Wednesday, June 30, 2010

Aku serabut....

Serabut la....Tapi, korang layan je lah nengok my marble cake niha...

Konon nak pelbagaikan perisa..ada coco, pandan, rose...Hmm, kesimpulannya janganlah letak perisa rose itu hahaha...Biarlah dua perisa je hahaha. Dahla berlubang-lubang. My housemate cakap sebab baking powder tak rata...yolah tu haha...coz aku ayak sekali ja. Eh, nanti dulu....ado laie niha....apo bondo eh tu....
.
.
.
.
.

Akhirnya tertunai la hasrat di hati nak makan kuih seri muka jagung...not only that, hasil air tangan den hahaha. Once again...pertama kali membuatnya. Lombik sikit pulut hehehe..ingatkan kena rendam dulu pulutnya. Rupanya, bila tengok resipi, AS tak perlu pun rendam...lepas tu pulak confuse nak sukat air hahaha. Apa-apa2 pun sodap....Terima kasih AS :). Suka nengok kuih muih di rumah As tau....

Buat last Tuesday, for my hongkong friends who moved to Adelaide huhuhu........sedih tau. Sayu sangat masa peluk his wife...Depa suka kuih seri muka tu...

Bila dah pi ronda2 pi jumpa kengkawan niha

n merehatkan minda last week, punyalah bersemangat jumpa my-co semalam. Yalah nak tunjuk my result for last week yg nampak logik n similar to experimental result. Alih2 my-co tanya kenapa aku guna new formula in my model. Bila aku cakap ada previous literature guna, dia cakap pulak aku kena make sure constant yg aku guna tuh compatible with the formula. Pulak dah....bila pikir balik, macam tak je. Alih2 she kinda of suggested to me to stop this project. What????? Tapi memang pun, it so difficult..and so many atoms that I should consider. Ni kiranya the simplest structure..belum laie, complex structure......That's why aku tak dapat result yg ok walaupun dah ngadapnya setahun huhuhu.......Lagipun, haritu stop sekejap coz nak concentrate in my first project. Aku cakap ngan my-co, aku nak cuba lagi......

Pagi tadi kebetulan terbaca satu artikel..then I realised that selama ni ada dimension yg aku salah kira coz salah faham la tuh. Tapi bila run the program, the result tak logik pulak. Habih tu camno....serabut sesangat. Buat apa pun, serba tak kena...kejap cari artikel pasal bonding, kejap proceed ngan that program, kejap try la other method....kejap baca artikel semalam, kejap buat new model...tapi complex sangat kalu nak kira sesatu, kejap baca pula artikel untuk extend my first project. Ntahlah...my friend kata kena think postive. Memanglah...but at the moment, kapla dah sakit...Tu la, bila dah stress suka sangat ngadap coke ngan potato chips...lagilah tak baik untuk kesihatankan.

What should I do....Allah knows.........Ya Allah, permudahkan urusanku...berilah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Sesungguhnya yang sukar bagiku adalah yang mudah bagiMu.......Ya Fatah, Ya Razak, Ya Wahab..........

Monday, June 28, 2010

Another world ....and I miss nasik..........

I went to another 'world' last friday............


But, I really miss nasik ....so my nasi goreng kampung for lunch today.

Dah kenyang...so I have to do the laundry n start to write my second ppr...zoommmmmm!!!!!

Monday, June 21, 2010

sambal bayam + rebus ayam.....

Hmm..........apa ke benda aku type tuh...silap ek ?

Siang tadi masak lauk ni, sambal ayam dan rebus bayam la hehehe...Actually rendang ngan pulut tu ada lagi. Tapi tak berani nak makan bebanyak coz, pulut ni macam bisa pulak ya. Cepat ngantuk n badan lemah semacam je lepas makannyer....Banyak alasankan, padahal dah memang banyak toksid dalam badan...Jangan gelak nengok sambal ayam tak bertulang n terlebih kuah tu ya. Ye la kan jumaat minggu lepas pi K-mart, then singgah beli ayam ni. Malas pulak beli whole chicken...coz orang tu tak potong. So beli je la chicken breast n sekilo chicken wings, buat stok dua bulan. Boleh ke??? So chicken wings khas untuk bakar/panggang/goreng je ya...Yg semalam buat rendang tuh spesel sikit, takkan nak buat rendang daging ayam je...tak best la pulak.

Patutnya for dinner makan je lah lauk tu kan. Tapi my tekak ngidam nak makan benda goreng2 n crunchy...hah ! hambek ko

Hehehe...macam-macam ada !!!!
My cherry tomato+green apple+sausages+french fries+prawn cracker....


Psst...potato fries tu leftover from last saturday...alamak dah lebih seminggu, sayang nak buang. Kalau kat kg dah selamat jadi habuan our chickens.......Sambil makan sambil nengok Masterchef Australia but not in OZ...in London. Here, look at their desert for yesterday challenge, inspiration from the royal crown. Wow !!! macaroon made by the youngest, ambitious and hardworking contestant, Calumn...

Source: http://www.masterchef.com.au/violet-macaroons-with-raspberries-and-butter-cream.htm

Support Marion too........and she's the winner for today's challenge...really strong contestant. Here's the picture for yesterday challenge too

http://www.masterchef.com.au/pistachio-sponge-with-raspberry-and-lychee-syrup.htm

Don't forget the true survivor and knowledgeable Jono.....Menyampah kat Joanne, patutnya dah lama kena singkir..dahlah tak pernah menang apa2 cabaran as the rest participants..berlagak pulak tu. She always lucky. But why they didn't choose the weakest contestants for yesterday challenge n have the pressure test today..or else we can happily say good bye to her. But, last time...she managed to go through with the test..hmm.....In fact today, her dish is the simplest one compared to others.

Semalam kan, tertengok Nona TV3. Tertengoklah si Razis Ismail ni..penyanyi zaman I kekanak riang ni. La ni dah jadi pengusaha kantin...wife cantik n anak2 pun comel2.



Actually sayu tengok dia and dengar lagu dia. He reminds me of my late Pak Andak, who left us forever in 1995 due to leukemia. Kind of regret coz I never visit him while he was in the hospital. Semoga dicucuri rahmat ke arah rohnya...Al-fatihah.

