Thursday, July 24, 2014

Duit raya

Hallo all...
Dah tukar duit raya?


I dah tukar last friday 18 july di Bank Islam.


Amboi kali ni si security guard siap tanya ada akaun Bank islam or not. Jangan berkiralah tak luak duit hangpa. Penukaran duit raya di Bank lain kebanyakannya hanya bermula dari 21 july misalnya Maybank. Nilah kali pertama I pi tukar duit raya sendiri. Selalu harap abah je. Last year kononnya nak buat sendiri. Alih2 duit raya habis....so again kecek dari abah je hehe.

Lepas pi bank I singgah di celcom outlet to get this free KAX for mobile internet user.


I nak KAX yg pakai jersey juara world cup 2014 and orange jersey. Unfortunately these the only two left. So, just accept it .....

Semalam mmg busy giler. Di kala ada rakan rakan yg bergembira nak balik kampung on that day. Pagi2 kalut prepare for the material for the course. But lots of things do. Akibatnya i lambat masuk that course. Then sambung pulak course 11am-1pm. Tidaklah dapat berehat. Sort segala surat n material on my messy table. Next ada lagi 3-4.30pm course.

Huish x boleh tahan. Habis je course I pi pekan. Cari baju raya. As usual the cross between M n S size. Kain M sesuai tapi baju labuh n ada sikit gelebeh di bahu. S seems ok but a bit tight at vontot. Kesimpulannya pakai je lah apa yg ada for raya..iaitu baju kerja. Takpe saudara mara I x pernah nampak baju tu haha...Then pi beli baju abah


Dapatlah free bag.


Once done with the shopping terus I masuk salon cuci rambut n urut2 kapla wpun dah pkul 6.15pm. Ramai juga org. Then kalut p beli mee goreng. Tapi teringin nak KFC. Sampai KFC arpund 7.20pm...terkezut I....What a long que.

Sunday, July 20, 2014

Free gift

Petang tadi i sibuk mengemas dapur dan mengeluarkan barang-barang yang telah lama berada dalam kotak. Antaranya ialah 


can and bottle opener, can opener, small locking thongs and silicone spoon.

Hasil daripada  dining ware shopping for almost 4 years, dapatlah that so called free gifts :).

My favourite is the dual function opener that is in pocket size and has magnet at the back.


Friday, July 18, 2014

Pray for MH17

What a shocking news during sahur. ONE AFTER ANOTHER FLIGHT. We are still mourning for the disappearance of MH370 on 08/03/ 2014 and now we have to face another tragedy, MH17 crashed on 17/7. It was really a tragic incident in Malaysian aviation history.

Pesawat MAS MH17 dari Amsterdam yg membawa 200 295 298 penumpang dan 15 krew dilaporkan telah ditembak dan terhempas di sempadan Ukraine dan Rusia. Penerbangan yang sepatutnya tiba di KLIA pada jam 6.15 pagi ini merupakan penerbangan berkongsi dan majoriti penumpang iaitu 143 154 orang adalah dari Belanda. Manakala rakyat Malaysia yang terlibat adalah seramai 20 43 orang. Salah seorangnya merupakan pelajar PhD bidang Psikologi yang pulang untuk berhari raya. MAS mengesahkan telah menerima pengesahan dari pihak Ukraine yg telah terputus hubungan komunikasi dengan pesawat MH17 pada 2.15pm waktu tempatan. Tetapi Malaysia masih dalam proses penyiasatan dan masih belum dapat mengesahkan bahawa pesawat ini telah ditembak walaupun telah dilaporkan dan dipaparkan oleh media antarabangsa.

TV3 melaporkan bahawa kawasan di mana pesawat dilaporkan terhempas dikuasai oleh pihak pemberontak Ukraine dan mungkin pihak kerajaan Ukraine bermasalah untuk memasuki kawasan tersebut. Adalah diharapkan kotak hitam dan sebarang serpihan pesawat tidak dialihkan sebelum pihak berkuasa, penyelamat dan penyiasat tiba.

Menurut pihak TV3 apa yang misteri adalah pesawat Boieng 777 ini yang mula beroperasi pada 1997 sepatutnya menyambut ulangtahun ke 17nya pada hari ini tetapi terhempas pada 17/7.

Our thought and Prayers are for MH17.
Al fatihah to Muslim victims and RIP to others.
Deepest condolences to the families of the victims

Saturday, July 12, 2014

Menjelang pertengahan Ramadhan

Pantas sungguh masa berlalu, pertengahan Ramadhan bakal menjelang.
Untuk yg perempuan masih puasa penuh atau sudah tertinggal?
Solat tarawih 8 atau 20 rakaat?
Sudah berapa juzuk bacaan alQuran?
Apa menu berbuka?
Bagaimana pula sahur?
Berapa kg berat badan menyusut?

Well sesiapa yg tak dpt berpuasa pd awal Ramadhan mungkin juga tak dpt berpuasa di akhir Ramadhan huhu...I lah antaranya.Tak larat la nak ganti bebanyak. Harap tak ganti last minute mcm sebelum ini.

Semasa first day I mula puasa, I begitu bersemangat nak solat tarawih. Masuk hari ke-2 rasa x larat sangat. Hari yg ke-3, I kuatkan hati walaupun solat agak lewat. Alhamdulillah hari seterusnya I boleh solat isyak awal dan terus solat tarawih. Menjelang 9.04-9.15pm dah habis solat. Sebelum ni I rasa 8 rakaat tu macam byk sangat. Tapi bila fikir bil rakaat tu mcm solat isyak 2 kali je, terus bersemangat hehe. Camno tu? Nenek tua elok je habiskan 20 rakaat, yg tak berapa nak muda ni yang tal larat isk isk....

Masuk bab mengaji Quran tu tak pernah la khatam bulan Ramadhan. Dah la baca slow, sikit pulak and bukannya every time lepas solat. Setakat 4 page sekali baca yg biasanya selepas solat subuh, maghrib atau isyak.Orang lain first day Ramadhan dah habis 1 juzuk....

Berbuka pula ada yg dibeli

Sambal ikan bawal dan pajeri nenas

Gulai batang keladi dan asam pedas pari

Sayur hari sebelum dan rendang kerang

atau di masak sendiri antaranya ialah

Udang goreng kunyit

Masak lomak daging bakar

Kailan n telur dadar (n sambal paru beli)

Veges n lauk haritu

Sahur semasa first day i dok minum milo and makan roti selain buah kurma. Then teringat Ephyra yg telah lama ditinggalkan. So sahur seterusnya segelas kecil Ephyra dan semangkuk cereal n fresh milk berserta buah kurma


Pagi semalam konon nak makan quacker oat n susu Anlene. Baru sesuap dah rasa lain macam. HISH...dah rosak kot. Tu yg pelik I kept it in tupperware container grrr.....

Menu sahur dah macam sesuai utk lose weight. Tapi menu berbuka definitely is a NO NO...oily and fatty food food hehe. Memanglah makan brown rice tapi portionnya 1 1/2 senduk tu byk haha. Awal first week Ramadhan mmg turun sekilo to 49kg.Awal second week 48kg. Now back to 49kg wpun I ada juga buat light exercise huhu. Nampaknya lepas ni perlu eat steamed and baked food je la.