Showing posts with label Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Chocolate. Show all posts

Monday, March 5, 2018

Rezeki petang jumaat

Last friday...
Semasa diskus with my senior customer
Someone call tanya nak laksa tak
I cakap naklah
Tapi ada discussion
Katanya nak datang hantar


Alhamdulillah
Orang beri my current favourite food
Siap buat delivery tu

Selepas discuss
Dapat ini pula


Alhamdulillah
Rezeki petang jumaat
Baru haritu teringin Bounty
Ni dah dapat

Tu cerita happy
Yg a bit annoying bswah ni....

Hari Jumaat memang penat
Pagi sibuklah
Tengahari waktu lunch hour pun
Di kala orang balik rumah or pi shopping
I taklah dok ngadap dokumen my colleague's customer
Around 1pm I was so tired
So I took a nap
Bangun je badan panas
Ah sudah....
Gagah diri untuk bangun
Mengadap dokumen
Adoilah awat macam tiada perubahan 😠
Kata latest version
Jadi stress dibuatnya
Wasting time berulang kali checking benda yang sama
Very thick document
Dah ler last minute baru hantar to me
And nak cepat pula 😠
I boleh ignore
Tapi kesian pulak

My customer pun lewat sampai
Suppose 3pm
Ni almost 4pm
Pun macam know nothing and do nothing
Habih tahun lepas ko buat apa ek?
Dokumen entah apa2
Part awal macam tak pernah pi training
Form yg tidak divalidate
Part akhir dokumen ditulis based on data yg tiada 😱
Adoilah...nak I juga ke yg carikan material macam si junior
Pleaselah saya dibayar bukan untuk buat kerja tu...
Memang kena carikan juga
I tunjuk contoh
Dia sibuk komen the minor one
The major one tak nampak
Memang I mengamuk
All this while for 2 years I sabar....

After 5pm my colleague's customer pulak
You kena tunggulah...
My priority is my customer
Ada 2 part lagi I kena check
So I did it in front of her
Dalam senyum, dia buat muka frust bila I komen banyak
Yelah macam takde beza with the previous version
Format pun tak take note 😰
Alhamdullillah settled after 6pm
Bila di parking lot nmpk dia tertinjau tayar kereta...
Tayar goyang?
Kesian pulak
Its nearly 7pm
Nsk call workshop tak mau pulak
Dia nk bawa slow2
Oklah dah decide gitukan...

Balik kita nikmati laksa free 😍😍😍









Monday, December 4, 2017

Dealing with rude junior...

Bila ditegur
Kita pulak disalahkan with annoying tone
Konon kita suruh buat begitu
Hello!!! Use your common senselah...
Bukannya baru sebulan dua mula bekerjakan

Kita dah penat cari bahan
Kita dah bersusah payah sediakan dokumen dalam satu hari
Hanya Minta dia semak seluruh dokumen dan ubahsuai satu bahagian
Ewah!!! Bila komen tu beradaplah
Kalau rasa bagus sangat
Awat tak baiki terus
Awat nak harap I juga
Again...no common sense
Siapa ketua, siapa ahli?
Siapa senior, siapa junior?
Who used to be the mentor, who was the trainee?-
Bagaimanalah agaknya ya jika mentor terasa dan tak redha....

Hari ini banyak yang mengjengkelkan
Hal juniorlah
Hal orang ataslah
Kenapalah nak tipu bagai
Guna jelah dengan jujur
Kenapalah nak dipisahkan
Sekalikan jelah semua
Pulak tu bila dapat ahli pasukan yg hanya fikir kesesuaian sendiri

Sekarang ni persekitaran kerja menyedihkan
Macam berpuak2 ...masing2 ada geng sendiri
Macam tak tahu perkembangan...tiada update
Macam dipinggirkan ...tiada yg nak dilibatkan
Memperjuangkan hak...dikata berkira
Meluahkan perasan...tiada yg peduli
Kongsi info untuk penambaikan/tindakan...dikata buat kecoh.

