Saturday, June 29, 2013

What to do on the weekend?

Last week
Perancangan awal hari Sabtu nak pi ofis awal, then petang terus pi pasar malam.
Tiba-tiba  kawan ajak pi One utama pulak, tapi petang la.
Kerja banyak, shopping punya pasal...aku sanggup ;)
So, ubah plan kononnya siapkan kerja di opis, then baru pi One Utama.
Sesudahnya, dok ngadap kerja kat rumah, then tengahari baru pi opis.
Tapi semata-mata mengadap tenet dan lunch je. 2pm balik coz ngantuk hahhaha.....
Dah 5.15pm baru tergedik2 nak pi One utama hahahha...........

Dapatlah merasa Chillies for the first time. Tapi, malu la nak snap gambar hehehhe....
Then, pi Ikea, mencari side table and bulb for floor lamp....
Sampai rumah 12++ pm kot....penat gilos..........

Esoknya barulah kita memasang meja. Nak yang brown black, tapi takde :(..putih pun putih la walaupun tak match hehhehe


Tu dia semangat tu keluarkan screw driver.....


Alih2 tak guna pun hahahhaha.........

Bangga melihat my DIY table ;)...........


 This week
I supposed to go back to my hometown this week, unfortunately something happened. So, I have to stay here instead. Things happened for a reason, so today I can rest properly here :).

Petang pi cut/wash my hair, then singgah pasar malam mencari buah, sayur dan nasi kerabu.

Owh...I ada beli bunga you.........RM43


....nampak real kan.......


Harini, dah rehat sakan...esok kena pulunlah buat kerja ya...


Thursday, June 27, 2013

I love you

Semalam sayup2 kedengaran ...
"I love you ... "
"Eh! dia dah kahwinlah...."
"Belumlah, cik kan..."

Dalam hati ada bunga....walaupun mungkin ada yg benci, tapi ada juga yg faham my 'way'.

Harini with colleague ketika meeting

Me : Nanti you all lah kena handle ...( If we really ikut dasar baru)
..................
Dia : Tanya lah boss tu (dengan nada yang cuba dikawal)
................
...............
...............

Dia : Takkan you all tak boleh handle. You all boleh kan.....(dengan suara agak bengang)

Me : ..............( buat tak dengar )

Tapi dalam hatiku
 "Bukan boleh tak boleh, 
Tapi layak tak layak. Kami rasa bersalah
Lagipun, ko buat, kerjaya ko berkembang. 
Kami buat, we got nothing !!!!!!!!!!"


Tuesday, June 25, 2013

Sendat???? Rabun?

Kejadian semalam
Dah iron baju sesiap.
Bila sarung kain, rasa semacam.
Sesuatu terlintas di fikiran
Hmm...tak mungkin..nehi...nehi, last month ok je...
Bila tarik zip, eh....eh....kenapa tak boleh tarik sampai atas huwaaaaaa....
Kalau boleh tarik zip pun...bolehkah jalan kepit-kepit macam pompuan jopun
Sedarlah diri ya....your current weight is 52kg...yup over 50kg!!!!!!!!
Ya...sukar untuk terima hakikat!!!!
Ukurlilit badan, pinggang, lengan dan peha dah bertambah-tambah incinya.
My orange peels are so obvious that I do not even need to do the pinching test
Maka, carilah baju lain and iron lah......

Rabun or tak kisah?
Kejadian hari ni....
Sambil beroperasi di dalam toilet,
jelas kedengaran suara
"luruskan barisan"
"Angkat tangan"
"Turun"
Ulang lagi.....
Bila ku keluar rumah
Ku lihat murid2 berlompatan dan berlarian di padang.
Cikgu? cikgu ? Rabun kah?
Jerebu kan makin teruk kat sini........

Monday, June 24, 2013

Latest API in Malaysia

Patutlah makin semput...makin bertambah IPU :(...

At about 7pm: the smell of smoke turned to the annoying smell of anti-mosquito fogging
As a result = mode loyo dan poning den........

