Sunday, October 30, 2016

Brekky and Horror Movie

Good morning...
Done my 6 km morning walk.
And now I am having my breaky and watching recorded The Ring 2.


Saturday, October 29, 2016

Siapakah?

Tadi I dah tidur before 10pm
Terkejut bila dengar panggilan telefon
Dalam keadaaan terpisat-pisat saya jawab
Macam suara lelaki tua

Me: Hello
Dia: Ya ada apa?
Me: Ha...(confuse)
Dia: Siapa ni?
Me: Eh! Ni siapa....
Dia: Tadi no ni ada call.
Me: Hah! ...tertekan kot, saya dah tidor tadi
Dia: Ni kat mana?
Me : ya...(luckily I tak cakap)
Dia: Sarawak ke?
Me: eh tak...oklah...(terus I letak phone hahaha)

I ingatkan wrong number.
I rasa dah beberapa kali orang call cari lelaki
Terbaru on 26 okt macam remaja cari lelaki nama R
Tapi bila I checked my hp log, I terkejut


Siapakah???
Jika panggilan 13 minit dan 3 minit tak mungkin wrong number...
Memory lost 😅.
Baru 3 hari tuh 😰😰.
Memanglah 26-27 okt hari yg sangat kritikal dan kalut
Tapi takkan tak ingat lansung.
Semoga Allah kuatkan ingatanku.

Update:
I masih rasa I didnt receive any call on 26 okt.
Cuba tengok masa tu 20.09pm.
Bila I checked my whatsapp...
20.08-20.10  I sedang berwhatsapp dengan my friend
So bila masa pula I pick up that 20.09 call....
Misterilah
Harap bukan scam atau orang guna my hp num.
Semoga Allah jauhkan saya dari perkara yg memudaratkan.

Update 30 okt 5.40pm:
Penatlah perah ramas otak
Haha...baru teringat
On 26 okt tu my PA yg call
Dia tak boleh bantu on 27 okt
Due to family matters
Not sure whose number is that
Her second number or
Maybe belong to her father
Adoi la....lega
Idok le makcik stress
Dan terseksa


You will never walk alone

That is just a song
In reality I do walk alone
I have to walk alone
When I asked my friend to join me for a brisk walk
She couldnt do so, she had to entertain her guests
When I asked my friend to play badminton with me
She preferred not to join
When I asked my family to go out for lunch
They gave so many excuses

And today ....
Once again I have to walk alone


But it is ok
Do not let that become a problem
Just enjoy the view
And be grateful with what I have


I was craving for nasi lemak
But yup...nasi lemak during weekend is a hot selling brekky...definitely sold out
Thus meat pie is good enough for me



And do not forget to buy lots of ice cream for this weekend





Tuesday, October 25, 2016

Stay Up

Alamak dah 4.39am.
Jomlah tidur.
Ngantukkkkk
Dok membuat perancangan
dan menyediakan kertas cadangan dari 10pm
Tapi manalah nak tidur cukupnya
9am ada mesyuarat 😭😭😭
Tapi kertas cadangan belum siap lagi
Fighting 💪💪💪💪


Sunday, October 23, 2016

Selasa yg kalut

Minggu lepas
Memang sibuk memanjang
Sebelum balik
Singgah Pizza Hut pi tapau


Prawn Tempura and spageti bolognese
Sambil menikmati that food
Sambil membalut


Esoknya mintalah orang tolong angkat
Tapi tunggu punya tunggu tak sampai
I angkut sorang my bag dan barang2 tu
Dah nampak I terkial2 barulah terhegeh2 nak bantu
Too late
I am strong when I am hurt
Tulah kan...
Alih2 ko dapat gak kan
walaupun ko buat tak tahu
Lepas tu dah tegur pun
Boleh blah gitu je
Beri alasan
Ucapan maaf jauh sekali




The day ...

The day has come last friday...
Yes 21 october to be exact...
Not properly
But I tried slowly

I thot by doing that
I will change to be better person
Be more patient
Be kind to others
Unfortunately ....
I felt anxious the whole day
I even raised my voice to my customer
My condition got worse by headache
And felt nauseous
Several times I was breathless
Maybe I got choked by my attire 😅
That I have to loosen it....