So just enjoy my own activities and live my life
Just like my close friend said ....
Don't think too much
At the end of the day no one bother about me







Monday, May 16, 2016

Starving hungry

Jika tak makan tengahari, petangku jadi tak tentu arah. Makan bihun sup lepas mesyuarat pagi, memang tak tahan lama. Pandang keliling ofis....kismis dah habis, biskut butang dah lemau. Pi jenguk rak buku, ternampaklah si penyelamat ...


For dinner, pi melantak burger n pepsi. Lepas tu bising dah gumuks. Biasalah bila kerja nonstop n in critical phase,...food is my therapy...oppps.

My trainee ni memang menguji kesabaran sungguh. Haritu gilir2 ponteng tanpa MC. Minggu ni gilir2 MC pulak. Dah tau takde duit, pilah klinik kerajaan, ni pi klinik swasta 😠😠😠...Senang ek dapat MC.

Bila I sampai ofis, I tengok dia tiada
Kononnya pi toilet
Bila I jenguk 30 min lepas tu
Kononnya keluar cari wallet tercicir
Bila I jenguk lagi
Katanya pi klinik pulak, tak sihat...
Dapat MC
Bersabarlah duhai hati
Lantaklah tak kuasa nak fikir
Kalau ko memang tak sihat
Harap ko cepat sembuh
Kalau ko tipu
Ko tunggulah nanti...

Saturday, April 16, 2016

Monday, June 15, 2015

Saturday, September 22, 2012

Terkedu dengan Max Brenner

Actually sebelum perang meletus dengan kanda, kami pi melegakan tekak di Max Brenner. Semestinya menu berasaskan chocolate :). Kalau dulu saya pernah cuba Mexican hot choc(choc+cayenne pepper) dan whipped dark choc frappe,

 pls click image for source

kali ini saya mencuba coconut dark choc .


Hug mug ni kira macam icon di sinilah. Meh tengok camna nak guna...cute kan.

 source :beautifulnara

Mahal mug tuh AUD22 walaupun Made in China ;).

Kalau dulu kami pernah makan tutti fruitti waffle macam dalam gambar ni

 Please click image for source

kali ini kanda teringin choc dip


and banana paraline crepes...yumms.


Tetiba nampak ada atuk dan nenek beserta their parent order aiskrim dalam glas berkaki tu hehehhe........

Source:beautifulnara

Tu next time ya hehhehe. Owh ni gambar dulu.


Si minah tu yg jaga choc shop sound kami tak boleh ambil gambar dalam tu. Tapi, bila kami tanya waiter dia kata boleh je. So we just assumed that we can take our picture and our food picture but not the surrounding hehhehe. Tadi ambil gambar food takde sape pun yang bising. Ada pompuan Oz ni dok ngambil gambar anak dia pun tiada yang kisah heheheh.

Setelah minuman hampir habis I ada suruh kanda tengok vontot hug mug. Ianya direka oleh somebody with unique name. I teringin nak tahu jugak dari negara manakah designer tuh. Setelah kekenyangan, kami saja meninjau-nijau choc yang dijual. Hanya nak jamu mata, tetapi bila merasa sample terus jatuh cinta. The shop assistant is so nice and patience too melayan kanda yang ketika membayar choc, baru sibuk nak tanya pasal hugmug. Then, terpaksa dia tunjuk. Then, sibuk lagi kanda tanya benda lain. Dia senyum je sambil pandang I yang menanti dengan bengang begitu juga customer yang lain. Owh depa siap ada paper bag tu heheheh........


Mari kita tinjau isi dalam. Ada paper wrap tuh.........


Keluarkan apa yang ada


 Lagi

Hahhahah 4 ketul je.


Setiap flavour ada corak tersendiri. Kalau lupa boleh rujuk catalogue ni

Menarikkan ;).


Sebiji ni harganya $1.95 kot. Walaupun mahal, teringinkan ;). How to say it the first and the last hahahhaah. Bak kata kanda kita kena meraikan pencapaian kita. Misalnya dia dah selesai dengan her chapter 2 hehehhe...Sebaik keluar dari tempat tu, i tanya kanda Max brenner ni dari mana. Dia kata US. Hmm...walaupun i tak percaya, i malaslah nak pertikaikan tanpa rujukan. So, lepas i publish the previous entri, i pun google siapalah pengasasnya. Alamak !!!!!! Nak terjojol biji mata sambil rasa nak hantuk kapla kat dinding. Korang silalah google sendiri ya. Astaghfirullah...........

