Friday, December 31, 2010

Candle light dinner@Anak pontianak

Selasa baru ni aku pi tempat anak pontianak

Macam2 ada, tapi tak nampak pulak anak pontianak tuh
Yang ada mee rebus,
roasted chicken,
dan masakan kampung:- gulai daging salai, kerabu taugeh+kerang+sambal petai udang kertas


Sodap gilos, melantak bagai nak rak,
Yolah, macam2 ado, masakan kampung ado, western ado
Mana nak cari masakan kampung waktu dinner lak tuh
Sesudahnya esoknya aku kena ceret beret hahaha

Actually, nama tempat tuh ,,,,,,hah tengok sendirilah gambar nih

Boleh baca tak ??? Siapakah aunty nih?
Kabarnya cafe ni kepunyaan mak si pelakon anak pontianak tulah
Ala,,,,,lupa dah ke??? Si Zarina Lavoucah tulah
La,,,,tak ingat jugak ke??? Zarina Anjoulie yg dulu banyak kontroversi tulah
Buat apa nak ingatkan, dia pun dah berubah kot,,,mudah-mudahan

SEsape yg berminat ngan cafe ni, here is the info
Address:
Batu 16, Jalan Sepang
Kampung Chalet
71800 Nilai
NS

Tel/Fax: 06 7991276

Bussiness Hour :
Mon-Thurs: 11:30am-3pm, 5:30pm-11:30pm
Fri-Sat: 11:30am-3pm, 5:30pm-12:30pm
Close on sunday

Oklah,,,,
Good bye 2010, welcome 2011
Happy New Year with new resolution
Tak lupa juga, TAHNIAH juga kepada pasukan bolasepak Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki,,,,salute to their spirit and strong mental & physical
Tapi diharap mereka tidak leka dan mudah lupa diri dan kepada penyokong pula, jangan pulak kemenangan dirai, tapi kekalahan dikeji,,,,,kita perlu beri sokongan semasa mereka menghadapi kesukaran as what our PM said

Tuesday, December 28, 2010

Macam-macam pulak

Hello everyone!!!!!
How are you????
Sorrylah dah lama tak blogwalking ataupun jawab komen
Actually I'm back in Malaysia already
Unfortunately, on the first day I'm here, sakit gigi pulak huhu
geraham bongsu punya hal, dua2 gusi bahagian bawah infected
Yelah segala sisa makanan/bakteria trapped kat situ coz gigi nak tumbuh tapi dihalang dek gusi
Dentist kata I have two option, either I have to pull out/extract both teeth
or I should brush my teeth REALLY REALLY CLEAN
But she advised me to just extract the teeth since aku tak guna pun untuk kunyah
Tapi aku takutlah, tengoklah nanti
Yang bengangnya si dentist tu pi buat scaling masa aku tengah sakit
Dahlah, buat beterusan dan tak berhenti sampai aku tertelan air darah tu,,,,eWWWWWW
Bengong betul
Biasanya dulu, bila gusi bengkak Dentist suruh balik dan makan ubat dulu kasi kurangkan bengkak
Bila adik I balik kampung, sempat gak kami pi Malacca dan Perak
Just a quick update, so layan je la dua gambar yg aku kidnap dari fb sis in law di Mini Malaysia

dan Zoo Melaka
Tetiba selesema, diikuti batuk dan demam pulak
Ni dah kurang sikit walaupun masih soseh soseh and lemah lesu
Lagi haru tetiba my lappy problem
Do you notice that all the sentences here without fullstop
Well, the 'fullstop' key is not functioning anymore, so nak kena hantar pi repair ni
Kalau problem keyboard aje kena charge RM200 kalau motherboard RM700 huhuhu
Since, my lappy is Toshiba it will take around 2-3 weeks to be fixed huhuhu
Mudah-mudahan takde masalah apa pun
I am very busy with my writing etc eventhough balik sini, bengang dan sedih pulak with this problem,,,,redha je la
So till we meet again once my lappy kembali SIHAT

Friday, December 17, 2010

Sukanya pergi Berry Town

Memang seronok pergi Berry, a small town in the south of New South Wales. Tapi aku tak jumpa pulak strawberry or raspberry....grapes adalah :). Tak percaya ?

