Thursday, March 31, 2011

Mau anggur atau pisang???

Confirmlah aku pilih anggurkan. Selain dari my favourite fruit, ia juga sangat murah buat masa ini. In seasonlah katakan. Kiranya buah anggur sentiasa ada dalam fridge lah. Tak percaya ke?
Cuba tengok ni
Oklah, $3.48 perkilo. Haritu boleh dapat $2.98 perkilo kalau tak silap. Kalau pi fruit market rasanya lagi murah :).

Mahukah korang beli pisang dengan harga ini?

Aku confirm tak sanggup. Dahlah pisang tu kurang montel n macam kurang cantik je. Dengan harga tu aku boleh beli one piece Corelle serving platter tau.

Tapi, aku tengok ada gak Mat Salleh yang beli dengan harga tuh. Last year, if I'm not mistaken the price is around $1.98-$2.98 perkilo. Tapi this year tetiba harganya jadi $3.99, then $5.99. I was really shocked when the price increase up to $6.99. I thought that is the max price. Unfortunately, it continued to increase to $7.99 and later to $9.98. And the latest price that I know as seen in the above photo which was snapped on 26/3/2011 which was last saturday. Don't be suprise if the current price higher than that. Can you believe that? Harga pisang RM36 sekilo????????????? Yang aku pi convert harga sape suruh kan :)). Hmmm puasa pisanglah gamaknya buat masa ini. Balik Malaysia, makanlah sepuas hati :)). Dulu aku memang tak heran dengan pisang ni. Maklumlah, bapak aku tanam pisang keliling rumah, malah depan rumah pun dia tanam hehehe. Tapi kenapa bila aku balik baru-baru ini ada sebatang dua je pokok pisang...............hmmmmmmmmmmmmm.

Update:
To know why the banana price has risen, please refer this link
http://www.abc.net.au/news/stories/2011/02/04/3129711.htm

Higher price due to lack of supply because of
a) Yasi cyclone has destroyed banana crops in Queensland
b) Banana growers are against imported bananas arguing that they will bring pest risk or threat of disease.

Jangan tak tahu, nak hantar kerepek pisang melalui kiriman pos dari Malaysia pun tak lepas di OZ Quarantine. Tak mungkin dah masak bawak penyakit pada tumbuhan pulak. Tapi, aku tengok ada jugak banana chips imported from Thailand Philippines dijual di Woolies.

Tuesday, March 29, 2011

Hati-hati bila berkata, tak pasal2 dapat penampar

Senja tadi, aku chat with my friend about her conference paper. Memandangkan ada lagi 3-4 minggu dari tarikh akhir penghantaran full paper, maka aku kononnya memberikan galakan dengan perkataan " chaiyok".

Tetiba ini komen dia
"actually in mandarin pronounce berusaha itu something like "chiayu"

Baru aku teringat yang kawan aku ni pernah belajar di sekolah cina :).
So, aku bagitau dia aku tau word "chaiyok" tuh dari cerita korea beberapa tahun dahulu, tapi yang dialih suara ke bahasa mandarin. Lagipun memang ramai di kalangan rakan-rakan yang menggunakan perkataan itu sebagai kata-kata semangat.

Then she said
"jika begitu salah la u all pronounce.
i heran ramai org dok sebut chaiyok2 tu.
confuse ia mandarin or other ."

Tetiba aku teringat yang ada juga seorang dua kawan FB yang guna "jiayou".

So, menurut my friend
"cuma walaupun dia tulis jiayou
but pronounce 'chiayou'
sbb in mandarin j something like mcm c la"

(gigih sungguh aku pi copy paste my friend punya YM comment hehehe)

Maka aku pun merajinkan diri untuk google. Korang tau apa aku jumpa?????
Kalau kita pi cakap "chaiyok" dengan perempuan korea harus kena pelempang hahaha.
Tak percaya sila lihat link yang disenaraikan di bawah :

http://articles.latimes.com/2010/dec/20/health/la-he-v-steam-20101220
http://blogging.la/2011/01/03/chai-yok-yes-you-can-get-your-vagina-steamed/
http://naturalremedysite.blogspot.com/2010/12/chai-yok-spa-treatment-for-your-vagina.html

Dalam proses pencarian tadi, aku jumpa blog yang membincangkan isu ini iaitu
http://noorazianfakurazi.blogspot.com/2011/02/chai-yok-vs-jia-you.html

Moral of the story :
1. Jangan sesuka hati sebut perkataan yang kita tak tahu maksudnya just because of orang selalu guna ;))
2. Pastikan pendengaran anda di tahap terbaik
3. Pronounce the word correctly

Friday, March 25, 2011

Ada berani ???