My biologist friend said that " ni sebab banyak benda terampai'....
Alamak! I lupa maksud that science jargon
...terus I bayangkan bendasing terapung-apung di udara ;)

Untuk semakan :

http://www.nre.gov.my/malay/pages/IPU.aspx


Somput....

Jerebu makin teruk di sini starting from yesterday :(.

Semalam di rumah dah mula sakit tekak dan batuk2...

Harini pi kerja, bau asap je la. Dada sakit ...memang susah nak bernafas...somput.

Sunday, June 23, 2013

Bulan mengambang di kala jerebu

Nampakkah bulan malam ini?

Yup supermoon phenomenon during  haze red alert.........

From kosmo online:

Fenomena bulan paling hampir ke bumi yang dikenali sebagai Preigee atau supermoon akan dapat disaksikan di seluruh dunia malam ini.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam berkata, orang ramai akan dapat melihat bulan yang 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah berbanding fenomena bulan penuh biasa.
Katanya, orang ramai akan dapat menyaksikan bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh kali ini merupakan bulan penuh yang paling hampir dengan bumi pada jarak 356,989 kilometer.
Kenyataan itu menyebut, keadaan itu berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur, bukan berbentuk bulat sempurna menyebabkan jaraknya dengan bumi sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, antara kesan jarak bulan yang dekat ialah perbezaan pasang dan surut air laut agak tinggi berbanding kebiasaan.
Tahun ini, jarak paling jauh antara bulan dan bumi ialah pada 7 Julai iaitu fasa bulan baharu dengan jarak 406,491 kilometer.


Bulan luarbiasa or biasa or tak nampak....malam ni kita perlu menyambut malam Nifsu Syaaban....
Nisfu Syaaban berlaku pada pertengahan bulan atau 15 Syaaban dalam kalender Islam iaitu pada esok hari (http://beritasemasa.com/malam-nisfu-syaaban-2013).

Antara Amalan Nisfu Syaaban 2013?

  • 1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
  • 2. Melakukan Qiamullail.
  • 3. Berpuasa pada siang harinya.
(http://beritasemasa.com/malam-nisfu-syaaban-2013).




Saturday, June 22, 2013

Bila rasa rindu nak masak ...

Entri lama bertarikh 29/6 which was only published on 14/7/2013...back dated hahhaha

Ni masakan pertama I di kampung sejak I kembali dari land down under.


Lama dah...berbulan-bulan dulu. Ikan siakap stim....tapi I rebus je hehehhe


dan sayur campur sos tiram. Lawak je bila my nephew rasa sikit ikan tuh and suruh simpan untuk dia makan lepas balik sekolah. Sayur tu pun rasanya 60% dia yang makan...Apa maknanya tu?????

Dan minggu lepas, tetiba teringin sangat nak masak. Tambahan pula bila puasa kan, mengidam tu lebih sikit la even though just for simple food. Maka habis je kerja around 5pm on Monday, I rushed to the supermarket. Dah 6.40pm baru sampai my house area, rasa tak larat pulak nak bersilat memasak. Maka, singgahlah pasar malam. Beli je la nasi tomato. Akhirnya, on Tuesday...Alhamdulillah, dapatlah I berbuka puasa dengan black pepper chicken+veges hasil masakan sendiri sambil menonton Teduhan Kasih.....


Ya, nasi tu nasi tomato hehhehe...leftover from previous day break fast :). Ya, saya memang kedekut tak suka membazir...Selagi boleh makan, I akan makan.......

