Sunday, August 21, 2011

Penat main nombor di bulan Ramadan


Eh! bukan bukan..........Bukan main nombor ekorlah. Hish! korang ni tak baik bersangka buruk tau. Bukannya aku main nombor ekor. Bukan juga nombor telefon tau......Yang pastinya aku kena bermain dengan 1000 nombor. Alkisahnya I forgot the combination number to unlock my suitcase. Kalau tak silap aku beli beg nih on Dec 2009. So dah set the number combination . Entah camna lagi 30 minit nak pi airport, aku baru nak lock the luggage. Unfortunately I couldn't unlock it so that I can insert the double zipper into the slot. I was really frustrated at that time. How am I really careless to forget the combination lock of my suitcase. Since I was running late, I just tried a few combination, but I still failed to unlock it. Nevertheless, I was considered lucky because I did not insert the zipper into the slot with that forgotten combination lock or else how I gonna take out all my stuff in the suitcase. But still, I need to lock my suitcase. Luckily I got which normally use for my lappy bag. After more than 1 1/2 year, today I just thought about surfing the internet to find a way to unlock the forgotten combination lock. I didn't understand the instruction even though there are several method being suggested. So, I just try the 'silly' way by turning that 3 digits lock until I hit the right combination. Dulu kan pernah belajar . Ada sepuluh nombor from 0-9. Since ada 3 digit, so ada 10X10X10 =1000 combination. Korang larat????? Entah camna harini aku nekad. Dalam masa tak sampai 1 jam, aku melutut depan my suitcase, to get the right combination. Akhirnya setelah kombinasi nombor yang ke 933 aku berjaya unlock that combination lock.

What??? 933??? Entah apa kaitan nombor tu with me. Memang lansung I tak ingat this number, no significant at all. Whatever it is, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya hehehe....

Oklah, aku nak cerita menu berbuka pulak.
Last thursday-18/08/2011, aku berbuka di surau uni. Kali ni ada menu ayam berempah kot, kuah dal dan nasi yg banyak giler.

Confirmlah with that large portion, aku memang tak habis makan. Selain banyak sangat, aku juga dah kekenyangan dengan makan Kataif-Middle east sweet pastry. Sedap tau walaupun luarnya manis, tapi dalamnya ada rasa masam cheese.

image source : http://www.nysdelight.com/2008/09/06/iftar-ad-turkish-meat-market/

Selain tu, ada jugak bebola manis. Masa tengah makan nasi, samosa pulak sampai. Yang itu aku memang tak ambil. Mencungap nak makan nasi. Memang makan 3 suap je kot. Ayam tu pun aku makan sikit je. Sayang sangat, tapi terpaksa buang bakinya. Selain my fridge yang pasti tak muat nak masukkan lagi leftover food, aku jugak nak menghadiri majlis farewell my friend yg akan kembali ke Malaysia. So, takkan aku nak angkut makanan yg berkuah ni ke city.

Dalam keadaan yg masih kenyang, then tiba-tiba sakit kepala pula, aku gagahkan diri juga menjamah sikit hidangan semasa majlis tersebut. Secubit garlic bread, Secubit pizza, 2 sudu fettucini and 2 spoon of sticky date pudding.

So, balik tuh. Aku rehat sekejap. Then I made changes to my paper until 2 am. On friday, I supposed to be in uni at before 8.45am to say good bye properly to my friend. But, I woke up at 8.15am, definitely I dont have enough time to get ready and catch the bus to uni. Regardless of my bundle of works, I made an adhoc decision by going to airport instead hehehe....

Other than, bid farewell, I can also look after her bags while she check in her luggage and box hehhee. Another drastic decision was, I got on the airport link train to Town Hall station. I stopped by at Queen Victoria Building and later I went to Pitts St Mall.

There are many shopping complex there such as Myer, David Jones, Westfield, The Strand and Sydney Arcade. If your are not keen in shopping you can go to Sydney tower which is just next to Westfield hehehe...At 5.29pm I broke my fasting in the train. The cold 'winter', together with the strong wind and pouring rain made me shivered while waiting for the the bus to go home. After solat, I started checking my paper and Alhamdulillah I managed to submit it to my spv at 11.45pm as promised hehhee...

On saturday, tetiba teringat nak bayar zakat. Rasa macam harituh dah bayar, whateverlah. Alhamdulillah dapat bonuskan. Boleh juga dikongsi bersama parents ;). I broke my fasting with the leftover rice and the leftover roasted chicken which I got at 'surau', sambal berapi given by my friend and sardine puff baked by my housemate. I just sliced the roasted chicken and cooked it with blackpepper sauce.

Today, I broke my fasting with the leftover chicken and bubur lambuk. This bubur lambuk was given by my friend last Saturday :).....

Sekian sahaja laporan aktiviti minggu ini bagi sesiapa yg merindui hehehe....