Lantas ku segera berlari turun memberitahu kanda yang sedang menumbuk sambal. Kanda kata nak buat guano, Starbuck pun sama kaumnya. Hmm....yang coke aku dok selalu ngidam tuh apa cerita pulak ya........... Eh! tiba-tiba aku pun berdamai dengan kanda hehehhe.............


Thursday, April 19, 2012

Please don't eat me !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ni entry tertunggak...cuma haritu malas nak upload gambar

On Easter Monday morning, my Philipino hmate give me to taste her detox drink=1part lemon juice+1part honey and 8 part water+8 dashes of cayenne pepper..Hmm it taste weird for the first sip, after few sips, I think I like it heheh....

Bz day huh...while the machine was washing my clothes, I folded my clothes. Then, me n Philipino hmate went to city to buy choc. The choc in woolies was half price. Nothing interesting accept M&M. Hmm..not to wonder why they sold it cheap, the expiry date is jun-dis this year. Then off we went to Priceline. Again, the choc was not so tempting compared to last year sale. so i just bought lindt choc.
We were so hungry, but we promised ourselves not to buy anything. So back home...I heat the white sauce, pour in sliced carrot and dump in the leftover ravioli and sprinkled chillies flakes...

.....yummmmmmmmmmmmmmm.....Then, i tidied up my room...arrange my recipe according to it the theme such as cake, brownies. Later, i keyed in my spending from Jan to April 2012

For dinner I had fish masak kicap.

Masa tengah goreng tu alamak American hmate turun. Dia pernah kata she hate OZ BBQ, disgusting oily and greasy stuff. Risau jugak kot dia nak buat muka or mengata bila tengok aku menggoreng. Bila dia senyap je, ingat kan dia tak mau cakap apa2..Tiba-tiba dia cakap...The fish is looking at me and seems to say that please don't eat me...


Aku gelak je. Bengang pun ada sikit. Dia ada gak kata the fish still has it mouth....hahha , aku cakap aku susah nak potong...baru aku perasan aku lupa nak buang sisik kat kepala...biasalah orng putih mana makan kepala ikan. Hish minah salleh ni banyak mulut la..Haritu masa aku nak boil my red sosej dia kata, that the most funny looking thing ever. Bila kanda tanya apa beza muesli and oat, dia kata muesli banyak crap things...Oh ok aku makan crap things almost every morning ke..........Haritu Philipino housemate makan spam in can. She said ..you eat that ? It is food for homeless...Kesian Philipino hmate terkejut.......

Aiyo..sejuk gilos malam tuh....15 C. kena psg heater. my hmate kata based on weather forecast the lowest temp would be 11C...hehhe..Setakat 15C dah gigil, kalau pi tempat yg below 0 deg, mau i keras kejung........

Pagi selasa pun sejuk 15c....mesti org pelik, wearing jumper in hot sun..The blowing wind resulted in chilly day...autumn in OZ kononnya ;))....

On Wednesday, tengok the American hmate takde kat umah. Cecepat goreng bilis dan buat kus-kus goreng kampung hehhee......

Malam tu buat easy peasy pizza...ada sosej, nenas and semi sundried tomato......

Tuesday, April 3, 2012

Picnic on the beach ?

Aku memang malas betul nak berblogging lately....Ni hah aku kumpul cerita seminggu...

On Saturday -March 24th, as I was not sure whether I want to go out or not to meet my friend in the city, my Philipino hmate asked me whether I want to join her to have lunch outside. At first we planned to go to Indian cafe, but later end up eating tacos and nachos hehehe.........

On Sunday the 25th, me, kanda, german n Philipino hmate planned to have picnic branch on the beach, but end up sitting on the bench at the park overlooking the sea hehhee......

Dah guna camera chikai, mana nampak laut hehehe. Hah ni gambar masa Australia day, nampak jugaklah laut walaupun tak membiru...


Kanda prepared the pumpkin soup and garlic bread(tapi guna my pumpkin and carrot la hehhee), the philipino prepared seafood pasta while the german prepared cold tomato soup.


