Sunday, October 31, 2021

Akhirnya

Akhirnya....
Setelah 2 bulan 
Last nite barulah aku buka TV
Tu pun tonton recorded movie 😅
The Doorman 



Lepas tu sambung Best Friend Betrayal pula
Konon nak rehatkan minda 😅

Alkisahnya lewat petang sabtu till 8pm
Dok ngadap dokumen
Edit untuk customer....
Untuk mudahkan semua pihak
Harap customer bersyukurlah
Dan usaha buat yg terbaik
Jika sebaliknya....
Tak tahulah nak cakap apa

Sejak 31 Ogos
Addicted dengan IG, Youtube dan program in Dailymotion...
Apalah nak jadi kan
Suppose makin usia meningkat
Semakin tinggalkan benda2 gini 🤦‍♀️
Semakin banyakkan ibadah dan zikir 😭
Tolong doakan untuk saya ya...

Akhirnya....
Setelah 2 bulan membeli mee udon dan udang
Setelah 2 kali sawi menguning dan taugeh membusuk
Maka, terjadilah....
Udon black pepper 😁😁






Thursday, October 28, 2021

Bukan harta mereka

Orang memang macam2
Bila harta kita
Bukan harta mereka
Mereka peduli apa

Jika berbulan2 kita tak balik
Berbulan2 bilik terbiar
Berdebu
Penuh tahi cicak

Tapi satu persatu barang hilang
Tanpa sebutir kata
Sama ada terus lenyap
Atau rosak di bilik lain

Bila harta kita yang ditinggalkan
Untuk kegunaan bersama
Jagalah baik2
Jangan dicalar 
Jangan digesel

Rosak?
Uruskanlah 
Insurans dan Roadtax?
Kadang kita yg bayar

Kemalangan?
Cepat2lah baiki
Maklumkanlah perkembangan terkini
Kenapa 4 bulan senyap?

Hmm...anak siapa yg bawa?
Kalau anak tak tahu uruskan
Mak ayah kenalah ambil tahu
Perlulah bertanggungjawab

Bila tanya apa status
Kenapa pihak insurans senyap je
Takkan nak jadi besi karat
Bila tanya ada report polis
Tak tahu apa
Nak kena tanya si atuk pula 🤦‍♀️😡

Dah hampir seminggu baru nak update
Tu pun hanya inform dah report polis
Yg lain2 kena tanya satu persatu2 🤦‍♀️😡
Sikit2 nak tanya atuknya
Habih korang parents buat apa

Memanglah itu harta aku
Bukan harta korang
Memanglah barang lama
Tapi tetap berfungsi utk korang di sana
Memanglah itu aku beli
Bukan korang beli
Tapi mana rasa tanggungjawab?
Kenapa nak lepas tangan?

Geram
Sedih
Kecewa...
Serabut!!!!

Semua nak kena hadap
Semua nak kena fikir
Banyak n sibuk kerja tu biasa
Tapi penat dengan sikap manusia
Perangai tempat kerja lain
Perangai di sana pula lain....



Aku pantang betul
Harta aku
Tapi orang buat aku terhegeh2
Buat aku macam peminta sedekah
Takkan nak tunggu aku balik
Nak aku juga yg uruskan semula...







Tuesday, October 26, 2021

Reminiscing Winter Sonata

 Lately dok dengar lagu BTS, Adele, Christina Perry, Celine Dion and Maher Zain je....

Tiba2 semalam teringat k-drama dedulu,  Winter Sonata



Malam ni teringat pula Autumn in my heart.



Tapi lupa jalan ceritanya
So googlelah....
Sambil baca sinopsis 
sambil dengar OST
Tak semena2 rasa sebak 
Berjuraian air mata
😭😭😭

Dah kenapa???
Emosi sangat???
🤦‍♀️😅😁🤣


Friday, October 15, 2021

Friday nagging...