Ada berani?????
Jika bertemu dengan si polan ini pada lewat malam ditambah pula dengan salakan anjing yang saling bersahut-sahutan ?Adakah anda berasa seram dan mungkin lari lintang pukang ala-ala si usop dalam Hantu Kak Limah?

SEjak kebelakangan ini banyak cerita seram yang mendapat sambutan hangat di pawagam sehingga mendapat kutipan mencecah atau melebihi RM8 juta. Berdasarkan trend penonton kini cenderung kepada cerita sebegini, pastinya, lebih banyak lagi filem seram yang akan diterbitkan mahupun yang sedang dalam pembikinan. So, kiranya that minah bolehlah terlibat dengan the horror movie??? Tidak dapat jadi pak pacak, pelakon utama jadilah hahaha.

Mengongkan, begitulah tanda-tanda orang yang sedang stress banyak kerja, tapi kerja tak siap.
Kenapa kerja tak siap?
Sebab result macam tak logik?
Dah check formula?
Sudah
Dah check calculation?
Sudah
Dah check parameter?
Sudah
Dah check programming code?
Sudah
Dah cari literature yang mungkin boleh support your result?
Sudah, tapi tiada yang relevan, lagi bikin kapla pusing adalah
Dah bagitau spv about your problem?
Dia suruh check semula
Model you betul ke?
Entahlah
Kalau tak betul, kena buat model lain ke????????????
Mungkin
Habis tuh kerja yang you dah usahakan almost 10 months ni kena stop macam itu sajakah?
Sudahlah, jangan tanya lagi boleh tak!!!!!!!!!!!!!

Tak nampakkah yang saya ini sedang stress?
Tak nampakkah muka saya monyok lagi berkerut ini?

Nak banyak tanya lagi ke?
ADA BERANI ???

Memang ada yang berani !!!!
Lagi berani or mungkin soalan yang tidak patut ditanya dari pelajar baru yang ambil Master di sini.
Kes 1:
Kenapa balik malam?
Kerja banyak
Bukan pelajar Phd ofis hour ke?
Habis kalau kerja tak siap
Tak takut balik malam?
Nak buat camna

Kes 2
Kenapa balik lambat?
Banyak kerjalah
Eh, phd banyak kerja ke????
Weiiiii!!! Soalan bengong ke apatuh?
Walaupun ko bukan tenaga pengajar, tapi ko kerja kat uni kan
Takkan tak boleh pikir????
(aku jawab dalam hatilah,,,,,,jawapan sebenar " Banyaklah")

Thursday, March 17, 2011

Dendeng daging ala Omak

Tiba-tiba I was craving for daging dendeng. So, I cooked this dish using my mum's recipe on wednesday afternoon.

Dendeng daging ala Omak
by Fairylilly
-utk sorang makan ( 4 kali makan la :P)

Bahan :
200-250gm daging
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
1 1/2 sudu cili kisar( atau 2 sudu cili serbuk)
1 1/2 sudu kicap
1 1/2 sudu gula (saya guna gula kabung)
2 keping asam gelugor ( saya guna 1/2 sudu teh pes asam jawa adabi)

*dikisar

Cara:
1. Hiris nipis daging dan rebus sampai empuk
2. Ketuk daging dan perap dengan kicap (Kalau rajinlah nak mengetuk)
3. Goreng daging sampai separa garing
4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
5. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
6. Masukkan kicap, asam dan gula
7. Masukkan daging
8. Masukkan air rebusan daging dan kacau sekali sekala sehingga masak

Disebabkan daging sedikit, maka saya tambahkan hirisan tipis kentang selepas cili pecah minyak. For lunch pack semalam aku tambah tomato pulak :).

Resipi ini hampir serupa dengan resipi yang boleh didapati di internet. Kelainannya hanya pada penggunaan lengkuas.

I cooked this bubur kacang on tuesday.