----------------------Just as reminder- my work journal --------------

Harini tak pi uni. So, sambil kemas kertas2 yg berselerak...sambil check my programming. Alhamdulillah, finally I got the expected result. So, tonite maybe I can merge my ring, disk n two rings result. And proceed with my writing...Oh no!!! I really forgot to check my calculation for the band........But, I got stuck with Jab we met....

Sunday, June 20, 2010

Berapa kali pertama ?????????

Seronok gakkan buat ekperimen kat sini...as usual first time in my life....Mesti my mum berbangga dengan anaknya yg malas nak jenguk dapur sebelum ni hehehe.

My pulut kuning and rendang ayam. Resipi pulut kuning tu asalnya dari rumah kakLiza, tapi saya jumpa di rumah Mamafami, Terima kasih bebanyak kakLiza n mamafami :). Sebab takde asam keping, saya letak je pes asam jawa sikit. As usual, saya buat sikit jela...dua cawan pulut. Rendang tu saya beli kat kedai aje, ala pakcik Berahim takkan tak kenal kot....Hahaha, sauce/paste ajelah...

Punyalah teringin nak makan pulut kuning ni since last year kan, alhamdulillah dapat gak makan air tangan sendiri. Bersungguh pi jalan kaki ke kedai vietnam tuh, semata2 nak cari beras pulut. Seronok gak jumpa sayur makanan popeye, kat woolies mahal ya amat. Then apalagi pi cuci mata n tingkap hahaha...Actually kena carik socks. Yang ado ni, semua dah ala2 berbulu. Boot purple haritu pulak besar kot....pepagi terjaga dah tercabut dari kaki.

Bila pi Myer...obviously cashier girl tu terkezut aku ada Myer card. Pelik sangat ke aku ada card. Aku pi Jusco cashier tak heran pun ngan kad jusco aku tuh...Apsal ntah, sekarang orang cam pelik je tengok aku. Macam hari Rabu lepas aku pakai long winter coat. Then, khamis pakai knee long knit dress...Tetiba my friend, the hongkong guy said " Hey Fey, what happen...you look more smart". Sib baiklah dia tak kata aku hensem n macho hahaha. E..eleh mamat ni, belum lagi aku pakai aku punya boot yg ntah bila akan dibeli itu hahaha....Sah, sahlah selama ni aku pi uni tak properly dressing kot. I mean just simple n sempoi..harap tak sampai tahap selebet, or worse selekeh la. Yelah asyik t-shirt ngan boyish jacket kot.

23 yang melekat pada diri

Nilah first time menjawab tag. Dari siapa yek? Cikgu Normah la. Selama ni kalau dapat tag dok tangguh2, terus lupa...Lagipun memang tak reti pun hahaha...

Hamboi...23 perkara tuh, apo banyak bona....

