Sunday, July 2, 2017

Adab beraya

Bila IG Post Chef Wan menjadi viral
Ramai yg beri respon
Ramai juga yg buat FB post
Ada yang setuju
Ada yang sebaliknya dan sentap 😅😅😅

Aku memang sangat setuju dengan chef wan
Jagalah adab ketika beraya

Luckily pengalaman aku biasa je 😁
Bila datang konvoi raya
"Rumah ko ni tak mau cat ke"
"Nampak berisi sekarang ya"
"Ko bila nak kahwin...memilih sangat"
"Mano daging eh...kerisek yo ni ha"
Eh ada juga yg pi alihkan perabut kami semata2 nak bergambar 😰😰

Bila datang bebudak beraya
1. Makan berterabur atas meja tu biasa, tapi yg tak tahan buang kuih bawah meja
2. Kalau dah kuih dalam balang dah habis, minta tuan rumah isi berulang kali
3. Bila tuan rumah jemput ke meja makan, pi sepahkan ruang tamu
4. Bila gaduh adik beradik, pi bergusti dalam rumah orang
5. Bila tuan rumah dah beri duit raya, simpan teruslah. Janganlah pi buka depan tuan rumah atau pi buang sampul depan pintu atau di halaman
Dan banyak lagi....

Pengalaman orang lain memang macam2...
Lagilah teruk...
Memang tak sangka ada tetamu gitu
Tapi memang urut dada bila baca komen yg sentap pasal anak2 😅😅
"Biasalah budak2...dah tegur dah bantai pun buat jugak"
"Dulu tu perangai ko baik sangatkah"
"Ko tiada anak ko mana tau"
"Budak cerdiklah tu...Kalau budak tu senyap je mesti sesuatu"
"Tak maulah marah2 anak...nanti hilang mood raya"
"kalau tak suka org datang beraya tutup pintu tutup pagar"
"Letak banner depan rumah ...dilarang masuk bla-bla...."
"Kunci je lah sekut raya dalam lemari sampai raya haji"
"Tuan rumahlah kena simpan barang elok2"
" tuan rumahlah yang kena tegur anak-anak kami"
"Perlu beri ruang kpd anak2 untuk explore"

Amboi hanginkah 😅😅😅
Terasa pedasnya cili tukah?

Worse...
Ada ibu bapa yg doakan orang yg setuju dgn pendapat chef wan agar dapat anak hiperaktif 😠😠
Hmm...kalau dah parents sendiri EGO tidak boleh ditegur  dan mendoakan yg bukan2 untuk orang yg menegur, no wonderlah mereka bermasalah nak tegur anak masing2....

I am sure sekarang dah ramai ada autism/hyperactive awareness...
Takkanlah tuan rumah melenting kalau dah tahu ada anak2 istimewa gitu...
The issue now is we are talking about how parents deal with ill behaved normal kid while beraya!!!

Macam2 kan....
Yes kids just being kids
TAPI
Sebelum menuding jari kepada tuan rumah dan nak mereka FAHAM
Sebelum menuduh tuan rumah tak ikhlas dan berpura-pura
Tanya diri kita dulu sebagai IBU BAPA....
Apakah kita FAHAM dan TAHU tanggungjawab sebagai ibubapa?
Apakah yg TELAH KITA BUAT?

###Sebelum pi bertandang
Adakah kita KENAL anak kita?
Adakah kita telah PESAN dan beri PERINGATAN kpd anak2 sebelum pi bertandang?

###Semasa bertandang
Adakah kita PANTAU anak2?
Adakah kita PEKA dengan tindakan anak2?
Bila anak2 buat perangai
Adakah telah DITEGUR dan DITEGAH?
Bila anak2 terus buat perangai
Adakah kita beri pelbagai alasan untuk membiarkannya?
Bila teguran pun tak jalan
Adakah kita dah CUBA KAWAL mereka?
Adakah kita dah CUBA URUS mereka?
Apakah kita pernah fikir bagaimana nak mengatasinya?
Adakah kita pernah usaha supaya perkara yg sama tidak berulang lagi?
Bila anak-anak ambil hak orang
Adakah DIPULANGKAN?
Bila anak-anak pecahkan/rosakkan barang orang
Adakah dah MINTA MAAF?
Dah BAYAR GANTI RUGI?
Bahagiakah hidup jika orang TAK MAAFKAN, TAK HALALKAN dan TAK REDHA????

Ya cakap memang senang
Tak lalui tak tahu
Tapi jangan lupa anak tu tanggungjawab ibu bapa
Amanah yg perlu dijaga sebaiknya
Ya masing-masing ada cara sendiri
Tapi Sayang biar bertempat
Supaya tidak merosakkan hubungan dengan pihak lain
Agar tidak menyesal pada masa hadapan
Agar tidak disoal kemudian nanti

Ringkasnya,
BILA KITA PI BERTANDANG
Silalah jaga tindakan/kata2 masing2
Selain didik anak masing-masing sebaiknya
Pendidikan bermula dari rumah....
Ya rumah kita, bukan rumah orang lain tau
Kita yg corakkan kain putih itu
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Jangan tunggu jadi lemang
BILA KITA TERIMA TETAMU
Layanlah mereka sebaiknya
Jika perlu tegur, tegurlah dengan diplomasi
SAMA-SAMALAH KITA AMBIL IKHTIBAR DAN SALING BERPESAN
#PeaceNoWar




No comments:

Post a Comment