Wednesday, November 5, 2014

Merajuk or Mengalah????

Siapa yang tidak sedih apabila dikata dan dituduh yang bukan2  hanya kerana tidak dapat menolong seseorang. Pertolongan dihulurkan jika kita berkemampuan. Bukan hanya dari segi duit, aset malah masa juga. Bagaimana hendak menolong jika kita terikat dengan kerja? Susah sangatkah nak faham?

Tidak jawab panggilan telefon pun jadi isu.
Bagaimana nak jawab panggilan telefon ketika kita sedang kalut dan gementar memandu ke destinasi tertentu? Bagaimana kita nak dengar panggilan telefon yang dalam silent mode? Tambahan pula ketika sibuk berbincang dengan pelanggan.

Tak percaya kita sibuk bekerja pula.
Sanggup datang rumah untuk pastikan. Malah tanya orang di rumah bila kita keluar dan bila kita balik.

Bila tidak dapat apa yang dikehendaki mulalah mengungkit, mulalah menyebut2 tidak akan menolong jika saya pula kesempitan.

Kita pun punya hati dan perasaan. Kita pun boleh marah bila dituduh dan jauh hati bila orang menyebut2.

Dah puas mengata kita, tiba2 ada hati pula nak dapatkan sesuatu dari kita. Hina sangat rasanya bila tidak bercakap terus dengan kita, tapi ada perantara. Ego tapi boleh pula nak minta harga murah. Kehendak ditolak pasti timbul amarah.

Enggan luka menjadi nanah
Enggan yang kecil jadi parah
Dihantui rasa bersalah
Walaupun bukan punca masalah
Terganggu walau ke mana kaki melangkah
Berdoa mohon ditunjuk arah
Akhirnya terbuka hati untuk mengalah
Malangnya panggilan tidak berjawab sampai ke sudah.

Sepatutnya kita yang merajuk kerana diperlakukan sebegitu, sebaliknya orang lain yang lebih2. Bila difikirkan kembali patutlah dilorongkan untuk tidak menolong rupa2 nya apa yang diminta penuh penipuan. Tidaklah mengejutkan kerana dari awal lagi sudah boleh nampak reaksi janggal dan dengar kata2 yang berputar belit.

No comments:

Post a Comment