  1. Perahsia. Saya ni bukanlah perahsia sangat, kalau cuba nak berahsia pasal diri sendiri dengan kawan, at last tercakap jugak. But certain story for certain trusted friends. Tapi bila bab famili di kampung, memang saya perahsia sikit. Kalau korang ada rahsia, jangan cerita ngan den, takut den terpecah rahsia hahaha. However adakalanya kalau kawan tak cakap "jgn cakap dgn sesape" pun..saya tetap rahsiakan jika saya rasa perkara ini akan memalukan dia ataupun orang yang sibuk bertanya itu sukar dipercayai atau suka ngubah cerita
  2. Anak polis. So far tak pernahlah jatuh cinta ngan anak polis hahaha...e..eh, kawan rapat masa kat sekolah menengah dulu anak pegawai polis. Sebagai orang kampung, saya cukup jakun bila tau dia pandai main piano n terror bahasa inggeris.
  3. Anak sulung. Orang kata anak sulung ni banyak mengalahkan..kesian diaorang, dapat adik cam saya yg suka buli kaklong nye masa kekecik. Bila dia dah keje, aku suka mintak baju dia..Nyesal pulak, napelah aku nakal sangat ek ? Tapi bila aku dah keja, aku selalulah belanja kaklong makan n pi holidays/vacation ;)
  4. Cikgu Sains. Cikgu sains masa sekolah rendah pernah cekik aku sebab aku cakap ayam tu reptilia. Cikgu sains masa F1 dulu ada bagi hadiah buku cerita coz aku score markah tertinggi 80 ke 85 tak hingat. Cikgu sains masa form2, husband kepada sepupu mak aku..tak suka sebab dia suka jadikan aku sebagai contoh dalam pengajaran. Siap lukis gambar aku tengah tido tuh, masa nak ajar pengaliran udara. Cikgu kimia masa sekolah kat NS adalah husband kepada makcik aku...sogan lak ai, sib baik pindah ke melaka. cikgu kimia masa form4 pulak...hehehe seronok dapat coklat bila score kuiz. Tapi sedih, lepas tu aku tak score dah. Cikgu biologi pulak warden, bila bulan puasa...selalu ketuk bilik kitorang, suruh pi sahur. Harap wife dia tak jealos hahaha...Masa kat Penang, terkejut tengok biology lecturer mengajar pakai purple jeans ....
  5. Normah.
    Sapa lagi...cikgu yang tag saya lah :P. Rasanya masa matrik dulu, cikgu Norma adalah our biology lecturer. Pernah gak serumah ngan Norma tak samapi dua bulan kot...
  6. Anak seorang. Anak seorang pun takde...buat masa inilah hahaha. Itulah si anak tunggal, my one and only buah hati pengarang jantung pisang...my nephew yg kuat ngepow aku n maknya....
  7. Membaca. Buku ilmiah wajib...Dedulu suka baca novel romance. Sukalah pi Chowrasta pi sewa buku. Dah kerja baca majalah lah.
  8. Memasak. Tak suka masak pun sebelum ni. Rugi masa, tenaga n wang kalau makan sorang. Tapi, bila sampai OZ, nak tak nak memang kena masak...dah teringin kan. OK gak...banyak dishes yg first time masak di sini. In fact cooking sometimes can be considered as stress therapy too :))
  9. Menangguh kerja. Habit la...Tak pernah berubah. Pernah cuba, sekejap je hingat. When the time comes, nyesal tak sudah. Psst..kali ini tag pun tangguh sehari kot.
  10. Make up. Saya suka gak tengok orang make up, tapi yg nampak natural la..takyah tebal2 sangat sampai beza sangat warna muka ngan leher tuh. Teringin nak belajar make up. Tapi tulah..rimas pakai make up, lama pulak tu nak ready. Dulu pi keja pakai compact powder ngan lipstick. Dah jadi student semula ni, pakai lip gloss ngan benda baby johnson tu ja...Dah semaye...tak pakai apa2 dah...plain.pale.....natural beauty kan hahaha...
  11. Bercermin mata. Alhamdulillah tak perlu pakai cermin mata. Ada orang kata kalau I pakai spek ni, nampak genius hahaha. Cermin mata ceklat yg aku memula beli kat Bukit Jambul Penang dengan harga RM30. Tahun lepas baru beli yg ok :)).
  12. Menonton wayang gambar. Suka, lama tak pergi...cuma tak best coz selalu rasa nak pi toilet. First time pegi sendiri masa zaman kekanak dulu pi nengok cerita Jurassic Park. Hampeh boto..dah 3/4 tayangan, black out pulak.
  13. September. Isk..my besday lah. Cikgu Normah kata Dr Fadzillah Kamsah beritau orang yang lahir bulan September, pandai-pandai...Pandai apa ek? berblogging ke jawab tag hahaha...Mudah-mudahan, pandai semuanya lah...amin.
  14. Sekolah. Memula sekolah kat kg sampai darjah 4, then kena kuar sikit kg, then sekolah kat pekan. Pindah pulak Melaka. Sambung pulak ke Kedah dan Penang. Pi sekejap Kelantan, lari balik Penang. I love staying in Penang, macam2 ada.....Selangor pun ada gak...n now OZ.
  15. Pedas. Suka gak podeh2 ni, tapi bukanlah pedas yg terlampau. Tapi sayang perut tak tahan. Selalu kena gelak coz orang NS yg tak tahan pedas. Lagipun abah orang Selangor suka kari, mana suka masak lomak cili api.
  16. Laksa Penang. Suka gak...Tapi lagi suka pasemboq penang kot.
  17. Ketinggian. Alamak!!! 145 cm kot............
  18. Berat badan. Ni apa tanya2 soalan sensitip kat orang yg tengah naik berat badan ni...semalam aku timbang 44.5kg. Harini 45 kg kot........best gak kalau dapat 40kg.
  19. Cita-cita. Huish....banyak, memula nak jadi Doktor, tetiba akauntan. Then, arkitek. Tetiba terambil applied science but still ada computer programming. Terpikir gak nak jadi designer. Pernah gak jawab supervisor kilang...tapi kena gelak dek budak Fizik. Lepas tu pikir, kalau amik phd boleh gak jadik Doktor kan hehehe...Tapi Dr. la, not DR.....:)
  20. Bercakap. Bergantung bercakap dengan sape. Ramai kata i sombong/pendiam. Tapi bila dah kenal, siap cakap aku ni kecoh jugak ek......
  21. Shopping. Huish...my hobby hahaha....my therapy...Suka survey dulu la. Haritu balik malaysia penat cari beg dari Jusco Seremban-MidValley-Sogo. At last beli kat Seremban. Konon nak murah, last2 kos transport yg mahal. Kat sini masuk mall banyak kali coz pekenan kat satu t-shirt tuh, tapi harga dia mahal sangat. So, bila harga dia aud15 terus ambil...alih2 dapat aud13, lagilah seronok...material pun bagus..
  22. Majalah. Memang suka baca majalah keluarga+nona kot, Jelita banyak iklan. Pernah gak beli majalah Rapi, tapi badan tak pulak rapi2 nyer....
  23. Warna...I suka hijau, Tapi bukan cam warna sebatian kimia yg hijau kotor tuh lak. Apatah experiment tuh yg menghasilkan mendakan hijau kotor tuh. Tapi earth color cam ceklat tu suka gak. Selalu cakap ngan kawan, I suka warna buruk2. Tapi ada gak baju merah terang macam go xi fa chai tu...Senang cite, any colour will do as long as yg pekenan dihati.

Friday, June 18, 2010

Leftover..leftover lah, janji tak sakit perut :))

Tadi aku melantak grilled chicken + mee goreng for dinner...

Psst..nampak tak tuh. Ado sambal kicap...hahaha sambal kicap masa buat soto haritu. Grilled chicken tu pulak hari jumaat lepas punyer. Mee goreng ni pulak, masak pagi semalam...letak je apa yg ada dalam fridge tuh. Malas nak masak nasi. Dasat ek utk lima kali makan...hasil dari 1 1/2 bungkus instant noodle. Hahaha..semuanya leftover=lebihan. Kedekut, tak nak membazir, nak jimat, dah pokai..atau tak banyak makan. Tapi jawapan last, sukar untuk ku terima ;)...............

----------------------Just as reminder- my work journal :))--------------

Konon, rabu malam nak type proposal kan...sesudahnya hanya cari relevant figure from the internet n bookmark je. Semalam pulak pi uni lambat. Ye la kena goreng mee pepagi. Pulak tu, bila nak pi mandi...cleaner pulak nak buat keja...hmm..alasan kan. Since hasil my work agak kureng the day before, maka aku try using new constant. Then teringat pulak my-co pernah suggest guna different potential equation. Bila torai, cam ok pulak hasilnya. At 4pm...pi cuci tingkap pulak ;))........