Aku? Aku tak kuasa nak prepare apa2..beli je frozen spincah roll


Then bakar. Tapi awatlah lambat masak n bertukar warna, bila angkat kat bawah dah rentung hahhaha............Semestinya halal We really enjoy our time there. Bila matahari memancar the german sukalah, me and philipino dok pakai sunglasses and hoodies hehhee...........Walaupun we really full, we still had desert at home...scone top with butter and jam and cream and accompanied by ice cream...yummmy......

On tuesday-March 27th, I cooked black pepper pasta for my lunch.

Tu yg tergolek tu fish ball fried by the Philipino...Pasta tu lah yang menjadi my lunch pack for 3 days hehehe....Nyampah bila kanda kata aku masak lama. Yelah nak masak dulu pasta tu, sambil tu potong daging n sayur. Then nak masak sosnya pulak....Bila sampai uni, I wrote all my calculation properly. Nanti tak tahu pulak mana satu salah, mana yg betul hehehe...Belek2 drawer, jumpa coklat....benda free jgn ditolak.


Haritu orang yang sama juga bagi cake 2 kali pulak tu...Tiba-tiba at 4pm ada orang ketuk bilik. Ingatkan the temp staff yang just check number of person in each room, rupa-rupanya my friend. ...Nampak je muka dia, baru aku teringat aku tak sembahyang zuhur lagi. Apalagi kalutlah....Selesai je solat, apalagi bermula lah sesi aku sebagai pendengar. Actually aku bengang jugak, dia tak bagitau tetiba main terjah bilik aku...(Tapi lpas tu bila aku check email, di ada hanyar YM message to come to my opis)...Tu la rupanya pagi tu dia call aku, aku tak sempat angkat coz tangan penuh lotion, nak call semula takde credit. Dia call semula, masuk machine...Hmm Hp ku dah mengong la tuh...Dalam pada dia merayau tanpa tujuan. Rupanya dia dah cerita pada sorang adik ni pasal masalah dia. Tu la kena juga jumpa orang lain other than me. Now baru tau adik tu very cool n understanding....

Tapi as usual, dia asyik salahkan seseorang atas masalah yg menimpanya. Kalau dah tak suka, tinggalkanlah. Buat apa nak siksa diri. Bila aku nak cerita bagi contoh, dia mudah sangat naik angin, potong cakap aku and buat assumption. Sampai aku fed up, malas nak sambung cakap, terus bagun dan cakap nak ambil wuduk. Bila aku selesai ambil wuduk, dia tanya apa kaitan contoh aku dengan cerita dia. Aku cakap aku pun tak ingat sebab dia potong cakap aku....Then aku solat, berkemas and cakap aku nak pi city. Yelah takkan aku nak halau dia balik pulak dalam dia memerlukan seseorang. So walaupun aku sendiri tengah stress dengan kerja aku yg banyak tuh, baik aku blah sebelum aku jadi lebih stress dengan dia yang nak orang faham dia, tapi dia sendiri tak nak faham orang...Kami jalan bersama ke bus stop. Bila sekali lagi dia cakap pasal masalah dia, I lost my patience and aku raised my voice and said dah tak suka, tinggalkan je...Aku pi city makan ayam sensorang hehhee.........

Tapi aku makan separuh je la. Tapau bawak balik la...Malam tu aku tengok My kitchen rule finale...Sedih...Roco kalah....My german housemate belikan greek yogurt and choc cake.

Haritu aku beli yogurt perisa blueberry, tapi aku tak suka coz manis. Aku prefer greek yogurt yg agak masam. So aku bagi dia my yogurt. Rupanya dia nak jugak ganti my yogurt tuh. Kek coklat tuh coz dia tau aku teringin cake coklat. Haritu aku buat guna mwave, tapi tak jadi sangat coz malas letak telur. Bila aku makan on thursday it was actually banana cake not choc cake...telan je la, Benda free kan hehehe... Terharu pulak ada kawan yg ingat kita. Of course she shouldn't do that...Tapi dia kata i dah bagi banyak kat dia. Owh baru teringat I ada bagi dia deodorant sample, sun block yg aku dpt free, my heater and also hair straightener left by my friend yg aku tak pernah guna n tak tahu guna...Tu la benda yg kita tak pakai better bagi pada orang yg memang pakai, daripada dijadikan perhiasan or tukun tiruan hehhehe....