Memang semasa jadi student di land down under, selain window shopping, cooking is my therapy. So happy sangat malam selasa tu bila dapat masak. Apa taknya on the day, memang I serabut dengan my course plan. I tak tahu nak buat camna. Tak tahu nak tanya siapa. Tanya boss, instead of explaining she asked me to search the internet. Masalahnya, I lagi confuse bila browse the internet. I just wonder why my boss didn't provide us with the standard format. Even worse, after our conversation she sent email to everyone  to remind us to handle the course properly according to the participant level.  My colleague either bz or not around. Ada pulak yang I minta contoh, tak balas pulak my email. Tak pasal2 meleleh juga air mata dek penangan kerja....Memang, semasa tu memang I totally berdoa and berserah kepada Allah. Tetiba je, out of sudden, my colleague datang minta tolong I buat 'pengagihan kawasan untuk customer' coz I knew that area better. Lantas, I terus tanya dia pasal that course plan, after all he have handled that course before. Oklah..apa yang I bantai buat tuh, samalah seperti apa yang dia pernah buat.....Dah puas hati, I sent the course plan to my boss. Then, my boss my called me to ensure about my plan...pulak dah grrrrrrrrrrrrr. Walaupun, I kata ia boleh dilaksanakan, tetiba I jadi cuak pulak, Maka terpaksalah I google di sana sini again ....

Semasa tengah penin tuh, datang pula kawan yg lain. Maka, dia tunjukkan rujukan yang biasa mereka guna pakai.....Maka, cepat2 lah I betulkan my plan dan hantar new version kepada my boss. I siap senaraikan juga beberapa kemusykilan............

Then, I have to attend 3 days course starting from Wednesday.....It started at 8.30am and finished at 4.30pm. Tapi I lambat pulak selain parking space problem. Tak pasal2 I kena sindir 2 , 3 kali dek penceramah

"Saya hanya jawab soalan those who come earlier, saya tak dapat entertain saya yang datang lambat"

Ada ke aku tanya soalan semasa itu ??????? Teruslah aku rasa tak down :(.........

Ada 2 orang lain datang lagi lambat dari aku, idoklah kena sindir ..............

Sekali lagi sebelum kursus tamat for that day, aku terasa............Padanlah muka I kan ;)...

"Esok datanglah awal lebihkurang 8am, boleh kita sembang, janganlah pukul 9 baru datang"

Geram dengan Speaker, pening dengan course plan lagi. My boss rasanya tak faham apa yg I tanya. At last I buat appointment on Thursday late afternoon je la senang hehehhe. Tapi kena rushed from the workshop lah. Settle pun .......

Ha yang ini pulak bolognese pasta, tabur parmesan and japaleno yumssssssss...





Friday, June 21, 2013

Bunyi apakah?????????

Pagi tadi, aku terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi berdenting kuat. Terus aku berdebar-debar. Tapi sukar sangat nak buka mata. Memandangkan beberpa tahun dulu, rumahku pernah dimasuki pencuri, dan aku tak larat nak buka mata walaupun aku terdengar bunyi, maka kali ini aku memang kuatkan hati nak buka mata. Pandang keliling bilik, tengok jam 3.46am dan terus duduk. BUnyi apakah tadi? Macam bunyi kepala kipas berdetik apabila di pusingkan sampai habis...tapi kipas ok je. Terus aku terfikir...entah2 ada orang cuba buka potong grill. Tapi aku tetap tak berganjak dari katil....takut la....Manalah tau kot ada sesuatu menerpa dari tingkap.

Bila ada kekuatan baru I bangun dari katil dan melihat apa2 yang boleh dijadikan senjata...Pulak dah. Takde pun kayu. Dedulu memang ada batang penyapu. Aku hampir nak cabut kepala floor lamp ikea, semata-mata nakkan batangnya...tapi malas pulak nanti nak pasang...hehhehe sempat fikir malas tuh. Apa yang aku jumpa hanger je la.....ya hanger plastik....

Kuatkan hati, pi tepi tingkap...selak-selak langsir. Alhamdulillah, tiada apa2 yang mencurigakan di luar dan grill pun ok.......

Maka,  I sambung je tidur walaupun dalam ketakutan......

