Tuesday, November 30, 2010

Bilalah nak pandai masak ikan ni...

THIS IS SCHEDULED POST.
Hehehe..type sesiap entri ni on Sunday coz tau, minggu ni going to be hectic.
Bila aku selongkar pics folder for mid November, maka aku terjumpalah gambar lempeng dan cekodok pisang berkelapa -for late brekky on monday last 2 weeks. Sesuka hati aku je kan buat lempeng pelbagai saiz tuh...

Then, for dinner I had this sambal ikan for dinner. Sedih tau...mungkin terlebih bawang, maka rasa sambalnya agak pelik. Bila hancurkan tomat dalam sambal pun totap tak sodap huhuhu...

Masa dalam proses penyelongkaran gambar ni pun ada

Lempeng keras+butter chicken+lamb rogan josh+sambal ikan bilis for lunch on Friday last 2 weeks. Camna boleh banyak lauk sampingan dan lempeng tu separuh je ??? Entahlah. Aku pun tak ingat. Agaknya aku masak sambal bilis hari Selasa dan hari rabu beli Indian food tuh. Then, hari khamis malam hanya makan lempeng separuh je. Penat jugak ya melatih minda dan mengingat perkara lepas hahaha...

Then, gambar ni pun ada....

Ikan bakar yang tak sedap lansung for dinner. Konon nak elakkan makanan berminyak, tapi kurang menyelerakan pulak. Nasib baiklah ada sambal kicap tu tau...Malulah, masak ikan pun tak pandai. Next time, goreng pun sodap...cuma tak sihatlah.

Monday, November 29, 2010

Kempunan nak makan nasi lemak

Pagi semalam my housemate si kakak masak nasi lemak jemput kawan kami makan.Setelah 1 jam aku turun pi basuh baju. Serba salah jugak either nak pi tegur tetamu atau takut dikatakan nak ngendeng nasi lemak. At last, aku pi tegur tetamu. My housemate offer nasi lemak. Rasanya terpaksa, ajak2 ayam gitu…takkan tak ajak housemate depan tetamukan. Coz kalau betul dia nak ajak aku, mesti dia ajak banyak kali dan dengan nada yang bersungguh-sungguh. Kenapa tak ajak masa aku sibuk goreng cekodok awal pagi tuh? Takpun, kenapa tak ketuk pintu bilik aku masa kawan kami sampai. Sedih tau…

Lagi sedih, mereka kuar tengahari tu tak ajak aku pun. Memanglah aku nak kuar dengan another housemate. Aku biasanya kuar kalau dengan kawan yg lain, aku akan ajak my housemates jugak. Bila depa balik, aku sedang tengok tv dan baru habis makan nasi. Then, tetamu pun join aku tengok tv. Yang menambah sedih, dia ajak tetamu makan kuih pulak dan lansung tak ajak aku. Bila tetamu balik, siap bekalkan dengan nasi lemak dan kuih lagi. Lepas tu, terhegeh-hegeh pulak datang join aku tgk tv. Bila stress cari aku, bila happy tinggalkan aku ya???

For dinner, biasanya dia makan sambil tengok tv dengan aku. Tetiba last nite dia makan sensorang perabih nasi lemak dia kat dapur. Biasanya kalau dia sibuk pun, dia mesti jenguk sekejap cerita apa kat tv. Ni, lansung tak jenguk dan lansung tak tegur aku…Hmm…something fishy is going on. ..Apsal yek? Harap, dia tak dengar masa aku ngumpat pasal dia dengan another housemate hehehe…Bukan apa, the previous nite dia ada cakap dia masak banyak, tapi kalau tak habis me and another housemate ada. So, kami ni hanya layak untuk saki baki aje ya? Rupa-rupanya, untuk saki baki pun tak layak huhuhu…