Hari rabu aku kalut pi uni nak jumpa spv nak tunjuk presentation slide. Dia takde I just slipped the printed slide under her door. Bila check email rupanya dia tak dapat datang coz anak sakit...So aku buatlah kerja constructing my model. Nampak complex. Kenapa pulak ada penambahan term compared to my previous work. Habih..risau sungguh. Takkan projek dulu silap. Kalau model silap, result pun silap, meaning kena buat correction for my paper Oh No !!!! Aku balik malam la. When the bus nearly reached the bus stop at the undergrad accomodation, the students ran like mad crossing the road. When the bus stop, they cant wait to get on the bus. Just imagine the situation out of control when the students shouting and yelling loudly. So scary luckily I sat in the first row just near the driver. But lady bus driver...She cant do anythig if something happen. I know they were going to the bar since I read somewhere that nite the drinks cost aud3 only....

Bila balik, on kan lappy...bila click mozilla unrespond n ada bunyi pelik. malas nak tunggu I cuba on off 3 kali..pun Camtu jugak. Turun dulu reheat the fries and fried chicken...Malas nak join kanda n Indian bising2 di bawah dalam keadaan yg stress ditambah pulak dgn lappy buat hal. So sambil makan, sambil figure out what is wrong..try check safe mode...boleh pulak. Tapi dah namanya safe mode certain application je la boleh guna. dugaan sungguh kan....

On thursday...aku ternampak lebam kat keting and betis...Hish hantu mana yg gigit. Sakit pulak tu, jalan pun susah...Tak tahulah kenapa..ada yg kata salah tido, ada yg kata penat sgt..yang pastinya aku memang tak langgar apa2 hehehe...Tapi mungkin jugak, haritu aku jalan banyak and laju kot...terkejut salur darah lalu pecah....nanti marah doktor dengan aku punya assumption hehhee...

Then aku terlmabat jumpa spv and attend farewell gathering tuh. Spv siap spread the cheese on the biskut and bagi kat aku and my friend hehhee....Dia mmg suka cheese tu. Orang lain dah blah, dia bagi aku chips and grapes hehhee....rezeki jangan ditolak....So dalam pada bengang kena baiki slaid, makan tetap makan hehehe. Bila my opismate look at my slaid, dia tanya apa contribution..Aku cakaplah for future experiments and MD Simulation and the development of new device. Dia macam tak puashati...So aku cakap aku study how the structures interact with each other. Sibuk sangat tanya aku kan. Aku tanya apa dia buat. Terdiam hehehe. So dia cakap dia buat prediction of....Memamglah bidang kami buat prediction tak kisahlah apa cara or model kami guna...........Anyway, this kind of dicussion mmg bagus. When you talk with someone who have no idea of your work and how you can explain it in simple word ;)...

Then aku semak my previous work. Harap lah takde kesilapan..nanti banyak benda kena buat semula. Alhamdulillah ok..Memanglah tak sama hehhe...Model dulu in the centre.. Model sekarang ada offset....Memanglah ada penambahan term.

Bila aku chat dgn my GOOD friend, now I see kenapa dia tak boleh ngam dengan boss dia...Ni her words in

"selalu sgt forward emel seminar yg i pun dpt.then check i tak p.dia ckp i am not behave like a phd sbb tak p seminar yg dia forward.sekali dua i ok la.bila da selalu dia buat "

So aku tanya-u only go if you want to go?-

"yes la .i choose my own seminar.i am an adult .kenapa pulak kena ikut ckp dia.i tak suka org nak control2 ni ."