Tak tahu nak masak apa, tiba-tiba teringatkan bubur kacang. Disebabkan kacang ada sedikit sahaja, maka aku buat ala omak juga iaitu tambahkan bebola tepung. Kali ini aku gunakan tepung wholemeal dengan sedikit campuran tepung pulut.

Kelakar je pagi selasa tu kononnya nak pi uni, so aku buatlah spicy scrambled egg wrap. Tetiba rasa nak buat kerja kat rumah. So, that noon I recheck previous literature and modified programming code based on their work. Done. Then, I recheck my main formulation.
During night, sambil buat kerja sambil tengok Trilogy versi radio. Eh! Ada ke cerita tu versi radio????? Habih video yg aku download takde gambar hanya keluar suara je hahahaha.

Then bukak youtube, entah macam mana tertengok cerita khurafat.


Tapi takut pulak nak tengok habis malam2 buta. So aku sambung tengok cerita tu on wednesday while continue checking
-the main formulation
-how to combine all equation
-half of the parameter-atomic density
and typing all that for future references.

Lepas tu tertengok pulak cerita lawak nih



Sakit perut I gelak bila tengok depa nyanyi n menari, bab bunuh diri pun pun cam kelakar waalupun tak logik hahaha. Then ketawa besar bila tengok Awie pulak. Make sure you watch it till the end


Sekurang-kurangnya video nih boleh juga menceriakan hatiku yang duka lara dan hidup yang penuh drama dan airmata :(. Tak larat nak menangis hari-hari. Bermula dari hari Isnin semasa dalam bas untuk pulang ke rumah, air mata tak boleh ditahan-tahan...itu kisah my studies pulak.
Semalam, my friend came to my office. Rasanya dia nak luah perasan, tetiba aku pulak yang sebak dan luah perasaan aku pulak :(. Semoga kami beroleh kejayaan dan terus diberi kekuatan, kesabaran dan redha dalam menghadapi segala dugaan. Amiin.............

Terkeluar tajuk pulak. Sebenarnya aku nak cerita gara-gara hari Isnin aku balik 9pm, tak pasal2 aku ponteng sekolah dua hari. Tapi aku ponteng pun buat kerja tau.

Apa2 pun bila pi uni semalam, my office mate told me one of our lecturer just passed away on wednesday. What a shocking news to hear that such a young, brilliant and energetic guy died in his sleep. We still don't know what is the cause of his death but it was suspected as heart attack.
Tetiba rasa takut sangat. Mungkin malam ini, esok atau lusa kita pula. Risau juga, kalau tiba-tiba spv saya pergi. Ajal tiba tanpa mengira waktu, bila sampai masanya...jadi, maka jadilah ia. Semoga dipanjangkan umur kami, keluarga kami, guru-guru dan sahabat kami dan hidup dalam keimanan dan keberkatan. Amiin

Sunday, March 13, 2011

Panggilan Pulau part 2

Entri terdahulu :
Glenelg (Part 1 and Part 2), Adelaide and Kangaroo Island Part 1

Selepas menjamu mata dengan seal yang tergolek2 dan menjamu selera dengan vegetarian food, then we headed to another fascinating destination

From far you can see that it just like the sitting camel. Closer view

Remarkble Rock :
A cluster of granite boulders, sculptured by the weather and perched on a granite dome rising steeply from the ocean

Another view
I know it just rocks. But I really enjoy and appreciate the variety of the rocks formation. The feeling while I was looking at these rocks with the ocean blue sea hardly describe by words. Subhanallah..............

Do you have the same interest? Still wanna see this fascinating creation ?
Look !!!!!!!!!!!!!!!!
Is that jaws ??????????????


Ku berjalan celah batuan sambil menikmati bayu lautan ahaks

Helmet???
How about this one?From different viewTime to leave huhuhuOwh.....how I love this place. I wish that I have more time here.
Till then.................

Thursday, March 10, 2011

Panggilan Pulau Hoi! Hoi! Hoi! Yahoi!!!!!!!!!