Yang seronoknya grapes ni kat tiang veranda/porch/balcony aje.
Kenapa dinamakan Berry kalau takde strawberry....Sempena nama pakcik nilah.

Menurut wikipedia, keluarga Berry lah pengasas penempatan European in that district. Hmm..no wonderlah lasy year kami sempat tengok Scotish parade kat situ. Selain bangunan lama, kita juga boleh mendapatkan local handicraft in this town. Tapi aku hanya ambil gambar bangunan saja la :).

Museum

I had meeting at this town early this month and for dinner I had scallop for entree,

pan roasted rainbow trout for main meal
and hazelnut parfait, pear puree and rhubard sorbet for desert

Monday, December 13, 2010

Siapa nak souvenir dari MAS ?

Ha...sape nak key chain MAS yang cinonit ni ?

Dan juga mug ini ?
dan juga souvenir dari OZ


Berminat??? Ingin join contest di blog ini ????

Apa??? Contest lagi???

Lawak betul lah, aku memang busy sampai lupa lansung pasal contest bulan lepas. Lagipun, counter blog ni cam statik je hahaha...nampak sangat takde sape yang masuk blog ni. Aku pun, dah jarang blog walking. Memandangkan, aku masih ada hadiah yg tak seberapa ini, maka aku masih nak meneruskan contest tapi bukan lagi menggunakan blog counter. Caranya mudah sahaja, siapa yang berminat hanya perlu ceritakan peranan nombor dalam hidup anda...hehehe ilham datang coz counterku yang tak bergerak itew :))....


Syaratnya mudah sahaja :

1. Sila buat entri di blog anda mengenai "Peranan nombor dalam hidup anda" dengan tidak lebih dari 200 patah perkataan.

2. Sila link entri tersebut dengan Contest dari blog ini.

3. Sila maklumkan kepada saya mengenai entri tersebut pada ruangan komen di bawah sebelum 11.59pm, 31/12/2010.


4. Entri yang paling menarik, kreatif dan mencuit hati tuan punya blog ini akan dipilih sebagai pemenang.

5. Pemenang akan mendapat 6 items iaitu MAS key ring, mug, shopping bag, small bag, pensil case and fridge magnet....hehehe ni sajalah barang yang aku mampu beli, tetapi tertakluk kepada stok yang masih ada.

6. Hadiah mungkin akan dipos pada awal Januari 2011.

Monday, December 6, 2010

Nak buat apa dengan Lebanese bread?

Aku masih kepenatan. I had meeting in Berry Town last weekend. Korang layan je la gambar tak berkaitan dengan meeting. Tapi, just nak share...aku dapat aud50~Rm150 coz my presentation kira oklah. Seronok gak dapat duit. Walaupun spv aku kata masa aku practice better than that and I seemed nervous and just pointed the pointer everywhere hehehe...The best presenter dapat aud100.

Wholemeal Lebanese bread is good for our health and if we take it moderately, we can lose fat faster.So, how can we eat these lebanese bread ????

1. You can eat it just like that. Punyalah besar, mencungap nak habiskan setengah keping.

2. Dip it into chickpeas hommus.

3. Make as wrap with any fillings that you like.

For example, last thursday I used hommus, grilled chicken -leftover from wednesday, lettuce, grapes tomatoes, sliced cheese and bbq sauce.
In fact, I also made the filling from humous, lettuce, serunding ikan-leftover from Aidil fitri( not aidil adha..;) ) and chili sauce...yummy.

4. Bake it until crispy as snack and dip into leftover pasta sauce+pineapple+leftover grilled chicken
or we may dip it into tomato salsa.

5. Make a pizza with topping contains leftover pasta sauce+pineapple+leftover grilled chicken+sliced cheese.


Macam-macam boleh buatkan...

