Saturday, November 30, 2013

Bila tarif elektrik naik

Alamak! tarif elektrik dijangka naik antara 10-20% tahun hadapan.
Sila baca http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131128/pa_01/2014-Tarif-elektrik-naik

Harapnya saya masih dapat menikmati pembiayaan oleh Kerajaan Malaysia

Nampak tak?

Tu bil bulan oktober...tapi ada surcaj 20 sen.
Ya!! kena bayar 20 sen ajo.
Logik jugaklah hampir 2 minggu tiada di rumah.
Yelah seminggu outstation, yang lain balik kampung la.

Bil bulan Nov memang totally free of charge hehehhe.


Seronok tapi musykil coz I memang tak pi mana-mana pun.
Apapun...syukur Alhamdulillah.

Actually sebelum I pi study pun memang bil elektrik I ditanggung kerajaan. Tapi tak tahu kenapa bila kembali  Mac 2013, bil memang hampir RM25. Pelik, walaupun banyak lampu yang rosak. Tu yang excited giler bila melihat bil oktober dan november :):)

Wednesday, November 27, 2013

Oh! My Ganu

Daripada dok meroyan, baiklah I tengok OMG now ......

Ganu tapi lokasi kat Bagan lalang :P

Nampak

Tak semua orang boleh nampak
Apa yang saya nampak, mungkin orang lain tak nampak
Apa yang orang lain nampak, mungkin saya tak nampak
Jika saya nampak pun, adakalanya tak perlu dinyatakan
Tapi sakit hati bila ada yang memaksa supaya saya menyatakan apa yang saya nampak
Jika sudah dinyatakan oleh orang lain, perlukah saya nyatakan?
Jika tidak puas hati, sila nyatakan sendiri !!!!

Begitulah sukar jadi penilai
Tiba-tiba terpaksa jadi penilai, satu hal
Penilai dipaksa-paksa untuk buat sesuatu, dua hal
Lagak penonton nak tunjuk hebat, tiga hal
Orang yang dinilai itu pun empat hal
Boss orang yang dinilai pula lima hal
Kenapa sebarkan cerita orang yang dinilai?
Tak tahu apa yang anak buah anda buat, kenapa disuruh dinilaikan?
Kenapa penilai disindir?
"Bagi je la. Kawan kan, abang kan"
Bila integriti dipersoalkan.....
Yang menjadi mangsa pastinya, si penilai kan?

Disuruh bagi komen serta merta
Maaf, saya tak secekap dan sebijak anda semua
Maaf, saya baru sahaja tergesa-gesa keluar awal 30 minit dari perjumpaan lain
Maaf, saya tidak free pada petang hari seperti anda semua
Oh! saya lupa memang ada antara anda free pagi petang berbulan lamanya

Bila saya beri komen bertulis
Ada yang menyibuk di tepi saya
Tak sesuai katanya
Hello...saya komen berdasarkan apa yang saya baca dan faham selama 3 hari ini
dan apa yang saya lihat dan dengar dari penyampaian hari ini
Bukan sekadar melihat secebis info yang berbeza dari apa yang disampaikan
Takpelah ya..jika anda sudah layak jadi penilai nanti, kita lihat ya....

Tiga hari menatap, masa habis, badan penat, hati sakit, asyik teringat-ingat

Monday, November 18, 2013

Tempah vs Ready made

Sekali tempah baju, hah! ko sampai tujuh. What a record?


Bukan 7 pasang la....RM42 for baju kurung ala songket. RM38 for baju kurung cotton. Kedua-duanya tanpa piping. RM45 baju kurung jugak, tapi harga lebih sikit coz kain licin dan ada piping. RM 38 baju kurung moden tanpa kain. Rugi ek...baik tempah dengan kain sekali. RM28 caftan kain chiffon. Yang hangin tuh, takkan nak buat blouse sleeveless lebih caftan tu, upahnya sama jugak. Tailor kata dah diskaun, asalnya RM30. Chet!!! dengan regular customer pun nak berkira. Kalau camtu baik I jahit sendiri....tu kalau I pandai jahit baju la :P. Kat tempat you all, berapa pulak upah jahit? Ada beza tak upah untuk kain tertentu?