Thursday, August 18, 2011

Rezeki disyukuri, jangan dibazirkan,

Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki Ramadhan.
Buat pertama kalinya pada bulan Ramadan ini, saya berpeluang berbuka puasa dan solat tarawih di surau dalam Uni pada hari Selasa minggu ini. Rice and Lamb adalah menu selepas berbuka pada hari tersebut.

Hidangan nasi ini memang sangat besar bagi saya. Saya hanya mampu makan seperempat dari nasi dan cebisan kecil lamb tersebut. Ini gara-gara kami mulakan dengan makan tamar dan yogurt ketika berbuka. Saya memang menyukai yogurt ini walaupun rasanya masin dan masam.

Hanya selepas solat maghrib kami dihidangkan dengan nasi tersebut. Maka tidak hairanlah saya tidak mampu menghabiskan nasi yang begitu banyak itu. E..eh tetiba formal sangat pulak. Ok kita tukar mode hehehhe....Memanglah tak larat nak perabih nasi tu masa kat surau. Balik rumah aku ngap seperempat lagi nasi tuh dengan seketul lamb yang besau tuh. Makan dengan sambal yg aku dah asingkan harituh hehehe. Baki nasi, simpan dalam fridge. Punyalah tak sedar diri, lepas tu aku boleh minum lagi sebotol yogurt tuh hehhee. Nasib baik tak sakit perut tau.

Selain rezeki makanan, saya juga mendapat rezeki 'harta'. Pada hari rabu, kawan aku yang akan kembali ke Malaysia pada hari jumaat telah mewariskan 'harta peninggalan'nya seperti heater, food container gadang dll....Pssssssssssssst.....acuan roti jala ada tau ;). Hmm bilalah nak buat projek menjala ni kan??????

Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk makanan, wang ringgit dan harta. Pada petang rabu aku diberi kekuatan meminta izin dari spv to do something. Something that I have been keeping to myself since May and I just afraid to tell her. Moreover, I kinda forget about that until this week I become panic. Alhamdulillah my spv approved that....I am really lucky to have really understanding spv. Berkat Ramadan :)....

Then later, I had iftar at the surau again. Yumm..roasted chicken.


Since I got this late, so I just had yogurt while watching my friends eating their portion. By the time I got my portion, I was already full with yogurt hehhee...So, I just tried to finish the potato chips especially those in the gravy. While waiting for the bus to go home, my friend come and gave me karipap and sambal ikan bilis...Alhamdulillah :)....rezeki again


Once arrived at home, I gave one of the karipap to my friend and of course I felt hungry hehhee....So apalagi ngap satu karipaplah. Bila terpandang sambal, bolehlah makan dengan nasi dan ayam tadi. But still tak habis coz ayam tu memang besar. So, simpanlah the leftover chicken in the fridge. Di sebabkan sambal bilis tuh really berapi, aku terpaksalah memakan loacker wafer untuk mengurangkan kepedasan hehehe.....

Semasa menikmati hidangan ini, tiba-tiba rakan saya menghubungi saya. Kebetulan kami terserempak semasa menunggu bas. Saya bertanyakan rahsia bagaimana dia sentiasa ada duit untuk kerap pulang ke kampung dan juga kejayaan membentangkan kertas kerja sama ada in OZ or overseas. So, that's why she called me just to share her experience, not to self-praise or brag herself. Actually, I kinda shocked that she called me since we are not close friend, but ya...alhamdulillah berkat Ramadan. Insya allah, saya akan amalkan as what she does. Of course, certain of it just the things that we normally do, but maybe we can improve it to be better :).....

Lupa nak cerita pasal solat tarawih di sini. Syahdu sungguh bila mendengar kemerduan suara imam yang semestinya orang Arab. Bak kata my friend macam orang bermusabaqah pulak. Meremang bulu roma dan meleleh air mata ketika dengar getaran suara dan tangisannya semasa berdoa. Imam di sini membaca doa ketika berdiri sama ada selepas atau sebelum membaca doa qunut semasa solat witir. Jadi, tiada lagi bacaan doa selepas selesai solat. Terdengar juga Libya dan Gadafi disebut ketika bacaan doa tersebut. Memang kasihan pada pelajar Libya di sini, kerana bantuan kewangan untuk mereka mungkin akan ditamatkan pada akhir bulan ini dan mereka terpaksa pulang ke Libya yang pada ketika ini huru-hara, tidak kenal siapa yang baik, siapa yg jahat. Khabarnya pelajar Libya di Eropah dan US tidak menghadapi masalah kewangan lantaran negara mereka mempunyai simpanan di sana, tetapi tidak di Australia. Semoga Libya kembali aman dan rakan-rakan Libya dapat meneruskan pengajian mereka di sini. Amiin.

Monday, August 15, 2011

Yang manis semasa Ramadan

Yang manis semasa Ramadan semestinya nikmat berpuasa, selain menikmati juadah manislah. Apakah juadah manis yang aku dah buat?

Aku teringin nak buat kuih bom keledek, tapi malas betul nak rebus keledek.
Tetiba aku buat kuih ketayap/gulung/dadar.