Ingat tak my second last entry? Ish korang ni pelupa betulla. Hehehe ye la bukan ada faedah pun korang nak ingat entri aku. Aku pun susah nak ingat hahaha. Alahai, itulah kisah aku conference di Glenelg (Part 1 and Part 2) and Adelaide harituh. Tetiba tiada aktiviti hari ke-2 di Adelaide kan. Terus aktiviti hari ke-3 kan dan balik Sydney hehehe. Alkisahnya hari ke-2 iaitu on 4th Feb 2011 I had a blasting trip at Kangaroo Island, South Australia hehehe. I have to wait for shuttle pick up as early as 6.15am at the bus stop nearby the backpack dorm. Then, kami dihantar ke Adelaide bus station-tukar naik bas. Then nearly 7am we departed to Cape Jervis Jetty. I managed to snap a few photos on the way to that jetty. The vineyard

The bus driver yang juga the tourist guide yang juga ex-teacher told us that vineyard was the location for the movie "Boys are back".



Here is the link.

Another view
The farm, the pond, the sea, the sky....subhanallah....

Nearly 9 am, we arrived at Cape jervis jetty

It took about one hour to Pennishaw jetty
Here is the nearby lagoon

Our first destination:

Free Flight presentation of Australian bird of prey. Please meet chip

Casper the owl :)
and Alley
Second destination :
Kena turun ke pantai
What a beautiful and clean beachDapat pulak tengok lintah
Silap pulak hehehe...................macamlah korang rabun kan kan.

The sea lion hahaha
Tibalah masa untuk tinggalkan Seal Bay, the home of Australian sea lion huhuhu..................

Then we had lunch at Vivonne Bay Bistro

My lunch : special request vegetarian Meal
and desert apple crumble with custard (without photo la :)) )

Berhentilah makan tuh. Moh le kita pergi ke destinasi yang seterusnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ek...ele................gigih betul korang scroll down ya :P

.....till then :))
Penatlah nak upload gambar :P.

Wednesday, March 9, 2011

Sedap jugak chicken kebab with rice

Siang tadikan aku kalut nak pi uni coz ada discussion with my spv. Dalam pada kalut tu sempat jugak aku buat comparison for my model with various parameters. Memang tak sempat masak for lunch pun. Bila sampai uni, tiba2 aku tak boleh bukak file tuh. Tak pasal2 aku kena buat semula comparison tuh. Tak pasal2 jugak aku lambat jumpa spv. Luckily aku tak cakap dengan dia the exact time nak jumpa hehehe. Apa2 pun next time tak payah minta kebenaran spv kalau nak tambah apa2 in my writing. Just write. Kalau dia rasa tak sesuai, dia suruh buang aje. Tapi tulah camna ya, my result is not in good agreement with related papers huhuhu. I have checked all my calculation, parameters and my programming code, but yet the result still the same. Ya Fatah, Ya Mutakabbir................

Apa2 pun tadi tengahari aku macam malas nak masak maggi kat opis, so aku pi beli chicken kebab with rice. Letaklah bbq and chili sauce. Sedap jugak. Nasi tu I suka. Cuma takde sayur kan.Hari Khamis lepas, aku teringin sangat nak makan daging goreng kunyit. So apalagi aku masaklah pepagi buta for my lunch pack. Tapi lupa pulak nak goreng daging sampai garing hehehe. Malam tu aku bantai makan lagi, kasi perabih terus. Padahal boleh makan untuk esoknya tuh hehehe.
Hari Jumaat tuh, aku tak bawak bekal. Kononnya kawan aku ajak nak makan kat kedai Bangla. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu dia tak call aku pun. Aku punyalah lapar, tapi takkan aku nak pi beli food dalam uni pulak. Bila pukul 3++ pm aku nampak dia online. Korang tau tak? Dia dah pi city and dah beli pun Oporto. Chet!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Geram betul aku. Sesudahnya malam tuh, aku dinner dengan sepinggan hentak nasi. Banyak giler you. Lauk apa???? Lauk gulai ayam yang ntah bila tu hahahaha.

Hari Sabtu lepas aku buat lagi udang cop woolies nih hehehe. Disebabkan avocado agak murah lately, maka aku letak je la sebagai penyedap rasa hahhaha

Dan for breakfast on Sunday aku buat avocado omellete pulak. I got this recipe from the brochure in woolies too hehehe.

Tengahari ahad tu aku pi fruit market naik shopping shuttle provided by our accomodation management. Balik tu aku kelaparan sangat. So aku potong kecik2 lebanese bread and bakar and makan dengan salsa macam ini. Hehehe ni gambar lama tau, aku letak nenas+ ayam la.