As usual, konon malam nak type proposal...tak jugak ter type. Gara2 fikirkan masalah orang...antara kasihan kawan yg perlu pertolongan dan rasa serba salah untuk menolong base on previous experience. Biasalah aku ramai kawan2 yg jenis tak boleh orang lebih dari mereka ni. So, call la my kengkawan lain tanya pendapat. Actually aku memang malas nak pikir benda ni but since ia melibatkan aku n my future relation with her. Betul jugak kata my friend Cik M, kita ada byk benda nak pikir tak perlu pikir benda remeh temeh. Lagipun, dia kata buat apa kita penat2 fikir pasal orang lain ..depa belum tentu pikir pasal kita. Betul gak apa dia cakap tuh. Korang tau tak, mana dia dapat kata2 tuh...dia kata dari aku. Ek??? Aku pun tak hingat hahaha. Banyak gak aku borak ngan cik M ni. Nanti2 aku share ek. Tapi seriously, I'm still thinking about my kawan yg perlu pertolongan itew ...so how????

Pagi tadi, kalut gak pi uni. Buat kerja..continue with yesterday work..Tapi cam pelik pulak graphnya. Bila check, alamak !!!!! rupanya aku hanya tukar equation dia separuh je...So, kena buat semula untuk semua parameter huhuhu...5.30pm baru solosai...........

Wednesday, June 16, 2010

Bubur kacang hijau bertukar ke warna kuning dan merah????

Semalam my hmate buat pengat labu, tetiba den teringin nak makan bubur kacang hijau. Maka den rebuslah kacang...bila dah tambah santan, rasa macam sikit pulak kacang hijau tuh. Takkan nak tambah lagi kacang, nanti ada pulak terkeras n terlembik. At last tambah la jagung. Tetiba jadi sikit pulak kuahnya...Bantai je la, malas nak tambah air lagi. Best gak ngap bubur kacang+jagung ni, then den campur lak ngan pengat labu my friend hahaha...senang makan sekali harung kan.

Tapi, takkan labu warna merahkan hahaha...pengat labu dah habis. Tadi den tambah air dan tambah bebola tepung la-tepung pulut+tepung gandum. My version of bubur kacang hijau+jagung berbola tepung. Tokonang zaman kekanak ribena dulu, mak selalu buat bubur kacang campur bebola tepung. Selalunya kami adik beradik tak makan kacang, tapi dok berebutkan tepung....

----------------------Just as reminder- my work journal :))--------------

Agaknya, penangan bubur kacang ni..last nite/this morning I manage to stay up hahaha..1am je la to find idea and "make up" my proposal draft. Akibatnya..terlambat la pi uni. Sib baiklah ada lagi sambal tumis nak bawak bekal+buat je la telur dadar lagi. Sampai je uni, terus cari pakcik nak discuss pasal band/tube model yg dia interested sangat tuh. Ada dua jenis pulak, single band n double band. Nanti dia kecik ati pulak kalau aku tak buat. Yg lawaknya dia tanya sebenarnya aku nak buat yg mana. Agaknya dia pelik, semalam aku cam mandom, harini macam ambitious sangat kot hahaha. Aku cakaplah nak siapkan dulu ring model, only then I proceed with the band. So, kat opis tadi pulun la dapatkan numerical result for ring model. Ada pulak result cam pelik. Bila tukar constant lagi tak logik. Then, proceed with the band model, dah tukar radius pun result cam pelik. Godek2 programming pun cam sama je resultnya.......hmm esok je la sambung. Malam ni, nak type proposal...........chaiyuk chaiyuk...

Tuesday, June 15, 2010

Pantang nampak, mesti terliur...

Tak ingat pi singgah rumah sape haritu, ada pulak my fevret sambal tumis ikan bilis ...makan pulak ngan telur dadar ngan kicap... As usual den memang pantang nampak, mesti drooling punyer...maka semalam teruslah masak n makan hahaha....

Mintak maapla...lauk simple nak masuk blog ke? Nikan my diari hehehe..kok den sakit perut, gain weight den bolehlah keep track apa yg den makan kan. Tapi tu la haritu berlagak bagitau hmate, makan nasi n tak makan nasi samo jo my weight. So dengan tak sedar dirinya, hari jumaat minum coke sebotol, sabtu melantak fries+fried chicken, hari ahad minum sprite sebotol...Pagi tadi timbang ..huhuhu..dah naik sekilo ke 44.5kg. Tengok cermin pun, pipi pun tembam semacam je. Serve me right huh!!!!

Harini kena la pi uni. Maklum la semalam kan cuti....Queen besday. Hmm... Australia ada queen yek ;). Sampai uni, buatla delivery my "kuih lapis" tu hahaha. Pakcik pun dah balik dari hongkong. Apalagi aku serang dia la..nak tanya pasal paper classification scheme and mintak his signature for assignment of copyright. Dia pun cam nak lari2 je..Pandang aku tidak, bila masuk bilik aku cari my ofismate..nyampah...kecik ati tau. Lepas tu dia ada gak tanya what I'm doing currently, aku cakaplah yg aku buat something that I've already discussed with my-co. Tapi dia cam tak berminat pulak ngan my new ring model tu, dia prefer aku proceed with the old band/tube model yg bermasalah tu..tapi kena tukar sikitlah parameternya. Boleh ke???

Monday, June 14, 2010

Aku seorang pekebun...

Apsal? Korang tak caya ye aku pekebun. Berkebun kecil-kecilan pun pekebun jugak kan...pekebun kecil kan. Cuba tengok niha....

Haha..memang kocik bona dari berkebun kecil-kecilan, tanam di garden tepi our hostel. Tu pokok kacang ya puan-puan, siap ada sticks tu...cabbage pun ada hahaha. Tapi korang memang percaya ke aku yg tanam semua tu. Kesian la sape yg percaya tu hahaha.

Memang aku berkebun, tapi baru start semalam la :)). Tolong my housemate n my 'fpino bf' si empunya pokok kacang n cabbage tu buat batas n tolong semai seeds apatah..kale... Russian red. Kami pun tak tahu apa ke bendanya hahaha..Alhamdulillah, masa gardening tuh, si doggie ni tak bising...
Memang takut giler ngan doggie ni. Luckily, depa dah tukar the old wood fence to the higher fence. Bila nampak orang mesti dia menyalak dengan kuat n berdiri n macam nak lompat pagar tuh. Ala2 camni.
Dahlah fence yg dulu banyak yg dah patah, n nampak cam tak stabil je. Selalunya kalau this doggie dah mula menyalak sambil lari2 n cuba melompat pagar atau menggali tanah nak kuar ikut bawah pagar kot, aku cancel je niat nak buang sampah, walaupun dah hangkut sampah yg berat tu turun tangga. Sanggup aku heret naik atas semula...