Tapi tebal lah pulak lempengnya tuh hehhee. Tu buat sarapan pagi on 7/8/2011....oppsssssssss.

Disebabkan tidak puas hati dengan hasil yang pertama itu, maka malam tuh aku buat lagi. Kali ini memang I got thin crepes, tapi agak keras pulak hehehe. Habis tu sukatan sesuka hati=tepung+susu full cream+telur+garam.

Cuba tengok tuh, tak memang tak pandai nak menggulung hehehe...Bila aku puasa semula on 11/8, tekak ni teringin nak makan bubur jagung+sagu pulak hehhe. Sampai rumah pukul 5pm, cepat-cepatlah aku masak bubur nih. Aku malas nak tunggu lama sangat, tu yg nampak ada lagi biji putih hehehe. Lagipun 5.25pm masuk waktu berbuka.

Then tetiba selepas berbuka on saturday the 13th..aku teringin nak makan /gelang....

Keras kejung hehehe. Bukan hanya tepungku terlebih, malah lori gula terbalik atas kuih tu hehehe.....

Cerita pahit pulak, selain tempoyak pahit tuh....hmmm biasalah pasal study huhuhu. Actually since last night kepala aku dah sakit. Lepas subuh pagi tadi pun sakit jugak. So, aku apalagi tidurlah. Korang tau???? Memanglah korang tak tahukan. Dah terdengar azan zuhur at 12.02pm baru aku terjaga. Sungguh tidak senonohkan. Lagi sakit kepala adalah, agaknya terlebih tidur. Tetiba terinagt nak call orang yang uruskan shipping my things. Hish, abang ipar ku pi tukar no phone pulak, tu yg kena update tuh. Bila check email, alamak pakcik Adelaide ada kerja untuk aku.....cepat betul la pakcik nih check paper aku tuh. Ni komen dia

F, it is looking good, where do you plan to send it? I will see it once more before it goes.
Cheers, J

Bertambahlah sakit kepala aku, bila paper aku banyak sangat corrections dengan contengan penuh muka surat huhuhu. Makin lagi sakit coz aku tak ingat my main spv punya suggestion nak hantar ke journal apa. Aku pernah jot down somewhere. Tapi tak jumpa. Cari dalam fail dalam beg tak jumpa. Cari atas meja tak jumpa. Cari bawah meja pun tak jumpa. Yelah camna nak jumpa dalam keadaan my work+articles yang bertindan tak tersusun. So, aku kena sort semua kertas atas meja tuh. Bukan hanya ada articles n my works, bil and surat pun ada terselit. Tak habis yg atas meja, yang bawah meja pun aku sort sambil cari di mana aku jot down info nak submit my paper. Then, sambung semula yg atas meja. Alhamdulillah aku jumpa info tuh. Bila dah settle tuh, aku bukak pulak beberapa files atas meja. Adoyai.....dalam file pun tak tersusun. Takpe stop dulu, sembahyang zuhur dulu. Masalah aku sebagai orang yang ada sikit ciri OCD nih, aku tak boleh study jika bilik bersepah/serabut. So, lepas solat, aku lipat baju. Terpandang pulak telekung ofis yg aku baru basuh. Peliklah macam ada habuk/benang halus yg melekat. So, aku guna coat brush to remove that dust. Ingat nak iron telekung tuh. Tapi surf internet pulak, tau2 dah pukul 5pm. So kalutlah perhangatkan the leftover food to break my fasting. Kuskus goreng leftover from saturday dan sambal udang+ petai leftover from sunday.

Hari sabtu lepas aku pi city. So bila balik nearly 5pm. Tu yg kalut nak masak. Berebut-rebut kami bertiga nak masak dengan stove with 4 burners tu hehehe. Malas nak masak nasi, aku curahkan kuskus dalam air mendidih, then kacau hingga kembang. Then tumis bawang, masukkan sayur dan kus-kus, then masukkan perencah nasi goreng tomyam hehehe. Tu yang malam tuh tergedik2 nak makan kuih keria tuh. Hari ahad, aku berbuka dengan leftover kus-kus with sambal petai tulah. Harini ni pun menu yang sama, cuma aku tambah sayurlah pada kus-kus tuh. Still tak habis, tapi aku terpaksa buang coz dah masuk dalam pinggan. Kalau boleh tak mau membazir makanan. Tapi memang dah kenyang sangat.

Hari yg aku buat bubur jagung tuh, aku buat masak kicap ayam.

So, itulah juga menu hari Jumaat, cuma aku tambah dengan wombok/kobis cina+telur.

Tengok gaya makan aku nih, macam tak sakit kepala je kan. Dan satu lagi my weight once dah capai 45kg, tak mau turun lagi dah huhuhu. Apa taknya, makan tak hingat. Contohnya macam malam nih, dah berbuka dengan makanan yang berat at 5.26pm, tetiba craving for something at 7.40pm. So, aku makan loacker wafer pemberian my friend. Then tak sampai 30 minit lepas tuh, aku boleh makan pulak nachos n cheese. So, jangankan lose few inches, lose weight pun idoklah...Lagi mau bising kan ;)). Oklah nak tidur nih. Hopefully boleh terjaga awal untuk sahur :).