Memanglah teringin nak rasa nasi lemak dia, tapi bukanlah nak sangat coz aku pun boleh buat sendiri walaupun tak sedap. Tapi sedih dengan sikap dia yang sampai hati lansung tak pelawa kami housematesnya, tapi boleh pulak ajak orang luar makan. Yelah, kami dok menatap sambal marinara dan ayam goreng berempahnya dalam tudung saji atas meja makan since the previous nite. Harap kami tak kempunan coz tak dapat rasa nasi lemak dan lauk pauknya itu. Rasa sedih dah jadi bengang pun ada. Takkan kita nak paksa orang pelawa kitakan…Kalau orang nak bagi kita makan, biarlah dengan hati yg ikhlas. Tetiba aku ni sensitif sangat pulak…perangai cam bebudak saja, simpton peod lah tuh. Apa hak aku nak bengang dan sedih kalau housemate tak pelawa makan nasi lemak kan. Sorrylah, buat korang pening saja baca entri ni. Korang layan je lah gambar masak lemak cili api udang + nenas ni ...

I cooked this dish for dinner on saturday. Kuahnya cairkan, susah sikit nak guna santan serbuk ni. Whatever it is, memang puas dapat makan udang gemuks ni. Jom tengok gambarnya yang lebih montoks ;)...

Makan sekor pun konyang...hehehe...nampak na pembongak eh. I bought it for aud5.50 per 400gm. Ada lagi 5 ekor udang yang belum dimasak tuh. Buat sambal udang+nasi lomak sodap jugak kan. Hm..but I'm craving for udang goreng kunyit...korang tunggu jelah nanti. Teringin jugak nak makan ikan keli, takpun ikan sembilang. Malam tadi dah termimpi-mimpi makan ikan keli sambal. Ni gara-gara last nite anak buah cakap dia makan gulai ikan sembilang...

What a weird and unpredictable weather here. Cold weather in summer ??? Now it is 16 degree celcious and the rain pouring outside. Tu pun nak complaintkan. Orang lain yang below -6 degree C, tak membebel pun.

update:

It's freezing cold tonite...i have to turn on the heater on summer night :(...

Sunday, November 28, 2010

Sape suka coklat ????

Psst...what is your favourite choc ???
I really like this irresistible choc, Baci.

Kawan aku yang introduce this choc masa pi Langkawi tahun 2004 kot. Dahlah sedap, siap ada kata2 about 'friendship or love' pada pembalut dalamnya. Click here for further info. Teringinkan, beli je la walaupun agak mahal. But still ok coz I bought this choc at Coles for aud6.95/200g. Jangan tak tau, di David Jones harganya aud16.95...banyak sungguh beza harganya. Few years back, I bought this choc of 18 pieces in Langkawi for RM24-RM29.00 and it costs around RM40 in KLIA...

Lately, malas nak menayang makanan. Lagipun selalu makan benda yang sama je kan. Selongkar folder gambar, jumpalah gambar ni..

Salmon terrine for entree....accommodation dinner on 06/11/2010.

Main course: Tempura John Dory Fillets

Thursday, November 25, 2010

Kakak meninggal

Malam tadi aku menunggu housemate ku yang sedang membuat pembayaran at check out counter Woolworths. Tiba-tiba dia datang kepadaku dan terus menangis sambil berkata "Kakakku meninggal"......Innalillah...Kelu lidah. Aku hanya mampu memeluk dia dan minta dia bersabar. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari Indonesia bahawa kakaknya yang gedi (abang sulung) baru meninggal. Kematian abangnya memang tidak dijangka kerana abangnya memang seorang yang aktif berolahraga dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit. Jika tidak silap, abangnya dimasukkan ke hospital dua atau tiga hari lepas kerana sesak nafas. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati terdapat cecair dalam paru-parunya. Memandangkan, keadaannya telah stabil dia dibenarkan pulang. Namun, tiba-tiba dia mengalami sesak nafas semula dan akhirnya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke ICU.