Bila I bersiap-siap nak pi kerja lebihkurang 10.45am....I terperasan sesuatu di lantai....Nak tau apa?????
CICAK!!!!!!!!!!!
Ya cicak mati tanpa ekor ........
Ekornya kat mana????
Di celah-celah my hair dryer wyer.......grrrrrrrrr
Maka terpaksalah I mengutipnya....
Geli betul bila kutip cicak guna tisu dan terasa-rasa perutnya yang lembik...ewwwwwwwww
Lantas terus ku campak n flush dalam toilet........

So, kesimpulannya bunyi yang aku dengar this morning adalah bunyi cicak terkena kipas....

Tuesday, June 18, 2013

Makan-makan@ Nilai

 Bila dah membebel..dah tersebar aura negatif kan.
So kena cepat dapatkan aura positif hahhaha...
Apa caranya?
Be happy....
How?
Talking about food ;)...


Tu dia..ada coconut shake, ada mee ketam+udang RM13


 Ada nasi kukus, gulai kawah...(tak ingat harga)


 Ada sup power (RM6)...


 Beli di mana????
@ MMA santai cornerlah

Bila waktunya?
Tak tahu...petang ke malam kot....

Macam2 ADA....
Burger bakar abang burn pun ada tau....







Mari mengamuk ..eh.....

Peliklah....organisasi sikit punya besar tapi facilities yileks.........

Ada tu ada...tapi tidak disediakan
Padahal dulu all were provided.

Apa guna pindah tempat baru, tapi kemudahan tak lengkap
...hmm sangat tak sesuai dengan organisasi.

Sapelah tak hangin pepagi.
Dahlah benda tu amat penting untuk kerja, tapi tak disediakan.
Kalau nak guna gak, kena isi form buat permohonan.
Takkan kalau hari2 nak guna, I kena isi form hari-hari?
...selama 6 bulan? Selama setahun????
Then kena bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan....
Katanya kalau nak selamat, I yg kena bawa hari-hari....
Orang yg uruskan alat tu sendiri kata, takkan dia nak angkat barang tu hari-hari.
Habis tu takkanlah I yg nak angkut hari-hari keluar masuk kereta?
Laptop lagi....
Sesudahnya tukar kerjaya jadi balaci angkat barang....

Kalau kereta kena pecah, I jugak yang kena tanggung.
Logiknya, perlu ditinggalkan ditempat yang diperlukan.
Kalau I tak guna, orang lain pun boleh guna.
Sharing is caring :).......
Orang lain tak guna selama ini, coz depa tak tahu atau malas nak go thru all the procedure.
Soalnya, depa yang menguruskan alat ini dah ambil langkah keselamatankah?
Takkan takde kunci? Terkedu pulak ko...
Takkan baru nak beli kunci?
Takkan tiada allocation money for that?
Nakkah I bertanyakan your boss?
Takpun I go thru my boss?
Or how about our big boss????
Katanya kalau kunci pun, orang tetap boleh potong kabel.
Kalau dah begitu, apa gunanya security guard ya????
Kalau begitu beban kerja kami makin luas
...selain kerja hakiki, perlu jadi pengangkat barang dan juga pengawal keselamatan....

Berani juga...depa dok cakap pasal kerja ikhlas tak ikhlas.....
Jika tak ikhlas bekerja,
jika tak mahu menghasilkan produk yg terbaik
...I takkan bersusah payah buat semua ni...
Tapi kalau semua I perlu buat, korang2 makan gaji buta kah????


Monday, June 17, 2013

Tegak bulu roma ku....

Pagi tadi I stayed up until 2.30am...dok buat kerja semakan. Luckily, I dah minum coke dan ditemani oleh Raja Lawak dan The Vow movie, maka I mampu bertahan....Macam biasa, bila dah dinihari, I memang seram sikit bila naik tangga....huhuhu...tegak bulu romaku

Then, I dok sambung kerja tu dari 7.30-10.45am. Tu pun tak siap lagi. Tak boleh nak bergerak, selagi banyak tak siap. Sesudahnya I sampai ofis 11.30am. Tak senonoh punya employee kan.........Luckily tak terserempak with boss besar n kecik hahhaha.........