Saturday, August 13, 2011

Tempoyakku bukan tempoyakmu

Nikmatnya dapat menikmati deghoyan D24 nih selepas solat tarawih di gerai tepi jalan. Musang King best jugak. Durian tembaga pun ok kan. Korang ada?

Hmm...mimpi je lah labu. Takde maknanya. Ini durian frozen Thai mari hahaha. Demi melunaskan keinginan tekak yang tidak dapat dibendung lagi, maka ku gagahkan diri membeli durian ini dan juga pejamkan mata dengan harganya aud4.90 sekilo. Meh kita belah durian nih. Luckily kulitnya nipis and lembut.

Sedap ke? Macam durian nak busuk je. Hmm...boleh je telan, sejuk di tekak, dingin diperut hahaha.....Kita makan dua ruang=4 ulas kot. Yang lebihnya kita buat tempoyak ya. Eh! bijinya jangan dibuang. Kan ada lagi saki baki isinya kat biji tuh. Kita buat serawa durian nak. Sediakan periuk, curahkan biji durian yang masih ada lagi saki baki isi, air sikit, brown sugar dan daun pandan. Eh! mana sukatannya? Bantai je, sesedap rasa. Alahai, macam buat bubur tuh. Nak resepi yang betul, sila google sendiri. Then, masaklah ! Tunggu apalagi. Next, larutkan santak serbuk dalam air panas dan curah dalam periuk. Lepas tu kacau sampai masak.....Pulut mana pulut. Ok, ok ada tu. Sambil masak serawa, kita kukuslah pulut.

Jom makan pulut dan serawa durian ......sila sila.....opps....dah lama habis hehehe. Lagipun aku baut sikit je. Apa-apapun dapat jugaklah housemate aku merasa dan aku bungkuskan for my friend. Aku beli deghoyan tuh on 23/7. Lepas makan-makan dengan kawan kat restauran turki tu lah.

Apa jadi dengan tempoyak???????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tempoyak ku PAHITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT. Ada yg kata kena letak garam dan gula sikit. Aku terletak banyak pulak garam huhuhu.....

Jangan tak tau, gara-gara serawa dan tempoyak ku, maka my housemate si kekanda pun beli durian jugak. Dia dah beli 3 kali you....Katanya nak buat tempoyak. Hish! makcik ni, orang buat tempoyak pun nak jealous jugak. Takkan selama ni pi woolies tak nampak deghoyan tuh. Apa orang buat semua nak ikut dan tidak boleh lebih dari dia hahaha. Orang nak buat kuih hijau=kuih bakar, dia pun nak buat kuih hijau jugak. Luckily dia buat seri muka hahaha. Orang nak masak daging for potluck, dia pun nak buat jugak. Aku buat daging keprau, tu dia tak boleh tiru lah hehehe. Tapi at last rendang daging dia tak buat pulak hehehe....Tadi x-housemate kami org Latvia tu datang. Esok dia nak balik ke sana...huish 35 fours flight tu. Sydney -Shanghai-Turkey-Latvia....Aku tak tahu nak bagi apa kat dia. Tetiba aku teringatkan souvenir yang aku masih tak terberi to my spv. So, aku bagilah minah tu Malaysian card holder yang aku beli di MPH, Mid Valley. Eh! Yang mana satu, ntah2 yang ini aku beli di Souk, Putrajaya...whateverlah.

Aku perasan, kandaku siap jeling lagi bila aku bawak souvenir tu turun. Bila aku bagi kat minah Latvia tuh, cecepat kanda nak tengok apa dia. Lepas tu dia pulak yang over. Dulu masa aku bagi keychain kat my chinese housemate pun camtuh.

Hish! aku ni. Bersangka baiklah. Lagi-lagi bulan puasa nikan. Tapi dah 2 kali dia buat serawa hehehe....Sedap sangatlah tu aku punya serawa tu....sampai dia pun teringin buat. Dia buat serawa, warnanya gelap...tapi sedap jugak hehhee...Tak baik aku kata dia jealouskan. Aku jugak yang untung, dapat makan serawa dia 2 kali hahaha....

Lupa lak, apa cerita tempoyak pahit aku tu kan. Aku teringin nak makan sambal tempoyak daun kayu. Tapi manalah nak cari daun kunyitkan. Takpelah janji ada tempoyak, serai dan petai.
Maka on 5/8 jadilah gulai tempoyak udang my version hahaha....

