Tuesday, April 2, 2013

Semut dalam kain

Semalam I kena keluar awal dari rumah di kampung. I ada meeting at 9.30am. Sebaik sahaja azan subuh tamat, terus saya solat, then bersiap. Dah mak siapkan teh dan roti bakar perlulah sarapan juga, walaupun saya sebenarnya nak cepat. Tepat 6.24 pagi kereta I meluncur keluar dari perkarangan rumah. Terkejut I bila melihat begitu banyak kereta di persimpangan menuju KLIA, lagilah rimas dan risau ketika terpaksa melalui roundabout. Maklumlah I ni bukannya nampak sangat drive bila waktu gelap dan silau pula dengan cahaya lampu kereta :(. Dalam pada perasaan bercampur baur tu tetiba terasa satu gigitan kecil di peha. Hah! sudah..ada semut pulak merayap dalam kain. Camna nak buang???Perlulah di gosok2 je kain tu sambil memandu grrrrrrrrrrrr............

Di ELITE, walaupun kereta banyak, trafik bergerak lancar. Cuma ada sesetengah driver yang memandu di lorong tengah, tapi bawak macam siput grrrrr. Kalau nak jadi siput pi la lorong kiri. Ni tak termasuk lori yang secara tetiba-tiba mengubah arah ke laluan tengah. Nak pi lorong kanan, I phobia, tau2 je ada kereta meluncur laju di belakang siap bagi high flash light lagi.

Bila sampai Shah Alam, I dah tak berani ikut GUTHRIE, gara-gara haritu tersesat sampai ke UITM Puncak Perdana huhuhu. So, I lebih rela ikut NKVE. As expected sebaik tiba di NKVE pada kira-kira 7.07am, sangatlah susah nak masuk ke highway itu walaupun di lorong kiri. Trafik sangat perlahan. Sakit kaki walaupun memandu kereta automatik. Ada pemandu kereta selamba je memandu di lorong kecemasan. Maka, dari 3 lane menjadi 4 lane. Alhamdulillah selepas susur keluar ke Subang Jaya kira-kira 7.16am, trafik kembali lancar. Terasa lega sangat bila kereta saya sudah berada di lebuhraya Utara selatan dan lalu dibawa jejantas Sungai Buloh kira-kira 7.22am. Memang rasanya boleh nak  melompat-lompat atau menari di lebuh raya arah utara. Yang kesiannya pada sesiapa yang menuju KL. Trafik sesak berhimpit-himpit dari susur keluar Sungai Buloh. Belum masuk KL lagi tuh...masih di highway Utara Selatan pun dah sesak gitu.........

Alhamdulillah saya sempat menghadiri mesyuarat itu. Tengahari pulak walaupun saya dah ada plan lain, tiba-tiba boss saya minta temankan kawan untuk di Audit grrrrrrrrrr. Ok...ok think positif. Jangan stress. Petang pun sama, semua plan saya terbantut gara-gara kawan datang di ofis pulak. Sesudahnya punch out nearly 6.15pm.

2 comments:

  1. Salam prknln F,
    evrdy I trtngg- tnggu ur post kat blog nie. Sll lh buat entri ye. Keep it up ur gud job

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan...
    Thanks...terharu pulak ada juga yg tertunggu my post. tapi mmg lately takde mood or tak sempat nak berblogging
    -fairy-

    ReplyDelete