Dengan harga RM264 tu, I boleh beli 5 pasang baju kurung ready made di Jalan TAR tau. Silap2 boleh dapat 6 pasang. Tapi memang tak jumpa saiz I la. Ambil saiz S, kainnya ketat di punggung. Ambil saiz M, baju dan kain labuh pulak. Redha je la...kena tempah kat tailor jugak. Pulak tu baju lama dah tak boleh pakai. Yang baru ditempah bebeberapa bulan dulu pun, dah mula sendat :(.........Rasa nak nangis tadi, bila tengok tailor catat ukuran pinggang I~ 30"......Sebab tu kerap tempah baju baru.

Psst....Psst ....dapat sms dari Jelita Textile, Nilai ada discount up to 70% for Japanese Cotton.

Oklah...nak sambung buat kerja...sambil membaca, menaip sambil tengok Jodoh Itu Milik Kita episod akhir. 

Thursday, November 14, 2013

Awan bertingkek, kojo bertimbun

Bila melihat awan bertingket.......


Terus teringat kojo bertimbun.....

Semalam, I baru tersedar betapa banyaknya kerja yang perlu disiapkan segera. Semasa mesyuarat waktu pagi berkaitan projek T yang baru, banyak perkara yang perlu disemak semula. I masih tidak menyiapkan material walaupun ia akan bermula minggu hadapan. Lagipun kami masih belum menerima jadual sebenar projek tersebut. Tidak terkata apa, bila ia melibatkan banyak kumpulan customer dan setiap kumpulan memang besar saiznya. Redha dalam terpaksa. Semasa mesyuarat petang pula, I mula risau untuk pemantauan projek L bagi new customer. I masih tidak jelas akan peranan I dan tiada panduan yang terperinci diberikan. Selepas mesyuarat, berbual pula dengan senior tentang penilaian oleh customer dan juga prestasi kami. Khabarnya sesiapa yang peratusannya rendah akan dipanggil oleh boss dan juga perlu menjalani/menghadiri latihan/bengkel. Terus I jadi stress dan tidak tentu arah bila melihat peratusan yang I perolehi. Kenapalah I tidak diberikan taklimat berkaitan sebelum ini. MEMANG TIDAK ADILLLLL

Hari Jumaat ada deadline untuk customer monitoring for projek P. Memang serabut nak menilai. Ada sistem yang dibangunkan menggunakan microsoft excel beberapa tahun dulu macam tak membantu. Akhirnya, lewat petang semalam baru I realised ada formula dalam sistem tersebut silap. Terharu sangat bila dibukakan hati untuk semak dan dicelikkan mata untuk melihat kesilapan tersebut. Thank you Allah. Malam tadi, I pulun menambahbaik sistem tersebut dan Alhamdulillah boleh dikongsikan bersama rakan yang memerlukan. Sempat juga I memberi panduan kepada rakan yang perlu mengubahsuai sistem. I pun berjaya submit before deadline. So, bolehlah I fokus pada projek T, projek Tj dan projek L, selain urusan keluar negara. Tapi bila tengok dalam sistem projek L, sudah haywired instead of 6 customers dah tinggal 2 je. Projek T pulak, schedulenya sungguh menyiksakan. Maka mengadulah I sana sini.

Bila I pi general office, I pelik tengok sikap sesetengah orang, yang sesuka hati mengubah layout office tanpa memberitahu, meminta persetujuan dan bertanya keselesaan staf yang menghuni office itu. Kemas di mata anda, tak semesti selesa pada orang yang menghuni. Bila orang lain prestasi bagus dan tidak mahu terlibat aktiviti office, hang bising kata orang tu selfish dan adakalanya seperti dengki pun ada. Habis tu dah hang suka buat benda yang tak penting dan tak urgent, selain ganggu teritory orang

Sibuk camna pun sompek pulak update blog, mengomel dan tengok AF kan ;))))). Lunch hour kan :P

Tuesday, November 12, 2013

Keputusan Afundi Masuk 2013

Untuk yang tercari-cari dan ternanti-nanti keputusan AF masuk, Tok Ti baru sahaja umumkan dalam MELETOPS sebentar tadi....

