Friday, October 14, 2016

Takpe dan Taksub

La masih tak habis lagikah?

TAKPE TIPU gelaran Dr
Yang penting ilmunya
Dia dah banyak membantu ramai orang
Terpesong ke aqidah kalau tiada gelaran Dr?
Dia dah tak pakai gelaran tu
So dia dah insaf

Seriously
Memang ada orang yg begitu taksub ya
Kak...kalau menipu tu tak berdosakah?
Kalau bersalah tu, tak minta maaf, bukti dah insafkah?

TAKPE tak bayar cukai
Dia dah banyak buat kebaikan
Dalam Islam takde cukai ni

Hmm...
Customer dh bersusah payah bayar gst
Maksudnya syarikat tak perlu serahkan kpd kerajaan???
Ke manakah duit itu pergi?
Bolehkah menyimpan atau menggunakan sesuatu yg bukan hak kita?

Sesiapa yang membongkar dan viralkan isu ini dituduh untuk menjatuhkan orang yg berjaya...

Hmmm....
Tak lama lagi
Jangan terkejut jika ada kisah
TAKPE membunuh
Dia dah banyak buat kebajikan
Derma sana sini
Yang dibunuh tu yg salah
Kenapa tak pertahan diri






No comments:

Post a Comment