And I said -memanglah, tapi kalau dia as boss benda tu berguna why not pergi je-

"i tau p mana2 seminar.so u n dia nak ckp i tak pandai nilai la .i tau la i menilai seminar mana i nak pergi .i pun tak pernah paksa u p seminar endnote or apa2 kan .so samala kan.each of us tau la menilai mana baik utk kita.mgkin dia layak supervise master student je.so bole la arah2 student p sminar"

Aku, dalam hati sentap....dalam pada dia mengutuk spv dia, dia tak sedar dia mengutuk aku yang biasanya ikut je arahan spv. Hmm...so spv aku layak supervise master student je ye..Kalau camtu aku level master ye. Bukan takut. Walaupun kita tak suka, tp kalau benda tu baik untuk kita why not. Contohnya when I joined that competition, boleh latih my confidence selain dapat input from judge and audience. If you don't want to go, just refuse it diplomatically....Teringat lagi bila dia cerita spv favor and puji2 student yg excellent. Dikatanya orang tu bodek spv....So, tu la kalau tak boleh nak kerja dengan orang lain dan tak boleh ikut arahan, memang susahlah. Tapi bila ada orang bagi apa yg dia nak, bukan main suka lagi walaupun org tu dia pernah kutuk tak membantu menyelesaikan masalahnya etc...Bukan semua benda orang boleh bagi kita, sometimes kita kena cari sendiri. Anyway my friend, again I am not i your shoes....Saya kesian, saya simpati, tapi awak kena juga buang ego, atasi kedegilan dan semua dendam tuh.....

Bila balik rumah nak tengok Desperate Hwives, eh takde pulak...On friday...the day of thesis competition. Petang tu bila check FB..wah Cik Olyn dah submit thesis. Congratulation Sis... You jangan balik sesenyap je tau. Malam, i had this for dinner

stir fried veges+pickled radish+egg sambil tgk movie The Perfect Match..............

Thursday, August 4, 2011

Antara Tahajjud dan kitab cinta

Ntah apa2 je aku punya laptop ni. Tetiba je tak boleh baca my camera's memory card, dah cuba byk kali since this afternoon. Ni dah dekat tgh malam, baru teringat nak google. Ha ah yek, camna aku boleh tak terfikir. Dulu boleh je connect my camera ngan my lappy to transfer the photos hehehe....

Hari Isnin aku pulun menyiapkan my paper's corrections. Makin aku baca references, makin aku confuse. I kinda not confident with my result pun ada. Sebelum aku mengalami Permanet Head Damage baik aku hantar je my corrections to my spv. Kita tunggu apa komen dia. Gara-gara paper tu juga maka hari pertama puasa aku berbuka dengan Maggi aje tau at 5:15pm.

Maggi tu dah expired tau !!! Kesian kan kat aku kan. Memang lepas tu sakit perut jugaklah. Nasib baik tak ceret beret. Padanlah muka aku jugak kan. Bila dah submit paper tuh, aku naik the last bus and safely arrived at home at 9:40pm. Aku lapar lagi hehhe, maka aku perhangat ikan goreng leftover from majlis kesyukuran and jugak the leftover sambal bilis and tumis carrot and capsicum and ngap.....

Hari selasa aku agak lesu, yelah tak larat nak bangun sahur. Lagipun agaknya coz penat memerah otak the day before. So I just stayed at home. Tapi at around 1pm, alamak!!! sedih lah pulak-kena terimalah bila tiba masa itu huhuhu, Nak buat camna kan So aku 'berbuka' dengan juga bekal lauk majlis kesyukuran harituh-gulai ayam+nangka, cuma aku serikan dengan beans :)Spv aku email suruh hantar the copy to third author in Adelaide pulak. So aku layan ke ajelah. Malam tu aku browse internet, macam teringin pulak nak tengok Tahajud Cinta. Yelah baca dalam paper ada kontroversi, then pasal Eman Manan dengan senaman harimau pulak. Huish ramai betul pelakon hebat dalam cerita tuh. Untung Eirma Fatima-Ada Fazura, Fauziah Gous, Tiz Zakiyah, NOrish karman, Eman manan, Ahmad tarmimi, Zeila jalil, Dira abu zahar, Melisa saila dan Jins Shamsudin. Eh! Lupa ada Remy Ishak la jugak. Malas nak cari sinopsis. Watak utama rasanya Fazura pakai tudung yang mengambil syariah law di Cairo, tapi telah menipu parents kononnya ambil civil law di London. Dia macam ingin memperjuangkan hak wanita. Kawan baik dia Fauziah ghouse yang dalam dilema terpaksa bertugas dengan ustaz yang beristeri 4. Ustaz tu agak misteri juga tak tahulah dia nakkan si fauziah tu meneruskan perjuangan dakwahnya bersama anaknya si Remy atau menjadi bakal isteri ke-4 nya. Ya dia dah ada isteri 4, sebab tu lah isteri-isterinya macam kerisauan, takut diceraikan. Aku tengok pergerakan senaman harimau tu ala2 pergerakan dalam yoga pulak. Whateverlah Cerita tu baru ada 4 episod.