Wednesday, December 1, 2010

5 ways to lose fat faster

SCHEDULED POST.....
Hi there...Here, I wanna share on how to lose fat faster. I need these tips before going back to Malaysia to avoid rasa sedih dan bengang bila ramai yang komen tentang kebelonan aku ;). Sempatkah ???? Pasti ramai yang sudah tahu dan sedia maklum bagaimana untuk menghilangkan berat badan yang berlebihan. Anyway, here are the 5 top tips to lose fat faster suggested by Andrew Simmons, CEO and Founder of Vision Personal Training :

1. Eliminate the saturated fats from your diet
(Exp: dairy product, fatty meats, processed food etc).

2. Eliminate the "three white flours" (white bread, white pasta and white rice) and go for the brown versions (whole grain bread, wholemeal pasta, and brown rice). They should be eaten in moderation only though, as water based carbohydrates such as lettuce, celery, tomatoes, capsicum, strawberries, kiwi fruit, plums etc are the best choices to accelerate your results.

3. Eat fish to replace the starchy carbohydrates to fill you up and help you increase your metabolism.

4. Perform cardiovascular training first thing in the morning on an empty stomach.

5. Lift weights twice per week to stimulate your metabolism.

"Another really important tip is to reduce sodium rich foods from your diet as they retain water," he says. "It won’t make you lose fat but it will reduce your body weight (water). This gives people a sense of confidence that they are moving in the right direction. There are also many other associated health benefits of reducing sodium including reduced blood pressure."

(Source by Lisa Bjorksten click here.)

Komen aku :

Tip 1 -kecintaanku terhadap susu lembu OZ terpaksalah dihentikan huhuhu...
Tip 2-done, la ni makan lebanese wholemeal bread
Tip 3-ikan Oz mahal, sekali sekala bolehlah
Tip 4-nak buat sebulan sekali pun payoh.
Tip5-nak bawa diri sendiri pun susah, inikan pulak nak angkat berat. Psst...angkat beg sekolah yang berat tu oklah kan ;)).....


Conclusion :
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih....

Tuesday, November 30, 2010

Bilalah nak pandai masak ikan ni...

THIS IS SCHEDULED POST.
Hehehe..type sesiap entri ni on Sunday coz tau, minggu ni going to be hectic.
Bila aku selongkar pics folder for mid November, maka aku terjumpalah gambar lempeng dan cekodok pisang berkelapa -for late brekky on monday last 2 weeks. Sesuka hati aku je kan buat lempeng pelbagai saiz tuh...

Then, for dinner I had this sambal ikan for dinner. Sedih tau...mungkin terlebih bawang, maka rasa sambalnya agak pelik. Bila hancurkan tomat dalam sambal pun totap tak sodap huhuhu...

Masa dalam proses penyelongkaran gambar ni pun ada

Lempeng keras+butter chicken+lamb rogan josh+sambal ikan bilis for lunch on Friday last 2 weeks. Camna boleh banyak lauk sampingan dan lempeng tu separuh je ??? Entahlah. Aku pun tak ingat. Agaknya aku masak sambal bilis hari Selasa dan hari rabu beli Indian food tuh. Then, hari khamis malam hanya makan lempeng separuh je. Penat jugak ya melatih minda dan mengingat perkara lepas hahaha...

Then, gambar ni pun ada....

Ikan bakar yang tak sedap lansung for dinner. Konon nak elakkan makanan berminyak, tapi kurang menyelerakan pulak. Nasib baiklah ada sambal kicap tu tau...Malulah, masak ikan pun tak pandai. Next time, goreng pun sodap...cuma tak sihatlah.