Psst..actually my fpino bf yg ajak gardening. My housemate kata he always think of me. Selalu menyoal siasat my hmate about me lah tu ;). Memang dia selalu buat benda2 yg aku rasa dia care about me. Last 2 weeks, aku bagitau dia aku nak present phd proposal. He gave me several tips for the presentation. Then kami lansung tak jumpa coz he was bz with conference and later with his new gigantic research instrument and or course with his research too. Last week, I was so touched when he sent me a message to ask about how did my presentation go, not only he remember about my presentation but also sent me that message. Tapi Kak jah woi..my bf ni is getting married next year kot...frust la aku huhuhu.

Hmm..tak mau la sedih sedih. Kedinginan winter membuatkan aku rindu pada sidia.....siapa????
Maggi tomyam la..........

Awatla semuanya nampak berenang n tenggelam...Last minute aku hanya masukkan separuh je mee, maklumlah banyak aksesori..takut tak habis. Atas permintaan ramai..chewahh...maka sekali lagi aku membuat my kek lapis. Kesian pulak kat kawan2 yg teringin nak merasanya. Bukan korang la...kawan aku kat sini la. My kek lapis tebal nipis........

Ni kali ketiga buat kek lapis hawflakes. Second time yg ini

I baked it mid last month for makan2 kat rumah kawan and to discuss about our trip. Kesian pulak bila baru2 ni dia kata anak dia asyikkkkkkkkkkk tanya bila kakak acik buat kuih lapis sarawak tu nak dtg lagi rumah kita (Psstt..my nephew older than him, so mana ble call me kakak..I dont like auntie, acik Fey sound better for me hahaha..). Apa2 pun, I just wonder why I prefer the taste and texture of my first kek lapis. I suppose practice makes perfect hmm...Tak pasal2 la kek lapis jadi kuih lapis kan hahaha....

Friday, June 11, 2010

Oh my boots..........

Hasrat aku nak tolong buka K-mart ngan Big W tak kesampaian. Kenapa ??? Habih dah aku sampai sana pukul 12 noon...Manalah nak tau, nak berenang lama atas katil pagi tadi, then nak bersantap pulak...borak2 pulak bincang pasal masalah negara....

Seronok tengok sales...kitchen ware

credit to source

and best gak tgk jackets n boots. Dari K-mart ke Big W n kembali ke K-mart haha........semangat nak bershopping ni. K-mart 50% discount ye puan2 whereas Big W only 40% . Apa beza fry pan tangkai silver ngan hitam ni ???. Sape2 tau ? Hasil pengukuran di kedua-dua tempat ni...Tara...ni lah my boots...........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
My purple boots....
ke booties hahaha.....bed socks je yg I boleh n mampu beli. Tu pun tinggal tinggal one pair je. Matching pulak ngan bunga selipar yg aku beli kat kedai cina haritu :)).

So very the baby n lady n ayu kan warna2 ni...Not so me, hantam je la...really need it, sejuks la. Dok mencari boots yg my friend kata aud12 kat k-mart...takde pulak. Mesti dah habis stock. Pi Big-W...oklah jugak boots nyer...tapi tinggal saiz 7 je huhuhu. Ada gak masuk satu outlet ni, cantiks sgt boots dia, tapi rasanya ankle high. Bila dah penat meneropong menengok insole dia, cam ok takde tiga bintik tu. Bila tanya harga aud99, pure leather la kot...yg menyampahnya bila sales woman tu kata no discount, it's still expensive..pulak!!! Wei ingat aku tak mampu ke....huhuhu taulah aku tak mampu, but don't ever look down on people. Terus aku kuar, takde mood. Then, beli chicken breast n chicken wings n 5 tongkol sosej for two months stock hahaha...Berat giler beg ku. Kesian pulak kat hmate, haritu dia teringin nak makan frankfurter n chicken wing...dah la demam.

Susah pulak nak tido malam ni opss dah pagi pun, berdebar2 n jantung pun berdegup laju. Tulah tak sedar diri...siang tadi dah melantak coke, malam minum Milo...padanlah muka kan. Saja cari penyakit, walaupun dah tau tak tahan ngan caffeine.

Thursday, June 10, 2010

Anak akak ke????

Tadi pi makan2 rumah kengkawan, tetiba aku ter emosional sikit bila sorang mamat ni tanya "anak akak ke ? dengan menyoal semula
"akak ada anak ke ? "...terkejut n bengang kot, sampai menjawab soalan dgn menyoal.

Bila pikir balik, apahal aku nak emo ?
Biasalah org umur cam aku dah anak...in fact more than two children kot....hmm rasanya ada yg dah 5 kot hahaha....

Tapi bila fikir lagi.....
Kalau dukung budak kecik, budak tu mesti anak aku ke?
Ko tak nampak ke tadi...aku datang bawak budak ke?
Apa mata ko rabun ke...selama ni kita ada terserempak dlm beberapa majlis dan juga kat woolies, ada ke aku bawak anak ?
Apa mata ko mmg buta sangat rabun ke, budak yg aku dukung tu anak jiran depan rumah ko yg confirmlah memang ko selalu jumpa???

Bila pikiaq lagi sat ni...
Mamat tu nak beramah mesra...sesaja je tanya soalan tuh.
Takpun terkejut, takkanlah kakak yg comel ni dah ada anak...:))

Dok mikir lagi...
Memang body aku cam body orang dah kahwin n ada anak ke...huhuhu...
Aku tau la, perut aku boroi...tu pasal aku makan byk n malas exercise sesejuk ni.
Aku tau la, ada org dah ada dua anak yg besar pun, badan solid molid lagi..ala cam Rozita chek wan.

Hish..tak yah pikir la...
banyak benda lagi nak fikir......Berlapang dada lah. Small matter je. Bukan apa pun, aku je yg ngegada. Buangkan sikap emosional tak bertempat n kurangkan kadar kesensitifan tuh...Kena belajar kemahiran berkomunikasi kan....tak perlu sentap tak bertempat, kalau sentap pun..pepandai cover..don't be so obvious ma....