Memang berasa sedih dan simpati dengan housemateku ini, ditambah pula dia baru kehilangan bapaknya pada bulan Mei tahun ini (Lihat entri lepas). Malahan ibunya pula sedang sakit gara-gara terjatuh didalam bilik air semasa hari raya Aidilfitri tahun ini.

Semasa menunggu bas, kelihatan housemateku sudah berhenti menangis dan sedikit tenang. Semasa dalam bas, dia asyik bercerita mengenai abangnya. Selepas kami turun dari bas dan berjalan kaki pulang ke kediaman, tiba-tiba dia berkata kami dah pilih untuk belajar jauh dari kampung. Walaupun adik beradiknya jauh dari kampung mereka di Solo, tapi mereka masih boleh pulang menziarah dan menguruskan jenazah. Tapi dia jauh di Australia.

Begitulah dugaan kami yang jauh di perantauan. Jika berlaku sesuatu di kampung kami tidak berkesempatan untuk pulang kerana kekangan masa (perjalanan yang jauh dan tuntutan belajar) dan kesempitan wang. Contohnya macam housemateku, mungkin dia tidak kesempitan wang, tetapi memang tidak sempat untuk pulang untuk melihat abangnya buat kali terakhir kerana dia perlu menaiki penerbangan pada malam tadi juga. Memang tidak sempat untuk ke airport tambahan pula perlu check in awal untuk penerbangan antarabangsa. Malahan, sebaik sahaja sampai di Jakarta, dia perlu menaiki penerbangan ke Solo dan seterusnya perlu masa lagi untuk kembali ke kampungnya. Mungkin jenazah abangnya telah selamat dikebumikan, sebaik dia sampai ke sana. Hanya doa yang mampu dititipkan.....Al fatihah.....

Tuesday, November 23, 2010

Kala malam bulan mengambang.....

How do you feel walking under the moon light ?................

Seram kerana takutkan 'sesuatu' akan muncul atau seronok dan terpesona dengan keindahan malam?

Semalam, entah apa angin aku stay in the office until 9.25 malam. Kalau boleh tak mahu pulang selagi kerja tak siap. Apakan daya, bus terakhir pada pukul 9.45pm. I think that is the first time that I stay in the office until that late. Seram sejuk juga bila berseorangan semasa mengambil wudhuk di bilik air. Tambahan, terasa kesunyian dan keheningan malam bila berseorangan di tingkat dua di bangunan usang lama. Tiba-tiba perasaan takut muncul, takut pada 'sesuatu' ada juga tapi lebih takut pada yang berkepala hitam. Mohon perlindungan dari Allah.....

Selesai solat, aku pantas mengemas barang dan melangkah keluar bilik. Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu.......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Owh!!! Rupanya, suara dua orang pelajar lelaki cina yang sedang menuruni tangga. Dengan pantas aku mengekori mereka dari belakang. Bila sampai di tingkat bawah, pelajar lelaki tersebut cuba membuka pintu keluar, tetapi tidak berjaya. Lantas, aku mencuba pula membuka pintu yang satu lagi......pun tidak berjaya. Aku buntu. Tak mungkin !!!!!! Tak mungkin kami terperangkap dalam bangunan ini. Jika kami terperangkap, selamatkah aku bersama dua pelajar lelaki ini ??? Pelajar lelaki itu pula cuba mencari jalan keluar yang lain. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya keluar melalui pintu yang ketiga.

Suasana di luar begitu sunyi, langsung tidak kelihatan pelajar mahupun pekerja universiti. Aku pantas berjalan menuju ke perhentian bas. Tetapi aku perlu melalui bawah jambatan yang gelap.
Aku kuatkan semangat dan nekad berjalan berseorangan di kawasan yang sunyi dan gelap. Sayup-sayup kedengaran bunyi orang berjalan dibelakangku, mungkin salah seorang pelajar cina tadi....Alhamdulillah. Apabila hampir tiba di hentian bas, tidak kelihatan bas mahupun orang yang menunggu bas. Adakah aku sudah terlepas bas yang terakhir ???????? Ku gagahkan juga kaki melangkah. Alhamdulillah, ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas. Alhamdulillah pelajar tersebut adalah ketua blok kediaman kami.