Dah sampai ofis kena pulun lagi lah kan. Ada orang tu, dah tau I busy...dia nak gak nyembang kat muka pintu lebih 30 minit...bukan sekali, tapi dua kali tau....Takkan I nak halau. I kan jenis tak sampai hati......so padanlah muka I.

Sesudahnya, kerja tu siap 6.30pm. Barulah terhegeh2 nak solat asar.

Then sambung kerja lain ..data entry pulak. Luckily online system tak meragam. Siap 7.30pm kot. 

Then sambung pulak buat semakan dan pembetulan untuk other part. Cecepat lah kena siapkan coz dah 8pm. Tetiba je, centralised air-cond tertutup/ditutup...terus I rasa cuak. Bukan apa, tanpa bunyi air-cond suasana macam hening saja....I dah susah nak fokus dah.

 Entah camna..I dah mula rasa semacam. Tak pasal2 tegak bulu roma. Memang sampai sakit tengkuk rasanya...Terasa-rasa dan terpandang-pandang dan terimaginasi. Apalagi...baca Al-fatihah. Alhamdulillah I dah boleh bertenang.  So, bolehlah I tulis data manually terlebih dahulu.......

Plan asalnya, nak siapkan kerja baru balik. Tapi dah 8.12pm. I tak solat maghrib lagi. Tak beranilah nak pi toilet sensorang....

So, cecepatlah I keluar dari ofis...Luckily my wing masih terang, the other wing golap gulita.Seram jugak turun guna lif. Terimaginasi lagi. Cecepatnya I pi sandar kat sudut hujung sekali. Tapi memang kuatkan hatilah..Turun bawah, foyer dan parking lot golap gulita...Hanya kereta I seketul je la kat situ. Takut jugak, coz I was the last person to leave the building...Kedekut betul la company I ni.....

Bila balik, terkejar2 nak solat maghrib akhir waktu. Then sambung lagi kerja online data entry. Walaupun berukband a bit slow at last I berjaya siapkan kerja at 9.14pm...Yeay...few hours before dateline. So, bolehlah I menonton Masterchef dengan tenang...Tetiba tersuka CikTa eh........Kenapalah si Kencana tu tak terkeluar dari awal lagi...nyampasssss

Friday, June 7, 2013

Universal Adaptor ku.......

Sesiapa yang beli electrical appliance di UK memang tiada masalah bila menggunakannya di Malaysia coz plugnya sama je. Tetapi yang membelinya di OZ, beginilah rupa plugnya........


Maka, jika kita ingin menggunakannya di Malaysia, jangan risau......hanya perlu membeli universal adapter. Ada banyak jenis, but mine is like this


I beli adapter ni kat kedai komputer RM12. My friend kata dia beli kat kedai hardware RM6 je. Kalau tak silap kat Jusco pun ada. Tapi di Universal Traveller mahal bebeno. Tapi I tak pernah nampak pulak kat kedai elektrik hehheeh..habis dah I tak cari dan tak tanya taukeh kedai pun hehhehe.  So, kalau nak match dengan Malaysian socket, perlulah unlock button hijau tu. So terkeluarlah the three pins...


So, bolehlah cucuk pada socket :)......


Then, apalagi ? cucuklah plug heheheh..........


So, if you wanna travel overseas especially to oz..don't forget to bring along this adaptor :). Masukkan semula 3 pins pada adaptor. Dan keluarkan oz mode. So, bolehlah guna malaysian plug kat sana pula. Nak beli kat sana agak mahal, pulak tu susah nak cari universal  adaptor. Selalu jumpa yang Australia adaptor sahaja.

  https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcStt7i5EZPxtxp0oQgWvncup4Vxgrr0mLQHAP4lniSZvVHQee7dGabKP34q 


 So hanya boleh guna kat oz je la........Based on my observation the price range for that Australia adaptor varies from aud3 to aud13. For example at Asian groceries store aud3~RM9++, Asian household store aud7~RM21++ and Strandbag or airport aud13~RM39++....
