Kalau tak silap, aku hiris serai dulu. Then aku tumbuk sebahagian hirisan serai+cili api+kunyit hidup+bawang besar. Kat sini mana ada bawang merah hehehe. Then bahan tumbuk+lebihan hirisan serai+tempoyak+santan+petai masaklah dalam periuk hingga mendidih. Jangan lupa letak garam. Tempoyak aku kan rasa dia pelik sikitkan. So, aku tambah sikit pes asam jawa+gula. Kita kena kreatip hahahha. Then masukkan udang. Biarkan sekejap. Maka siaplah.....
Apa rasanya????? Sedap giler....Makan pulak dengan rebus baby wombok=chinese cabbage

Senang je didihkan sikit air, masukkan bawang putih+serbuk pati ayam+.....Siap dah.

Lebihan lauk udang tuh kita boleh makan lagi ....kita rebus lagi sayur tuh. Eh! cili ada lagi tuh. Apalagi kasi tumbuklah cili besar+cili api. Asingkan sikit cili tuh. Then baki cili tuh tumbuk sekali dengan bawang besar. Then tumis bahan tumbuk+bawang putih. Curah garam+gula perang+air asam.....Asingkan sikit sambal tu ya. Then masukkan kepala ikan bekal majlis kesyukuran harituh....Maka kita ada sambal ikan+gulai udang+rebus.....

Nikmatnya makan macam ini. Alhamdulillah.....
Hmm...tapi teringin nak makan sambal tempoyak yang biasa tuh. Petai dalam tin pun masih ada lagi. Cili tumbuk pun ada lagi. Sambal cili haritupun ada lagi. Maka on 8/8 ...cili tumbuk+tempoyak, jadilah sambal tempoyak. Rebus petai dulu. Then petai+sambal cili+ikan bilis goreng, jadilah sambal goreng petai hahhaa.....

Mudah bukan? Siapa kata susah nak masak hehehe...Yang penting kita boleh telan. Kalau aku lauk macam nilah yang menambah selera hehhee.....

Thursday, August 11, 2011

Strange Oz weather again

Tak faham betul la cuaca di Australia nih. Memanglah kononnya from June to August supposed to be winter without snow lah. Tapi last week, tetiba warm pulak di siang hari n malam just sejuk ala2 manja gitu. Tak pasang heater tu hehehe. Hanya pakai cardigan nipis je bila keluar rumah...yelah dah temperature up to 25 deg Celcius. Pelik jugak, takkan spring awal sangat. Tapi mungkin juga ya. Have a look at these photos which was taken last week :) on my way from hostel to bus stop. Flower without leaves-opposite to our hostel


Meh kita zoom....cantiks...purple you :)


Bila dah lintas jalan, nampak pulak ni

Jalan sikit, I saw this pigeon

Dah sampai bus stop, snap pulak yang ini




Hmm...dah bunga-bunga ni, kira dah spring ya???????

Tapi!!!!!!!! this week, it is winter again hahaha....really freezing with single digit temperature. In fact on monday it was pouring rain together with hail too...Sejuk bebeno kot hehehe....Whateverlah...

I submitted the revised version of my third paper today. Ya Allah lembutkan hati referees dan editor untuk menerima/publish paperku. Semoga dipermudahkan perjalanan Phdku...

Hari ini jugak aku terima email from my x-spv kat Adelaide. Dia baru balik dari France...

"F, I am back and I will do some work for you. Do you have a later version of this paper or is it the latest.
Cheers, J."

Yolah, pakcik take your time. Kalau asyik dok focus on updates the changes in the paper, bila lah masa I nak siapkan projek terbaru and start writing my thesis.

Monday, August 8, 2011

Bila seorang...

Hari Khamis lepas, sangat terkejut membaca akhbar mengenai kes pembunuhan Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Arwah. Hari Jumaat masih lagi terpapar kisah pembunuhan tersebut. Terus teringat dulu aku pernah tinggal seorang selama 5 tahun.Ianya membuat aku berfikir, betapa aku dan kawan aku patut bersyukur tiada sebarang perkara yang mengerikan mahupun terlalu menakutkan berlaku selama kami tinggal sendirian. SEmoga kami sentiasa dalam perlindungan Allah. Aku terus chat YM dengan kawan aku. Rasanya kalau aku berada di Malaysia ketika ini, memang hidup tidak tenang dan dalam kerisauan dan ketakutan selepas membaca kisah pembunuhan tersebut. Menurut kawan aku, dia pun terfikir benda yang sama. Saat itu, aku bermohon pada Allah supaya kami dilindungi dan tidak hidup keseorangan dan dalam ketakutan. Rupa-rupanya kawan aku pun berdoa perkara yang sama juga...Kami selalu ada instinct yang sama, macam ada telepathy pun ada. Memang rasa sebak masa tu. Kami bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. Kami berpegang pada " jika Allah kabulkan doa hambaNya, maknanya Dia menyayangi hambaNya; jika Allah lambat kabulkan doa hambaNya, maknanya Dia sedang menguji hambaNya; jika Allah tidak kabulkan doa hambNya, maknanya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk hambaNya...."