Bila bas tiba, aku terus naik dan duduk ditempat kegemaranku. Sepanjang aku di dalam bas, aku rasa amat terharu dan bersyukur dengan perlindungan yang Allah berikan. Sebaik sahaja aku turun dari bas, aku terpandang .....

Bulan bercahaya menyinari malam nan gelap dan percikan sinarnya menerangi permukaan laut. Subhanallah....betapa indahnya ciptaan tuhan. Aku dan ketua blok tidak melepaskan peluang mengabadikan saat yang indah ini. Alhamdulillah, aku tidak perlu jalan berseorangan untuk pulang ke kediaman.

Begitulah sebahagian kecil kerisauan yang dirasai dan mungkin agak berisiko bagi pelajar seperti kami demi menuntut ilmu. Belum lagi disenaraikan segala dugaan, masalah dan kekecewaan yang ditanggung. Harap tiada lagi serangga yang berbunyi

mahupun burung yang berkicau
bahawa pemegang PhD (Doctorate of Philosophy) itu bersepah. Kalau bersepah kenapa kerajaan perlu berbelanja besar menghantar ramai pelajar melanjutkan pengajian? Kalau bersepah, kenapa universiti di Malaysia masih kekurangan tenaga pengajar yang berkelulusan sedemikian ? Namun, tidak dinafikan memang manusia yang berPHD bersepah....Perasaan Hasad Dengki. Masing-masing dengan bahagian masing-masing...Yang penting kita saling menghormati. Ya Allah, permudahkanlah urusan dan lindungilah hambaMu ini.

Friday, November 19, 2010

Apa ku buat di hari raya Aidil Adha

Cantikkan bunga tu...Salam Aidil adha. Lama betul tak berblog kan....

Here, we celebrated Aidil Adha on tuesday, 16 Nov 2010. Actually aku plan pergi solat raya by bus. Alhamdulillah, ada kawan yang sudi menumpangkan kami. Segan nak tunjuk gambar sebelum dan selepas solat, maka aku tunjukkan makanan yang disajikan selepas solat. Aku hanya kenal baklava je...tapi yang satu tu sebijik macam wajik...

Then, kami berkampung dirumah kawan kami. Aku malas nak ambil gambar makanan, tapi antaranya yang aku ingat ada nasi tomato dan rakan2nya, daging dendeng, bihun dan mee goreng, bubur pulut hitam, rojak buah, desert dll. Aku bawa apalagi....tartlah.

Macam2 jadi the night before. Aku dah beli St Dalfour blueberry jam, tapi tak jumpa. Luckily my housemate ada mixberry homemade jam. Pulak tu for the cream cheese feeling aku terletak 60gm butter instead of 20gm. Luckily ok hahaha...I got the recipe from http://mamafami.blogspot.com/2009/07/blueberry-cheese-tart.html. TQVM Mamafami...:).

Then, I have photo shoot session with my gediks friend at the botanic garden.



But, we really not in the mood that day to pose bagai nak rak. Lagipun rasa penat semacam. In fact I cancelled my plan nak masuk ofis nak run my programming. That nite, aku teringin sangat nak makan someting ala2 raya foodies. Almaklumlah tadi takde lemang dan rendang. Tapi takde daging..minced beef adalah. Yang ada pun chicken breast dalam 200gm. Tetiba teringat daging masak itam Cik Elyza, maka aku buat ayam itam hahaha....