Tapi tu la kan, bila jadi bebenda camni..lagilah membuatkan aku nak tolong bukak K-Mart n Big W pepagi esok hahaha.......

Lagipun, tadi at last dah submit my paper. Walaupun mulanya ada masalah nak tentukan nombor rujukan n cari referee. Susah hidup tanpa spvs ni..lecturer yg berkaitan pun takde. Alhamdulillah my hongkong n vietnamese friends help me a lot...Semoga paper ku diterima dengan segera n semoga semuanya dipermudahkan..Amin.

Lupa lak, walaupun tadi aku tak sempat nak makan ayam bbq, mee/bihun goreng n pizza n minum teh tarik...aku tetap bersyukur dapat makan karipap, popia, kuih bakar n bbq lamb. Balik melantak la my curry penne tuh. Semalam ni lah my breakfast, lunch n dinner.......Cheese Sausages Roll

Roti 3 keping tu rasanya dah lebih sebulan kot. Buat bread crumb dari tepi roti yg dihancurkan je hahaha. Terpaksa belah dua sosej tu coz besar sgt n roti hancur bila digulung...penat jugaklah nak mengepalnya...Yelah, roti pun dah keras duk dalam fridge. Walaupun bentuknya kelakar n ala2 rentung, rasa roll itu memang sodap..enak di makan begitu saja..ataupun dgn sos kot. Resipinya hasil intaian di rumah Kak ina kl -hana-myresipi..TQ for the recipe...

Tadi, kami dapat jumper. Kami order saiz S for adult.....tapi dapat L for kids. Sesudahnya umpama pembalut nangka. On the positive side, it should be our motivation to reduce our weight hahaha. However, kami satu rumah memang bengang. Kalau ikutkan aku pakai jumper tu ok je walaupun pakai dua lapis baju. Tapi memang terasa macam kid la hahaha... Dah la hood nyer pendek, nak take off the jumper pun payah...boleh lemas kot kalau jumper tu tersekat kat kapla. Dalam spec ada front zip with nice red color...but not like this red ma...........

Teringat pulak, iklan hantu digi hahaha...cuma yg ini kaler merah. Harap my housemate tak marah dengan tayangan gambar ini...sib baik aku yg tukang amik gambar hahaha. Terpaksa kami complaint n return that jumper. Mesti org yg sesuka hati guna rumah kami haritu kata kami byk songeh...but we have to do so. Dah la tadi masa dia dtg hantar jumper tu...takde pulak nak beramas mesra cam selalu, muka pun hmm....lebih masam dari cuka. Tak pandang pun kami...siapa yg buat salah sebenarnya ????

Wednesday, June 9, 2010

Menarik untuk dibaca...

Mengapa Yahudi Bijak


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Tuesday, June 8, 2010

Curry fried penne ..stock for 3 days

Siang tadi pi uni...sampai berpinar mata menggodek my paper ikut piawaian. Ada lagi benda nak buat ni. Harap my-co tak marah coz I haven't submit it yet. Tadi bawak bekal curry fried penne...semalam la masaknya.

Actually resipi asal guna spiral. Al-kisahnya masa kat perak dulu my neighbour yg bagi sepinggan spiral goreng masa den tongah sibuk gardening. Umang ai..sodap bona, tertangguh sekojap my gardening tuh. So, bila berkesempatan jumpa dia, tanya lah resipi. Sib baiklah pengusaha kantin/caterer ni nak share resipi tau...Tapi dia tak bagi sukatan lah. Ni ikut sukatan den...rasanya boleh untuk 6 kali makan~3 hari la kot kalau larat makan hari2.

Ingredients-Curry fried spiral
250 gm spiral
1 cup minced beef
4 cloves garlic
3 shallots ( 1/2 red onion)
3 spoons beef curry powder
1 spoon chili powder/paste
1 cup water
3-4 spoons soy sauce
salt
carrot+chives+bean sprout

Method...bantai je hahaha....

Monday, June 7, 2010

Kuih ketayap pelbagai saiz n tekstur...

Hari Sabtu baru ni, puas hati betul makan soto resepi Kak Aidah. Malam tu, makan lagi sambil melayan cerita hindi. Eh jap..HINDI???? Iyo kak jah den tak tipu, den layan cito hindustan ni. Biasanya hari sabtu, adalah movie day tapi TV je la. Alih2 housemate kitorang yg sri lanka tu, pi pasang dvd hindustan pulak. Memula bengang gak, ko nak tengok cerita tu pi tengok kat lappy ko la...Tapi malas nak gaduh2. Join je la...Tak hingat apa tajuk nya. Tapi ada Hitrik Roshan ngan Aiswarya...Menarik gak pasal perebutan kuasa zaman dedolu, tapi biasalah ada kisah cinta gak. Yg tak bestnyer si Jalaludin ni pi kahwin ngan Jodha yg hindu ni...tapi tak convert, in fact he let her wife to build a small temple in her chamber (cam bahasa dedolu kan). Tengok je la cerita ni sampai habis walaupun takde lagu yg best. Cerita dedulu, lagu lagi best2...cam cerita apa yek..Dil to pagal hay, kuch kuch hota hay, Dilwalee, Mann, Mohabattein...Teringat pulak kat lagu chaiya..chaiya ni...



Apa aku nak cerita sebenarnya ni ??? Oklah, bila hindi movie tu tamat, tengok TV la ...cerita Speed..cam buhsan pulak, ntah berapa kali tengok. Baik pi mengintai rumah kengkawan. Alahai drooling pulak nengok kuih ketayap kat rumah LemonGrass. Apalagi
ahad pepagi buta..takde la pepagi buta, dah pukul 10 pagi..maka terhasil lah my kuih ketayap or kuih dadar yg pelbagai saiz dan rupa bentuk n tekstur lempeng nye hahaha...n ada nipis n ada tebal..