Semasa aku berpindah ke kawasan perumahan yang baru pada tahun 2005, famili aku datang menjenguk. Proses berpindah aku yang yang uruskan seorang diri. Bukannya banyak barang pun. Mak sangat risau bila tengok pekerja-pekerja Indon berlongok di kawasan lapang tidak jauh dari rumah aku. Pulak tu depa dok tengok je kami. Tambahan itu kawasan baru, maka tidak ramai lagi penghuninya. Lagipun jauh ke dalam dari jalan besar. Senang cerita tempat jin bertandanglah. Kakak dan anak buah aku ada temankan aku selama lebih kurang 2 minggu. Sekembalinya aku dari menghantar kakak balik ke kampung memanglah rasa takut. Tapi memandangkan masa tu bulan puasa, rasa takut tu agak kurang. Tu takut pada benda yang tak nampak pada mata kasar. Yang lebih menakutkan sebenarnya takut pada oranglah. Maksud saya dari segi keselamatan. Kalau gardening, aku prefer kunci pintu pagar. Kalau gardening di luar pagar aku selalu toleh-toleh ke belakang.

Bukan apa, selalu je nampak perkerja kontrak sama ada pembinaan ataupun pertanian yang melalui jalan pintas tepi rumah jiran aku. Mana tak takut, aku sensorang di luar pagar. Depa tu ramai....

Kebetulan rumah tu mempunyai sistem penggera, jadi rasalah selamat sikit pada waktu malam. Cuma, kadang-kadang bila sistem penggera tetiba-tiba berbunyi dengan kuatnya pada tengah malam, memang takut sangatlah. Terkejut dengan bunyi kuat ketika enak dibuai mimpi satu hal. Risau jika penceroboh hanya diluar bilik satu hal. Nak turun ke bawah pun takut, tapi kena juga, nanti megamuk pulak jiran sebab tak matikan alarm. Bila mendapat kekuatan, untuk membuka pintu bilik, aku pergi ke tangga dan tinjau ruang bawah. Bila nampak clear, cepat2 aku reset alarm dan lari naik atas. Agaknya cicak main-main di tingkap kot hehehe...Lepas tu memang susah nak tidur. Rasa lega bila dengar bunyi motor Pak guard buat rondaan. Kebetulan, Setiap 1 jam pak guard perlu punch diluar pagar rumah my neighbour. So, bila dia turun dari motor tu, mesti dia mengawasi sekeliling termasuklah rumah aku. So, rasa selamat sikit.

Tapi dalam pada adanya alarm dan Pak guard tu, ada juga yang berani merompak rumah jiran aku. Grill wrought ironnya yang berbetuk bunga ros, dipotong seumpama memetik tangkai bunga oleh si Perompak. Si perompak hanya mencari duit dan barang kemas. Bila aku masuk kerumah aku, memang aku terkejut sliding door terbukak dan penyapu aku didalam rumah. Rupanya ada percubaan nak masuk ke rumah aku. Alhamdulillah mereka tidak berjaya mebuka grill rumah aku, cuma grill jadi senget dan kemek sikit kerana sungkitan. Rumah ni, guna grill murah je, bukan wrought iron mahupun stain less steel. Cuma ada besi padu yang berselang seli dengan besi kosong pada grill tuh. Memanglah tiada barang yang hilang, tapi aku buat juga laporan polis, sebagai langkah berjaga-jaga. Kebetulan aku dan jiran terlupa untuk switch on the alarm on that day. SEhingga ke hari ini, memang aku tak bagi tau my parents, takut depa risau.

Selain 'serangan' manusia, aku juga risau dengan serangan binatang liar dan menjalar disebabkan aku tinggal berdekatan ladang dan hutan. Pernah jiran aku ternampak harimau kumbang berhampiran rumah aku. Manalah masa aku gardening di luar pagar he come and say hello...Ya Allah mintak dijauhkan. Lipan lebih besar dari ibu jari pun ada. So masa korek2 tanah tuh, aku terjumpa lipan saiz halus mahupun yang bersaiz jari telunjuk. So, yang bersaiz halus senang dibunuh. Yang saiz besar tuh susah sikit nak bunuh. Tapi selepas bunuh yang saiz besar tuh, aku terfikir, ni kawasan hutan, mana boleh bunuh sesuka hati. Buatnya ada yg datang cari macam mana?....Manalah kot suami ke bapak lipan tu cari aku huhuhu...SEhinggalah pada satu malam sedang aku lepak atas carpet menonton tv, aku nampak lipan gadang melintas tepi aku menuju bawah sofa.Memang terkejut giler...Cepat-cepat aku cari penyapu. Bila aku cari bawah sofa aku tak jumpa. Pelik pulak ke mana dia pergi. Siap cari bawah tikar pun tiada. Tetiba aku terfikir ntah2 bapak lipan datang nak balas dendam...dasyat ek aku punya imaginasi. Memang takut lah....Sambil diri atas sofa, aku selak langsir di sliding door, rupanya, lipan tu ada di celah-celah alur sliding door. Apalagi, aku pun menjalankan operasi pembunuhan....susah betul nak mengejar lipan yg begitu cekap melarikan diri tuh. Boleh dia menjalar pergi semula ke kawasan berhampiran meja makan. Lepas tu, selamatlah lipan tu dengan operasi hentak dan lenyek sampai keluar darah hijau...

