Sunday, May 24, 2015

Bila sushi bertukar menjadi sotong kangkung

I sebenarnya hari ini overdose nasi lemak...Yes! Nasi lemak for brekky n lunch. Lepas lunch rehat n tidur pulak. Sesudahnya I rasa mual isk isk....

Sepatutnya petang stay@home n kemas rumah, tiba2 kawan yg lama tak jumpa nk drop by ....So, jumpa di kedai je lah. Apo laie speaking london  nogoghi lah...Org lain sibuk makan, kami berdua rancak sembang. I mmg x makan n minum apapun coz rasa mual tulah. Bila makan asam kurang sikit mual tu.

Dah alang2 keluar kan n nak balik kena buat u-turn, singgap jap kedai sushi...Nak meniaga or not??? Yang dah siap pack, takde pun...either sold out or tak buat. Atas conveyor belt yg pjg tu pun hanya ada lebih kurang 10 plate je kot....Waiter pun not friendly...

Maka, masuk kedai Thai. Teringin nk butter prawn. Umang aii....udang yg 1.5cm lebar n pjg 7cm kot rm13.90 seekor....Ok okay sesudahnya beli nasi goreng ikan masin n basil squid....


Sebelum sampai rumah, tetiba nk singgah pasar malam beli  tauhu bakar....


Dah bayar tauhu bakar, baru ternampak sotong kangkung n buah....


So, kita makan tu la for dinner ya....


Dah kenyang...perlulah siapkan report, bahan bengkel dan kertas kerja. Semoga diberi kekuatan dan dipermudahkan ....

Saturday, May 23, 2015

Macamlah baik dan suci sangat...

Kadang2 tak faham bila membaca komen orang di mana2, seolah2 mereka lebih tau apa yang berlaku dan sesuka hati menuduh, mengata, mengutuk, menilai dan menghukum orang. Awak tinggal serumahkah? Awak keluarga terdekatkah? Awak ada ditempat kejadiankah? Awak lihat dan dengar sendirikah? Hanya mendengar cerita sebelah pihak, terus buat kesimpulan sendiri. Konon serba tau, satu hal; menghukum pulak; Masuk campur hal orang lagi; Menyampaikan juga; melaga2 pun sama. Apa yg ko dapat? Happykah jadi batu api??? Sukakah bila hidup orang tak tenteram????  Ada sajalah yang tak kena....buat tak tahu salah, ambil tahu pun salah...Apa yg ko nak sebenarnya? Kalau betul orang tu salah, siapa kita untuk judge dan hukum dia? Kalau memang dia tak salah, bukankah dah jadi fitnah. Doa orang yg disakiti dan teraniaya tu makbul. Cuba Cermin diri !!!  Awak tu baik sangatkah? Sempurna sangatkah? Suci sangatkah???? Tak takutkah suatu hari nanti kejadian yang sama berlaku kepada anda???? Rasa2 boleh hadap????Daripada sibuk menambah perasa ke jalan cerita yang tak diketahui hujung pangkalnya, apa kata doakan yang baik2 sahaja.... .

Peringatan utk diri sendiri juga yg selalu meluahkan dan membebel.




Thursday, May 21, 2015

Kejutan macam Balasan

Semalam, pagi hari lagi I dah bebel dlm blog pasal kerja dengan colleague yg tunjuk kuasa bila dapat jawatan dan suka pertikai bila tiada jawatan. Memang I selalu pening kepala dan rasa nak letak jawatan melayan karenah orang sebegitu.

Lewat pagi tu I pi jumpa boss kecik pasal perancangan half year dan beritahu pasal karenah colleague sebegitu. Sekejap them suruh I sampaikan rasa tak puashati pada boss, sekejap nak jumpa sendiri. Dah complain macam2, demand pulak....adoiii. Boss kata memang serba salah....kalau kami 'keras', takut hilang kawan. Sekali lagi my boss kata dia nak tengok macam mana them bila jadi ketua nanti.... Saya sayang kawan saya....kawan yg sama menangis, kawan yg berkongsi hal personal as well as sharing our happy moments. Tapi bila bab kerja, memanglah tak sehati sejiwa....

Tapi yg tak bestnya, bila boss kata I merupakan calon yg disebut2 utk gantikannya huhuhu....Why me? Why me? Carilah orang yg menonjol dan nampak kredibilitinya, selain tenang dan bijak menghadapi sesuatu situasi. Mohon dijauhkan dari I. Setakat pegang jawatan kecil pun dah pening, stress dan orang tak hormat.....Inikan pulak nak jadi  ketua....Memang TAKKKKK lah....lagipun I memang tak suka pegang jawatan or jadi leader and tak suka mengarah.

Moral of the story:
pepagi jgn ngata orang....
akibatnya terasa kejutan sebagai balasan...
Tapi mcm tak insaf gak kan coz dlm post ni pun mcm ada unsur mengata orang....oppsssss

Wednesday, May 20, 2015

Makan sorang ....

Ok...ok...pagi2 tak elok bebel. Meh kita tengok menu makan sorang. Memanglah sekali beli mahal around around Rm30-40. Tapi boleh makan berkali-kali dan berhari-hari ...






Kita tunggu dan lihat

Last year I pernah beritahu my boss yang I rasa nak quit from my current position bukan kerana tak tahan dengan karenah customer tapi pening melayan karenah colleagues yang kerap argue apa yang kami buat. Ada je la yang tak puas hati dan tak kena di mata mereka. Cakap pun bukan dengan cara baik. Senang cerita kalau tak nak hormat colleague yg jawatannya hanya atas sikit sahaja at least hormat sebagai orang yang lebih tua. Bila rasa diri itu hebat dan lebih baik, maka hilanglah rasa hormat, adab dan kesopanan.

