Thursday, March 27, 2014

Tragedi dan Kisah

Belum habis dikejutkan dengan tragedi MH370, timbul pula kisah penerbangan MAS di Nepal dan ke Korea. Kemudian kebakaran kecil pesawat Malindo Air pula.

Itu kisah penerbangan Malaysia.
Dikeliling saya pun pelbagai cerita yang timbul.
Cerita rakan yang disihir dan rakan yang ada saka yang berpanjangan.
Hari Selasa...saya terkedu mendengar cerita seorang rakan yang tertekan kerana suaminya ada orang lain.
Ya...memang tidak percaya mendengarnya...luarannya nampak bahagia sekali
Rabu pulak...rakan yang lain pula telah didiagnos menghidapi cyst.
Nampak tenang sekali, malah sanggup berkorban datang bekerja untuk menyokong her customer walaupun mendapat cuti.
Ya, masing-masing ada cerita tersendiri....

Masih

Masih teringat lagi debaran menanti pengumuman PM mengenai MH370 pada 10pm 24/03/2014.
Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata PM bahawa MH370 ended at Indian Ocean.

Satu tragedi yang sangat misteri
Pelbagai teori dan spekulasi
Pelbagai peralatan canggih dan terkini
Masih tiada jawapan hingga kini

Petunjuk dari analisis telah diberi
Masih menanti bukti...

Semoga mangsa tragedi dan anggota penyelamat dilindungi.....

Thursday, March 13, 2014

Dulu MH370, Kini MH318

Baru sahaja menonton Astro Awani sebentar tadi. Kod penerbangan MH370 KL-Beijing akan ditukar ke MH318 sebagai tanda penghormatan kepada penumpang dan krew penerbangan MH370.

Whatever the new number of the flight is, our thought and prayers is always with the passenger and crew of MH370. The most importang thing is yakin dengan kekuasaan Allah.

Sejak kehilangan pesawat Boieng 777 ini pada hari Sabtu 8 Mac 2014, pelbagai teori diutarakan oleh pakar penerbangan dan pelbagai spekulasi telah ditimbulkan oleh orang-orang biasa mahupun keyboard warriors mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut. Namun, semakin banyak persoalan yang timbul. Temubual bersama Kapten Norrudin pastinya membuka mata dan hati kita semua...Ya, Allah Maha Berkuasa.

Harini telah masuk hari ke-6 misi mencari pesawat yang hilang tersebut. Antara laporan terkini adalah
  1. Rakaman satelit China memaparkan imej tiga objek di Laut Cina Selatan yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat tersebut.
  2. Warga New Zealand yang merupakan pekerja pelantar minyak di tenggara Vietnam mendakwa melihat pesawat yang terbakar pada altitud yang tinggi dan menjunam.
Pastinya Astro Awani menjadi tatapan ramai di Malaysia untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai pesawat tersebut dan nasib penumpang dan krew nya. Dulu Astro Awani bukanlah pilihan, kini saya adalah antara penonton setianya. Saya tidak berminat lagi untuk menonton Fear Factor, Movie mahupun drama. Channel 728 bukan lagi keutamaan saya. Tiada lagi keterujaan untuk menonton My Love From the Star. PRK DUN Kajang memang saya tidak peduli, Kes Azizul-Shalwati pun hampir dilupai, Kemenangan Dato' Lee Chong Wei pun dipandang sepi....Semuanya kerana MH370..........menanti dan terus menanti perkembangan terkini.

Kita yang tiada pertalian darah dengan penumpang dan krew pun tidak senang duduk, berasa sedih dan gusar, inikan pula keluarga yang perlu menanggung dan menanti. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Simpati bila mendengar ada pihak yang telah mengucapkan takziah kepada keluarga, geram bila mendengar ada pihak yang cuba mempromosikan barangan diruangan #prayMH370. Kenapalah wujud orang-orang yang tidak sensitif? Sedangkan menurut kaunselor, mendengar perkataan "sabar" pun boleh menimbulkan kemarahan pihak keluarga yang terlibat.

Tersentuh apabila melihat visual dari astro Awani kelmarin memaparkan dan melaporkan salah seorang waris penumpang yang agak emosi apabila dihalang oleh sukarelawan dari ditemuramah oleh pihak media.

Bergenang air mata apabila Buletin Utama TV3 malam tadi dimulakan dengan visual anggota penyelamat melaungkan azan di lautan. 

Sebak bila mendengar doa:
Jika dilangit, turunkanlah
Jika dilaut, timbulkanlah
Jika didarat, tunjukkanlah.....


Semoga pesawat tersebut ditemui dan semua penumpang dan krew selamat. 





Friday, March 7, 2014

Sibuk Mencari dapur Idaman

One of it ....


Note: Gambar ni kawan saya sent via email. Rasanya pernah terlihat dalam internet. Nanti kalau jumpa saya sertakan link. TQ

Age and Change

I don't want to think and even think about my age. Certain people may not sensitive about their age. But I DO sensitive about my age.That is why I really hate it when someone remind me of my age. Not only that, that someone told me that when we reach certain 'figure', it is hard for us to change. Really???? If that someone wants to, I can list a few examples for  her future reference. To change not only you have to do that one 'thing' but you have to change many things!!!!

DO NOT hurt someone's feeling
DO NOT talk bad about others
DO NOT spread family's shame
DO NOT assume that you are always the victim
DO NOT think that you are superior than others

Have you stop doing all that????
That are only tiny fraction of thousands.
Definitely I want to change to be a better person. But let me do it in my own way...change gradually...rather than drastically that may make me back to the old me. I know her intention is good. But do you think I want to listen to someone that I do not trust, do not respect and cannot be a good example.