Begitulah ya kawan-kawan risiko yang terpaksa dihadapi bila kita tinggal bersendirian. Ada macam drama tak? Daripada korang layan drama aku tuh, baik korang layan drama Anissa. Aku haritu dah tengok first episod. Macam bosan. tapi kawan aku cakap cerita tu best. So hari malam Sabtu, aku tengok sikit cerita tuh. Macam best pulak. Tapi tetiba internet kong. Hampeh betul Nowhere internet nih. Only esoknya baru ok, itupun dah 3 pm. Lepas aku dah menjalankan house cleaning duty, maka bolehlah aku bertenet. Tu yg dapat menyambung tengok Anissa tuh. Tapi senja kena stop pulak hehhee. Masterchef season 3 Finale.....Aku nak Michael yang menang, tapi oklah jugak Kate yang menang walaupun ada kes favouritsm di situ. Actually my favourite and popular contestant, Hayden has been eliminated huhhuhu....So,dah habis tu sambung Anissa kat youtube. Tapi ada setakat episod 16 je. Pulak...mana nak cari the rest. Google punya google jumpalah yg sampai episod 24. Sambil buat budget, aku tonton Anissa. Harini, sambil sarapan then lipat baju, then key in spending, aku tonton lagi. Maka tamatlah......Cuma aku ada kemusyikilan
1) Rozita Che Wan pakai 3-4 inches high heel even though heavily pregnant. Kok pakai wedges boleh diterima jugak...
2) Si suami kemalangan pada waktu malam atau awal pagi, tapi si isteri hanya dihubungi pada keesokan harinya.....

Sorrylah, aku banyak komen pulak bila tengok drama-drama nih. Kalau tak suka, jangan tengok kan. Tapi pembikin drama kenalah ambil kira penonton jugak. Bukan semua penonton hanya tonton dan terima apa dipaparkan tanpa berfikir. Aku ni kan suka fikir and quite observant jugak hehehe....Rasanya ramai jugak yang macam aku. Cuma mereka malas nak kecoh hehehe...

Ok, ok...itu my writing sudah kenyit mata and melambai-lambai tuh :P

Saturday, August 6, 2011

Resipi daging yang semakin popular

Aku masak lauk daging nih for majlis kesyukuran last saturday.

Tapi nak nampak banyak aku tambah beans and carrotlah. Yang ni leftover, so bila dah perhangatkan, mestilah dah tak ceria and berseri seperti baru masak haritu. Cuma daun tu je aku baru tambah hehehe. Tau ke lauk apa nih ????? Aku guna pes tomyam dari Thai, so memang masin, pulak tu terlebih letak pulak. Penat aku adjust tau. Dahlah lupa nak beli sos cili thai, aku guna sos lingham je. Bila rasanya macam lain je, aku surf internet macam mana nak buat sos cili thai hehehe....Dengan sos cili thai buatan sendiri, maka terhasillah lauk di atas.

Hah! Dah dapat teka ke menu apatuh? Daging Kaprau lah....
Terliur betul tengok menu ni di blog Kak Jee. Masa, memula buat dulu on 11/7/2011, aku tiada daun selasih pulak. Bila google, daun selasih=basil. Bantai ajelah I just used dried basil instead of the fresh one hehehe....Sedap tau. Click here for the recipe. TQVM Kak Jee for sharing this recipe. Kali kedua aku buat harituh, aku masukkan hirisan cili macam Along Rodz. Bila masuk blog Kak Jee, memang kena menahan perasaan melihat makanan yg dipaparkan. Kalau tak silap aku jumpa blog Kak Jee dari link di blog Mas Duniaku pada bulan Mei tahun ini. Pertama kali baca dah terpaut...MACAM-MACAM ADA. Makanan ada, either masak sendiri or jalan-jalan cari makan, petua ada, cerita seram ada, kisah artis pun ada. Rasa terbayang-bayang kenangan masa kecil dulu menonton Santan Berlada. Hampir seminggu aku nak baca her previous entries...hehhee sampai pukul 2 atau 3 pagi jugak aku baca. Yang paling aku tak sangka Kak Jee yang popular ni jadi follower blog aku. Punyalah excited sampai termimpi-mimpi hahaha. TQ Kak Jee for being my blog follower begitu juga rakan-rakan yang lain...

Thursday, August 4, 2011

Antara Tahajjud dan kitab cinta

Ntah apa2 je aku punya laptop ni. Tetiba je tak boleh baca my camera's memory card, dah cuba byk kali since this afternoon. Ni dah dekat tgh malam, baru teringat nak google. Ha ah yek, camna aku boleh tak terfikir. Dulu boleh je connect my camera ngan my lappy to transfer the photos hehehe....

