Monday, March 7, 2011

Adelaide 2011 -Siaran tertangguh

Kisah aku pi Adelaide n Glenelg tak habis lagi tau. Setelah selesai conference, maka aku memanjangkan langkah ke Adelaide city pulak. Memula check in kat backpacker aud26/night. Then, pi lunch di Knoodle. Tak bawa pulak camera untuk ambil gambar food (Sila rujuk link ini untuk menu terdahulu). Then kalut masuk Myer, Harris Scarf, Esprit, Nine West and kedai souvenir at Rundle Mall. Jumpa fridge magnet je lah.

Takde pulak benda lain yg pekenan di hati. Kalau minat, tak mampu pulak hehehe. Then, aku pi naik free tram from Rundle Mall to Central market, nak cari kedai souvenir jugak hehehe. Dah penat putar2, akhirnya aku jumpalah kedainya. Tapi macam dah di China Town pulak hehehe

Tapi tak banyak pilihan macam Paddys market. Lagipun kedai banyak tutup, chinese new year kan. Sedang aku sibuk2 belek souvenir tetiba terdengar sesuatu, rupanya ada ini

Lion dance dari satu kedai ke satu kedai hehehe...confirmlah China Town kan? Dari Central Market aku ke Victoria Square,

Then balik jalan kaki ke Rundle Mall. Sambil snap few photos of the building.

Tiba-tiba, entah macam mana aku terjatuh dalam gua

dan terjumpa pulak gemstone, opal tu hehehe..........

Hehehe shop in the cave !!!!!

So, untuk haritu di akhiri dengan membeli coklat Haigh.

Coklat cinonit dan coklat dengan bungkusan plastik biasa ni je la yang I mampu beli :). Perasan tak macam depa patah-patahkan je coklat tu kan hehehe

Dua hari lepas tu, aku kalut pi ambil gambar sekitar Rundle Mall pepagi buta.
E..eh kenapa tetiba dua hari, mana pulak aku pi sehari lepas tu ya ?????
Astaghfirullah, gambar apakah yang aku ambil ni......ya Ampun!!!!

Kalau yang bawah ini, macam budak nakal pulak

Dan tak sah kalau tak bergambar di sini

and this water fountain

Then balik semula ke backpack dorm, to check out. Bila tgk kedai souvenir dah bukak, aku kalut belikan fridge magnet untuk kawanku sebelum got on the bus to airport.

No comments:

Post a Comment