My boss kata
"Takpe, kita tengok bila dia pegang jawatan".

Ya betul, baru sahaja dilantik, dah mula nak tunjuk kuasa hahaha...Sampai yg tiada kaitan dengan bidang kerja dia pun, kononnya perlu buat laporan kepadanya. Malah, mendahului arahan our second big boss dan pandai2 'arahkan' kami, walaupun tiada kaitan dengan jawatannya.  Owh yg selama ni asyik tak puashati dan pertikai tu sebab nak pegang jawatan jugak ke hahaha.....Hish!!! Tak baik judge orang ;)))).

Itu lantaklahkan...masing2 punya keinginan dan cara. Kita sendiri pun ada salah silap jugak. A bit irritating when our unit idea diambil untuk tugas barunya. Untuk apa??? Untuk menonjolkan diri dengan boss baru??? Kalau iapun, presentlah idea projek lain. Takpelah juga jika projek itu mendatangkan kebaikan utk ramai orang. Tapi dia juga yang komplen coz projek tu jadi besar. Yang mendatangkan amarah apabila projek itu untuk kumpulan fokus yang lain...sedangkan idea asal kami adalah untuk kumpulan fokus yang bermasalah. Akibatnya, mereka ini mungkin terus terbiar walaupun sepatutnya didahulukan diberi perhatian....Padahal selama ini, dia juga yang selalu komplen pasal kumpulan yg bermasalah ni...I am totally do not understand with this kind of people....

Wednesday, May 13, 2015

Lagi keletah si comel Raja Nazira Safiya

Sumber: utusan online, peraktoday, FB, forum, instagram, twitter dan google.

Alahai....penat sangat ya princess....












------------------------------------"""""""""""""""""""------------























================================

=================================

Nak lihat gambar lain???
Sila klik post ini








Sunday, May 10, 2015

Tuanku Zara dan Puteri Nazira Safiya

The bond between mother and daughter....how sweet...




google

Masuk jugak la gambar the handsome prince



Nak lihat gambar lain???
Boleh rujuk Gambar2015-2013Gambar2012b dan Gambar2012a.






Friday, May 8, 2015

HATI PEREMPUAN meroyan

Hah!! dah lama nak membebel pasal si hati perempuan ni...cuma tak berkesempatan. Semalam dalam FB ternampak news feed ustaz pun komen pasal watak perempuan drama ini. Tapi I tak sempat baca kandungannya. Hari ni pulak dalam Beautifulnara.

Memang hati angin je tengok cerita ni. Rasa nak meroyan bila tengok perempuan yang asyik tak puashati, ego, kuat merajuk, degil, mudah berprasangka dan mudah percaya akan sesuatu, marah-marah, mengamuk dan meroyan. Tegas tu perlu, cuma idok le sampai kurang ajar dengan suami dan lansung tak mahu mendengar penjelasan dan berbincang. Bak kata si suami semalam...asyiklah tak mau dengar kata. Lepas tu minta maaf dan ulang lagi. Dan I nak tambah....Never learnt a lesson????

Begitukah perangai wanita dan isteri masa kini???? Lansung tak pernah hargai jasa baik dan kasih sayang suami dan bersyukur dengan apa yang diperolehi. Maka, tak hairanlah jika terdengar kisah2 yang lebam2 atau patah riuk kena bantai. Atau macam cerita semasa ramadhan few years back...cerai talak empat balas hehehe.

Memang wujudkah wanita seteruk itu sikapnya???
Memang wujudkah lelaki sebaik dan sesabar si watak suami???
Memang wujudkah orang yang terlampau berahsia sehingga menggangu ketenteraman perkahwinannya????
Jika tidak...dasyat juga imaginasi si penulis ya...
Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan???
Kurang ajar dalam kemanisan???
Degil dalam romantik????
Di manakah nilai2 murni dalam cerita ini?????

Sebab tu malas nak tonton, better tukar channel. tapi kalau dah takde apa nak tonton....terpaksa tonton gak hahaha....lepas tu meroyan sensorang. Tu namanya cakap tak serupa bikin....

Wednesday, May 6, 2015

Anakanda DYMM Sultan Nazrin dan Tuanku Zara 2015

Alhamdullillah...sebentar tadi tamatlah Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin sebagai Sultan Perak yang ke-35 dan Permasyhuran Tuanku Zara sebagai Raja Permaisuri Perak.

Sangatlah kagum pabila melihat Putera Sultan begitu sopan mengiringi nenda dan akhirnya mengikut bonda saudara duduk dengan tertib bersama wakil2 sultan dari negeri lain.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu melihat wajah terbaru Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safiya. Dari pelbagai sumber seperti FB, instagram, blog, forum, utusan, astrowani, kosmo, peraktoday, google dll...silalah jamu mata kekaguman dengan kecomelan si putera dan puteri.












---------''---------------------------'-'----------"-"------'---'--------











----'--'-------------'---''----------------------------'-----------------




Di bawah ini gambar 2014 dan 2013 kot






-----''''-------'''--------''---------''----------''-----------'------'------'-'-----





Nak lihat gambar terdahulu, sila lah search post dalam blog ni....atau klik sini dan sana....

Tengok tu post mana yang Terhangat????