Tapi aku malas nak surf tenet and copy resipi Cik Eliya. So aku bantai je resipinya....bahan tumis yang biasa+cili serbuk, mestilah ada kicap kan, yang lain aku ingat ada jintan manis hahaha. Sedap gak walaupun dah ada kicap aku pi letak garam hahaha...maka tambahlah air dan gula hahaha. Tapi today kenalah surf tenet jugak coz nak link the ori recipe. TQVM Eliya :). Ayamnya sikit sangat, maka kena tambah carrotlah hehehe...On wednesday I had the same menu for lunch, since it's a bit dry, so aku tambah airlah.

Tapi minyak nampak bergenang pulak hehehe. Then, malam tu biasalah masak my fevret food hehehe..sambal tumis ikan bilis with telur dadar. Malas nak tepek gambar. Siap bawak bekal for lunch on thursday tuh. Tetiba teringin pulak nak makan lamb rogan josh, butter chicken n vegies curry..maka terpaksalah ke city mencari indian food. Hari ini pun aku melantak that indian food with bread for lunch :))...

Sejuk pulak harini...Semalam ok, cuma petang ada gerimis sikit. Padahal spring nak masuk summer. Such an unpredictable weather. Last 2 weeks panas giler. Last week kejap warm, kejap hujan lebat. Suhu sekejap 19, sekejap 25 degree...
Oz weather huh....

Sunday, November 14, 2010

Royal Doulton dan cekodok penyek

Sorrylah kawan2 semua coz lambat reply your comments. I'm really busy lately. Tapi busy pun...semalam aku sempat pi city nak beli groceries. Entah camna, tersinggah David JOnes pulak...Cantik kan...Royal Albert...Royal Doulton

Awatlah mahal bebeno nih. Satu teapot je..dah aud575 ~RM1700. Ada ke orang nak beli ya ? Tapi kalau tiada permintaan tiadalah pengeluaran kan. Hehehe teringat pulak kelas perdagangan. Agak2...dengan guna set Royal Doulton ni boleh tak buat cekodok penyek hampir rentung ni

tampak cantik, menarik, dboom dan nampak sedap dan rasa enak ek ???

Berselerakah korang jika pecal dalam bekas plastik ni

diletakkan dalam set yang ini pulak ?

Hilangkah keunikan, mutu dan keunggulan set yang ini

jika diletakkan masak lomak cili api daging +rebung ???

Psst...pecal tu bekal ke uni on wednesday. I had cekodok penyet hampir rentung for my brunch on thursday and masak lomak cili api daging for my dinner on thursday and lunch and dinner on friday...I have to take note on what I eat coz tetiba je I got skin rashes...Adakah due to summer ???

Wednesday, November 10, 2010

Korang minat ko dongan pinggan camni...

Sebelum kita menjamu mata...jangan lupa CONTEST ni...
Dah agak, mesti tak gerak nombor tuh...hehehe..selamat hadiah misteri dan tak misteri itu hahhaha....

Psst....Cantik kan......
Kasi zoom sikit....
Ada platinum embossed kan. Design lain pulak la.....

Wah!!!! Ada gold tuh ...agak2 kalau dikikis, boleh buat gelang emas tak hihihi.....
Harganya pun cantikkan hahahha....
Buntang mato den menengok eh. Berminat ko?????
Tapi, kalau tak sale, harganya sama/lebih dari sebulan gaji...masih berminat ka????

Mau lagi ka ????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............................hehehe..confirm korang minat kan.

Lagi.....
Dan lagi.......gold.....
Platinum pun ada lagi.....



Atau mungkin marble.....buat pencinta merah

atau pemuja biru ...........


But......Do you really need this kind of dining ware ????

Yeap...I know, it's elegant and beautiful dining ware...
Is there anyone who does not fall in love with these dining ware ???
If you are happy having these dining ware, why not ???
If you can afford it, why not ???
Just like antara kancil dan honda...or maybe antara wira dan merce....