Got angry easily
Just the normal me
But why this time so fast
Why I cant talk and explain nicely
Once I arrived home...
Huh...not a surprise
My twin just came 😅😅😅

And today when I was about to go out
I almost forgot something ....
Once I remembered it
Deep inside my heart
My inner voice said don't do it
I should do it when I am really ready
But my mind said I have to be strong
As expected it is not easy ...

Anyway ...
I really in love with this juara panjang 😁


Pic from google

I have been eyeing it for quite some time
Hmm...reward for myself?
But what color?
Can't decide yet....
Guess what?
If you know where to find it
You can get about Myr700 less

Best pulak dengar lagu2 lama di Gegar Vaganza
I memang suka Rem
I memang suka lagu Kenny Remy Martin
Tapi I sokong Siti Sarah ...






Friday, October 21, 2016

Tersebar

Bila data tersebar
Maka golongan yg selalu dapat peluang senyap
Kerana nama mereka ada dlm rekod
Bukan hanya dpt satu peluang
Tapi byk kali

Yang tak dapat peluang
Macam aku
Terkejut
Tak sangka
Sampai begitu ketidakadilannya
Bila disuarakan
Buatlah perbincangan
Untuk atasi isu berat sebelah
Tiada yg beri respon
Bila mengadu pd rakan
Dia senyap
Patutlah
Dia pun dalam senarai tuh

Yang dapat peluang sedikit
Menyarankan
Buatlah sesuatu
Tak salah kongsi

Nak buat guano
Sistem yg buat org jadi selfish
Tak fikir orang lain
Tapi bukankah sistem tu dibuat manusia???

Update sabtu:
Petang semalam
Berborak dgn yg dapat sikit
Katanya yg terbaru dia tak dapat customer
Memanglah, sebab kebetulan customer tu cancel
Memang dah suruh my staff arrange utk dapatkan pengganti
Mungkin dia tak buat lagi
Apapun kena semak semak semua dan semak semula
Tapi bila dah tengok data tuh
Ada yg tak pernah dapat
So kena beri pada mereka juga
Nampak tak
Selain selfish
Manusia jadi tamak



Monday, October 17, 2016

Hari macam-macam

Pagi tadi kalut pi ofis
Update fail untuk audit coz ada dokumen yg I tak masukkan
Then baru perasan ada borang yg I tak isi
Perlu tandatangan boss pulak tu 😭😭
Ok relax....isi je la, then harap boss ada untuk sign

Then kalut pi meeting
Biasalah....
Orang-orang degil
Dah suruh lengkapkan semua info
Tapi buat2 tak faham
Padahal ini bukan pertama kali
Dah ingatkan melalui email dan whatsapp
Buat2 tak perasan pulak 😠😠
Menyusahkan I buat permohonan ke pihak lain
Dah la mereka tu no kompromi 😠

Habis meeting dah ada customer tunggu depan bilik meeting
Then dok mengekor I to my office
Come on lah
Use your common sense
Nampak I penat kan
Kot iya pun berilah I duduk dulu
Dan simpan dokumen

Then I checked next year plan
Update here and there
Alhamdulillah managed to submit it to the main office before noon
But it is only temporary happiness....
Around 3.30 pm I received an email ...there are changes in certain amount
Lantaklah...tak kuasa nk update dan baiki
Tahun depan je la 😂😂😂

Sambil tu penatlah remind another group untuk hantar dokumen yg due today...
Biasalah jadi kuli call sana sini as reminder
Orang kata hantar before 10.30am dia nak hntr 12.30pm...
Pasal orang lain...plan I jadi caca marba
Then I dapat tau this mamat bukannya nak utamakan dokumen yg I minta tapi sibuk buat benda lain 😠

Dah dapat kumpul semua dokumen
Barulah hantar pada officer
Lesson learnt
Any important doc should have pengesahan hantar dan terima 😁

Dah alang-alang tu pi jumpa S/u boss regarding paper work on a related to career development workshop.
Pulak kena reject
Kena baiki

One of the officer wanna see me
I told him that I am in a hurry to the bank
But he wanna discuss regarding available vacancy
I want two posts they only approved one post
Kejam!!!
Tak adil!!!
My unit is more  in need compared to others.