Seperti yang dijangka, AZHAEL kembali mewarnai AF 2013...


Monday, November 11, 2013

AF MASUK 2013 kan.....

Rasanya ramai nak boikot Akademi Fantasia 2013, gara-gara penyingkiran Azhael.
Pasti ramai terkejut dan bengang dengan keputusan itu.
Lagi tidak puas hati apabila si Nabila masuk final.
Tambah menyakitkan hati bila melihat dia senyum lebar nampak gigi di kala peserta lain seperti terpinga-pinga dengan keputusan yang amat mengejutkan itu.
Rata-rata dalam facebook dok mengutuk dia, siap kata suara chipmunk lagi.
So, mana datangnya pengundi dia yang ramai tu?????

Kedengaran soseh sok sek, that unexpected result hanyalah manipulasi penganjur. Tetapi penganjur menafikan, sebaliknya menyalahkan peminat yang tidak mengundi Azhael.

Dan seperti dijangka, dari AF BUZZ 9.20pm sebentar tadi ada Afundi masuk sebaik sahaja tamat AF buzz ini dan keputusan akan diumumkan dalam MELETOPS malam esok.

Macam dirancang ek...AFMASUK means ramai yang perlu mengundi sms kan, means makin banyak lah pendapatan penganjur kan...Tak cukup-cukup lagi ke kadar bayaran yang baru naik tu????

Thursday, November 7, 2013

Minggu tanpa nasi hancus

Kononnya plan tak makan nasi since Sunday 3/11.
Tapi first day dah kantoi...memang tak makan nasi, tapi before lunch pi makan aiskrim pulak.
For lunch dok makan tumis bende dan ini....


Kenal?
Sedap jugakla....
Tau?
Sambal jering tua la.....
Hehehe...lauk nenek-nenek yang ku suka
Eh! tak makan nasi pun, calorie intake pun tetap banyak....
Lagi teruk malam tu pi makan daging burger pulak + mayo+mustard+chili sauce


Isnin pulak, rasa tak sedap badan dan sakit kepala.Mungkin juga coz kena hujan panas the day before. Beli je la sup ayam. Tu pun makan sikit. But again punyalah tak senonoh, petang tu pi ratah sambal tuh. Malam menikmati kerabu mangga je...kononnya.

Hari Selasa kan cuti, so for lunch I ratah gulai ikan keli. Dah namanya ada santan...berlemak la pulak. Petang tu ada keinsafan untuk masak ikan rebus bantai aje.


Memula just letak jus limau, bawang, halia dan cebisan serai yang dah kering kontang. Tapi rasanya macam kureng. Then letak sikit sos tiram. Tetiba I teringat ada orang letak asam boi....Tak pernahlah tengok resipinya, just tengok gambar je. Apalagi? letak je beberapa biji asam boi. Boleh tahan jugak rasanya heheheh....

Hari Rabu, macam malas pulak nak bawa bekal ikan rebus ni. Ingat nak balik lunch je. Malangnya, I dah sampai office baru perasan charger laptop tertinggal kat rumah. Terpaksalah balik ambil. Bila sampai office, terliur pulak nampak cekodok dan karipap, mak terpaksa beli hehhehe. Sesudahnya I tak lunch. Tapi balik rumah, for dinner I had beef burger again....Eh! Kalau sekeping daging mcm gambar atas tu dipanggil burger jugak ke????? Whatever...........

Harini Khamis, dimulakan dengan having oat for brekky. Tapi meeting 10am, ada nasi lemak that I couldn't resist...sikit je la. Patutnya, idok le ambil lunch kan. Tapi tengahari tu aku serabut nak ngemas file yang bertimbun atas meja. So, pucuk dicita ulam mendatang bila kawan ajak makan nasi briani kat pantry....So double hancuslah diet nasi for today. Lagi tak senonoh, I pi beli satay for dinner.

I pi kedai kain petang tadi tau. Kononnya nak cari baju konvo ala2 batik or songket. Tapi hampa belaka huhuhu....So, hari Sabtu moh le kita ke jalan TAR ya......

Tuesday, November 5, 2013

Terganggu

Tersentak
Terganggu
Sebak
Sedih
Bila diberitahu bahawa pemergianku dikatakan "dah berambus".