Tepuk dada tanya selera
Bukak dompet, jenguk tunai yang ada
Tunai tiada, kredit kad boleh juga
Besar periuk, besarlah keraknya
Hujung bulan, hujung tahun...bil kredit kad berganda
Isu emas (Au) jangan dilupa
Platinum(Pt) mungkin pilihan yang ada
Lebih baik duit disimpan saja
Lagi berkat disedekah atau diderma
Si pembeli ada yang berkata
dunia, dunia juga, akhirat tetap dijaga


But by having this set, does it make your food more delicious ???
...makin berselera ke kak jah makan dongan pinggan camni ;))

Monday, November 8, 2010

Satu resepi tapi pelbagai menu....

Macam lama pulak tak berblog hehehe....super duper busy.....
Psst Don't forget about this contest.

Last saturday....i think last two saturday, setelah kepenatan bershopping dan cleaning duty for my home...maka aku telah masak bolognese sauce...hehehe...yang dalam botol la. Aku hanya tambah daging dan kuncu-kuncunya. Tapi takkan nak makan sos je kan. Disebabkan malas aku gunakan je lebihan pasta yang aku beli on thursday last 2 week. Inilah dia pasta malas....

Very the yummy....mula2 letak sauce, then letak cheese slice, then letak sauce, then baru pasta and lastly top with the sauce again....memang sedap giler. Tambahan bila the cheese melted due to piping hot sauce.....Then, on sunday teringin pulak nak makan bowl pizza ni....

Hehehe..guna je la sos pasta tu but I add capsicum and carrot. Jejari roti tu adalah tepi/kerak roti yang aku dah bakar. Sedap giler bila I dipped that crunchy bread in mashed avocado. Avocado tu, I beli kat fruit market $4.50 for 3...oklah. Setelah sekian lama, maka kali ini aku ikut la our accommodation's shopping shuttle to fruit market...tu yang boleh beli buah yang murah. Epal 99cent/kilo..mana nak dapat hehehe...Lagipun nak beli benda berat such as susu n detergent kat woolies, better ikut je shopping shuttle ni.

I used the pasta sauce again for my lunch on monday hehehe for....bread pizza...

and then I mixed the sauce together with spirals for my lunch on wednesday and thursday...And for my dinner on thursday too... the leftover spiral with salad hehehe....
Betul tak? Dengan hanya guna sos pasta, macam2 aku boleh buat :).

Lupa lak actually dinner for wednesday I need something fresh n hot setelah balik dalam kehujanan malam. So, I just cooked spicy scrambled egg hehehe....Jangan tak tau on tuesday I ate nasi dagang..the gulai is yummylicious hehehe...bukan aku masaklah.

Then on monday last 2 weeks I baked these bars..apa lagi si congo lah hehehe....

Thank you Rima for the recipe. Tapi dah macam kek pulak..may be since I used wholemeal flour and didn't use mixer. Tak jadi pun, sodap gak hehehe... Jenuh nak perabihkan. Ingatkan nak bagi that congo bar yg masih segar bugar to my ofismate, tapi kan last 2 weeks aku pulun buat kerja kat rumah...I went to uni only on thursday, harap2 my opismate tak sakit perutlah hehehe. On monday last week I baked these bars again.

Still the top texture not crunchy enough. Dahlah tak cukup brown sugar, aku bantai tambah icing sugar hehehe. Bila tengok di blog Rima..patutlah..dia buat nipis, aku buat tebal, macam manalah nak chewy and crunchy hahahha....Once again walaupun tak menjadi, tetap habis jugak hahaha...malah adik2 pompuan siap memuji tu. Actually I baked that bars for for suprise birthday party for my friend on tuesday...

Last friday, I had this roti telur for my brunch....

and indian food again for dinner hehhehe...