Sampai bank
The officer was entertaining two customers
The moment they walked away I rushed to her table
Tiba2 ada lady pi potong line

Once I got the opportunity to talk with her
She said that her husband is waiting for her to have lunch together
I minta bank payment table pun dia tak mau beri
Cuma katanya lower rate for those who got saving at the bank

Then off I went to the commisioner for oaths office
Alamak 5 mins before the lunch hour end
So dok diam2 dlm kereta
Sambil mkn french fries kfc

Tiba2 my colleague call psl the workshop
Yg nk tarik diri di saat akhir tu
Tak boleh nk kata apalah
Walaupun hati sakit
Ni yg tergedik2 nak tukar ke single room
Habis tu how about yg sorang lagi
Takkan dia nk tanggung kos single room
Just becoz ada yg nk tukar dari twin sharing room

Speechless the moment the clerk told me that the officer has passed away
Then she suggested for me to go to magistrate court.
Once I arrived there my jaw dropped when reading the notice that commisioner is on maternity leave.
So I have to go to somewhere else ....
Ok jangan stress...senyum je la
Kat mana pulak?
Mulut ada kan
Rajin2 lah tanya guard tu 😅

But it is already 2.30pm.
The cross between directly go there
Or back to office, solat and then only go there
Mau ambil nearly 60-90 mins utk pergi balik dan berurusan.
Balik je la solat dulu dan lunch kfc

Then baiki kertas kerja dan hantar semula
Borak dgn my colleague
Hah...baru you tau how hard and stress it is dealing with certain people
Macam2 perangai
Pelbagai karenah
Kecoh TANYA tarikh tak tukar kah?
Common sense kot
Tak perlu tanya
Kalau kami tak maklumkan
Memang tiadalah any changes
Ada yg sibuk REQUEST tukar tarikh
Hello...kami dah lama beri date kan
Takkan pasal sorang kami nak tukar
Suka2 hati tiba2 tak mau pi
Tiba2 nak tukar bilik etc
Tu my colleague baru handle satu tugas pun dah pening kepala
Yang I ni hari2 dok mengadap, dengar dan lihat guano?
Nasib baik ada blog nak luah 😂😂😂

Pi menjenguk an adhoc meeting for an event
Luckily I menyibuk
Otherwise they couldnt be bordered to invite our colleagues for that event
You see...
Every single thing I have to monitor
I have to ask, I have to check
Kalau macam tu, apa fungsi coordinator???
Seronoklah hidup kan
Aktif sana sini
Tapi tugas yg diamanahkan buat tak kisah
I am sure cepatlah naik pangkat tuh ...
Cv mesti cantik tuh
Orang bukan tau how dia buat kerja

Balik office
Buat analysis report for customer performance
Alhamdulillah done around 6 pm

Tapi in between ada drama jugak
Luckily my colleague contacted the hotel
They have to increase the rate due to less number of participants
So...perlu ambil semula kertas kerja dan baiki

Balik rumah
Cuba tenangkan diri dgn melihat my new purple flowers
😍😍😍😍


For dinner I had this wrap 😅


Nak tengok scarlet heart...alih2 episod ulangan 😅😅😅....









Sunday, October 16, 2016

terjaga

Tak sukalah bila selepas tengah malam terjaga dari mimpi atau kerana dengar bunyi bukan-bukan. Tiba-tiba jadi tak tentu arah, takut dan fikir bukan-bukan. Jika selepas 4.30am, rasa lega. Tapi sebelum itu memang tak tenanglah...


Friday, October 14, 2016

Takpe dan Taksub

La masih tak habis lagikah?

TAKPE TIPU gelaran Dr
Yang penting ilmunya
Dia dah banyak membantu ramai orang
Terpesong ke aqidah kalau tiada gelaran Dr?
Dia dah tak pakai gelaran tu
So dia dah insaf

Seriously
Memang ada orang yg begitu taksub ya
Kak...kalau menipu tu tak berdosakah?
Kalau bersalah tu, tak minta maaf, bukti dah insafkah?

TAKPE tak bayar cukai
Dia dah banyak buat kebaikan
Dalam Islam takde cukai ni

Hmm...
Customer dh bersusah payah bayar gst
Maksudnya syarikat tak perlu serahkan kpd kerajaan???
Ke manakah duit itu pergi?
Bolehkah menyimpan atau menggunakan sesuatu yg bukan hak kita?