Monday, November 29, 2010

Kempunan nak makan nasi lemak

Pagi semalam my housemate si kakak masak nasi lemak jemput kawan kami makan.Setelah 1 jam aku turun pi basuh baju. Serba salah jugak either nak pi tegur tetamu atau takut dikatakan nak ngendeng nasi lemak. At last, aku pi tegur tetamu. My housemate offer nasi lemak. Rasanya terpaksa, ajak2 ayam gitu…takkan tak ajak housemate depan tetamukan. Coz kalau betul dia nak ajak aku, mesti dia ajak banyak kali dan dengan nada yang bersungguh-sungguh. Kenapa tak ajak masa aku sibuk goreng cekodok awal pagi tuh? Takpun, kenapa tak ketuk pintu bilik aku masa kawan kami sampai. Sedih tau…

Lagi sedih, mereka kuar tengahari tu tak ajak aku pun. Memanglah aku nak kuar dengan another housemate. Aku biasanya kuar kalau dengan kawan yg lain, aku akan ajak my housemates jugak. Bila depa balik, aku sedang tengok tv dan baru habis makan nasi. Then, tetamu pun join aku tengok tv. Yang menambah sedih, dia ajak tetamu makan kuih pulak dan lansung tak ajak aku. Bila tetamu balik, siap bekalkan dengan nasi lemak dan kuih lagi. Lepas tu, terhegeh-hegeh pulak datang join aku tgk tv. Bila stress cari aku, bila happy tinggalkan aku ya???

For dinner, biasanya dia makan sambil tengok tv dengan aku. Tetiba last nite dia makan sensorang perabih nasi lemak dia kat dapur. Biasanya kalau dia sibuk pun, dia mesti jenguk sekejap cerita apa kat tv. Ni, lansung tak jenguk dan lansung tak tegur aku…Hmm…something fishy is going on. ..Apsal yek? Harap, dia tak dengar masa aku ngumpat pasal dia dengan another housemate hehehe…Bukan apa, the previous nite dia ada cakap dia masak banyak, tapi kalau tak habis me and another housemate ada. So, kami ni hanya layak untuk saki baki aje ya? Rupa-rupanya, untuk saki baki pun tak layak huhuhu…

Memanglah teringin nak rasa nasi lemak dia, tapi bukanlah nak sangat coz aku pun boleh buat sendiri walaupun tak sedap. Tapi sedih dengan sikap dia yang sampai hati lansung tak pelawa kami housematesnya, tapi boleh pulak ajak orang luar makan. Yelah, kami dok menatap sambal marinara dan ayam goreng berempahnya dalam tudung saji atas meja makan since the previous nite. Harap kami tak kempunan coz tak dapat rasa nasi lemak dan lauk pauknya itu. Rasa sedih dah jadi bengang pun ada. Takkan kita nak paksa orang pelawa kitakan…Kalau orang nak bagi kita makan, biarlah dengan hati yg ikhlas. Tetiba aku ni sensitif sangat pulak…perangai cam bebudak saja, simpton peod lah tuh. Apa hak aku nak bengang dan sedih kalau housemate tak pelawa makan nasi lemak kan. Sorrylah, buat korang pening saja baca entri ni. Korang layan je lah gambar masak lemak cili api udang + nenas ni ...

I cooked this dish for dinner on saturday. Kuahnya cairkan, susah sikit nak guna santan serbuk ni. Whatever it is, memang puas dapat makan udang gemuks ni. Jom tengok gambarnya yang lebih montoks ;)...

Makan sekor pun konyang...hehehe...nampak na pembongak eh. I bought it for aud5.50 per 400gm. Ada lagi 5 ekor udang yang belum dimasak tuh. Buat sambal udang+nasi lomak sodap jugak kan. Hm..but I'm craving for udang goreng kunyit...korang tunggu jelah nanti. Teringin jugak nak makan ikan keli, takpun ikan sembilang. Malam tadi dah termimpi-mimpi makan ikan keli sambal. Ni gara-gara last nite anak buah cakap dia makan gulai ikan sembilang...

What a weird and unpredictable weather here. Cold weather in summer ??? Now it is 16 degree celcious and the rain pouring outside. Tu pun nak complaintkan. Orang lain yang below -6 degree C, tak membebel pun.

update:

It's freezing cold tonite...i have to turn on the heater on summer night :(...

Sunday, November 28, 2010

Sape suka coklat ????