I dint' go to uni on thursday and just did my work at home. I was too exhausted after getting back late -around 9.30-9.45 pm for two nights. In fact, on monday I feel so stress trying to finish writing my proposal. That was why I ended up baking that nite hahaha...Finally, I submitted my research proposal via email on wednesday...alhamdulillah. In fact, I managed to make certain correction for my third paper on tuesday. Actually I received the comment from my so-called third spv/advisor in Adelaide on thursday, last 2 week. But I just ignored it for a while to just focus on my proposal...So, once finished with my prop.. I just focused on that paper again since the advisor commented that it would be neater if I provide the solution for the equation given...Maka, terpaksalah aku figure out on how to get that solution. Disebabkan aku ni tak berapa cekap mengira, maka aku terpaksalah membaca, memahamkan dan memikirkan on how to get that solution from related paper....Sakit kapla tau, nak memahamkan the calculation process since wednesday until friday huhuhu....If I were to use the same method to my research/paper, the works will be so trivial and long calculation to get the analytical expressions..So, I just gave up doing that at 3.15am on saturday huhuhu....

Ni pulak tak ingat bila...mungkin I masak on Sunday last 2 weeks kot or maybe 3...masak kicap daging.

Yang ni pulak, fried mee sanggul that I cooked on friday last 2 week


Tuesday, November 2, 2010

Contest Datang Lagi..mau join ka

Bersempena dengan tahun 2010 yang hampir tiba di penghujungnya, maka diumumkan bahawa tuan punya blog ingin mengadakan contest sekali lagi....


Syaratnya mudah sahaja :

1. Anda pengunjung blog ini yang ke 6886.

2. Pemenang akan mendapat 4 items iaitu shopping bag, small bag, pensil case and fridge magnet....hehehe ni sajalah barang yang aku mampu beli. Sila pilih hadiah dari SINI, tetapi tertakluk kepada stok yang masih ada. Anda juga boleh menukar pilihan hadiah, tetapi tertakluk juga kepada budget yang telah ditetapkan ...hahaha aku memang kedekut tau !!!! Tapikan...manalah tau kot2 aku terbaik hati to give away mystery gift hehehe....

3. Tidak pernah memenangi hadiah dalam contest dari blog ini.

4. Sila print screen nombor tersebut dan publish gambarnya di blog anda.

5. Gambar tersebut mestilah menampakkan header blog ini dan telah anda mark dengan Id/address blog anda.

6. Sila maklumkan kepada saya mengenai gambar tersebut pada ruangan komen di bawah beserta pilihan hadiah dan alamat anda
sebelum 11.59pm, 30/11/2010.
(Rasanya, tak sempat nak capai the number by this date...selamatlah hadiah tu hahaha)

7. Sekiranya terdapat lebih dari seorang yang mendapat nombor yang sama, tuan punya blog akan membuat cabutan nombor/undi.

8. Hadiah mungkin akan dipos pada 27/12/2010 atau lebih awal lagi.

Monday, November 1, 2010

Kerana stress, maka aku TER dot dot dot....

What a busy and hectic life last week. Sampai ada satu hari tu saya hanya keluar bilik untuk pergi bilik air sahaja dan lansung tak masak. I had breakfast, lunch and dinner with only bread and sunflower oil spread. I was really stress. In fact sometimes I felt dizzy and rasa mata nak terjojol keluar. Tidur lambat, memang susah nak lelap la. Tidur awal dengan niat nak bangun awal pukul 3/4 pagi pun tak boleh...terkebil-kebil. Lagi sakit hati, kepala sakit belah kanan...and it did affect my eyes too. Well...headache due too stress and of course menstrual syndrome lah...

Due to that, I took a break on Saturday and did my stress therapy...what else? Shopping of course hahahaha....Janganlah jealous ya dengan hasil tangkapan saya di Sydney. Saya tak shopping benda mahal. Hanya inilah yang saya mampu beli....

Caps for my cousins...boys of course

For my uncles, yang mahal sikit hehehe...

Small bags for my gals cousins

Kangaroo bag for my 2 years old cousin

And for my aunties......................................
Huhuhu...Actually I plan to buy clock for them with opera house or Sydney harbour bridge as background, but yilek...Later, maybe... However I bought these shoppings bag for my Uwan and maktih, who are my mum's auntie and cousin.