Sesiapa yang membongkar dan viralkan isu ini dituduh untuk menjatuhkan orang yg berjaya...

Hmmm....
Tak lama lagi
Jangan terkejut jika ada kisah
TAKPE membunuh
Dia dah banyak buat kebajikan
Derma sana sini
Yang dibunuh tu yg salah
Kenapa tak pertahan diri






Hijrah

Susahnya nak berubah dan berhijrah.
Plannya Selasa, tapi tiada kekuatan
Tukar ke hari ni Jumaat.....
Pun tak kuat
Dah pegang...
Memang tak kuat
Tiba2 sebak dan sayu
Maka bergenanglah air mata sambil memegang pintu wardrobe
Tolong doakan saya ya...
Teringat kata2 Sheahnee yg lebih kurang
"Hidayah perlu dicari"
Ya..betul tu
Kalau ditunggu, sampai bila kan...

Monday, October 10, 2016

Kerja dan cuti

Hari Sabtu dan Ahad I pulun buat kerja
Alhamdulillah dah siap petang Ahad
Tapi lepas tu ke ofis ambil kerja lain pula.
Niat di hati nak siapkan kerja lain malam tu juga
Tapi mungkin terlebih dos makan mee goreng mamak

Mengantuk sangat
Konon nak tidur sekejap
Sedar-sedar dah pagi

Since I risau tak terkejar
Iaitu dua kerja ni dan urusan rumah
Maka I terpaksa ambil EL
Untuk fokus double check kerja 1
And to complete kerja 2.
Kalau stay di ofis banyak gangguan
Dari colleague, staff and customer
Harap sebelum tengahari boleh siap
Then, boleh uruskan hal rumah dgn senang hati

Apa2 hal brekky dulu


Dan lama betul tak buat sandwich ni
Last masa di OZ tahun 2009 kot 😅😅😅

Sunday, October 9, 2016

craving for OZ potato wedges

Good morning friends...
Yup...I have been craving for potato wedges+sour cream+sweet sauce for almost a year. Alhamdulillah I had it for dinner yesterday and brekky this morning 😅😅.


Last time in my uni day whenever I feel stress  I will go to the uni cafe and dig into these wedges 😅😅.

Please do not be surprise....
I was craving to eat cream cracker+planta spread as well 😅😅😅.
Finally...I had it for brekky yesterday....


Asyik mengidam je 😅😅😅

I browsed through my fb this morning...
SURPRISED TO SEE somebody who is not that excellent got something that are coveted by many people either by those who are at the same level or better than him.
Rezeki dia...
Usaha dia...
Kesunngguhan dia..
Kebolehan lain yg mungkin terserlah semasa temuduga...
Cekap merebut peluang yg ada...
But SAD to see those who didnt get that opportunity...
Belum ada rezekilah tu
Yg penting terus berusaha
Dan berhati2 dan buat kerja dgn teliti...

SAD to see when a group of people acted like a crook.
How dare they made their own road block?
How dare they stopped the biker?
How dare they threatened, pulled and kicked him?
Really uncivilised manners....
In this Malaysia???

When I scrolled down my news feed....
There was a news about Uitm lecturer died in his office due to heart attack...
I cant imagine he faced it alone there....
How about me ???
Takutnya....
Tiba2 terjatuh sorang2 di rumah...and no one knows untill after few days.
Cukupkah amal?
Minta dijauhkan...
So to all friend yg sorang tu...kalau tak sihat informlah family and rakan..
Bila, di mana dan bagaimana kita pergi tu rahsia Allah...
Cuma be ready....




Monday, October 3, 2016

scrambled egg or omellete

Good morning peeps....

Let'us brekky ...


What is that?
Scramble egg or omellete?
Well...
It suppose to be scramble egg...
But I forgot to scramble it till the last minute 😂😂😂

Sunday, October 2, 2016

Family day katanya

Masa susah cari kami
Perjumpaan kami sekeluarga dipendekkan
Demi nak membawa dia ke sini sana
 mengubati hatinya yg lara

Bila kesempitan wang
Sayalah banknya
Bila perlukan teman
My sister la pilihannya
Bila perlukan penjaga anaknya
My sister juga membantu

Kerana kasihan
Kami menjenguk
Bukan layanan mesra kami dapat
Tapi penantian lebih 30 minit
mendengar dia berbual di telefon

Kini
Dia sudah bahagia
Selesa
Wah! Ada hari keluarga
Ceria
Jika kami memang tidak boleh hadir
Lain cerita
Hmm...jemputan memang tiada
Owh kami bukan keluarga rupanya
Siapa kami di mata mereka ?