Dulu dipinggirkan, kini dibenci.
TERIMA KASIH...
Perlukah aku menjauhkan diri?
Hanya doa yang boleh kutitipkan

Tahun baru, azam baru,
tabahkan hati
kuatkan semangat
bersyukur dengan apa yang ada
pilih untuk redha dan bahagia

Sunday, November 3, 2013

Bila duit tak cukup......

Haritu I ada bengkel/kursus 3 hari. Tapi I mengelat pi 2 hari je Selasa-Rabu. Alkisahnya, on the way nak balik rumah tetiba I ternampak 'check engine light' menyala.


 First time menyala beberapa bulan dulu. Risau juga. I takut membahayakan je. Tapi biasanya bila kereta kena hujan. Engine basah kesejukan kot heheheh. Bila bawa pi bengkel yang biasa I pi, katanya takde apa. Tapi kalau I nak pastikan, kena pi bengkel elektronik. Yang tu tak berkesempatan, lagipun macam dah ok. Then, 2 minggu lepas menyala lagi. Cuma semasa menyala tu, I tengah kalut nak pi kerja. Selain itu, dalam 2 minggu ini juga I notice, I punya speed meter adakalanya tak berfungsi. Susahlah I nak merempit. Merempit konon, tapi penakut nak overtake kereta kat right lane ;)))))

Anyway, kebetulan tempat bengkel/kursus  tu dekat dengan bengkel kereta. Maka, segeralah I ke sana, coz dah rasa berdebar, takut kot meletop ke apa. Yelah, bukannya hujan pun. Technician kat bengkel tu checked guna alat elektronik la...Aku google namanya -electronic scan tool or diagnostic computer. Tapi alat tu macam tak membantu. Technician kata mungkin juga masalah auto sensor. Diagnostic tool sudah, buka bonet check engine pun sudah, akhirnya dia check engine dari bawah kereta pulak....


 Risau tengok kereta I setinggi itu. Then, technician kata kena buat autotuning dan apatah, aku dengar macam total body...yang dia kata kena cuci...kotor body kot hahhahahah....Bila aku google tadi throttle body rupanya hehhehe. Actually dia pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin juga auto sensor yang mana kos nya RM100++-200++. So, katanya better buat autotuning+throttle body tu dulu, kosnya RM80. Aku minta diskaun dia kata dah murah. Biasanya RM120, yolah tuh. Bila aku check purse, aku ada duit RM70 plus beberap keping RM1. Mana cukup !!!. Aku siap tunjuk pada technician tuh. So, dia pi tanya boss dan boss kata bayar RM70 dulu, yang RM10 tu bayar nanti. Okay lega....Psst...tu satu tips jugak tu untuk dapat diskaun.

Yang terharunya, bila time nak bayar...rupanya dicelah-celah duit RM1 tu ada duit RM5. Macam tak percaya je....Yang bendulnya, aku pi bagitau tenchnician tuh duit cukup....Lepas tu nyesal, kan dah terlepas nak dapat harga diskaun.

Then, balik singgah kedai makan. Dah terasa-rasa sotong goreng tepung dalam mulut nih. Disebabkan staf yang biasa ambil order kat situ takde dan senarai menu pun takde, aku tulis lah "sotong goreng" pada kertas untuk tukang masak yang ada masalah pendengaran.Tapi apa yang I dapat adalah.............


sotong goreng kunyit...Frust sangat huhu...Telan je la, memang itu rezeki I on that day........

Tapi you all ingat tak?.....I mana ada duit dah. Kan dah habis bayar kereta RM80 tadi. Duit syiling ada, tapi confirm tak cukup. Takkan nak guna duit OZ. I dah panik dan malu giler tau..malu dengan cashier dan juga sorang pelanggan yang duduk mengadap kaunter. Camno tak cukup duit sampai 2 kali ni :(. Luckily teringat baki duit tol dalam kereta...Alhamdulillah, logo acik.

Bila I balik rumah, saja belek purse. Chet !!!! Rupa-rupanya di celah-celah duit OZ ada lagi beberapa keping duit RM5, lebihan duit raya. Tu la, lenkali jangan panik ;)))))