See the difference of the size between the small bag and the shopping bag.
You know what, I think the previous year pattern is better compared to current pattern. Here is last year pattern....
These pensil case for...hmm....I don't know. I just bought it hahaha. Ingat nak bagi to my cousin yang baru jadi cikgu, tapi macam tak sesuai. Nanti apa pulak kata student dia, cikgu pakai pensil case ada kapla binatang...

These fridge magnet will be distributed to my aunties too. Susah betul nak cari design ni...last year bersepah...
Here are key rings for my friends and sesape sahaja yang aku jumpa hahaha...



and these key rings for adik2 opis. These key rings mahal lagi compared to the above...poyo je kan ayat tuh..padahal lebih 5o posen je hehehe...Tapi key rings kat atas tu lagi cute kan :)

Semoga depa tak buat muka toye and poyo lagi bila this time aku pi opis dengan tangan berisi hahahaha...Tapi takut jugak, manalah tau depa cakap benda ni je beli kat OZ...murah pulak tu. Hello adik...sib baik aku belikan tau, tak pasal2 nanti aku jadi buruk siku pulak kan hahaha...Kalau depa tak mau, ramai lagi yang nak....Whatever...tu hanyalah imaginasi aku je hehehe...Walaupun bukannya branded items, rasanya masih ada lagi yang akan appreciate this cheap items...yang penting masa aku beli ini, mereka tetap dihatiku ....hehehe ayat poyo lagi. Tapi kan, dimanakah akan ku sumbat semua ini ????? Dah timbang tau, tepat 5 kg...Hehehe sakan dok timbang barang, macamlah nak balik esok...lambat lagi lah ;))

Untuk sesape nak pi shopping souvenir di Sydney, pergilah ke Paddy's market.

Kebanyakan kedai souvenir di sini adalah milik orang Turki dan Cina...Aku banyak memborong di kedai Turki yang bawah ni...Tauke kedai tu gelakkan aku coz dah dekat 1 jam masih terkial-kial keluar masuk kedai dia dan tak boleh nak decide nak beli apa walaupun ada list yang panjang hahaha...Siap kata aku mesti ramai relatives dan mesti miss my family. Yup....you are absolutely rite....
Hehehe macam Pasar payang dan Siti Khadijah je kan hehehe...Pasar buluh kubu pun cantik lagi kot. Takpun macam kedai di sempadan je kan...Padang besar...eh! No no, aku mana pernah pergi situ. Yang di Kelantan tu apa ye...bukan wakaf che' yeh, tu kalau nak beli buah and brooch murahlah....bukan Pengkalan kubur.....Ha...Rantau panjang...

Selain souvenir, depa ada gak jual pakaian, kasut, beg, jewelery, rambut palsu, buah-buahan dan sayur-sayuran etc. Macam gambar bawah ini ada sun glasses and brolie ....brolie tu apa??? Umbrella lah.
Ugg boot yang fofular pun ado....

Topi koboi mau????
Kaki opps ...skin socks pun ada dijual...


Yang pastinya, aku kalau masuk tempat ni mesti sakit kapla coz selain rimas ramai orang, serabut tak tak tau nak beli apa walaupun bawak list huhuhu...Gambar ni diambil pukul 11am, so tak sesak lagi. Kalau dah tengahari nak berjalan dan bernafas teramatlah susahnya. In fact, be extra careful with your bag/purse/wallet. Beware of pick pocket...Market city yang terletak di bahagian atas Paddy's market ini pula shopping complex yang menempatkan outlet for popular brand in OZ such as Esprit, Giordano, Cotton On, Supre etc.

I went to Sydney alone...senang pi sensorang ni. Takla makin stress bila pergi dengan orang yang suka control kita ni, pulak tu berkira or cerewet sangat bab2 makan ni. Tak cerita pasal makan macam tak lengkap pulak. Kali ini aku pi makan lagi at the Indonesian cafe....here is ayam bakar and of course sambel pedas....