Hari Isnin aku pulun menyiapkan my paper's corrections. Makin aku baca references, makin aku confuse. I kinda not confident with my result pun ada. Sebelum aku mengalami Permanet Head Damage baik aku hantar je my corrections to my spv. Kita tunggu apa komen dia. Gara-gara paper tu juga maka hari pertama puasa aku berbuka dengan Maggi aje tau at 5:15pm.

Maggi tu dah expired tau !!! Kesian kan kat aku kan. Memang lepas tu sakit perut jugaklah. Nasib baik tak ceret beret. Padanlah muka aku jugak kan. Bila dah submit paper tuh, aku naik the last bus and safely arrived at home at 9:40pm. Aku lapar lagi hehhe, maka aku perhangat ikan goreng leftover from majlis kesyukuran and jugak the leftover sambal bilis and tumis carrot and capsicum and ngap.....

Hari selasa aku agak lesu, yelah tak larat nak bangun sahur. Lagipun agaknya coz penat memerah otak the day before. So I just stayed at home. Tapi at around 1pm, alamak!!! sedih lah pulak-kena terimalah bila tiba masa itu huhuhu, Nak buat camna kan So aku 'berbuka' dengan juga bekal lauk majlis kesyukuran harituh-gulai ayam+nangka, cuma aku serikan dengan beans :)Spv aku email suruh hantar the copy to third author in Adelaide pulak. So aku layan ke ajelah. Malam tu aku browse internet, macam teringin pulak nak tengok Tahajud Cinta. Yelah baca dalam paper ada kontroversi, then pasal Eman Manan dengan senaman harimau pulak. Huish ramai betul pelakon hebat dalam cerita tuh. Untung Eirma Fatima-Ada Fazura, Fauziah Gous, Tiz Zakiyah, NOrish karman, Eman manan, Ahmad tarmimi, Zeila jalil, Dira abu zahar, Melisa saila dan Jins Shamsudin. Eh! Lupa ada Remy Ishak la jugak. Malas nak cari sinopsis. Watak utama rasanya Fazura pakai tudung yang mengambil syariah law di Cairo, tapi telah menipu parents kononnya ambil civil law di London. Dia macam ingin memperjuangkan hak wanita. Kawan baik dia Fauziah ghouse yang dalam dilema terpaksa bertugas dengan ustaz yang beristeri 4. Ustaz tu agak misteri juga tak tahulah dia nakkan si fauziah tu meneruskan perjuangan dakwahnya bersama anaknya si Remy atau menjadi bakal isteri ke-4 nya. Ya dia dah ada isteri 4, sebab tu lah isteri-isterinya macam kerisauan, takut diceraikan. Aku tengok pergerakan senaman harimau tu ala2 pergerakan dalam yoga pulak. Whateverlah Cerita tu baru ada 4 episod.

Tetiba aku teringatkan OST cerita Fazura yg bertudung tapi dengan mamat Indon. Rasanya KItab CInta. Bila google confirm ada. Wah sekali tengok sudah terpaut jalan ceritanya. So, bermaratonlah aku hingga hari Rabu. Pepandailah manage masa. Sambil tonton, sambil bukak window lain, sambil jugak lipat baju....Jalan cerita best, pelakon mantap dan skrip pun ok. Ada lah beberapa kali I need to shed my tears...sob sob sob. Tapi ending macam tergantung pulak, selain ada beberapa scene macam tak logik. Contoh, dah tau tak boleh berdua-duaan, kenapa nak buat jugak. Selain, Si Mamat Indon yang sabar berbulan-bulan di Malaysia menunggu dinikahkan, dan dah 2 bulan baru nak kuar umah jenjalan hehehe. Apapun, aku promote cerita ni kat kawan aku. Dia suka Fazura sebenarnya. Katanya Fazura tuh berwajah pure Melayu. Dia jugak cakap Norish Karman dan Maizurah Hamzah juga berwajah Melayu. Alamak! tu Singaporean kan. For me, Maizurah Hamzah tu berwajah Melayu klasik. Aku cakap Umi Aida pun nampak klasik. Tapi dia kata Umi ada kacukan siam..pulak!!!!! Whateverlah, so semalam aku 'bersahur' dengan leftover food, roti paratha and my housemate's cheese cake

Then, aku 'berbuka' dengan baked chicken wing with beetroot

Coklat lindt ni made me drooling pulak. Haish.....

Eh! tinggal 3 biji ek ? Beli lah kat Priceline. Kalau lagi 1-2 bulan nak expired harganya murah hahaha....\
Jemput makan............opps lari !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dengan ini saya memohon maaf jika ada sesiapa yang terliur atau mengidamkan coklat ini di bulan Ramadhan. Nanti nak raya saya mohon maaf lagi ;))....

Manalah spv aku tak bagi response pasal my paper nih. Third author pun senyap je....