhehe. Lega settle..malam tu dah boleh modified my figure hehhehe. Bukan software tu je, baru ni 21 Nov, I beli je license for one modeler ni for USD49.95. Bukan tiada images di internet, tapi tiada yg memenuhi citarasa I hehehhe...takpelah demi thesis kan. Lagipun nanti boleh guna lagi :).

Harini, I macam penin je nak baiki chapter2. Takpela malam ni cuba siapkan. Busy gak harini...booking tiket, order barang barang online oppssssssssss.....buat budget dan Telegraphic Transfer.


Monday, December 3, 2012