Seram kerana takutkan 'sesuatu' akan muncul atau seronok dan terpesona dengan keindahan malam?
Semalam, entah apa angin aku stay in the office until 9.25 malam. Kalau boleh tak mahu pulang selagi kerja tak siap. Apakan daya, bus terakhir pada pukul 9.45pm. I think that is the first time that I stay in the office until that late. Seram sejuk juga bila berseorangan semasa mengambil wudhuk di bilik air. Tambahan, terasa kesunyian dan keheningan malam bila berseorangan di tingkat dua di bangunan
Selesai solat, aku pantas mengemas barang dan melangkah keluar bilik. Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu.......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Owh!!! Rupanya, suara dua orang pelajar lelaki cina yang sedang menuruni tangga. Dengan pantas aku mengekori mereka dari belakang. Bila sampai di tingkat bawah, pelajar lelaki tersebut cuba membuka pintu keluar, tetapi tidak berjaya. Lantas, aku mencuba pula membuka pintu yang satu lagi......pun tidak berjaya. Aku buntu. Tak mungkin !!!!!! Tak mungkin kami terperangkap dalam bangunan ini. Jika kami terperangkap, selamatkah aku bersama dua pelajar lelaki ini ??? Pelajar lelaki itu pula cuba mencari jalan keluar yang lain. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya keluar melalui pintu yang ketiga.
Suasana di luar begitu sunyi, langsung tidak kelihatan pelajar mahupun pekerja universiti. Aku pantas berjalan menuju ke perhentian bas. Tetapi aku perlu melalui bawah jambatan yang gelap.
Aku kuatkan semangat dan nekad berjalan berseorangan di kawasan yang sunyi dan gelap. Sayup-sayup kedengaran bunyi orang berjalan dibelakangku, mungkin salah seorang pelajar cina tadi....Alhamdulillah. Apabila hampir tiba di hentian bas, tidak kelihatan bas mahupun orang yang menunggu bas. Adakah aku sudah terlepas bas yang terakhir ???????? Ku gagahkan juga kaki melangkah. Alhamdulillah, ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas. Alhamdulillah pelajar tersebut adalah ketua blok kediaman kami.
Bila bas tiba, aku terus naik dan duduk ditempat kegemaranku. Sepanjang aku di dalam bas, aku rasa amat terharu dan bersyukur dengan perlindungan yang Allah berikan. Sebaik sahaja aku turun dari bas, aku terpandang .....

Begitulah sebahagian kecil kerisauan yang dirasai dan mungkin agak berisiko bagi pelajar seperti kami demi menuntut ilmu. Belum lagi disenaraikan segala dugaan, masalah dan kekecewaan yang ditanggung. Harap tiada lagi serangga yang berbunyi


No comments:
Post a Comment