Thursday, June 6, 2013

Diningware@Nilai Tigo

Ok..ok .......dah puas membebel last nite, now korang layan je la gambar yang dah lama I ambil...bila entah...last March....Pusing-pusing kat Nilai 3 terjumpa  ni ha....


 Seronok je ada England di situ....Tapi percayalah yang lain lansung takde perkataan tu....Made in Malaysia pun cantik gak.............

Mahu bunga???????





Mahu ala2 mediteranean pattern?


 Mahu corak baru kononnya?


Mahu yang loose?



 Di mana?
Di sini lah............


Ramai juga peminatnya tau...pasangan senior dan juga muda :)...anak beranak pun ado............

Pssssssssst punyalah berkurun nak upload gambar. Banyak lagi nak letak...later ya...Sambil membaca proposal, sambil berblogging hehhehe...Ni dah 9am, aku nak basuh baju, then merempit pi kerja la ........Tapi I dok ceri beri kuar masuk The John pulak...ish.....

Ok...it's lunch hour....Sila jamu dan rambangkan mata anda :P....







 
Dan banyak lagi



Membebel kuasa dua

La ni dah pukul 11.45pm. Mata nak terjojol dok ngadap lappy kat office dari pagi sampai petang, then sambung pula di rumah. Begitulah nasib kalau terpaksa mengadap something yang bukan bidang sendiri, so terpaksa mencari bahan di sana sini, gali sana gali sini. Memang tak tahu nak cakap apa apabila pihak yang terlibat tidak mahu mendengar saranan kita walaupun telah dipesan BANYAK kali.  Lagilah membara apabila kita dah bersengkang mata mencari bahan, jangankan ucapan terima kasih, lansung tidak digunanya bahan itu. Itu tak termasuk tak minta maaf apabila membuat kesilapan besar, alih2 boleh pula mempertikaikan apabila kita tidak mahu mempertimbangkan rayuan mereka. Lagi teruk, they like to push me just to suit themselves. Ya, saya tahu kita perlu ikhlas bila bekerja dan tidak seharusnya merungut, tetapi ini masalah adab, sikap dan tingkah laku..........Ok let them know about it. On positive side, I got more knowledge by searching and reading the material :).

Tapi hari ini agak terkejut, juga bila ada kawan yang seems like to look down on people who has published their work before submitting their thesis. Well my dear, it depends on spv and uni. Takkan ko nak bantah spv and tak ikut requirement uni........Bukankah by having several articles, can ease the thesis examination process and of course boost our confidence and motivation? Dan kalau orang tu tak publish any paper while doing PhD, it's up to them. They can do it later and definitely good for their career if publication is in their line of work. Tapi jangan pulak kata orang dah publish banyak during their Phd candidacy to bodoh ye :P....




Sunday, June 2, 2013

Tiba-tiba dia hadir....

Kemudian dia ada .................



Adakah dia milikku?
Percayalah...inilah kali pertama
Ku pandang, ku gapai, ku bayar, ku bawa pulang ...

Tetiba jiwa ganasku menjadi jiwang ooppps....
Membayangkan Ehsan = Adi Putra...
walaupun menurutnya, Ehsan berkulit putih
walaupun aku sangsi kewujudan lelaki sebaik Ehsan........
walaupun aku ragu-ragu akan wanita sesabar Iffa
walaupun telah ku habis menatapnya dari 6.30pm hingga 2 am 2 June 2013
akan ku teruskan penantian tayangan hingga episod 28 :)......

Woi! makcik...udah udah le berangan tu .........
Bila la hang nak insaf ......

Jom!!!!!!!!!!!!!


Tak tahulah tahun bila makcik boleh habis baca ni.
Buku Jangan Bersedih, Bersyukur dll yang telah dibeli 3 tahun dulu pun belum khatam.
Biarlah kayuh perlahan, daripada tiada lansung ....