Tetiba aku teringatkan OST cerita Fazura yg bertudung tapi dengan mamat Indon. Rasanya KItab CInta. Bila google confirm ada. Wah sekali tengok sudah terpaut jalan ceritanya. So, bermaratonlah aku hingga hari Rabu. Pepandailah manage masa. Sambil tonton, sambil bukak window lain, sambil jugak lipat baju....Jalan cerita best, pelakon mantap dan skrip pun ok. Ada lah beberapa kali I need to shed my tears...sob sob sob. Tapi ending macam tergantung pulak, selain ada beberapa scene macam tak logik. Contoh, dah tau tak boleh berdua-duaan, kenapa nak buat jugak. Selain, Si Mamat Indon yang sabar berbulan-bulan di Malaysia menunggu dinikahkan, dan dah 2 bulan baru nak kuar umah jenjalan hehehe. Apapun, aku promote cerita ni kat kawan aku. Dia suka Fazura sebenarnya. Katanya Fazura tuh berwajah pure Melayu. Dia jugak cakap Norish Karman dan Maizurah Hamzah juga berwajah Melayu. Alamak! tu Singaporean kan. For me, Maizurah Hamzah tu berwajah Melayu klasik. Aku cakap Umi Aida pun nampak klasik. Tapi dia kata Umi ada kacukan siam..pulak!!!!! Whateverlah, so semalam aku 'bersahur' dengan leftover food, roti paratha and my housemate's cheese cake

Then, aku 'berbuka' dengan baked chicken wing with beetroot

Coklat lindt ni made me drooling pulak. Haish.....

Eh! tinggal 3 biji ek ? Beli lah kat Priceline. Kalau lagi 1-2 bulan nak expired harganya murah hahaha....\
Jemput makan............opps lari !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Dengan ini saya memohon maaf jika ada sesiapa yang terliur atau mengidamkan coklat ini di bulan Ramadhan. Nanti nak raya saya mohon maaf lagi ;))....

Manalah spv aku tak bagi response pasal my paper nih. Third author pun senyap je....

Thursday, May 19, 2011

Eee..mana hilangnya telinga arnab tuh ?

Buat-buat tanya pulak kan. Don't you see the bite mark? Walaupun sayang untuk digigit, dikunyah dan ditelan, tapi coklat Lindt memang sedapkan :). Ni rupa asalnya.

Kalau masih berbaju begini pulak.

Cantik wrappingnya. Tak sampai hati nak makan kan. Mari kita tengok rakan-rakannya yang lain
Comel-comelkan. Murah giler antara 50cents to aud3....berbaloi-baloi. Sikit bebeno compared to LG's collection hehehe...Actually I bought this one week after easterlah. Check this link. Easter sunday on 24th april. Aku beli on saturday the 3oth. Kira dah basi punya ceritalah kan. Ada aku kisah ;)). Hari khamis dah pi woolies, coklat yang best dah takde. So, bila pi Priceline masih ada lagi sikit saki baki ni. Student kan, so mampu beli yang dah discount after easter sale lah hehehe....Frust sangat, bila Lindt bunny takde kat kaunter depan. Setiap kali masuk woolies or priceline dok tengok je bunny besar tu. Tapi macam mahal sangat. Lagipun besar, takut susah nak habiskan. Anyway syukur dapat jugak rasa mini bunny yang takdak telinga tuh and these eggs hehehe for only aud3. Harga biasa aud8.95 tau....,mana mampu beli, mampu tengok je lah kan hehehe.

Dan ini pulak rakan-rakannya yang di beli di Cadbury factory hehehe.

Clearance kan so for creme egg tuh aud1 je. Dah nak expired memanglah murahkan.

Nougat pun sedap tau...