Bila emosi masih terganggu
Kerja pula banyak
Long list of things to do
Nak semak itu ini
Nak buat laporan itu ini

Tapi banyak perkara tak selesai
Jadi tertangguh
Sukar dipantau
Due to certain party yg byk songeh
Dia lagi besar dari big big boss 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
Benda boleh settle sehari
Jadi hampir 45 hari
Sikit2 nak memo
Org biasa2 tak boleh hantar memo
Nak emel satu persatu bagi setiap task
Tak mau emel yg ada senarai task 😡
Masalahnya ko selamba terlepas pandang email

Nak isi borang itu ini
Nak lengkapkan fail itu ini
Nak muatnaik bahan itu ini
Nak update bahan itu ini
Nak sediakan bahan itu ini
Nak kejar customer itu ini
Rumah macam tongkang pecah
Tanaman kuning melayu kekeringan

Tadi semasa proses semakan 
Ternampak sesuatu dalam sistem
Ini tak boleh jadi
Biasa perlu hadap 1-2 sahaja
Kenapa kali ini 3
Ini tidak adil !!!

Bila ditanya pada leader
Dia pun terkejut
Coz senarai yg dia buat lain
So bagaimana senarai dalam sistem berbeza?

Bila ditanya kepada boss
Bagaimana boleh jadi gitu?
Bunyi macam benda kecik
Oklah jika as dummy temporarily
But still kena fikir risiko dan kesan to me
Nanti my work schedule pasti kacau bilau lagi
Yg sekarang ni pun masih tak selesai
So it is better to settle everyrhing at the early stage
To avoid the same thing happen again

But a bit dissappointed with the boss
Bila ditanya siapa yg masukkan dalam sistem
Coz ikut pengalaman, unit kamilah yg masukkan
In fact during my time...
I was the one who keyed in everything in the system
Dengan yakinnya dia menjawab pihak lain 😅

But when I asked the unit clerk
Definitely she was the one who keyed in it 🤣🤣
How come the boss did not know about it 😅
Moreover, later the leader called me
She actually have forgotten that she asked the clerk to put my name 🤦‍♀️😅🤣

Moral of the story
If you feel you are treated unfairly
Then you should make an enquiry
No harm in informing and asking

But....hello
If you aren't sure of certain things
Just try to get the fact right
Before you telling incorrect things 🤣🤣🤣

Sometimes we think highly of certain people
But they also normal human
....not perfect 😊😁
Well that is life

And we should have the strong courage
To tell them that they are wrong 😁




Thursday, October 14, 2021

Perlu sedar diri

Bila terlalu sayang
Bila terlalu risau
Kita perlu sedar diri
Perlu ada had
Itu anak orang lain
Bukan anak kita

Bila niat kita baik
Kita beri pelbagai cadangan
Kita minta disegerakan
Kita perlu sedar diri
Kita perlu terima
Orang mungkin salah faham
Tak cakap pada kita
Tapi lepaskan pada orang lain
Kata kita memaksa
Kata dia tahu nak buat apa
Itu anak dia

Kita perlu sedar diri
Kita perlu ingat
Itu hak orang
Jika memberi amaran pada yg menyampaikan
Perlu minta persetujuan dia sebelum sampaikan pada kita

Kita perlu sedar diri
Kita perlu faham
Mungkin sebenarnya orang itu terkejut
Mungkin sedih
Mungkin sukar terima anaknya kurang sihat
Maka dilepaskan kesedihan dan kekecewaan yg terpendam kepada orang lain

Kita perlu sedar diri
Di mana kita dalam hati mereka
Tak semua orang ada semangat kekeluargaan
Maka baiklah berdiam diri
Tak perlu bertanya
Tak perlu berkata-kata
Jika orang enggan memberitahu

Kita perlu sedar diri
Dan persiapkan diri
Bila sampai masanya nanti
Memang tiada lansung yg peduli
Hadapilah sendiri ....
😭😭😭😭