Psst...what is your favourite choc ???
I really like this irresistible choc, Baci.

Kawan aku yang introduce this choc masa pi Langkawi tahun 2004 kot. Dahlah sedap, siap ada kata2 about 'friendship or love' pada pembalut dalamnya. Click here for further info. Teringinkan, beli je la walaupun agak mahal. But still ok coz I bought this choc at Coles for aud6.95/200g. Jangan tak tau, di David Jones harganya aud16.95...banyak sungguh beza harganya. Few years back, I bought this choc of 18 pieces in Langkawi for RM24-RM29.00 and it costs around RM40 in KLIA...

Lately, malas nak menayang makanan. Lagipun selalu makan benda yang sama je kan. Selongkar folder gambar, jumpalah gambar ni..

Salmon terrine for entree....accommodation dinner on 06/11/2010.

Main course: Tempura John Dory Fillets

Thursday, November 25, 2010

Kakak meninggal

Malam tadi aku menunggu housemate ku yang sedang membuat pembayaran at check out counter Woolworths. Tiba-tiba dia datang kepadaku dan terus menangis sambil berkata "Kakakku meninggal"......Innalillah...Kelu lidah. Aku hanya mampu memeluk dia dan minta dia bersabar. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari Indonesia bahawa kakaknya yang gedi (abang sulung) baru meninggal. Kematian abangnya memang tidak dijangka kerana abangnya memang seorang yang aktif berolahraga dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit. Jika tidak silap, abangnya dimasukkan ke hospital dua atau tiga hari lepas kerana sesak nafas. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati terdapat cecair dalam paru-parunya. Memandangkan, keadaannya telah stabil dia dibenarkan pulang. Namun, tiba-tiba dia mengalami sesak nafas semula dan akhirnya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke ICU.

Memang berasa sedih dan simpati dengan housemateku ini, ditambah pula dia baru kehilangan bapaknya pada bulan Mei tahun ini (Lihat entri lepas). Malahan ibunya pula sedang sakit gara-gara terjatuh didalam bilik air semasa hari raya Aidilfitri tahun ini.

Semasa menunggu bas, kelihatan housemateku sudah berhenti menangis dan sedikit tenang. Semasa dalam bas, dia asyik bercerita mengenai abangnya. Selepas kami turun dari bas dan berjalan kaki pulang ke kediaman, tiba-tiba dia berkata kami dah pilih untuk belajar jauh dari kampung. Walaupun adik beradiknya jauh dari kampung mereka di Solo, tapi mereka masih boleh pulang menziarah dan menguruskan jenazah. Tapi dia jauh di Australia.

Begitulah dugaan kami yang jauh di perantauan. Jika berlaku sesuatu di kampung kami tidak berkesempatan untuk pulang kerana kekangan masa (perjalanan yang jauh dan tuntutan belajar) dan kesempitan wang. Contohnya macam housemateku, mungkin dia tidak kesempitan wang, tetapi memang tidak sempat untuk pulang untuk melihat abangnya buat kali terakhir kerana dia perlu menaiki penerbangan pada malam tadi juga. Memang tidak sempat untuk ke airport tambahan pula perlu check in awal untuk penerbangan antarabangsa. Malahan, sebaik sahaja sampai di Jakarta, dia perlu menaiki penerbangan ke Solo dan seterusnya perlu masa lagi untuk kembali ke kampungnya. Mungkin jenazah abangnya telah selamat dikebumikan, sebaik dia sampai ke sana. Hanya doa yang mampu dititipkan.....Al fatihah.....

Tuesday, November 23, 2010

Kala malam bulan mengambang.....

How do you feel walking under the moon light ?................

Seram kerana takutkan 'sesuatu' akan muncul atau seronok dan terpesona dengan keindahan malam?