Saturday, October 1, 2016

Viral sana sini

Minggu ini banyak yang viral....
Antaranya ....
Video melibatkan hak penjagaan anak2
Isu fraud phd
Kehilangan pelajar Malaysia di Peranchis
Kad dari dompet tercicir diguna beli jewellery

Bila tengok video tu
Memang kesian tengok budak tu
I pun musykil
Macam mana bapa yg ada kes mahkamah keganasan rumah tangga boleh dapat hak penjagaan.
Tapi rupa-rupanya hanya untuk bermalam satu hari sahaja...
Nilah akibat dari rakaman video itu
Untuk apa?
Kenangan?
Bukti?
Then, untuk apa disebarkan video itu?
Raih simpati?
Mengaibkan?
Ada setengah orang tengok dan diam
Ada setengah orang mcm I tengok dan tertanya2
Ada setengah orang tengok dan salah sangka
Ada setengah orang tengok dan mengutuk
Tapi terfikir tak kesannya pada budak itu
Bila dia meningkat dewasa ...
Video 'perebutan' dia tersebar
Bolehkah dilenyapkan terus dari internet?
Kita yg tengok pun rasa 'terganggu'
Inikan pula dia yg dlm video

Phd fraud ...
I thought only one, but three 😱😱
Tapi yg I tak suka bila itu die hard fan cakap pusing2 pula
Hello...
Adakah yg pertikaikan kehebatan dia beri motivasi?
Adakah yg pertikai kejayaan memberi panduan ke arah bisnes yg lebih hebat?
Isunya kenapa nak tipu ada phd....
Surprisinglah ada yang kata
"Mereka OK!!!"
"Takpelah..."
Ok apa?
Takpelah dengan apa?
Dengan penipuan?
Then dikata pula orang kita ni PHD pula dengan kejayaan orang lain.
Awat dulu tak kecoh, now baru kecoh
Awat si phd holder baru bising, dulu ko buat apa
Tak cukup dengan itu dikata pula, tanpa phd pun orang tu tetap hebat
Ada apa dengan phd?
It's only a piece of certificate
It just an assignment presented in front of the lecturer....
Teori je...praktikal hampeh, pengalaman zero....
Tak perlu nak berlagak kalau ada phd...
Orang Malaysia je taksub dengan title Dr ni...
Kat overseas tu ada phd pun, tak guna pun title Dr ni.
If that so, why orang hebat tu pun nak kata ada phd dan letak title Dr ek?
Phd fraud pulak tu.
Hmm..perlu ke i ckp
Dulu i pi certain company jumpa their boss, jangankan nak jemput I duduk...pandang lekeh je kat I.
But bila letak title depan tu...bukan main mesra dan ramah, berbual lama tak mau lepaskan I sampai terpaksa pura2 I dah lewat 😅😅.
Even at my workplace setakat nk report kerosakan pun ada officer suruh I sendiri buat report, not my staff
Why?
Supaya aduan dilayan
Apa maksudnya tu....
Sometimes, title tu perlu digunakan
Supaya suara kita diterima/didengar
(I setuju dengan kata2 one of the blogger in my bloglist)
Tapi waktu kerja je lah 😀
Hah...jangan pulak nak kata I takde aura ke, character tertentu ke yg buat orang terima/layann I dengan senang hati ya 😜😜😜
Something wronglah
Kalau ko pi beli barang, ko cakap saya Dr....nak beli....
Kalau ko pi bayar bil, ko cakap saya Dr...nak bayar
Kalau ko call domino pizza, ko cakap saya Dr...nak order ....
Kalau ada yg buat gitu....
Itu memang muka tembok
Kalis maki 😂😂😂😂

Pssst...
Daripada you sibuk mempertahankan orang hebat tu
Apakata you nasihatkan dia mengaku sahaja...
Orang hebat
Pasti mengaku salah
Minta maaf
And Move on

Yg aku pulak
Dari sibuk membebel
Pi lah mandi
Jemur kain
Dan kemas rumah
🙈🙈