Den ambil resipi dari Mesra.net. Terima kasih la kepada yg mengupload resipi itew. Tapi den guna kelapa kering la, n tambah sikit santan nak kasi lemak pd intinya.
Tengahari tu, pi shopping groceries...tapi biasalah melencong dulu la. Buntang bijik mata bila tengok Myer ada stock take sale n David Jones ada clearance Sales. Tapi mahal gak, malah ada gak baju kat Myer lagi mahal during this time compared to last 2 weeks. Geram gak nengok boots kat Myers.

Tu la ngintai rumah LemonGrass bukan hanya drooling nengok kuih ketayap dia, malah her boots. Masalah problemnya kat sini, mahal gegila bootnyer...lagipun susah nak cari yg sesuai with my petite size coz boots yg cantik2 biasanya tinggi2/panjang2 belaka. Kalau ada yg kita pekenan n maybe affordable, ada pulak bintang bintik tiga tu kat insole nyer. Penat la tertinjau-tinjau dalam boot tu, tak mau tertorai yg ada bintik tu. Lain kali kena bawak torchlight la hehehe...My sri lankan hmate kuat shopping..last 2 weeks beli sampai 3-4 winter jackets n 2 pairs non leather boots..ok gak harganya. Dia beli kat K-mart. Hmm..di kala sibuk ni, tak larat pulak nak pi sana. Malas coz kena naik bas, no free bus la to that area..lagipun jauh sikit la.

Saturday, June 5, 2010

Soto versi kureng bahan...pumpkin omelette

Bila jenguk rumah Kak Aidah, memang telan air liur je la nengok soto yg mengancam itew...Memang sesuai bona kalau dapat menikmatinya sesejuk ni...So, apalagi...ikut je resepi Kak Aidah. Kak Aidah thank you for sharing this sodap n mantop recipe. Walaupun my soto tak cukup bahan, rasanya totap sodap..memang den pueh hati tau.

Kalau ikutkan nak gak kuar pi cari taugeh ngan seleri, tapi hari cam nak hujan. Tak nak lah saja pi cari penyakit dalam keadaan yg 'running nose' nih...Psst, pegedil tu dah lama kot, awal tahun ni la den buek. Harap tak sakit perut la hahaha.

Pagi tadi, sebelum jadik bibik...tak tahu nak sarapan apa. Tetiba terpikir nak masak grated pumpkin...ala2 hash brown.


Tapi tak bercantum pulak. So, untuk mencantum kepingan seterusnya pi la letak telur. Opps...terlebih sudah telurnya. Maka jadilah my pumpkin omelette

Friday, June 4, 2010

Hah...gulai epal+ikan masin????

Hahaha...confirm la pemalas, n tekak den ni hanya tolak batu, kayu n yg sewaktu dgn nya...
Punyalah tak matching..epal ngan ikan masin kan....

Mana epal nyer??? Macam pernah ku lihat je ni lauk. Alahai nikan leftover gulai ikan masin minggu lepas. Epal tu pemalu sikit, yg nampak pun seketul yg kat bottom left tu...yg kuning kehijauan tu la dia...udah rope nanas la pulok weh. So, kebetulan ada lebihan apple salad, curah je dalam gulai tu .....Nak tau rasa dia camna, hmm..torai sendiri lah. Bagi den yg pemaleh ni, ok je...epal tu pun rasa masam2 manis cam nenas gak...Oklah, janji den boleh telan n kenyang. Jangan tak tau last year, my housemate pernah buat pajeri epal. Den kek Malaysia lagi la teruk..takde carot n tomat, hirisan epal den curah dalam sambal goreng ikan bilis. So, bila kat oz ni..rendang epal ngan sambal tempoyak/belacan epal je la den tak buek lagi :)).

Biasalah, klu kureng sihat ni, nak makan benda masam2, nak makan sup lah....so, mungkin esok boleh buat sup kot.

Tadi pi opis dahla lambat, balik pulak awal sangat...Selain tak sihat, agak sukar utk concentrate n berfikir...mungkin otak n badan dah kepenatan. Nak baca guidance to submit paper pun terkial-kial. Nampaknya, I have to hold that task for a while. Ye la, kenalah ikut peraturan n requirement. Ni kalau simple requirement pun tak ikut, camna lah my paper nak diterima. In fact, depa pun tak minat nak baca, let alone to review it. First impression ma....Semoga dipermudahkan...and my paper will be accepted. Ya Fatah, Ya Razak, Ya Wahab....

Thursday, June 3, 2010

Alkisahnya ....penglipur lara utk minggu ini

Korang nampak tak apo kobondo ni????

Sah-sah la butang kan. Takkan acuan cup cake pulak....Apo kono mengono butang ngan den. Memang la butang ni nak kono penampar ngan den...sesilap kono buang, kalau ntah bilo nak kono jahit...

Ado ko patut...lagi beberapa minit nak present my research proposal semalam...den tengok ado cam bonang kek butang tu. Bilo den tarik bonang tuh..toruih tercabut. Hampeh boto la..elok2 den nak beranggun lagi kacak bergaya dengan membutangkan baju..terus cancel. Cam janggal pulak...ado 3 butang, yg satu lagi tinggal penyangkuk je terkontang-kanting...At last, terus cabut buka semua butang cam ni ha
Tangan kanan terkulai layu, macam Saloma. Tangan kiri pulak memacam gaya kan while presenting my research proposal. Ala2 lentik nak menari makyung pun ado wakaka....


Walaupun banyak dugaan, yolah selain butang tuh...memacam benda jadi one day before such as my-co suruh tengok guidelines to submit paper to journal. Rupanya tak boleh guna kaler hijau utk graph..sesudah eh den kena run semula progamming to change the color...banyak wo more than 12 figures. Not only that ada yg kena ubahsuai dalam adobe illustrator. Nama figure pun kena tukar. Dahlah susah nak adjust saiz n kedudukan figure in my paper. Pulak tu my-co suruh
cari related previous literature to support my result. Bilo la den nak prepare for my presentation kan. Still ada slides yg kena diubahsuai kat opis. Bila balik rumah, rupanya latest slides tu tak di save in my thumdrive...so buat lagi. Camno nak tido awalkan.