Semalam, entah apa angin aku stay in the office until 9.25 malam. Kalau boleh tak mahu pulang selagi kerja tak siap. Apakan daya, bus terakhir pada pukul 9.45pm. I think that is the first time that I stay in the office until that late. Seram sejuk juga bila berseorangan semasa mengambil wudhuk di bilik air. Tambahan, terasa kesunyian dan keheningan malam bila berseorangan di tingkat dua di bangunan usang lama. Tiba-tiba perasaan takut muncul, takut pada 'sesuatu' ada juga tapi lebih takut pada yang berkepala hitam. Mohon perlindungan dari Allah.....

Selesai solat, aku pantas mengemas barang dan melangkah keluar bilik. Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu.......................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Owh!!! Rupanya, suara dua orang pelajar lelaki cina yang sedang menuruni tangga. Dengan pantas aku mengekori mereka dari belakang. Bila sampai di tingkat bawah, pelajar lelaki tersebut cuba membuka pintu keluar, tetapi tidak berjaya. Lantas, aku mencuba pula membuka pintu yang satu lagi......pun tidak berjaya. Aku buntu. Tak mungkin !!!!!! Tak mungkin kami terperangkap dalam bangunan ini. Jika kami terperangkap, selamatkah aku bersama dua pelajar lelaki ini ??? Pelajar lelaki itu pula cuba mencari jalan keluar yang lain. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya keluar melalui pintu yang ketiga.

Suasana di luar begitu sunyi, langsung tidak kelihatan pelajar mahupun pekerja universiti. Aku pantas berjalan menuju ke perhentian bas. Tetapi aku perlu melalui bawah jambatan yang gelap.
Aku kuatkan semangat dan nekad berjalan berseorangan di kawasan yang sunyi dan gelap. Sayup-sayup kedengaran bunyi orang berjalan dibelakangku, mungkin salah seorang pelajar cina tadi....Alhamdulillah. Apabila hampir tiba di hentian bas, tidak kelihatan bas mahupun orang yang menunggu bas. Adakah aku sudah terlepas bas yang terakhir ???????? Ku gagahkan juga kaki melangkah. Alhamdulillah, ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas. Alhamdulillah pelajar tersebut adalah ketua blok kediaman kami.

Bila bas tiba, aku terus naik dan duduk ditempat kegemaranku. Sepanjang aku di dalam bas, aku rasa amat terharu dan bersyukur dengan perlindungan yang Allah berikan. Sebaik sahaja aku turun dari bas, aku terpandang .....

Bulan bercahaya menyinari malam nan gelap dan percikan sinarnya menerangi permukaan laut. Subhanallah....betapa indahnya ciptaan tuhan. Aku dan ketua blok tidak melepaskan peluang mengabadikan saat yang indah ini. Alhamdulillah, aku tidak perlu jalan berseorangan untuk pulang ke kediaman.

Begitulah sebahagian kecil kerisauan yang dirasai dan mungkin agak berisiko bagi pelajar seperti kami demi menuntut ilmu. Belum lagi disenaraikan segala dugaan, masalah dan kekecewaan yang ditanggung. Harap tiada lagi serangga yang berbunyi

mahupun burung yang berkicau
bahawa pemegang PhD (Doctorate of Philosophy) itu bersepah. Kalau bersepah kenapa kerajaan perlu berbelanja besar menghantar ramai pelajar melanjutkan pengajian? Kalau bersepah, kenapa universiti di Malaysia masih kekurangan tenaga pengajar yang berkelulusan sedemikian ? Namun, tidak dinafikan memang manusia yang berPHD bersepah....Perasaan Hasad Dengki. Masing-masing dengan bahagian masing-masing...Yang penting kita saling menghormati. Ya Allah, permudahkanlah urusan dan lindungilah hambaMu ini.

Friday, November 19, 2010

Apa ku buat di hari raya Aidil Adha

Cantikkan bunga tu...Salam Aidil adha. Lama betul tak berblog kan....

Here, we celebrated Aidil Adha on tuesday, 16 Nov 2010. Actually aku plan pergi solat raya by bus. Alhamdulillah, ada kawan yang sudi menumpangkan kami. Segan nak tunjuk gambar sebelum dan selepas solat, maka aku tunjukkan makanan yang disajikan selepas solat. Aku hanya kenal baklava je...tapi yang satu tu sebijik macam wajik...