Tapi takdelah melantak tak hingat coz petang tu we got bbq at our accomodation. Tapi jangan haraplah dapat makan sosej n burger yang tak halal tuh. Maka terpaksalah aku makan lebanese bread dengan falafel. Jenuh nak perabih hehehe. Then on Monday aku bzlah jugak, cuma tak pi uni. For lunch aku buat mackerel floss wrap pulak hehehe. Korang tau serunding ikan tu tahun lepas punya, raya haji kot. Masa aku ngintai ngintai kat rumah MAS duniaku, terliur pulak nengok ayam goreng kuzie catering dia. Resipi asal dari Hana. Apalagi petang tu, ku usahakan membuatnya. Sedap !!!!!!!!!!!!!! Nikmatnya dinner dengan serdak tu hehehe.

Sambil menunggu ayam masak, aku buat shell for blueberry cheese tart. I used the leftover Cheese frosting for the red velvet cake. Since that frosting didn't has egg in it, so the tart filling a bit soft and not that smooth. But the taste still oklah. Asal boleh telan oklah kan :)).

I made omelete wrap yesterday for my lunch. Balik rumah lapar giler. Luckily masih ada lagi ayam goreng and tart untuk di ngap for dinner hahaha.

Aku kan sekarang memang malas nak update blog. Selain tak sempat kan. Tambahan pulak nak upload gambar lama la pulak. Lagilah menyebabkan hasrat aku nak hapdate blog terbantut kan. So, as usual bila korek2 folder, maka jumpalah gambar yang bertarikh 27 feb...Sunday last two weeks. Pajeri nenas for dinner

Paste from pakcik brahims hehehe. KOrang nampak tak nenas tu dah macam kubah masjid pulak hehehe. Makan pulak dengan kailan ikan masin.

Huish sodap !!!!!!!!!!! Kalau tak silap, aku dok makan pajeri nenas tuh for lunch and dinner on Monday too. Makan dengan telur goreng kot.

Monday, March 7, 2011

Adelaide 2011 -Siaran tertangguh

Kisah aku pi Adelaide n Glenelg tak habis lagi tau. Setelah selesai conference, maka aku memanjangkan langkah ke Adelaide city pulak. Memula check in kat backpacker aud26/night. Then, pi lunch di Knoodle. Tak bawa pulak camera untuk ambil gambar food (Sila rujuk link ini untuk menu terdahulu). Then kalut masuk Myer, Harris Scarf, Esprit, Nine West and kedai souvenir at Rundle Mall. Jumpa fridge magnet je lah.

Takde pulak benda lain yg pekenan di hati. Kalau minat, tak mampu pulak hehehe. Then, aku pi naik free tram from Rundle Mall to Central market, nak cari kedai souvenir jugak hehehe. Dah penat putar2, akhirnya aku jumpalah kedainya. Tapi macam dah di China Town pulak hehehe

Tapi tak banyak pilihan macam Paddys market. Lagipun kedai banyak tutup, chinese new year kan. Sedang aku sibuk2 belek souvenir tetiba terdengar sesuatu, rupanya ada ini

Lion dance dari satu kedai ke satu kedai hehehe...confirmlah China Town kan? Dari Central Market aku ke Victoria Square,

Then balik jalan kaki ke Rundle Mall. Sambil snap few photos of the building.

Tiba-tiba, entah macam mana aku terjatuh dalam gua

dan terjumpa pulak gemstone, opal tu hehehe..........

Hehehe shop in the cave !!!!!

So, untuk haritu di akhiri dengan membeli coklat Haigh.

Coklat cinonit dan coklat dengan bungkusan plastik biasa ni je la yang I mampu beli :). Perasan tak macam depa patah-patahkan je coklat tu kan hehehe

Dua hari lepas tu, aku kalut pi ambil gambar sekitar Rundle Mall pepagi buta.
E..eh kenapa tetiba dua hari, mana pulak aku pi sehari lepas tu ya ?????
Astaghfirullah, gambar apakah yang aku ambil ni......ya Ampun!!!!

Kalau yang bawah ini, macam budak nakal pulak

Dan tak sah kalau tak bergambar di sini

and this water fountain

Then balik semula ke backpack dorm, to check out. Bila tgk kedai souvenir dah bukak, aku kalut belikan fridge magnet untuk kawanku sebelum got on the bus to airport.