So, on wednesday...practise 2 kali kat rumah. Tapi terlebih masa pulak. Pukul 11 lebih baru pi uni. Practise lagi tetap lebih 30 minit...When the time comes....I done it for less than 25 minutes. Sama ada, ada yg tak tercakap...or my talk as fast as bullet train n without stopping...Whatever the challenge is...Alhamdulillah my Phd review is settled..Logo bona den. Rasa cam di awang-awangan..I'm over the moon..I'm in cloud nine..........Yg best nyer, takde org tanya soalan pun. Tu yg chairman kata, people satisfied with my presentation. Hahaha yg sobona eh, dah dokek maghrib, orang pun tak sabar nak balik..hehhe.Psst..den pun memang doa takdo org tanyo soalan, kalau tanyo pun harap den boleh jawab dengan baik. Siap baco Ya Aziz Ya Jabbar Al-Mutakabbir tu...My pakcik biasalah kata It' good..tak good pun dio kata good. The second time he said it was a clear talk. My-co yg banyak kali menguap pun kata good gak...Alhamdulillah.

Tapi puan-puan, lopeh tu..my-co terus bagi kojo sepanjangan pemergian dia ke Jerman for 3 weeks. Kena siapkan my proposal writing, submit paper yg ntah kali ke berapa kena baiki tuh, extend my research to different structure (tp den cakap dah try buat structure tuh, tp ada masalah dgn modelnya. Pulak tu den tergedik2 cakap nak gak buat structure yg lain coz result cam ok), kena start writing paper for my second project. Tetiba pakcik masuk, dia kata dia berminat ngan my second project walaupun complex structure. Lagi haru, suruh gak den extend my first project ...dah ala2 engineering project pulak. Den basic science tau la...ni cam tukar bidang pulak...Sajo pakcik nak bagi den sibuk, takut den cabut balik Malaysia la tu coz dia nak gi Hongkong for 2 weeks...Nampaknya kucings takdo, tikus kena perintah berkurung jugak huhuhu.

Banyak lagi nak cito ni..korang buhsan..takyah la baco. Ni sajo buat catatan utk myself , nanti2 senang nak semak. Dah fenin2 ngan perintah cadangan spv, tetiba my hongkong friend datang..suruh den buat satu projek coz quite similar to what I've done. He said that I can write another paper. Of course I should put his name too coz the idea came from him...Sharing is caring...best dapat kengkawan camni. He and another friend also give me this beans bag...ala la la...comei kan

Hehe..boleh buat bantal tido bawah meja opis..SHHHSSSHHHH !!!! Balik umah, memang nak rehat giler..n makan nasi banyak giler. Sodap pulak gulai ayam minggu lopeh+kicap+timun...Yg peliknya susah pulak nak tido..hmmmm...

Pagi tadi nak pi uni awal pun tak jadik, at last after lunch lauk bilis+daging baru pi..biasalah musim tengkujuh winter ni...hujan je la. Sambil tunggu hujan reda, alhamdulillah jumpa relevant literature to support my result. Tapi bila aku kuar rumah, terus hujan lebat semula n angin kuat. Alhamdulillah, masa nak lintas jalan my African friend nampak n terus ajak I tumpang. As usual, bila tunjuk my paper after correction to my-co..ada je nak kena baiki. Dia kata, after that boleh terus submit...tetiba dia datang semula bagitau, pakcik have few changes. Maka baiki lagi...bila nak stop ni....Then, si mamat hongkong tu bagitau dia dah bagitau our pakcik pasal projek bersama kitorang tuh..pakcik setuju..Mako, bilo nak rehat ni. Den pulak semalam came across dgn satu artikel quite similar to his latest project, so just gave him the articel n he seems interested with it...Sharing is caring kan. Saling tolong menolong ....

Balik umah melantak la fish n chips, leftover from last sunday. Hahaha..dah 2 kali makan tak habis2 gak...

Lagi best, ada kawan bagi indonesian satay+kuih buah melaka+sri lankan fish n potato cutlet....

Tuesday, June 1, 2010

Masak dua lauk untuk bekalan seminggu..pemaleh ke nak jimat???

I didn't go to uni yesterday..due to rainy n kinda stormy day. Kalau windy, n pokok-pokok lemah gemalai ala2 menari zapin ok gak...ni terhuyung hayang ala2 nari disko dangdut, takut la den nak kuar. Lagipun kok keluar jugak, walaupun pakai payung, confirm basah..coz sukar agak arah angin/ angin datang dari pelbagai arah/ payung terbalik/payung patah/ tak pun kalau payung tak terbang, den yg terbang.....So duduk ontok-ontok kek umah la and I managed to cook two simple dishes which are my lauk for this whole week, daging masak kicap n sambal ikan bilis...

Hehehe..paneh n podih porut, lado hitam lawan ngan cili serbuk n cili kering. Daging masak kicap tu, actually ikut resepi Kaklia for her butter chicken...so simple, sodap pulak tuh. So, minggu ni no more cooking just for reheating..ade paham !!!! Hmmm...boleh caya ke, takkan setakat goreng telur pun tak boleh...

Semalam, top up/ recharge my celcom. Tapi pelik, tak dapat pulak sms kata dah recharge. In fact, bila check...coverage celcom=vodafone Australia pun tak dak. Baru perasan, ada sms terdahulu minta den recharge before 28/5 or else tempoh sah akan tamat...Alamak!!! it's already 31/5 yesterday...camno tuh??? Bilo call celcom customer care, depa kata takde masalah with my account..baru di top up n akaun masih aktif. Habih tu awat tak dak coverage...biasa kalau hujan n stormy kat sini ok je, internet je hampeh. Terpikir nak switch off hp, then switch on ...alhamdulillah ok. E..ele..tu je ke, membazir duit jo pi call celcom.

Harini, jumpa my-co..she asked me to make a few changes to my paper. In fact, she help me booking return flight to Adelaide. After her practice presentation, we had our farewell lunch at Thai restaurant...so yummy the Thai style macaroni with prawn. Ada rasa ala2 char kuetiow kot..ntahlah tak ponah makan kuetiow pun hehhe...yg penting makan free hahaha

Oklah nak godek maple ni, tu la lainkali jgn tergedik2 guna various color in graph..pulak tu guna green color..it tend to be poor quality in journal la....