Then, kami berkampung dirumah kawan kami. Aku malas nak ambil gambar makanan, tapi antaranya yang aku ingat ada nasi tomato dan rakan2nya, daging dendeng, bihun dan mee goreng, bubur pulut hitam, rojak buah, desert dll. Aku bawa apalagi....tartlah.

Macam2 jadi the night before. Aku dah beli St Dalfour blueberry jam, tapi tak jumpa. Luckily my housemate ada mixberry homemade jam. Pulak tu for the cream cheese feeling aku terletak 60gm butter instead of 20gm. Luckily ok hahaha...I got the recipe from http://mamafami.blogspot.com/2009/07/blueberry-cheese-tart.html. TQVM Mamafami...:).

Then, I have photo shoot session with my gediks friend at the botanic garden.



But, we really not in the mood that day to pose bagai nak rak. Lagipun rasa penat semacam. In fact I cancelled my plan nak masuk ofis nak run my programming. That nite, aku teringin sangat nak makan someting ala2 raya foodies. Almaklumlah tadi takde lemang dan rendang. Tapi takde daging..minced beef adalah. Yang ada pun chicken breast dalam 200gm. Tetiba teringat daging masak itam Cik Elyza, maka aku buat ayam itam hahaha....

Tapi aku malas nak surf tenet and copy resipi Cik Eliya. So aku bantai je resipinya....bahan tumis yang biasa+cili serbuk, mestilah ada kicap kan, yang lain aku ingat ada jintan manis hahaha. Sedap gak walaupun dah ada kicap aku pi letak garam hahaha...maka tambahlah air dan gula hahaha. Tapi today kenalah surf tenet jugak coz nak link the ori recipe. TQVM Eliya :). Ayamnya sikit sangat, maka kena tambah carrotlah hehehe...On wednesday I had the same menu for lunch, since it's a bit dry, so aku tambah airlah.

Tapi minyak nampak bergenang pulak hehehe. Then, malam tu biasalah masak my fevret food hehehe..sambal tumis ikan bilis with telur dadar. Malas nak tepek gambar. Siap bawak bekal for lunch on thursday tuh. Tetiba teringin pulak nak makan lamb rogan josh, butter chicken n vegies curry..maka terpaksalah ke city mencari indian food. Hari ini pun aku melantak that indian food with bread for lunch :))...

Sejuk pulak harini...Semalam ok, cuma petang ada gerimis sikit. Padahal spring nak masuk summer. Such an unpredictable weather. Last 2 weeks panas giler. Last week kejap warm, kejap hujan lebat. Suhu sekejap 19, sekejap 25 degree...
Oz weather huh....

Sunday, November 14, 2010

Royal Doulton dan cekodok penyek

Sorrylah kawan2 semua coz lambat reply your comments. I'm really busy lately. Tapi busy pun...semalam aku sempat pi city nak beli groceries. Entah camna, tersinggah David JOnes pulak...Cantik kan...Royal Albert...Royal Doulton

Awatlah mahal bebeno nih. Satu teapot je..dah aud575 ~RM1700. Ada ke orang nak beli ya ? Tapi kalau tiada permintaan tiadalah pengeluaran kan. Hehehe teringat pulak kelas perdagangan. Agak2...dengan guna set Royal Doulton ni boleh tak buat cekodok penyek hampir rentung ni

tampak cantik, menarik, dboom dan nampak sedap dan rasa enak ek ???

Berselerakah korang jika pecal dalam bekas plastik ni

diletakkan dalam set yang ini pulak ?

Hilangkah keunikan, mutu dan keunggulan set yang ini

jika diletakkan masak lomak cili api daging +rebung ???

Psst...pecal tu bekal ke uni on wednesday. I had cekodok penyet hampir rentung for my brunch on thursday and masak lomak cili api daging for my dinner on thursday and lunch and dinner on friday...I have to take note on what I eat coz tetiba je I got skin rashes...Adakah due to summer ???