Minggu ini banyak yang viral....
Antaranya ....
Video melibatkan hak penjagaan anak2
Isu fraud phd
Kehilangan pelajar Malaysia di Peranchis
Kad dari dompet tercicir diguna beli jewellery
Bila tengok video tu
Memang kesian tengok budak tu
I pun musykil
Macam mana bapa yg ada kes mahkamah keganasan rumah tangga boleh dapat hak penjagaan.
Tapi rupa-rupanya hanya untuk bermalam satu hari sahaja...
Nilah akibat dari rakaman video itu
Untuk apa?
Kenangan?
Bukti?
Then, untuk apa disebarkan video itu?
Raih simpati?
Mengaibkan?
Ada setengah orang tengok dan diam
Ada setengah orang mcm I tengok dan tertanya2
Ada setengah orang tengok dan salah sangka
Ada setengah orang tengok dan mengutuk
Tapi terfikir tak kesannya pada budak itu
Bila dia meningkat dewasa ...
Video 'perebutan' dia tersebar
Bolehkah dilenyapkan terus dari internet?
Kita yg tengok pun rasa 'terganggu'
Inikan pula dia yg dlm video
Phd fraud ...
I thought only one, but three 😱😱
Tapi yg I tak suka bila itu die hard fan cakap pusing2 pula
Hello...
Adakah yg pertikaikan kehebatan dia beri motivasi?
Adakah yg pertikai kejayaan memberi panduan ke arah bisnes yg lebih hebat?
Isunya kenapa nak tipu ada phd....
Surprisinglah ada yang kata
"Mereka OK!!!"
"Takpelah..."
Ok apa?
Takpelah dengan apa?
Dengan penipuan?
Then dikata pula orang kita ni PHD pula dengan kejayaan orang lain.
Awat dulu tak kecoh, now baru kecoh
Awat si phd holder baru bising, dulu ko buat apa
Tak cukup dengan itu dikata pula, tanpa phd pun orang tu tetap hebat
Ada apa dengan phd?
It's only a piece of certificate
It just an assignment presented in front of the lecturer....
Teori je...praktikal hampeh, pengalaman zero....
Tak perlu nak berlagak kalau ada phd...
Orang Malaysia je taksub dengan title Dr ni...
Kat overseas tu ada phd pun, tak guna pun title Dr ni.
If that so, why orang hebat tu pun nak kata ada phd dan letak title Dr ek?
Phd fraud pulak tu.
Hmm..perlu ke i ckp
Dulu i pi certain company jumpa their boss, jangankan nak jemput I duduk...pandang lekeh je kat I.
But bila letak title depan tu...bukan main mesra dan ramah, berbual lama tak mau lepaskan I sampai terpaksa pura2 I dah lewat 😅😅.
Even at my workplace setakat nk report kerosakan pun ada officer suruh I sendiri buat report, not my staff
Why?
Supaya aduan dilayan
Apa maksudnya tu....
Sometimes, title tu perlu digunakan
Supaya suara kita diterima/didengar
(I setuju dengan kata2 one of the blogger in my bloglist)
Tapi waktu kerja je lah 😀
Hah...jangan pulak nak kata I takde aura ke, character tertentu ke yg buat orang terima/layann I dengan senang hati ya 😜😜😜
Something wronglah
Kalau ko pi beli barang, ko cakap saya Dr....nak beli....
Kalau ko pi bayar bil, ko cakap saya Dr...nak bayar
Kalau ko call domino pizza, ko cakap saya Dr...nak order ....
Kalau ada yg buat gitu....
Itu memang muka tembok
Kalis maki 😂😂😂😂
Pssst...
Daripada you sibuk mempertahankan orang hebat tu
Apakata you nasihatkan dia mengaku sahaja...
Orang hebat
Pasti mengaku salah
Minta maaf
And Move on
Yg aku pulak
Dari sibuk membebel
Pi lah mandi
Jemur kain
Dan kemas rumah
🙈🙈
No comments:
Post a Comment